2016-03-06

Takkan balik-balik anak tu je yang kau highlitekan?




Tadi pagi ada orang share status yang atas, so aku respond to it.

Same old same issue.

Petang tadi aku dapat very very very long email dari reader/follower yang share story dia yang bersangkut-paut dengan status ni.

Budak perempuan.
Dah kawen, ada anak.
Seorang pensyarah IPTA berkelulusan PhD.
Wow!

Mukadimah dia sangat membanggakan.
Kalau baca sampai takat tu je, orang akan bajet she leads a beautiful life.

Malangnya tak.

Melalui cerita dia aku dapat rasakan tekanan yang dia hadapi sampailah ke umur 39 tahun ni (sebab dia kata umur sama ngan aku).

Dia cerita dari sekolah rendah lagi mak bapak dia always jadikan kakak dia sebagai benchmark setiap kali exam.
Aku tak rasa dia ni bodoh, cuma mungkin kakak dia lagi bright.
Mak bapak dia also pensyarah IPTA dia kata.
Mungkin sebab dua-dua pun berlatarbelakangkan academician, jadi dorang sangat concern dengan keputusan exam.
Ye lah, tak salahkan parents dia.
Mana-mana parents pun nak anak berjaya, paling tak pun lebih berjaya dari dorang sendiri.
Tapi mungkin pendekatan motivasinya tu agak keterlaluan bila selalu menjadikan kakak dia sebagai benchmark.

Dia kata kawan-kawan lain kalau dapat nombor 3 dalam kelas dah seronok sangat nak balik bagitau parents tapi dia kalau boleh taknak balik rumah.
Sebab dia cakap dia pernah bawak balik report kad, dengan keputusan dapat nombor 3 dalam kelas, mak bapak dia taknak sign report kad tu.
Parents dia tak boleh accept dengan alasan "Kakak dengan kau keluar dari perut yang sama. Apesal sorang pandai sorang tak?"

Astaghfirullah.

Bergenang airmata aku baca email dia.

Tu cara-cara dapat nombor 3.
Kalau dapat nombor 17?
Mau 17 hari tido kat porch ni.

Dia cakap UPSR dia dapat 5A.
Tapi tak dapat masuk mana-mana boarding school.
Itupun jadi satu masalah kat parents dia.
Hanya kerana kakak dia dapat masuk asrama.

Keputusan SRP bagus, dapat masuk boarding school.

Keputusan SPM dapat 7 agg tapi ada 6A je.
Untuk pengetahuan adik-adik yang tak tau, zaman dulu-dulu kalau SPM 7 agg ni dah cream habis ni.
Pedulik la kau 6A je pun, orang jarang tanya berapa A. Orang tanya berapa aggregate je.
Tapi mak dia punya respond "Masuk asrama pun boleh dapat 6A je?? Baik skolah kat belakang rumah".

Itu cara-cara anak dapat 7 agg (6A).
Pangkat 1.

Kalau anak bawak balik Pangkat 2?
Boleh kiamat agaknya.

Benda ni sebenarnya berlaku dari dulu sampai sekarang and maybe takkan ada kesudahan.
Mungkin kerana sistem pendidikan kita lebih kepada exam-oriented.
Jadi semua pun fokus nak kumpul A.

Mungkin juga kerana parents insecure.
Ada yang nak jaga air muka, apetah lagi kalau parents tu someone yang berstatus.

Ada juga parents yang mengharapkan sangat anak berjaya sebab nak orang pandang tinggi.

"Pandai kau didik anak kau, Jah! Dapat 10A!!"

Oh ada sorang makcik ni dari dulu sampai sekarang asikla mengulang-ngulang anak dia blaja Mesir. Blaja kat Mesir. Blaja kat Mesir.
Sampai dah 10 tahun aku kawen ni asik la dia ulang benda yang sama. Pelik gila aku. Anak kau ni extend sampai 5 tahun ke kat sana? Aku dah beranak anak kau tak abis-abis lagi blaja.
Rupanya anak dia balik jadi cikgu skolah agama.
Dia malu nak bagitau anak dia cikgu je, so dia manjang highlite anak dia dulu blaja Al-Azhar.
Tak ke insecure gila namanya tu?
Lama-lama makcik ni boleh kena sakit jiwa aku rasa.

Mak bapak,
Tak kisah la apa pun kau harapkan dari keputusan exam anak, itu hak kau.
Tapi jangan lah sampai men-torture perasaan budak tu sampaikan dia troma membawak ke tua.

Macam reader tadi cakap, walaupun dia dah sampai ke peringkat tertinggi akademik (PhD), self-esteem dia sangat-sangat low.
Dia men-sabotaj diri dia sendiri.
Dia tak pernah yakin dia boleh buat sesuatu.
Bila dia nak buat something je, dalam masa yang sama dia akan berkata "Tak boleh kott.."
Sampaikan ke tahap dia nak berdoa pun dia malu/segan nak mintak kat Allah sebab dia rasa macam dia tak layak nak mintak yang besar-besar.

Mak bapak, please ya.
Jangan seronok sangat nak jaga air muka nak bersaing-saing dengan keputusan exam anak orang lain sampaikan kita tak sedar anak kita alami troma berpanjangan!

Salah sorang yang low self-esteem adalah En Wan.
Series En Wan punya self esteem sangat low.
Ni dah 15 tahun kawen ngan aku ni nampak la perubahan dia sikit.
Awal-awal dulu sangat-sangat low.
Dia punya kes bukan sebab mak bapak, tapi sebab persekitaran.
Walaupun dia punya result SRP SPM cream, dia tetap segan nak bagitau orang.
Sebab dalam kepala dia "Saya sekolah kampung je..".
Masyarakat kita kan suka buat statement "Ohh...sekolah kampung. Patut la boleh dapat 9 aggregat. Sekolah kampung memang kerajaan turunkan gred sebab nak tolong budak-budak".

Oh, whateverrrrrrrr!!!

En Wan punya kesan tu sampaikan dia segan kalau aku heret dia berjumpa dengan customer-customer aku dulu.
Dia always rasa dia tak cukup bagus.
Aku rilekkk je kalau jumpa geng-geng dia yang semuanya study overseas.
Sampaikan dorang ingat aku pun student cream study overseas sebab aku always buat muka konfiden. Mbahahaha.

Ada jugak spesis mak bapak yang anaknya 10.
Tapi balik-balik dia highlite keputusan exam anak-anak yang berjaya ya.
Syukur...alhamulillah.
Syukur....alhamdulillah.
Itu la caption kalau upload result anak yang dia berkenan.
Nak je aku tanya "Anak-anak ko yang skolah memang 2 orang je ke?"

No, you have no idea what bersyukur means.
Kalau kau bersyukur, make sure upload result semua anak-anak kau.
Itu baru namanya bersyukur. Adil. Be fair.

Lagi satu aku paling menyampah asal lepas keputusan exam keluar je nanti makcik yang jumpa setahun pun tak sekali akan start call "Anak kau periksa dapat berapa?"
Eh kepocinya kau.
Kalau tak kerana exam ni takde maknanya kau nak call bertanya khabar kan?
Kosser aku nak melayan.

Parents, walau macamana tinggi pun keinginan kita terhadap kejayaan anak-anak, jangan sampai mereka anggap kewujudan mereka tu tak membawa manfaat.
Kita ni esok dah mati, dah selamat dah.
Yang kita tinggalkan ni,  anak-anak ni esok kalau umur panjang, boleh merana sepanjang hidup dek low self-esteem gara-gara kita.
Bukan bermaksud suruh lepas tangan terus.
Still kena ambik tau hal pelajaran dorang supaya dorang tak ketinggalan.
Tapi jangan;lah melampau nau cara kita tu.

Aku terkenang masa aku nak dapat anak dulu.
3 tahun lepas kawen baru mengandung.
Berdoa siang malam dapatlah kiranya aku ni mengandung.
Sekali pun jadikkkkklah.

Bila dah mengandung, doa biarlah anak ni sihat and sempurna.
Sihat and sempurna cukuplah.
Tak comel pun takpe.
Janji sempurna and sihat.

Bila lahir Redza, orang kata Redza tu ikut muka aku.
Aku tau muka aku muka Jawa kemek.
Tak cantik.
So bila Redza ikut muka aku maknanya Redza tu pun tak comel lah.

Terdetik rasa menyesalnya tak mintak anak comel.

Astagfirullahalzim.

Tapi Redza sangat cepat semua benda.
Tumbuh gigi cepat.
Berjalan cepat.
Bercakap cepat.
Umur 4 tahun dah pandai baca.
Tapi tak suka campur orang. Pendiam.

Lepas tu teringin nak mengandung lagi.

Susahnya nak dapat yang kedua.
Sampai buat treatement kat hospital.
Padahal dulu mintak "At least sorangggg je".
Tup tup mintak lagi sorang.

6 tahun Tuhan uji kesabaran aku and En Wan.
Baru dapat sorang lagi.
Tu pun macam-macam kes jadik.
Dengan bleeding sampai 3 kali.
Dengan keracunan uri.
Dengan tersadai 2 bulan kat spital.
Dengan anak lahir tak cukup bulan.

Memang comel.
Semua pun kata Rayyan comel.
"Tak macam muka Redza lansung!", orang kata.
Ok fine. Nak kata muka bapaknya hensem la tu kan. Hambiklah.

Tapi Rayyan lambat serba serbi.
Berjalan lambat.
Bercakap lagilah lambat.
Membaca lambat.
Always sakit-sakit.
Tapi tak macam Redza yang pendiam, Rayyan sangat keletah.

Benda ni semua buat aku realized, kita ni always mintak nak yang bagus-bagus je.
Sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak baguskan diri kita depan Tuhan.
Kita asik lah nak dipandang bagus depan manusia.

Parents,
Just remember balik macamana masa anak kita ada dalam rahim.
Kebanyakkan kita sebagai mak bapak hanya harapkan biar anak yang lahir tu sihat, sempurna and selamat je kan?
Itu je yang kita harapkan.
Tapi now, macam-macam kita expect dari dia sampaikan kita lupa apa yang kita mintak tu kadang-kadang melampau-lampau sedangkan kita sendiri pun belum tentu boleh achieve apa yang kita harapkan dari them.

Tuhan takkan bagi kita semua.
Dia dah bagi apa yang kita ada now pun dah bagus.
Bersyukur apa yang ada, hargai apa yang ada, and enjoy.

Bak kata orang tu "Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama"

Sebuah tulisan untuk ingatan buat diri sendiri.