2016-03-12

Anggapan orang





Tadi nampak status dari seorang dokter kat FB.
Status ni buat aku teringat dengan kes aku buat DNC 6 tahun lepas.
2 bulan lepas bersalin Rayyan, aku termengandung lagi.
Ni kes accident, bukan merancang.

Oh lagi satu, entry ni takde kena-mengena dengan status kat atas.
Cuma ia mengingatkan aku dengan cerita aku ni je.

Disebabkan dokter yang rawat aku masa nak bersalin Rayyan dah warned untuk tak mengandung lagi, jadi aku buat DNC untuk gugurkan kandungan tu.
Bila orang tau (pembaca blog) yang aku buat DNC atas nasihat dokter maka ramailah bijak pandai yang mengutuk perbuatan aku tu.
Tolak rezeki Allah lah.
Takut mati lah.
Tak percaya pada rezeki anak lah.
Macam-macam.

Padahal 3 orang dokter bagitau adalah lebih baik untuk aku gugurkan kerana dikhuatiri akan dapat komplikasi yang lebih teruk lagi.
Kemungkinan anak akan lahir lebih awal dari usia kandungan 7 bulan (Rayyan lahir 31 weeks).
Kalau aku pikirkan kepentingan sendiri memang aku teruskan kandungan tu.
Tapi disebabkan aku pikir masa depan anak tu lah maka aku gugurkan.

Sebab dokter (bukan 1 tapi 3 orang) dah cakap anak yang lahir kurang dari 7 bulan lebih berisiko.
Aku tak sanggup membayangkan anak aku lahir dengan 10 wayar macam-macam kaler berselirat atas badan dia.
Sebab Rayyan lahir dengan macam-macam wayar kat badan.
Aku lahirkan Rayyan dalam keadaan aku dah bersedia untuk hilang dia sebab komplikasi yang ada semenjak dia masih dalam rahim.
Disebabkan pengalaman tu maka aku rasa biarlah aku buat je DNC ni dalam keadaan kandungan masih 5 minggu daripada tengok anak aku merana.

Walaupun kita kena percaya qada' dan qadar Allah tapi Allah bekalkan kita dengan akal untuk berfikir.
Itu gunanya akal.
Bukan segala benda main tadah pasrah berserah je.

Macam akak yang dokter ceritakan ni pun sama.
Jangan nak pikir jihad meramaikan umat Muhammad tapi habis takat beranak je. Apa yang jadi lepas beranak pandai-pandai kau lah.
Takleh macam tu gak.

Tapi mungkin juga persekitaran akak ni yang membuatkan dia kurang faham tentang konsep 'meramaikan umat Islam'.
Macam kes aku buat DNC dulu la.
Kalau sekali imbas cerita memang la nampak aku yang jahat.
Nampak aku ni tak percaya kuasa Tuhan.
Macamkan dokter tu Tuhan pulak yang nak pi dengar cakap dia tu buat apa? Gitu.

Kalau nak guna konsep pasrah macam tu maka kita tak payah la dengar nasihat sape-sape.
Buat apa nak dengar cakap dorang.
Dorang bukan Tuhan.
Kan??

Memang dokter bukan Tuhan tapi dokter tu bercakap mengikut pengalaman dan kepakarannya.
Dia lebih berilmu dalam bidang dia.
Maka pendapat dia juga perlu diambil kira.
Tuhan bagi dia kepakaran tu untuk kebaikkan kita.
Yang takde kena-mengena ni, yang tak berada di tempat aku tak payah lah memandai-mandai.

Tapi aku bersyukur aku dapat melalui situasi kena bash tu dengan bergaya (hahahaha).
Sebab aku memang ada kepakaran untuk buat dek.

Anggapan manusia.

Apa pun anggapan orang kat aku samada buruk ke baik aku malas ambik kisah.
Itu sebenarnya antara syarat untuk hidup bahagia.
Sebab persepsi manusia ni datang bukan hanya dari apa yang kita pamerkan semata-mata tapi apa yang mereka faham dengan apa yang kita pamerkan juga.
Sebab pemahaman orang berbeza.
Dan kita tak boleh nak paksa orang suka setuju dengan kita.
Just bagitau apa yang kita nak bagitau, kalau dia tak terima itu masalah dia.
Dia nak anggap bukan-bukan pun itu masalah dia.

Yang menjadikan manusia stress bila bermati-matian nak meyakinkan orang supaya bersetuju dengan dia.
Eh tak kuasa aku.
Aku punya style simple.
Kau tanya aku jawab.
Kau tak nak percaya ada aku kesah??
Tak kuasa aku nak beria-ia. Eh banyak keje lain aku nak buat.
Tapi selalunya la kan orang yang suka buat anggapan ni memang takkan bertanya.
Sebab dia takut nanti anggapan dia terhadap kita tu salah.
Malumlah dah seronok buat anggapan macam-macam sekali salah pulak. Rasa tak best la kan. Jadi baik takyah tanya. Gitu.

Selalunya orang yang baru kawen ada masalah ni.
Masing-masing saling ada anggapan kat keluarga suami/isteri.
"Kakak ipar pandang saya slack je"
"Mak mertua taknak sentuh lansung masakan saya".

Aduiiii. Letih la nak hidup dengan anggapan.
Kau tak puas hati kau tanya je la.
Tak payah nak sengkak kepala buat andaian macam-macam.
Kalau tanya aku adekah keluarga mertua suka aku?
Entah.
Adekah keluarga mertua tak suka aku?
Aku pun tak ambik tau.

Ada perkara yang kita perlu ambik kisah ada perkara yang kita tak perlu.
Bagi aku kalau aku ada masalah dengan orang aku akan tanya. Direct aku tanya orang tu.
Samada ada aku call. Tak dapat call aku sms. Tak dapat sms aku email.
Tapi aku lebih suka dalam bertulis sebab boleh dijadikan bukti.
Kalau bila aku tanya awak ada apa-apa masalah dengan saya ke dan jawapannya takde, aku anggap itu settle.
Tapi lepas tu kalau aku dengar kau buat cerita or bengkek ngan aku tak semena-mena yang tu aku anggap ko yang bermasalah.
So aku tak ambik tau. Malas.

Mak Aji kan cukup cuak kalau nak cerita rahsia apa-apa ngan aku.
Sebab dia tau mulut aku outspoken.
Aku tak puas hati aku tanya je.
Aku pedulik apa orang tu sedara ke, abang ipar ke.
Daripada kau nak bermasam-masam muka tak tau hujung pangkal adelah lebih afdhollll kau tanya je kasik setel.
Tapi ye la masalahnya kebanyakkan orang melayu ni lebih suka cakap berdegar-degar kat belakang.
Bila kita cakap terus-terang dikatanya kita mulut jahat.
Tapi bila dia mengumpat kat belakang dia tak pikir mulut dia punya jahat pulak.
Outspoken tak semestinya biadap ya.
Biadap lain.

Macam tweeter (betul ke aku eja ni?).
Ada dulu orang cakap aku berlagak diva sebab tak reply tweet follower.
Kamon la.
Kalau 7-8 tweet boleh la aku reply.
Dah kalau setiap kali tweet yang respond nak kat 50-60 kadang-kadang tu takat respond "hhahahahha" pebenda yang aku nak reply?
Salah satu penyebab aku delete tweeter sebab tu la. Sebab aku bukan bangsa yang larat nak duduk hadap henfon balas mesej.

Blog pun aku tutup komen sebab tu.
Sukatilah orang nak kata aku sombong ke hape ke.
Satu entry kadang-kadang lebih 100 komen yang semuanya harap aku respond satu-satu.
Kalau tak membalas komen pun jadi punca pembagai anggapan negatif, eh lantok laaaaaaa.

Hidup kalau asik nak maintain pujian manusia pun lama-lama menjadikan kita tak ikhlas dan fake!