2016-03-16

Lexis Penang - Part 2 and Final



Aku saje je test taknak update Lexis Part 2.
Dengan harapan takde la orang ingat. So that aku takyah update. Sebab aku dah sampai ke level malas update entry bergambar dah ni.
Eh sekali ada jugak yang ingat aku tak abis update.
Lupa pulak aku nak tanya dak Hazwan ni available lagi ke tak. Kah Kah Kah.
Maklumlah, dalam FB aku ramai anak dara. Mana lah tau. Eh.

Ok sambung cerita Lexis Penang..



Lepas ke 3D Muzium tu En Wan bawak anak-anak dia pi tengok Toy Muzium.
Aku dok membayangkan Toy Muzium ni macam muzium lah.
Muzium yang besar and ... macam muzium lah!

Rupanya tak.

Dah la jalan nak ke Toy Muzium tu ulu banat.
Jenuh la mencari sampai terlepas simpang beberapa kali.
Jalan masuk ke toy muzium ni pun very the kampung, sangat lahhhh tak menarik perhatian pelancong.

Muzium ni private, bukan under government, jadi dia buat pun asal jadi je la.
Memang sangat tak menggambarkan sebuah muzium tarikan pelancong lansung.
Entahlah, tak reti aku nak explain. Pegi la sendiri tengok camne gayanya.

Dalam muzium tu macam ni.
Ada aisle and tepi kiri-kanan ada rak display macam-macam jenis karakter katun.
Aku ni bukan lah kata tak minat katun lansung.
Kalau tak minat takde la aku seronok pi Disneyland.
Tapi bila dia buat toy muzium tu camni, aku jadi tak minat pulak.
Dengan panasnya dalam kabin ni, pastu display asal boleh je.
Rasa tak berbaloi aku drive jauh-jauh bayar tiket segala, bawak budak-budak just nak tengok camni.
Sayang rasanya dia buat muzium macam ni.
Maybe someday dia boleh buat kat tempat lebih besar and lebih proper.
Dalam muzium ni boleh tahan lagi.
Tapi entrance tu alahaii....dengan apek-apek terlentang membuta atas kerusi depan entrance. 
Dah macam masuk rumah orang lak gayanya, bukan masuk muzium.


Ce ko imagine malam-malam keliwon Chucky anak-beranak ni betul-betul bangun berjalan dalam muzium. Haaaaa...


Edward yang sangattttt hensem.
Sejibik sejibon Johnny Depp.
Terasa nak gugel cerita Edward ni pulak.
Tapi kang nangis pulak.
Tak jadiklah.


En Wan : Ni katun papa masa kecik-kecik dulu...

Redza : Katun apa ni, Pa? Tak penah tengok pun.

Terasa tua nau nau!

Ni katun ni sape kata tak penah tengok, memang tak sezaman la.
Rugi okeh. Rugi!


Freddy.
Sekali je aku tengok cerita ni.
Tobat larhum tak tengok dah.



Aku tak penah tau pulak ada permainan X-Files.


Kesian anak aku, masuk sana cari Upin Ipin.
Nasib baik ada.
Tapi sikit je la koleksi dia.


En Wan kata kalau patung yang besar-besar ni lagi cantik kalau tak diletak dalam cermin.
Baru best nak bergambar.
Tapi aku rasa baik dia letak gini je dalam cermin.
Aku takut tetiba aku jalan kat depan dia sekali dia hidup.
Mampus tak cukup tanah aku lari.


Sama kan ngan yang sebelah tu?
Tinggal lagi aku takde pedang je.


Ce ko imagine patung ni letak kat luar cermin sekali kau tengah nak bergambar dia bergerak.
Machine gun tu ko tak nampak dia pegang?
Ye, imaginasi aku memang tinggi.


Tak lama kitorang kat toy muzium tu sebab tak tau nak tengok apa dah.
Semuanya koleksi toy je, lagipun dia letak kat rak-rak.
Takkan aku nak menonggeng tengok koleksi katun yang kat rak paling bawah kan.
Dah la panas dalam tu.
Setengah jam je kat sana, pastu balik cari jeruk.


Syurga En Wan.
Dia kuat makan jeruk.
Sebab tu stay slim.
Agaknya la..


Depan kedai jeruk ni ada stall cendol and air kelapa.
Gila best dapat cendol tengahari buta camni.
Dah la cendol dia banyak, kacang banyak.
Siap ada kepok lekor bagai.



En Wan buat keje gila dari Feringgi tu balik ke hotel lalu Balik Pulau.
Aku ingatkan dia setakat nak bergambar je kat empangan Teluk Bahang ni.
Rupanya memang betul-betul dia balik ikut Balik Pulau.
Ya ampunnnn, macam nak terbelahak aku okeh.
Berbulu je aku dalam kereta.
Dan dalam kereta pun menjadi senyap sepi sebab aura terbakar tu meresap ke seluruh kereta.
Sorang tak berani nak berbunyi sebab aku dah menaga.

Sebenarnya aku pun tak tau apesal aku nak menaga hari tu.
Maybe sebab En Wan ni suka nau explore pusing sana, masuk sini, rimas aku. Padahal dia bukan tau pun jalan kat situ tapi memang perangai dia suka sangat mencuba-cuba.
Tapi kadang-kadang best gak kalau dia buat perangai gini.
Sebab lepas aku sentap mesti dia akan belikan aku makanan best-best untuk redakan kesentapan aku.


Nah!
Dapat pun mee udang.
Ingatkan hari tu tak dapat sebab En Wan malas nak pi carik.
Bila aku sentap pandai pulak dia mencarik.
Kadang-kadang sentap itu membawa keuntungan.


Belakang Lexis ni ada kampung nelayan.
Dari atas ni aku leh nampak ada warung kat bawah. Mesti ada ikan bakor kan?
Tapi tak sempat nak pegi.
Jadi tengok je lah..


Puas budak-budak ni berendam.
Aman aku nak tengok TV takde orang kacau.
Pakkal lama rumah aku tak muat nak buat gini.
Kalau muat, dah lama aku buat. Biar la ko berendam sana sampai kecut.


Malam dinner kat Ilyana Cafe, Gertak Sanggul.
Aku pernah datang Gertak Sanggul ni dulu sebab dalam kawasan ni ada aquaculture lab.
Tapi masuk ke dalam sikit jalan dia.
Tak sangka pulak kali ni datang Gertak Sanggul untuk makan-makan.
Best jugak kat sini, sebab banyak seafood. Boleh tahan sedap.


Tomyam campur.
Kurang kick, tapi boleh makan.


Sotong kunyit.



Siakap bakor.


Pandan chicken.


Esok pagi-pagi aku mintak En Wan gi beli nasik kandaq kat depna hotel.
Kedai ni betul-betul depan hotel, lintas jalan je.
Sabtu pagi masda nak keluar ke town kitorang nampak berjujuk orang beratur depan kedai ni. Apehal eh?
Tengahari balik nak singgah sekali semua nasik and lauk dah habis.
Ohh, tak boleh jadi. Nak gak tau apabenda yang sedap sangat sampai semua kaum beratur pi beli.
Ahad pagi tu, En Wan ngan Redza turun pi beli nasik kandaq Taat.


Datang pagi pun barisan panjang gak.
Yang datang kendian dapat bau je lah.


Aku bukan peminat nasik kandaq.
Tak reti makan pun sebenarnya sebab aku tak berapa suka makan berkuah gulai.
Especially kalau gulai tu bukan aku yang masak memang aku makan slow sikit.
Tapi En Wan and Redza laju je balun aku tengok.
Mak mertua aku pun kata sedap.
Ok maknanya sedap la tu.
Aku je yang tak pandai makan.
Rupa lauk aku pun camni je.
Aku dah pesan kuah taknak, nak sotong and ayam je.
Ayam mesti 2.




Lepas makan gi gym, boleh?
Terasa bersalah la tu bedal nasik pagi-pagi sebungkus. Tu yang menggelabah gi gym tu.


Masuk kids zone ni kena bayar RM15 kalau tak salah aku.
Ok lah tempat dia, at least ada la game-game and aktivity budak-budak nak buat.
Ada orang jaga sekali.


Tapi si Rayyan dah jumpa sorang kakak kat dalam ni, terus taknak main.
Nak main kaler-kaler je.


In-door games like monopoly and scrabble pun ada.
Tapi tak ramai orang, so less fun.
Maybe sebab hotel ni bukan kat kawasan pelancong, jadi orang pun tak berapa ramai.
Tapi kalau ko nak berehat-rehat dengan famili, nak anak-anak spend time dalam kolam tanpa perlu kau bersiap-siap pakai tudung segala, maka Lexis Penang ni sesuai.
Tapi kalau aku dibagi pilihan, aku akan pi Feringgi. Lagi best kat sana.