2016-03-09

Mak Aji and baju size UK12


Mak Aji pose macam Che Ta pandang atas.


Testimoni paling aku tak jangka.
Testimoni dari Mak Aji.
Eh tetiba je dia whatsapp aku dengan bangganya bergamba dengan baju ni.

Ada 2 cerita sebenarnya kat sini.

Yang pertama pasal testimoni Mak Aji ni.

Dari mula aku RnD GreenAard, sejak setahun yang lepas (RnD start Mac 2015), dari menjak pil tu warna biru, pastu tukar ke merah, dan last sekali warna lutsinar ni, Mak Aji asik mintak jadikan dia bahan testimoni.
Tapi aku tak bagi.
Sebab aku tau dia makan ubat darah tinggi. Tak boleh.

Bulan December lepas, dia cilok satu GreenAard.
Dia kata nak cuba.
Aku cakap ambik 2 kapsul dulu. Kalau tak pening, tak berdebar-debar, slowly naikkan ke 4 biji sehari.
Eh tau-tau 2 minggu lepas dia hantar gambar dengan posing kat tepi dapur, pakai blouse yang tak pernah boleh pakai dulu!

Lebih kurang 10 tahun lepas Mak Aji buat histerectomy.
Normal kalau buang rahim, hormon memang akan kacau bilau sikit.
Jadi berat badan dia naik mendadak sejak hari tu.
Alhamdulillah, berat dia dah turun sikit now.



Cerita kedua adalah blouse ni.
Blouse size UK12 ni adalah baju aku sebenarnya.
Boleh bayangkan tak berapa besarnya aku dulu boleh muat size UK12?
Sampai UK10 pun takleh fit dah.

Bila aku dah mengecut sikit, aku nak bagi orang je baju ni tapi sebab baju ni masih cantik lagi sebab tak sampai 5 kali pakai, Mak Aji ambik.
Tapi dia tak dapat pakai lagi sebab masa tu masih ketat untuk dia.
Now, dengan bergayanya pakai UK12.
Ni je la selai UK12 yang ada. Yang lain aku dah bagi orang.

Baju ni memang bukti bahawa aku pernah 'besar' satu ketika dulu.
Tapi sebenarnya UK12 ni takde la besar mana. Size 40 je.
Cuma disebabkan aku tak pernah cecah size UK12 jadi terperanjat jugak la bila satu pagi tu bangun tido nak gi outing satu baju dalam lemari dah tak muat.

So, amacam?

Mak Aji yang umur 63 tu boleh buktikan dia boleh turunkan berat badan.
Jangan lupa, semakin kita berusia, metabolisme badan semakin slow.
Ditambah lagi Mak Aji ada ambil ubat-ubatan darah tinggi, which medication ni memang akan perlahankan effectiveness GreenAard.
Tapi sebab dia konsisten makan, at the same time tak makan merepek-merepek, berat dia turun.
Happy gila. Terpaksa la shopping baju baru kan.

Another news, sepatutnya Mak Aji ni dokter nak transferkan dia untuk pemerhatian kencing manis pulak.
Biasa la kan, dia kan darah tinggi.
Lama-lama memang akan dapat kencing manis punya.
Dulu blood sugar reading dia 7 and above.
Now blood sugar reading dia even after meal pun 5+.
Kalau puasa mesti lagi rendah.
So dokter tak jadi letakkan dia kat pemerhatian kencing manis.

Dia tanya aku GreenAard ni boleh rendahkan blood sugar ke.
Aku cakap indirectly yes sebab dalam GreenAard ni aku tambah pegaga.
Jadi memang expected la blood sugar dia turun.

Overall, I'm happy.
Ni testimoni terbesar aku dapat from mak aku sendiri.





Aku tak sure bila customer ni beli sebab dia duduk London.
Maybe sebelum ni dia ada beli tapi sebab aku tak jaga akaun email Health jadi aku tak aware pasal ni.
Pagi ni Health Team forward email ni ke aku sebab ada soalan yang dorang tak pasti macamana nak respond.

Good testimoni dari this customer.
Especially tentang detoks (lawas buang air) and bengkak pada ankle dah surut.
Masa awal-awal GreenAard ni kat market, kitorang ada bagi tester.
Ada sorang pengguna tu bagitau dia ada rheumatoid athritis sampai ke tahap dah kena ambik steroid.
The doctor nasihat untuk kurangkan pengambilan ubat tahan sakit tapi dia cakap dia tak boleh kalau tak ambik walaupun sehari sebab tak tahan sakit.
Bila dia start guna GreenAard, sepanjang 10 hari penggunaan dia tak perlukan that ubat tahan sakit.
And bengkak-bengkak pun hilang.

Yang ni memang expected.
Sebab dalam GreenAard ada herba untuk tujuan mengubati arthritis/gout tapi aku tak highlitekan secara meluas.
Sebab itu semua adalah nilai tambah pada GreenAard saja.
Bukan dibuat khusus untuk tujuan arthritis treatment.
Biasa la kan, ada certain orang suka nak berjimat. Kalau boleh nak cari 1 product yang cover all.
Itulah ubat kurus, itulah ubat kurangkan kencing manis, itulah ubat kurangkan senggugut, itulah ubat banyakkan susu.
Aku taknak orang salah faham fungsi GreenAard.
That's why aku highlite GreenAard fokus untuk kembali dapatkan berat badan ideal.
Sebenarnya memang dalam GreenAard ada herba untuk rawat arthritis/gout.

Tentang lawas, ini pun memang dah dijangka.
Kalau ambil GreenAard tak perlu ambil detox tea sebab dalam GreenAard dah ada herbs for detox.
Alhamdulillah bila this customer bagitau dah lama kencing tak lawas sejak accident.
Kencing tak lawas memang tak best okeh.
Kau akan selalu rasa sakit bawah perut.
Always rasa nak terkencing tapi bila gi toilet kencing tak keluar. Kalau keluar pun sikit sangat. Macam tersangkut.
Aku penah kencing tak lawas ni. Sekali masuk toilet sampai 20 minit just nak tunggu kencing keluar. Hazab ok.
GreenAard ada extract halia, lemon and bawang putih.
Ini agen terpowerful sekali untuk detoks and melawaskan kencing.

GASTRIK.

Kalau masuk website GreenAard, kita dah letak kat situ LANGKAH BERJAGA-JAGA.
Antaranya pengidap gastrik TAK DIBENARKAN AMBIL.

Tapi aku tau ramai yang insist untuk ambik GreenAard.

Sebenarnya takde bahaya mana pun.
Tapi GreenAard ni akan bagi kau rasa kurang lapar.
Bila kau tak rasa lapar, kau akan lupa nak makan.
Kalau ada sesape gastrik nak jugak ambik GreenAard, nasihat aku, please buat jadual pemakanan sendiri.
Maksudnya walaupun kau tak rasa lapar, kau kena ikut jadual makanan untuk TETAP MAKAN.

Ada pengidap gastrik bagitau "Kalau tetap makan camne nak kurus?"

Dik, kita gemuk bukan sebab kita makan banyak.
Kita gemuk sebab kita makan makanan yang tak sepatutnya.
Orang yang kurus tu dia kekal kurus sebab dia makan makanan yang sepatutnya.

Ada certain orang bila dia dah makan GreenAard, dia rasa macam diri dia dah ada perisai kebal.
So boleh makan banyak-banyak.

NO.
SALAH.

Aku tak pernah kata kau perlu berlapar bila ambik GreenAard.
Kau tak payah tahan lapar.
Tapi, tak payah tahan lapar bukan bermaksud kau boleh balun apa je depan mata.
Asalkan tak lapar sudah lah.
Makan lah nasik + ikan goreng + sayur + sup ayam pun.
Takde hal.
Ada orang dia nak kurus, maka dia tolak makan nasik.
Dia pilih untuk makan kepok lekor 4 biji, karipap seketul.
"Saya makan tu je".

I tell you, 1 batang keropok lekor 30g yang dipotong empat, kalori dia bersamaan 90.
1 mangkuk nasik putih 100g kalori dia 130.
Berapa batang kepok agaknya kau nak telan untuk bagi kenyang?
Baik ko makan nasik la...

Karipap seketul 130 kalori.
Kalau kau makan SEEKOR IKAN KEMBUNG MASAK KARI pun baru dalam 80 kalori.
Makan ngan nasik putih. Kenyang weiii.
Toksahlah ingat kalau tak makan nasik tu boleh jadi kurus.

Tau tak yang nasik ayam sepinggan baru 600 kalori.
Tapi sotong goreng celup tepung 630 kalori.
Pehhh, baik kau kunyah nasik ayam.

Nasik tak bersalah.
Yang bersalah kalau kau makan nasik tak benti-benti.
Tak pun lepas kau makan nasik terus tido. Yang ni memang tak bersalah gila punya perangai.

MAKAN GREENAARD TAK PERLU TAHAN LAPAR.

Tapi, makan secara sihat.
EAT CLEAN.

Nak order GreenAard?

KLIK HERE untuk order kat website.
Or whatsapp 012-7728976.


p/s : soalan pasal perut kembung tu aku kena tunggu dia respond dulu pada beberapa soalan aku. Berdasarkan jawapan tu nanti baru aku share boleh ke tak ambik GreenAard.