2016-03-22

Bandung Mac 2016


Dah 2 minggu balik dari Bandung (again) baru nak update blog.
Kali ni ke Bandung macam biasa sebenarnya atas urusan kerja tapi kebetulan plan nak pergi tu jatuh musim cuti skolah, maka angkut sekali Rayyan and Redza.
Kak Long and Kak Ngah En Wan anak-beranak pun nak join sekali. Jadi, 9 orang kali ni ke Bandung.
Disebabkan ada ramai kategori budak-budak, terpaksa masukkan plan ke Trans Studio.
Appointment yang patutnya hari Jumaat terpaksa anjak ke Sabtu and Ahad sebab Jumaat tu sampai-sampai je Bandung terus nak pi Trans Studio dulu.

Pengalaman kitorang ke Bandung, asal hujung minggu je Bandung akan jadi super sesak sebab orang Jakarta turun.
Jadi theme park pun akan jadi double sesak.
Maka, marilah kita pegi Trans Studio hari Jemahat.

JANGAN RISAU!
Dalam kawasan Trans Studio ni ada Masjid Agung.
Pergilah solat Jemahat kat situ.



Macam biasa, naik first flight.
Airport penuh gila hari tu.
Orang semua dah start bercuti bawak famili jalan-jalan.
Memang sesak.
Tapi nasib baik kaunter semua akitif.
Jadi takde la terkejar-kejar.
Just nice sampai depan gate, azan Subuh. Dorang pi solat pastu terus naik kapal terbang.

Dalam flight macam biasa, aku membuta.
Flight sangat smooth.
Cuaca baik, landing pun smooth je.
One thing yang aku perasan, kalau flight tu flight Air Asia Indo, setakat ni semuanya smooth landing.
Kak Ngah En Wan pun cakap macam tu.
Maybe kebetulan. Tapi, alhamdulillah setakat yang aku naik AA Indo, memang smooth landing. Harapnya berterusan.

Kali ni kitorang dapat supir yang sama - Andy.
Sesape nak ke Bandung, PM En Wan kat FB dia.
Nantui En Wan bagi nombor Andy.
Kitorang sangat selesa dengan Andy.
Kalau tak dapat Andy, dia akan pass kepada kawan-kawan dia yang semuanya ok-ok belaka.

Andy dah tunggu kitorang dengan van untuk 12 orang.
Memang selesa sebab setiap row ada aircond sendiri. Tu yang paling penting sebab anak-anak aku ni semuanya bangsa nak kena hadapkan muka betul-betul depan aircond baru nak duduk diam.

Selalunya sampai airport, aku and En Wan akan breakfast dulu kat restoran depan tu.
Tapi sebab kali ni pergi ramai orang, lagipun akak-akak En Wan ni semua tak kisah makan sangat, yang penting dapat shopping, jadi semua makan atas flight siap-siap.
Turun je, terus nak pi Trans Studio.
Tapi disebabkan Andy kata Trans Studio bukak pukul 10am, dia bawak kitorang pi kedai baru.
Kedai ni kecik je di celah-celah lorong tapi ramai jugak pelancong dalam tu.
Kain-kainnya semua dari Medan.
Telekung dia boleh tahan cantik.




Belum apa-apa lagi aku dah rembat sehelai telekung and 2 kain pelikat 8000 benang kat sini.
Kain pelikat tu tebal sikit dari Gajah Duduk.
Harga RM40/helai.
Telekung kat sini style Siti Khadijah, ada dagu.
Kain sedap, and lace dia cantik. Dia kata lace dari Bukit Tinggi.
Kalau lace memang cantik di Bukit Tinggi. Aku tau sebab bibik Lenny aku dulu dari sana, dia ada bagitau lace and sulam yang cantik semua di Bukit Tinggi.
Telekung aku beli sepasang harga RM120.

Kalau dulu asal masuk keluar kedai je, mesti dorang kenen-kenenkan kain-kain dorang.
Beli lah kakak...kakak pakai ni cantik....
Siap ada yang jek-jek aku "Kakak pakai warna ini cantik sebab kakak putih".
Ye nau aku putih!
Aku terajang kang putih muka kau dengan bijik-bijik mata sekali terus tukar putih.
Sekarang everytime dorang kenen-kenen kain kat aku, aku cakap "Saya tak pakai. Saya pakai hitam saja".

"Ohhhh, ya ya. Kakak pakei itam aja".

Terus diam.
Lega aku takde orang kacau.



Tapi hari yang tak baik untuk aku sebab pagi-pagi Jemahat tu aku dah period.
Biasa la kan period ni memang mood huru-hara.
Masuk theme park pun tiba-tiba rasa sayu nak nangis.
Memang takde rasa gembira lansung masuk taman kegembiraan macam ni.
Tapi layankan jugak la naik satu game. Satu je. Tu pun sebab Rayyan taknak naik kalau aku tak naik.
Rayyan ni mewarisi perangai penakut aku agaknya.

Gambar kali ni tak banyak sebab aku takde mood.
Jadi takde mood takde lah gambar kan.
Takpela, ada rezeki kang pegi lagi sini ambik gamba banyak-banyak.


Tiket ni Andy bawak kitorang beli kat tempat lain sebab dia takut kat dalam Trans Studio ramai orang.
Tapi aku lupa apa nama tempat tu.
Pergilah PM En Wan kalau nak tau.


Tapi ternyata tak ramai orang pun.
Sebab weekdays, siapa la yang nak datang theme park hari-hari keje kan.
Tapi dalam pada kata tak ramai tu, tetap jugak certain games menunggu beratur lama.
Kalau waktu sesak agaknya camne la keadaan. Berkuap!



Suasana Trans Studio sama macam Universal Studios Osaka and Warner Bros Studio Gold Coast.
Cantik.
Cuma, panas!

Mula-mula aku ingat aku je yang panas sebab aku berjubah hitam.
Rupanya semua pun rasa panas.
Melekit je muka masing-masing.
Aircond dia tak kuat.
Kalau kau masuk sana just berjalan-jalan, maybe kurang rasa hangat.
Tapi bila kau ke sana berkejar-kejaran dengan anak, lepas tu kau main game sana-sini, kau akan teeasa sangat-sangat panas.
Aircond dalam tu tak cukup kuat untuk pengunjung rasa dingin.
Memang semakin mati mood aku.
Tu cara-cara orang tak ramai.
Kalau orang tengah ramai, aku takleh imagine betapa panasnya kat dalam ni.



Game pertama yang aku join.....dan the last.

Kat US Osaka, kitorang beratur jauhhhhh lebih lama untuk satu-satu game.
Di tempat yang terbuka lagi.
Tapi rileks je anak-anak aku tak merungut.
Aku pun rileks.
Sebab cuaca sejuk dingin.

Tapi kat Trans Studio, beratur 15 minit macam 2 jam.
Sebab panassssssssssssssssssssss!!!
Berlengas muka masing-masing tunggu turn padahal baru 15 minit tunggu.
Si Rayyan dah menangis-nangis panas. Seb baik la henbeg aku ni macam-macam pun ada. Dapatla aku mengipas-ngipas dia bagi diam.


Kak Long and anak sedara En Wan



En Wan ajak aku masuk sini.
Katanya "Takde apa ni Di. Duduk-duduk je tengok 3D show".

Sekali kerusi tu bergegar, Rayyan terpekik sampai menangis.
Aku pandangggggggggggggggggg je muka En Wan.
Sampai habis show En Wan pakai lagi spek 3D tu nak cover dari pandangan maut bini dia.
Lepas tu menggagau carikkan aku Starbucks nak bagi aku cool.
Aku memang hangin gila!!

Mula-mula lagi before show dia dah announce kalau mengandung mintak tukar ke tempat duduk khas.
Aku terpikir gak, ni mesti kerusi ni akan bergegar.
Sebab masa aku pegi Gold Coast dulu aku ada tengok show 4D.
Time tu aku mengandung Rayyan, memang aku beralih ke kerusi khas.
Kurang la sikit seronok sebab kita tak rasa kerusi tu bergerak-gerak tapi mesti ada reason kenapa dia suruh pregnant women beralih tempat kan?
Kalau takat goyang-gotang manja takde de dia suruh kita beralih.

Bila dah start show kerusi tu bergegar siap terangkat-angkat lagi ya ampunnnn melambung-lambung pantat aku anak beranak.
Patut la dia suruh pakai seat belt and letakkan beg semua kat bawah lantai.
Memang rasa nak tercampak oiii. Kuang haja betul la.
Lama pulak show tu.

Jangan tanya aku best ke tak.
Sebab aku bukak spek 3D tu. Punyalah takut sampai taknak pakai.
Aku peluk Rayyan je sepanjang show sambil berusaha nak bagi pantat masing-masing kekal ada atas kerusi. Kang tak pasal je habis show tau-tau je pantat masing-masing dah beralih ke kerusi sebelah.
Berpeluh aku nak mengawal keadaan.
Keluar je show, semua kata sakit tulang tongkeng. Maunya tak. Kerusi bukan ada kusyen.
Kalau silap terhentak terus retak. Kang orang balik dari Bandung bawak beg shopping, kau balik bawak pantat bersimen.
Padan muka semua orang.


Ni kat depan theather Kabayan Goes To Hollywood.



Teater ni best jugak.
Cerita tentang this guy nama Kabayan dari kampung pergi ke Hollywood nak carik girlfren dia.
Girlfren dia dah jadi artis kat sana and bercinta dengan orang lain.
So Kabayan ke sana untuk pujuk girlfren dia semula.

Seronok tengok sebab show ni musical.
Best.


Banyak game kat sini, tapi aku sebab panas jadi masing-masing pun tak berapa nak berjalan.
Ada satu benda yang kurang best kat sini bila kau nak beli makanan kena pakai kupon.
Jenuh la nak beratur isi kupon pastu beratur pi beli makanan pulak.


Layankan budak-budak nak tengok ikan.


Aku always ketinggalan di belakang and kadang-kadang aku duduk je kat kerusi malas join sebab aku kan pergi hari Jumaat, masih hari bekerja. So aku berkerja lah.


Takde orang sangat kat dalam ni.
Nasib ada lawatan budak sekolah rendah, nampak la jugak meriahnya.
Kalau tak, memang suram sebab orang tak ramai.


Nampak mulut jerung semua berlari nak ambik gambar dengan gembira.
Halooo..?? Mulut jerung kott.
Sape je la yang happy masuk mulut jerung oii. Takkan nak peace-peace dalam mulut jerung kot.
Sebab tu aku menghayati keadaan dalam mulut jerung. Kita mesti buat muka tenat sambil memegang dada (heart attack lahh).



Brader ni tengah bagi ikan piranha ni makan ikan kecik.
Gila betul piranha ni makan, dia ngap sekali je.
Berebut-rebut lak tu. Buruk gila perangai.
Kesian pulak aku tengok ikan kecik tu beria nak larikan diri.
Dapat dek piranha sekali dia je dia nganga, selesai.


Jerung-jerung kecik yang comel.
Nak tengok jerung besar?
Meh ikut aku pi meeting nanti aku tunjuk mana satu jerung besar.


Kalau aku ada mood hari tu aku dah ambik gambar dengan Jack Dawsengg aku kat atas kapal ni.


Anak sedara En Wan.
Ni pun salah satu tempat bergambar.


Masa dorang masuk Lost City ni aku tak join.
Aku men'lost'kan diri aku ke tempat lain.


Aku lost ke sini...
Sebab takde Starbucks kat dalam ni, Coffee Bean pun bolehhh.
Tapi sebab aku tak paham apa benda nak order jadi agak pening sambil bercekak pinggang memikir apabenda yang aku nak order ni. Nak menyebut pun tak reti.


Masa dorang naik benadlah ni pun aku tak join.
Aku duduk je kat bawah buat keje.
Jadi aku tak tau apa benda ada kat dalam ni.





Tobat la aku tengok anak-anak sedara En Wan naik menatang ni.
Kalau lah time aku naik tu skru dia tertanggal, mampus aku tercampak.
Apa la perasaan korang naik bendalah ni, tak paham aku.
Aku yang kat bawah ni dah terjerit pekik bila batang tu berayun. Dorang kat atas boleh tergelak-gelak.
Gelak nak hilangkan ketakutan agaknya.



Settle kat Trans Studio, barulah masing-masing terasa lapar.
Aku anak beranak at least dah alas perut kat Trans Studio.
Yang lain-lain sibuk main sampai tak ingat nak makan.
Dah pukul 3pm baru lunch.
Tapi walaupun aku dah makan, tetap aku balun lagi sepinggan nasik.
Bukan selalu dapat nasik padang oii.

Kali ni aku bawak dorang ke Simpang Raya.
Kalau Sederhana tu pilihan lauk banyak jugak tapi ada gulai yang aku suka makan takde kat Sederhana. Jadi, aku prefer Simpang Raya jugak.



Kali ni ke Bandung kitorang duduk kat ParkView Hotel.
Kat Bandung ni tak semua hotel dapat wifi dalam bilik. Aku dah pernah terkena duduk kat Hilton.
Kemain lagi hotel Hilton sekali wifi takde access dalam bilik.

So far yang ada access Royal Panghegar, H Clarity, Sensa and now ParkView.
Cuma ParkView ni la bilik paling kecik pernah aku dapat, walaupun bilik ni executive suite.
Tapi takpelah, janji wifi strong, jamban ada hose. Tu je yang penting.
Selama ni katil king terasa besar je sebab tido berdua.
Kali ni tido bertempat kat atas tu, muat-muat je. Boleh la...sape terjatuh nasib.





Ni gambar bilik exec suite aku cilok kat website dia.
Gamba yang aku snap tak cantik kang korang tak selera lak nak duduk situ.
Tak mahal mana, RM300+ untuk satu malam.
Lagi mahal duduk Lexis Suite Penang.
Kakak-kakak En Wan duduk bilik deluxe lagi murah dalam RM210/malam.
Bezanya cuma katil lebih kecik and takde bath tub. Yang lain sama je.



Malam keluar semula melayan kakak-kakak nak bershopping.
Aku lansung tak beli apa-apa.
Bila dah kerap naik Bandung ni sampai dah tak tau nak beli apa dah.
Ni kang next month naik Bandung lagi. Eh dah macam sebelah rumah aku je si Bandung ni.
Gambar pun aku tak ambik sebab malas dah.
Aku rasa akan sampai satu waktunya aku pi Bandung dah takkan ada gamba yang aku ambik sebab dah macam balik kampung pulak rasanya.

First time malam tu aku makan McD kat Bandung.
Selama ni sampai ke hujung dunia En Wan menjelajah Bandung nak cari restoran-restoran for dinner.
Kali ni pegi dengan kakak-kakak dia, sanggup je makan McD sebab masing-masing sayang duit nak spend ke makanan. Baik habis kat shopping katanya. Sukatilaaaa.

Oh yes, gambar Rayyan tu masa kitorang shopping kat Passion.
Beg galas tu beli kat atas kapal terbang.
Beg Air Asia, RM60.
Entah bila masa bapak dia belikan, aku kan membuat kat atas. Tau-tau masa nak turun eh mana datang beg ni?
Belum apa-apa lagi dah shopping.




Good Morning!

Breakfast kat ParkView ok, boleh tahan,
Tapi lagi banyak pilihan kat Hilton.
Dan walaupun Sensa Hotel punya pilihan kurang, tapi breakfast dia semua sedap-sedap, so aku lebih prefer Sensa Hotel punya breakfast. Kena dengan tekak.

Sabtu, aku lansung tak join dorang berjalan.
Hanya lepak dalam bilik saja sebab period pain menyerang secara tiba-tiba.
Tapi tenang la lepak dalam bilik boleh buat keje, boleh order makanan dan makan dengan tenang.

Oh! Food.

Food yang order makan kat bilik semua tak best :(
Portion sikit.

Aku order fish and chip untuk Redza.
Sekali sampai fish dalam bentuk cekodok 5 ketul.
Redza pandang je plate dia konfius nak makan ke tak.
Lepas tu aku order Spageti olio, pun sama.
Portion dia alahai sejemput. Rayyan belasah semua sebab dia ingatkan tu dia punya sebab cinonet sangat portion dia. 
Taste pun kureng sikit.

Kalau untuk stay, aku recommend ParView.
Tapi kalau food, aku tak recommend sini.


Sebab tu la wifi penting.
Supaya dorang ni duduk diam bertenang-tenang.
Kalau takde wifi boleh huru-hara dalam bilik tu.



Asik hadap iPAD je, terus bapak di perambat budak-budak ni mandi pool.
Pool kat sini warm water ya.
Kau nak terjun masuk sini pukul 6 pagi pun takde hal.
Air kolam dia akan diadjustkan bergantung pada suhu persekitaran.
Jadi, takde masalah kau nak mandi pagi-pagi buta, air dia sentiasa warm.

Takde orang mandi sekali dalam kolam kan?
Sebab anak-anak mandi time hujan.




Disebabkan seharian aku melepak dalam bilik, malam tu En Wan bawak aku pi dinner kat Atmosphere again.
Masa first time datang sini aku dah berangan nak bawak anak-anak makan sini.
Sebab aku suka makanan sini sedap-sedap.
Dapat pun bawak budak-budak ni ke sini.

Kat sini western food dia meriah.
Kalau steak tu macam-macam jenis.
Redza suka western food, sebab tu aku nak bawak dia ke sini.
Eh alih-alih dia order nasik.
Adik dia pulak yang selama ni tak makan western tetiba makan western.
Siap dengan cupcakes and ice-cream dia bedal.

Kakak-kakak En Wan macam biasa tak nak ikut.
Rela dorang makan roti punyalah nak simpan duit untuk shopping.



Ahad, bawak dorang pi Rumah Mode.
Tempat wajib pergi untuk semua yang datang Bandung walaupun sebenarnya aku tak tau nak beli apa kat dalam ni untuk aku sendiri.
Tapi kalau baju lelaki memang banyak pilihan.

Aku heran apesal kakak-kakak ipar aku ni tetiba lemau je tak bershopping sangat.
Rupanya duit dorang semua dah habis sejak semalam lagi.
Gila sakan memborong kain kat Pasar Baru and D'Fashion.

En Wan kesiankan kakak-kakak dia sanggup dia tak shopping kat Rumah Mode.
Dia bagi 'loan' kat kakak-kakak dia untuk bershopping.
Padahal En Wan paling tak pernah tak shopping kat Rumah Mode.
Dia lah hantu Rumah Mode sebenarnya.

Dan sebagai isteri yang solehah lagi mithali lagi caring dan loving, aku pilih 9 helai T Shirt- T Shirt kegemaran dia - Armani, Guess, CK, Tommy, sauk sauk sauk main agak-agak je size badan, pastu bayar.
Masa En Wan pi bayar tu dia pandang je sehelai sehelai sehelai kaunter tu keluarkan T Shirt tu dari beg untuk di-scan.
Muka sardin je. Dia ingat aku belikan untuk Ibal semua tu kot.

Bila balik hotel aku suruh dia try T Shirt CK.
Muat! Phewwww seb baik.
Pastu aku suruh try satu lagi.
Dia tanya "Eh berapa helai?"

Aku jawab "Semua lah".

Terus dapat kiss kat pipi seketul.

Dan-dan bagi kiss kan.
Tadi kemain lagi dia jalan menonong-nonong ngan kakak-kakak dia tinggalkan aku kat blakang.


Syhhh...diam-diam.
Seketul Rayyan tengah busy mana satu nak pilih ni.



Lepas Rumah Mode kitorang lagi sekali ke Pasar Baru and D'Fashion sebab aku kan tak pergi lagi.
So kena la dorang ikut aku pergi lagi sekali.

Lepas settle ngan kain-kain, pergi AMANDA pulak.
Now dah tak pi Kartika. Kita pergi Amanda pulak beli brownies kukus.
Lagi banyak pilihan dan lagi sedap.



On the way balik kakak-kakak En Wan nak makan eskrim durian.
En Wan dah serba-salah.
Sebab binik dia kan takleh bau durian.
Terpisat-pisat muka En Wan takleh nak buat decision antara nak penuhi kehendak kakak and kesiankan binik dia yang takleh bau durian ni.
Last-last aku cakap belikan je la.
Biarlah derita ini kutanggung sendiri.

Gila hapak dalam van bau durian oiiiiii.
En Wan dapat green lite dari aku tak agak-agak terus beli untuk diri sendiri jugak.




Malam nak pi dinner, again kakak-kakak En Wan semua taknak makan.
En Wan kata dorang tu dahhabis duit tu. Tu yang tak keluar makan. Bukan taknak makan.
Ye la, aku pun rasa camtu gak.
Takpelah, kitorang belanja.

Bawak semua makan kat The Stone.
Aku pernah datang sini masa fisrt time datang Bandung.
Masa tu main redah je, dapat tempat pun tak berapa cantik view.
Kali ni buat reservation siap-siap, terus dapat port yang cantik. Nampak view Bandung.



Kak Long nak try Kopi Luwak bila kitorang bagitau Kopi Luwak is the most expensive coffee in the world.
En Wan dah penah try. Terbuntang-buntang mata dia minum kopi tu.
Kat sini dapat tengok macamana penyediaaan kopi luwak.
Excited yang lain-lain siap ambik video lagi.
Aku tak sure la apa yang membuatkan dia mahal sebab aku tak minum kopi so tak tau apa bezanya dengan kopi lain. Tapi En Wan kata lebih kaw.

Kali ni takde gamba makanan yang aku snap satu-satu.
Sebab aku dah malas nak ambik gamba.
Nanti next trip bulan depan harapnya rajin sikit.