2016-05-16

Bila kuasa berpindah tangan


Blog aku ni dah tak macam dulu.
Dulu kalau takde gambar tak sah.
Paling tak pun mesti ada muka aku seketul dalam blog.
Dah makin tua ni naik malas pulak aku nak tenyeh gamba dalam blog.
Tapi takpe, hari ni aku tenyeh.



Hari ni Hari Guru.
Forever akan aku ingat tarikh ni.
Bersempena dengan tarikh aku punch card setelah hampir 9 tahun tak punch card (ofis lama aku dulu pun tak guna sistem punch card ni).
Tapi yang paling akan aku kenang sepanjang hayat adelah tarikh ni aku secara rasminya telah diturunkan pangkat tanpa notis oleh En Wan.

Masa nak balik, aku menonong je keluar ofis.
Pastu dia panggil "Oii, punch card jangan lupa".

Pagi tadi masa punch aku tak tengok sangat bendalah ni.
Bila time nak balik baru aku perasan eh apesal aku punya ID 0002?
Bukan aku ke patutnya ID 0001?

Aku : Apesal Di 002?

En Wan : Ye lah. Abang yang 001 sebab Abang bos.

Terkebil-kebil aku berdiri depan thumbscan ni.

Entah bila zaman aku serahkan kuasa ntah.
Lantikan sendiri agaknya.

Macam-macam respond aku dapat kat FB bila aku up-kan gambar ni.
Ada yang PM tanya betul ke aku serahkan company aku kat En Wan?
Hahahahaha.

Takde la serahkan buta-buta.
Tapi aku memang bagi dia lead the company tapi apa-apa keputusan nak buat mesti sama-sama berbincang dulu walaupun aku rasa macam banyak je benda yang laki aku buat ni macam takde berbincang ngan aku pun.
Contohnya thumbscan ni lah.
Kot ye pun nak buat sistem punch attendance, pakai je la punch card yang bunyik kentang kentung kentang kentung tu apa salahnya. Takat nak ambik rekod keluar masuk staff kan.
Oh taknakkkkkkkkkkk.
Tak percaya sistem punch kad. Nanti ada orang tolong punchkan katanya.
Nak jugak guna sistem thumbscan.
Bila aku pikir-pikir balik, benda-benda macam ni la yang buatkan aku benti keje dulu kat opis lama.
Merepek sangat nak rekod kehadiran keluar masuk.
Tapi opis lama aku dulu lag musibat. Keluar pi jumpa customer pun kena punch, keluar lunch pun kena punch. Asalkan kau keluar dari opis tu je kau dah kena punch.
Kalau appointment kau kat Bangi habis pukul 5pm, kau tetap kena patah balik ke Shah Alam untuk punch out lepas tu baru kau balik rumah.
Hanya kerana nak patah balik opis untuk punch kad je aku tersekat 2 jam kat jem.
By the time aku sampai rumah hari pun dah malam.

Tapi En Wan kata no wayyy.
Satu Jepun pakai sistem thumbscan. Dia amat yakin sangat dengan sistem ni.
Hek eleh...kang aku geram aku gunting kabel thumbscan tu. Selesai satu masalah dunia.

Tapi pasal aku serahkan company ni untuk En Wan lead, memang betul.
Operation-wise memang dia handle.
Tapi sales and marketing memang aku pegang lagi.
Cuma sama-sama duduk berbincang kalau nak buat apa-apa.
Yang tu standard la semua orang pun buat macam tu.

Aku ingat lagi 'pesan orang tua-tua', kalau boleh suami isteri jangan bekerja satu bumbung.
Susah nanti, kalau company tu bankrup maka dua-dua melingkup berjemaah.
Tapi pada aku, itu perkara kedua. Itu lebih kepada faktor material.
Pada aku, perkara utama yang sangat merisaukan bila suami isteri bekerja dalam satu bumbung adalah masalah hormat dan taat. Ini sebenarnya yang sangat sangat sangat scary.

Dari mula aku decide terima En Wan masuk dalam company sebagai salah seorang director, aku dah blaja untuk 'rendahkan' diri.
Biar dia 'tinggi'.

Tak ada 2 bilik director.
Dua director berkongsi bilik.

Set kerusi dia lebih mahal dari aku.
Walaupun sama-sama director, tapi aku sengaja pilih yang lebih murah.
Biar dia punya lebih mahal, lebih besar, lebih selesa.
Biar aku rasa aku lebih rendah kedudukannya.

Susun atur, design opis, showroom, semua En Wan uruskan.
Aku tau hobi dia suka hias rumah, so aku biarkan dia buat.

Walaupun dia tak tau sangat pasal GreenAard, tapi apa-apa yang aku nak buat dengan GreenAard, aku tanya pendapat dia.
Padahal aku tau dah dia mesti tak paham punya bila aku dah masuk bab biotek segala, tapi takpe, biar dia rasa dia penting.
Kadang-kadang dia tak bagi buah pikiran pun sebab dia tak paham sangat, tapi at least dia tau apa aku nak buat.
Tapi kalau dia nak buat design baru kurta, dia pilih kain tenun asli yang mahal gila tu, dia tak bagitau aku pun. Tau-tau dia mintak aku transferkan duit je kat tailor. Haihhhh.

Tak kisah la apa jawatan kita, berapa juta pun income bisnes kita, bila bekerja dengan suami, tak ada istilah profesional.
Walau di tempat kerja, isteri tetap isteri.
No such thing kat opis kita equal sebab share kita sama banyak. No.
Jangan terlampau terpengaruh dengan hak sama rata wanita dan lelaki.
Tu omputih punya style. Kita punya style lain.

Aku tak tau cara orang lain.
Mungkin ada yang pernah lalui bitter memories dengan lelaki or bekas suami yang menyebabkan mereka jadi defensive.
Tapi this is my way.
Aku yakin bila ada perkara yang aku tak berkenan dengan En Wan, aku yang kena buat solat taubat.
Percayalah cakap aku.
Banyakkan buat solat taubat, things will change.
Trust me.
Sebab hakikatnya wanita memang keras kepala and suka buat kepala sendiri. Sebab tu suka mengeluh, merempan dan mengamuk.
Bak kata Ustaz Kazem, orang pompuan ni kalau bab beribadat memang tip top.
Tang puasa sunat cukup rajin Isnin Khamis.
Solat terawikh pompuan yang penuh dulu.
Kalau ke majlis ilmu pun pompuan yang ramai.
Tapi satu je yang paling susah pompuan nak buat iaitu taat dan hormat pada suami.
So banyakkan buat solat taubat.

No such thing hal opis habis kat opis, kat rumah suami menjadi bos.
Gaduh biar kat opis je, balik rumah kita kembali jadi suami isteri. Haktuihhhh.
Jangan buat lawak macam tu ya, kang aku boh penampa saje je.
Takde maknanya gaduh kat opis bila balik kita beramas-mesra seperti biasa.
Yakin ke kita yang suami kita tak kecik hati??



Selalu-selalu la belikan hadiah kat suami.
Jangan asik nak reward diri sendiri je. Hahahha.
Aku buat, sebab tu aku pesan suruh buat.
Lama-lama nanti tak semena-mena suami pulak yang tau nak surprisekan kita.
Contohnya now aku kejap-kejap dapat surprise Starbucks.
Walaupun harga Tissot yang aku belikan tu berganda-ganda dari Starbucks aku, tapi takpe. Janji ada perubahan daripada dia memarah aku beli air mahal-mahal kepada membelikan tanpa disuruh, Hahahah.

Try beli satu baju kemeja batik Noh Batik kat laki korang.
Orang-orang muda mana nak pi majlis kawen pakai baju melayu or batik sutera.
Taraf-taraf Pak Aji je yang suka pakai batik sutera pi jemputan kawen ni.
Noh Batik ni design dia tak heavy, simple je. Kain aku tak reti nak cakap, macam cotton pun ya, macam viscose pun ya, tapi tak panas. Macam pakai kemeja biasa cuma dia batik.
Gambar atas ni, macam kena pulak kat mata aku.
Pastel kaler. Aku membayangkan kalau ada baju kurung corak ni pun cantik gak ni.
Susah tau nak jumpa baju lelaki yang warna-warna pastel lebih-lebih lagi batik.

Korang boleh follow Noh Batik kat sini : KLIK SINI UNTUK FOLLOW NOH BATIK
Ada banyak lagi pilihan cotak yang cantik-cantik.



Tapi kalau korang nak carik good product untuk achuben korang, dengan harga ekonomi, boleh try PurebySafiyyahOsman.

Aku suka packaging product ni.
Nampak sangat omputih sekali, walhal produk orang Malaysia.
Oh tapi, kalau yang jenis kepoh nak check tanda Halal, tanda KKM, tanda SIRIM segala, toksah pakai lah produk ni ya.
Sebab ini homemade produk.
Dia laki bini bancuh sendiri. Ini product bahan-bahan organik.
So ko jangan nak kelebet sangatlah tanda-tanda logo ni semua.
Yang penting dia ada sijil Kosher yang mengesahkan product homemade ni semua halal, tanpa alkohol. Yang tu yang penting.

Lagi satu kalau bangsa yang pakai hari ni, lusa nak nampak kesan pun tak payah pakai produk ni.
Sebab fitrah produk organik, kesannya tak nampak serta-merta.
Sebab tak guna bahan kimia.
That's why produk organik ambik masa yang lebih lama untuk nampak kesan sebab dia takde penggelupasan, penggantian kulit whatsoever. Takde.
Ini memang ko kena guna secara rutin, lama-lama sok kau jelita. Ko guna je dengan sabar okeh?

Disebabkan semua ni dari bahan organik, maka laki kau pun boleh pakai. Anak pun boleh.
Sila belikan laki masing-masing seketul dua.
Tak mahal pun, pakai lah.

Follow FB dia kat sini :KLIK SINI UNTUK FOLLOW PURE BY SAFFIYAH OSMAN