2016-04-05

Tudung singkat



Gambar yang aku mosaic ni bukan gamba orang lain tapi gamba aku, back in year 2006 kalau tak salah.
Gambar ni pernah ada dalam blog ni. Tapi aku dah delete.
Dulu, aku takde rasa apa letak gamba macam ni dalam blog and FB.
Pada aku, aku bukan bogel pun.
Aku pakai baju apa.

Memang aku pakai baju, tapi baju yang tak cukup kain.

Masa tu aku takde rasa bangga atau sengaja nak tayang lurah ke apa ke. Takde.
Sebab aku rasa itu memang gaya harian aku. Memang pakaian harian aku.
Aku kat opis pun macam tu.
Aku keluar berjalan pun macam tu.
Jadi sebab tu aku tak rasa satu kesalahan up gamba ni kat blog.
Waktu tu kalau ada orang kutuk-kutuk aku kat blog, aku tak paham apesal korang nak kutuk aku?
Aku bukan bogel doh!

Bukan takde yang nasihat. Ada.
Tapi nasihat tu lansung tak sampai ke jiwa sebab cara penyampaian tu sangat tak ikhlas.
Ada personal interest.
Sebenarnya nak kutuk, nak maki, tapi gunakan nama agama.
Eh sorry la, aku memang tak layan.
Mereput la kau kat situ buntang bijik mata tengok gamba-gamba aku.
Sape suruh kau stalk aku?

Until aku kenal dengan salah sorang reader blog ni.
Yang lansung tak pernah nasihatkan aku secara direct untuk berubah.
Lansung tak!

Tapi perwatakannya, cara bercakapnya, cara dia membawa diri, aku peratikan.
Dia seorang yang mengajar aku melalui teladan.
Tak perlu kata-kata nasihat tapi cukup dengan cara dia berinteraksi dengan semua orang buatkan aku selesa dan tak rasa rendah diri.
Sebenarnya rendah diri mula-mula, tapi lama-lama aku rasa segan dengan diri sendiri secara tiba-tiba.
Dan apabila dia tengok aku dah bertudung, masih lagi tak nasihatkan apa-apa tapi selalu pos kat aku buku-buku agama.
Halus dan berhemahnya dia berdakwah.


Ini gambar minggu-minggu pertama aku mula bertudung.
Beli kat Giant je sebab tak tau nak beli tudung kat mana. Tak biasa masuk kedai tudung katakan.
Beli yang instant sebab tak reti nak bersiap lilit-lilit shawl.
Tudung singkat.


Dah mula kenal Ariani.
Ini shawl Ariani pertama aku.
Pandai dah sikit lilit shawl time ni.
Tapi masih singkat, walaupun shawl tu panjang 180cm.
Boleh je nak labuhkan, tapi tak nampak lak bunga ros kat baju tu kang. Hahahha.


Ini aku sekarang.
Mudah-mudahan kekal sampai ke mati.


Kat Vendeur Festival baru-baru ni ada sorang reader datang bagitau aku "Saya tak sangka Di macam ni sekarang"

Aku tak kata aku sekarang baik.
Tapi kalau nak banding dengan dulu, alhamdulillah aku sedang cuba memperbaiki diri.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, bukan semudah ABC kita nak ubah orang yang jahil kepada baik.
Ia mengambil masa.
Tak perlu kata-kata paksaan, tak perlu kata-kata sindiran.
Cukuplah dengan menjadikan diri sendiri sebagai teladan untuknya.

Masa aku buat umrah baru-baru ni, mutawwif ada bercakap pasal tudung.
Tak tau la topik apa tazkirah hari tu yang membawa kepada tajuk tudung.
Dia kata "Yang penting pakai tudung dulu. Nak lilit apa pun, lilitlah".

Aku suka cara dia berdakwah.

Maksudnya, buat yang penting dulu.

Kalau orang tu nak pakai tudung, biarkan dia pakai tudung dulu.
Tak kisahla tudung tu singkat di depan.
Yang penting tutup kepala dulu.

Kerana, bukan mudah untuk someone yang dah biasa ke sana kemari tanpa tudung nak memulakan pakai tudung.
Mereka masih lagi berada dalam keadaan "Nak pakai ke tak, nak pakai ke tak"
Mereka ni juga masih lagi belum boleh meninggalkan gaya lama.
Masih nak pakai baju ketat, masih nak pakai seluar ketat.
Jangan gunakan kekerasan.

Sebab aku pernah lalui.
Jadi aku bercakap berdasarkan pengalaman.
Kalaulah aku dulu yang daring tayang sana tayang sini disuruh pakai tudung labuh dan jubah terus, mungkin sampai sekarang aku masih berbaju spageti strap ke pasar malam.

Masa aku tergerak nak pakai tudung, aku masih lagi konfius, kena pakai tudung yang macamana?
Boleh ke pakai tudung kaler-kaler?
Boleh tak pakai tudung kain jarang?
Takkan nak tukar sekaligus semua baju dalam lemari ni?
Baju-baju aku dulu semua ketat padat.

At the same time aku masih lagi mahu kelihatan bergaya.
Aku taknak nanti customer aku terperanjat tengok eh semalam ye ye kau pakai skirt pendek belah sampai peha, alih-alih pagi ni kau berjubah bertudung litup labuh sampai perut??
Seriesly, itu sangat menakutkan.
Dan boleh juga mengundang fitnah.
Ajaran sesat ke hape?
People boleh je bersangka macam tu.

Berilah peluang mereka ini berubah.
Walaupun tudung yang dipakai sekarang singkat, setidak-tidaknya mereka dah mula bertudung.
Mungkin caranya kurang tepat, tapi yang wajib dah dibuat.

Kita kena ambil kira juga bagaimana mereka-mereka ini masih lagi berperang dengan perasaan sendiri.
Bukan kerja senang untuk berubah dengan mendadak.
Alangkan kita yang dah bertudung ni pun ada yang kepala saja berlitup tapi mulut macam longkang mengumpat sana-sini. Itupun setelah sekian lama masih takleh nak ubah.
Apetah lagi mereka yang masih baru nak berjinak-jinak dengan tutup kepala.

Jangan kerana mereka tu masih lagi bertudung singkat, kita pukul rata tahap kesempurnaan mereka.
Janganlah kuat sangat buruk sangka dengan orang lain.
Jangan nampak diri sendiri malaikat yang sempurna dan nampak orang lain pemaksiat tegar.
Jangan kerana kita tak buat, maka kita rasa kita hebat dan hanya nampak aib orang lain.

Allah bagi 2 mata.
Satu mata untuk melihat keaiban dan kelemahan diri, satu lagi lihat kebaikan dan kehebatan orang lain.
Lihat dan cari baik orang di mana.
Cari sampai jumpa.
Mesti ada!

Walaupun dia pakai tudung singkat baju ketat, mesti ada benda baik kat dia. Cari!
Jangan dok highlite kurang dia kat mana.
Jangan asik nak bandingkan kekurangan dia dengan kelebihan kita.
Bandingkan sama kelebihan dia dengan kekurangan kita, tengok kita ada rasa malu ke tak pastu.

Aku pernah berurusan dengan seorang lelaki ni untuk mintak sumbangan annual dinner company lama.
Company hantar aku, sebab dia kata lelaki ni jenis suka discuss over lunch, over dinner.
Aku terasa diri aku digunakan hanya kerana aku tak pakai tudung, aku pakai skirt pendek.
Bila aku pakai skirt pendek gi opis semua pandang aku atas bawah buat muka keji, tapi bila nak sumbangan semua hantar aku.
Sape yang keji now?

Sama la macam orang-orang yang asik la highlite duit ni semua duniawi. Yang penting akhirat.
Tapi bila perlukan sumbangan, kalau takde yang kaya yang kejar duniawi ni, mana sumber kita untuk dapatkan sumbangan kalau dah semuanya miskin?

Jangan pukul rata semua yang kejar duniawi tu tak bagus.
Mungkin dorang tak bagus lagi mempraktikkan perintah Allah tapi tak bermakna dorang jahil sepenuhnya.

Bila kita guna hanya 1 mata untuk lihat kekurangan orang, macam mana nak tengok kelemahan diri?
Asyik taksub dengan kelebihan diri sehinggakan terlupa nak lihat kelemahan. Istighfarlah.

Perlu tahu, sebahagian besar dari mereka teramat ingin nikmat untuk berada dalam suasana soleh dan baik tapi masih belum kuat nak cari kekuatan untuk benar-benar berubah.
Kalau kita betul ikhlas nak orang tu sama-sama pecut dengan kita ke syurga, tolonglah buat cara yang betul.
Bukan dengan cara mengecam tindakan mereka.
Apa yang mereka buat belum tentu salah, cuma mungkin kurang tepat.

Help them untuk cari kekuatan agar mereka jumpa kesedaran untuk menjalin hubungan dengan Allah dengan lebih kukuh.
Biar kita menjadi penyebab jalinan tu!