2016-04-08

Penyakit




Ni dapat dari artikel yang ditulis oleh Ms Anna Kong tentang kes Dr Harlina baru-baru ni.

Taknak ulas pasal kes ni, tapi aku minat sangat nak cakap pasal mereka-mereka yang beria-ia kompangkan tentang cara Dr Harlina tegur company tu, malangnya cara dorang tegur Dr Harlina jauh lebih buruk.

Malaysia ni memang dah sakit.
Toksah kata la menteri je yang sakit.
Rakyat pun sama je sakit, sama teruk je aku rasa.
Budaya keyboard warrior.
Budaya troll.
Budaya memaki hamun sewenang-wenangnya.
Oh silap. Tu bukan budaya. Tu namanya penyakit.

Memang penyakit manusia ni jelas.

Kalau orang tu kaya, jangan sanjung sangat hanya kerana dia kaya katanya.
Kalau orang tu terpelajar, jangan banggakan dengan kebijaksanaan tak bawak ke mati katanya.
Kalau orang tu ada gelaran, gelaran tak menjadikan diri kamu lebih mulia di sisi Allah katanya.
Kalau orang tu cantik, jangan pandang rupa, satu hari nanti akan kerepot jugak katanya.
Kalau ada tittle, jangan bangga sangat bukan boleh dibawak mati.

Eh, macam-macam lah.
Tak nak sanjung takpelah.
Tapi kalau taknak sanjung perlu ke kita tukarkan dengan maki?
Kau diam-diam duduk sana takleh ke.
Cakap elok-elok takleh?

Gelaran, kaya, cantik, semua tak bawak ke mati.
Tapi masing-masing lupa, dosa pahala bawak ke mati ya.
Apa yang kau buat atas dunia ni bawak ke mati ok?
Termasuklah caci-maki kau kat orang.
Tu semua tapau sekali masuk kubur tau.

Nak cerita pasal buruk orang memang best.
Maunya tak best. Buruk orang, bukan buruk sendiri, apa ade hal.
Tangan tu kemain laju je type komen selamba badak je maki hamun orang.
Eh tapi pandai pulak sambil maki sambil cakap pasal agama sikit.
Tapi maki tetap maki.

Cuba masing-masing ambik kertas A4 tu, and listkan semua keburukan orang kat kau.
Depan belakang kertas konfem penuh. Siap mintak extra kertas lagi.
Tapi cuba kertas yang sama senaraikan keburukan diri sendiri pada orang pulak.
Mesti separuh pun tak penuh. Sebab masing-masing tak dapat nak fikir apa keburukan kita buat kat orang.

Memang kayu ukuran kehebatan manusia tak terhad pada satu-satu perkara sahaja.
Tapi apa yang mereka ada itu, kelebihan yang dia ada, itu semua adalah point-point yang tak dapat tidak memang menjadikan mereka kelihatan istimewa. Jangan lah kerana kelebihan tu buatkan kita sangka buruk.
Sebagai manusia yang percaya pada rezeki,cuba berlapang dada menerima kelebihan yang ada pada orang lain, yang takde pada kita. Kalau kita tak suka, takpe. Tak perlu nak maki-maki macam tu.

Pernah aku nampak orang maki sorang public fugure ni kat FB and IG.
Reason apa aku pun tak tau.
Tapi ada la some komen "Baik-baik...kalau tak sokong dia nanti dia block korang. Hahahah".

It is not about sokong tak sokong.
Tapi adab.

Kau nak orang dengar komen kau tapi kau sendiri letak komen macam hanat, bila kena block kau merempan?
Kau kena block kau jaja kat semua orang, tapi punca kau kena block kau tak cerita kat semorang kan?
Kebanyakkan yang kena block tu bukan sebab bagi komen yang tak sependapat tapi caranya sangat biadap.

Nak bagi teguran kena perhatikan adab-adabnya dulu sebab adab sangat menentukan nasihat tu diterima atau tak.

"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya setiap orang itu hanya akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya" (Bukhari & Muslim)

Kalau betul nasihat tu niatnya kerana Allah, PASTI Tuhan bukakan pintu hati penerima nasihat untuk lembut hati menerimanya kerana pemberi nasihat berhak ke atas pahala nasihatnya. Tapi kalau niatnya lain, maka nasihat tu takkan sampai. Dan jangan marah kalau orang tak terima.

Nak bagi teguran cubalah usaha tak malukan dia di khalayak.
Ini memang musibah yang dah jadi trend yang seronok dibuat.
Nak bagi teguran sudahlah dibuat secara terang-terangan, biadap pulak tu.
Nak tegur, tegurlah dalam keadaan sembunyi sebab manusia selalunya boleh menerima teguran bila dia bersendirian dan dalam keadaan mood baik. Itu waktu yang paling baik sekali nak bagi teguran.
Sebagus mana pun nasihat, kalau disampaikan di tempat yang tak tepat, nasihat takkan meninggalkan bekas.
Teguran yang dibuat dengan biadab dan memalukan akan membuatkan pintu hati tertutup.
Menerima teguran tu seumpama membuka pintu.
Pintu takkan terbukak kalau tak jumpa kunci yang betul.
Tak ada kunci yang lebih tepat kecuali teguran disampaikan dengan cara beradab.

Jika kita tak jumpa kata-kata yang lebih manis dan beradap untuk menyampaikan teguran, lebih baik diam sebab itu akan lebih menjaga dari perkataan-perkataan yang akan memperburukkan keadaan.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah berkata yang baik atau diam" (Bukhari & Muslim)