walk on wings, tread in air: Bila suami bengkek dengan mak mertua. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bila suami bengkek dengan mak mertua.
2016-06-01

Aku terima email dari reader.

Kalau hari tu isu berpantang dengan mak sendiri, ujung-ujung sentap ngan suami.
Kali ni tinggal bersama mak, ujung-ujung suami sentap ngan mak.
Email tak dapat ditepek kat sini.
Reader mintak bagi pandangan je.

Aku memang seronok sangat bila dapat email reader yang ceritanya berkisahkan tinggal serumah dengan mak atau mak mertua.
Jarang orang sentap ngan bapak/bapak mertua.
Selalunya sentap ngan mak mertua. Aku tak tau apesal.

So this lady bagitau suaminya dah tak hormat dengan mak mertua (mak reader ni lah kiranya).
Suami dia selalu marah-marah. Apa yang mak dia buat semua dia tak berkenan.
Marahkan mak mertua tapi lepaskan marah kat anak-anak.
Contohnya mak mertua kata "Bagilah anak tu berkawan. Biar dia main kat luar dengan kawan-kawan dia, Esok anak tak berkawan jadi kera sumbang".
Tapi sebab suami bengkek ngan mak mertua, dia terjerit-jerit marahkan anak yang tengah main tu.
Sinis.
Nak marahkan mak tak boleh, jadi, marahkan anak.

Cerita-cerita macam ni selalu sangat aku dapat.
Tapi selalunya respond aku simple - kenapa tak berdepan terus dengan orang yang kita tak puas hati tu?

Masalah macam ni sebenarnya bukannya susah sangat nak settle.
Yang jadikan susah adalah bila kita sendiri yang ikut jalan susah.

Contohnya kes ipar-duai.
Kau tak suka ipar kau, tapi kau tak cakap direct kat muka ipar tu.
Kau konar lipat pi arah lain.
Tak semena-mena kau marahkan laki kau, kau marahkan anak kau tak tau hujung pangkal.
Padahal kau sebenarnya bengkek ngan ipar, tapi disebabkan kau tak berani nak cakap depan-depan, memang sampai mati la kau tanggung sakit hati tu.
So, siapa yang bangang sekarang?

Dulu kalau tak salah aku, ada satu reader bagi email (rasanya aku penah tepek kat blog).
Dia ada masalah dengan mak mertua and kakak ipar.
Mak mertua duduk dengan kakak ipar. Tapi setiap hujung minggu mak mertua and kakak ipar akan bertandang ke rumah dia sebab suami dia dua beradik je. Jadi tiap-tiap minggu rumah sentiasa ada orang datang. Dorang laki bini tak dapat nak berehat, nak berjalan pun terganggu, sebab mak mertua ngan kakak ipar asik la datang ke rumah. Siap tido baring, makan semua lengkap. This reader jadi stress.
Weekdays dah tentu tak sempat berehat, tak sempat nak kemas rumah.
Bila weekend, kakak ipar datang memenuhkan rumah dengan anak-anak dia buat kecah, menambahkan lagi penat dia.
Dia kata dia laki bini asik bergaduh disebabkan perkara ni.

Ni lah masalahnya bila semua wanita nak jadi isteri mithali, anak solehah, dan ipar yang disayangi.
Boleh, bukan tak boleh.
Tapi biar bijaksana.

Ya, aku paham, semua wanita nak jaga hati suami, jaga hati ipar duai, jaga hati mak mertua.
Tapi apekah gunanya kalau lepas tu kau merempan tak tentu arah sebab nak lepaskan geram?
Masalah takkan selesai kalau kau tak selesaikan dengan orang yang tepat.
Kalau kau tak puas hati dengan kakak ipar, settlekan dengan kakak ipar.
Kalau kau lepaskan geram kau dengan suami, memang sampai kiamat la kakak ipar kau tak tau yang kau tak suka dia datang melepak kat rumah kau tetiap minggu.
Masalah tak settle, dosa marahkan suami pun kau dapat, darah tinggi pun mencanak-canak naik. Pakej neraka dunia.

Nak settlekan masalah, bukan mesti bergaduh.
Berbincang baik-baik pun boleh selesaikan masalah.

Aku punya kes, aku tinggal dengan mak mertua.
Tiap-tiap minggu Kak Ngah En Wan akan datang rumah.
Kalau Kak Long datang dari Tganu pun dia tetap akan lepak rumah aku walaupun anak dia ada rumah kat Shah Alam, tapi dia tetap tido rumah aku.
Anak-anak sedara En Wan pun kerap datang tido baring makan segala.

Tapi aku punya style, kau datang, datanglah.
Kalau aku nak tengok TV, aku cakap "Kak Long, Diana naik atas tengok TV ya".
Aku naik je bilik pastu.

Kalau Kak Ngah datang hujung minggu, aku turun salam.
Lepas sembang lebih kurang, aku cakap aku nak naik buat keje kat dalam bilik.
Pastu aku naik lah.

Aku memang tak kuasa nak jadi ipar yang disayangi.
Tak sayang pun takpe, janji tak bergaduh ngan aku dah cukup baik.
Sebab aku tau, adik-beradik bila berkumpul, dorang sebenarnya nak berkumpul ngan adik-beradik dorang. Aku ni menantu je. Aku sembang lebih kurang pastu aku naik lah. Tinggalkan mak ngan En Wan melayan dorang. Apa susah.

Kalau anak-anak sedara dorang tetiba datang mengejut, aku cakap, lauk ada atas dapur, gi la ambik.
Nak makan snack, ambil dalam lemari dapur.
Pandai-pandailah ambik minum ke apa ke dalam fridge ya, makcik nak naik atas.
Nanti En Wan ngan mak mertua aku melayan.

Sama macam kalau family aku datang.
Lepas layan lebih kurang, En Wan naik bilik baca sokabar, tengok TV, terus tetido.
Aku lepak kat bawah sambung melayan mak bapak aku.

Kan ke mudah tu.
Takyah nak rebut sangat tittle mithali tu.
Buat apa yang kau mampu saja.
Jangan kejarkan semua benda sampai kau kepenantan, ujung-ujung kau jadi tak ikhlas dengan apa yang kau dah buat.
Aku pulak memang jenis tak ambik port pun apa orang nak cakap.
Janji aku dah siapkan makanan, sembang lebih kurang, dah lah.
Aku punya anggapan, kalau takde sesiapa datang jumpa aku untuk settlekan masalah, aku anggap aku tak membawa masalah.
Kalau kau ada masalah ngan aku tapi kau ambik pilihan untuk mengumpat aku kat belakang rather than selesaikan dengan aku sendiri, yang tu aku anggap kau sebenarnya yang bermasalah sebab tu kau takut nak berdepan ngan aku. Settle.

Macam lagi satu kes reader duduk dengan mak mertua.
Dia tension adik-beradik laki dia datang hujung minggu takde pun pelawa nak ajak mak masing-masing datang tido rumah dorang.
Dia nak berjalan terpaksa pakai 2 kereta sebab kereta sebiji tak muat kalau nak bawa mak sekali.
Jadi, belanja tu makin besar.

Pastu aku tanya tension dengan adik-beradik suami, tapi ada tak bagitau dorang yang awak tension?
Dia kata tak.
Hah, tu la pandai.
Tension, tapi tak luahkan. Memang masalah kau takkan settlelah jawabnya.
Penyudahnya kau yang darah tinggi sebab pendam sorang-sorang.

Ok, berbalik pada kes suami yang dah tak hormatkan mak mertua tadi, pandangan aku camni.

Keadaan ini memang susah sebab memang sulit nak nasihatkan ibu dan suami dalam masa yang sama. Tambah sulit lagi bila ada pendapat yang bertembung dalam kaedah mendidik anak, memandangkan masing-masing dibesarkan dalam zaman yang berbeza, kaedah mendidik juga ada bezanya. Orang tua-tua zaman dulu, tak macam kita sekarang. Dulu kutu prahak tak banyak. Paling prahak pun Sarip Dol. Kita punya concern sekarang macam-macam. Takut nanti anak main kat luar rumah nanti kena langgar kereta, takut nanti kena culik, nanti bercampur dengan budak-budak jahat, nanti berjangkit dengan anak-anak yang tak vaksin. Eh.
Macam-macam.

Tapi asasnya sama, masing-masing nak anak itu jadi sempurna dari segi pembesarannya, pergaulannya, adab, soleh dan berjaya. Itulah tujuannya. Kalau tujuan bagi 2 orang tu sama, pertembungan kaedah yang berbeza boleh dikompromikan, asalkan masing-masing boleh membatasi tindakan dalam sempadan yang sepatutnya. Kalau boleh ikut yang ni, tak mustahil kompromi boleh dicapai. Sebab, walaupun jalannya berbeza tapi tujuannya sama.

Apa-apa pun yang pertama, bataskan peranan masing-masing sebagai ayah dan nenek bagi anak-anak tu.

Kedua, berlapang dada lah dan berhikmah dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Belajar hormati pihak yang satu lagi.
Tapi memang bukan senang nak bagitau kat suami and mak tadi, sebab masing-masing ada pandangan dan cara. Dalam hal ini, kena ada orang tengah yang mendamaikan hubungan suami dengan mak tadi. Kita yang wife ni pun sebenarnya boleh jadi orang tengah yang terbaik kalau kena gayanya. Puji cara mak didik anak, dan kaitkan dengan cara suami didik anak pulak. Wujudkan kesefahaman kat situ biar dorang berfikir dan faham.

Perlahan-lahan cuba bagi dorang fahamkan yang kalau dorang ada tujuan yang sama dalam mendidik anak-anak, maka tujuan itu yang lebih perlu diutamakan. Kalau dah ada pihak satu lagi (bagi suami, ibu mertuanya tu lah) yang mengambil tanggungjawab mendidik anak tu, seeloknya suami bersikap terbuka dan berterima kasih serta bersyukur, sebab dah tentu didikan ibu mertua tadi akan sempurna terhadap anak-anaknya. Habis tu, sape pulak yang didik isteri dia dulu? Kalau cara mak tak betul, dah kenapa dipilih isterinya kalau tak.......??

*sambunglah sendiri. Malas nak merempan*



posted by aveo757 @ 2:19 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER