Semalam kat newsfeed aku ada orang share news tentang buku Amran Fans yang kontroversi.
Boleh tahan 'kelakar' artikel-artikel Amran yang dia capture ni.
Bacalah :
Rata-rata ramai yang tak setuju status-status macam ni dibukukan.
Aku bukan follower Amran Fans. Setahun ada la kot 2-3 kali je aku masuk sana, tu pun kalau ada kontroversi orang share. Contohnya pasal kes menyusu kat public kalau tak salah. Aku pernah blog about status dia kat sini : KLIK SINI UNTUK BACA.
Bila orang macam aku, yang bukan follower, baca buku Amran Fans ni, of cos aku akan rasa geli.
Perkara pertama yang aku akan tanya "Nakharom apa kau tulis ni???"
To be fair to Amran Fans, aku tak rasa buku ni 100% sampah.
Sebab yang dicapture ni pun hanya 5 page je yang mungkin ada artikel tak senonoh macam ni.
Yang lain mungkin ok. Mustahil syarikat penerbitan tertarik nak bukukan status dia kalau status dia tak memberi pengajaran.
Kadang-kadang tu, status nampak macam biadap, tapi ia memerlukan kita berfikir untuk memahami apa sebenarnya yang nak disampaikan.
Tapi, kalau betul artikel lucah macam ni banyak dalam buku tu, maka mungkin buku hanya lebih tepat disasarkan kepada follower Amran Fans saja.
Contohnya blog aku.
Aku banyak sangat terima feedback dari pembaca yang mukadimahnya "Masa mula-mula baca blog Kak Di dulu saya pelik, apa benda pompuan ni merepek mencarut semua? Lama-lama baca, baru tau blog akak memang best".
Tu contoh saja.
Yang follow blog aku dari awal sampai akhir, akan ada pandangan berbeza dengan yang baru nak berjinak-jinak baca. Apetah lagi yang bukan followers.
So, adalah lebih baik ko kenal dulu orangnya, kenal dulu gaya penulisannya, fahami apa yang nak disampaikan dulu, baru buat kesimpulan.
Kadang-kadang cara penyampaian sangat kasar, tapi isinya ada.
Kadang-kadang cara penulisannya penuh dengan maki hamun, tapi memerlukan pembaca fahami maksud dan gali isinya *tetiba dah macam Ogy Ahmad Daud kauu* Akak tak paham dikkkk kau nyanyi apa dikkkk.
Tapi yang lebih penting, kalau kau dah tau kau tak suka, jangan baca. Jangan follow. Tu yang penting.
Sebab dalam banyak-banyak yang komen kat artikel pasal buku Amran Fans ni, ada yang komen "Status-status Amran ni memang sampah semuanya. Followers dia semua bangang".
Really?
Kalau betul status dia semua sampah, mana kau tau kalau kau bukan salah sorang follower-nya, betul tak?
Dah tau tak suka, tapi baca.
Dah tau menyampah, tapi follow.
Ni lagi sampah dari Amran rasanya.
Lepas tu ramai-ramai pi kutuk penerbit buku.
Ni la masalah manusia.
"Penerbit mana, penerbit? Penerbit yang salah terbitkan buku macam ni"
Lain kali jangan setakat bertanya. Cari!
Pi carik sendiri penerbit kalau betul nak tau.
Jangan bajet-bajet memperjuangkan hak penerbitan kalau takat nak bagi gempak ruangan komen je.
Aku mesej salah seorang team dalam geng-geng penerbitan buku Amran Fans.
Kebetulan memang dia reader blog aku.
Dia cakap memang company dia bekerja tu yang publish tapi Amran Fans yang nak hak memilih artikel mana satu yang nak diterbitkan.
Jadi, mesti ada sebab kenapa Amran Fans nak artikel tu dipublish.
Tu kalau nak tau, pi la tanya dia sendiri.
Lagi satu contoh, status aku 2 hari lepas.
Percaya tak cakap aku, dalam banyak-banyak yang share tu, ada jugak yang letak caption "Habis, kalau ibu yang beranak normal tak baik, ibu yang czer tak baik, ibu apa yang baik? Takkan anak tu tetiba dah kat sebelah?"
Astaga. Ni salah satu masalah dunia. Ada juga yang tak faham maksud artikel ni.
Aku harap biar dia sorang je, tolong lah jangan ramai macam ni.
Ni salah satu spesis yang tak faham intipati artikel.
Retinya nak bash je. Tapi takpe, biarkan. Biar dia tak improve. Hahahah.
Status aku pagi ni pun ada jugakkkk yang tak faham intipati apa aku nak sampaikan.
Eh lantak kau lah.
Tak kuasa aku.
Ada yang whatsap aku tanya bila nak buat promo Ephyra.
Laaa, aku dah buat dah.
Tapi maybe ada yang tak perasan kot sebab sekarang tetiba aku rajin update blog, so entry lama-lama memang konfem tak nampak lah.
Ni salah satu promo yang tengah running sekarang, ada option lain jugak, boleh ke website kalau nak beli ok?