Kalau tak kerana orang tanya bila nak update ke Lexis Penang, dah lama gamba-gamba ni mereput dalam henfon aku. Dah 2 minggu balik dari Penang baru hari ni nak update.
Pi Penang lebih kepada nak bercuti, nak berehat la kononnya tapi ujung-ujung aku penat jugak.
Sebab En Wan mana reti duduk setempat. Dia mestiiii nak merayap.
Bila aku taknak ikut dia merayap kang dia sentap. Jadi aku pun merayap la sama walaupun badan dah lemau.
Aku memang always excited kalau nak ke Penang sebab Penang ni dah macam negeri wajib pergi menjak bertahun yang dulu. Tak sah kalau sebulan tak naik Penang.
En Wan paling excited nak naik Penang sebab dia tak lalu lagi jambatan baru.
Semua pun excited bila lalu sini.
Aku layankan ajelah ke-excited-an dorang.
Aku : Bang, jambatan ni senagaj je dorang buat bengkang-bengkok eh sebab nak bagi nampak macam panjang padahal pendek je kan?
Aku : Mana ada saja-saja. Kalau saja-saja buat panjang lagi banyaklah kos nak kena keluar. Ni sebab faktor tanah dalam laut tu and faktor kestabilan.
*terdiam*
Nampak nau banganganya pemikiran aku.
Lexis ni sangat jauhhhhhhhhhhhhh dari town.
Kat Bayan Lepas.
Tapi ke dalam nu lagi dah nak sampai Gertak Sanggul dah.
Personally, aku tak rasa Lexis Penang ni best.
Maybe sebab aku tau Feringgi lagi happening.
Tapi kalau hotel-wise, Lexis ni oklah. Sama macam Lexis-Lexis yang lain, trademarknya pool dalam bilik.
Itu lah bab yang win kat Lexis ni. Sesuai untuk pompuan berhijab. Boleh berendam dengan bebas.
En Wan ajak duduk Lexis ni pun sebab dia nak suruh aku mandi pool sekali.
Cuma Lexis ni isolated sikit dari tempat lain.
View dia bukan view yang ideal untuk pelancong.
Takde restoran yang selesa, takde tempat persinggahan pelancong. Takde.
Memang sesuai untuk kau berehat dan tido. Fun-fun ni semua yilek.
Baik kau duduk Vistana Bayan Baru.
At least belakang tu ada mamak. Jalan depan sikit jumpa deretan kedai, petrol pump pun dekat, 7-E pun ada.
Tapi Lexis takde.
Bilik memang macam Lexis yang lain, sedang elok untuk aku laki bini, anak 2 orang and mak mertua.
Just nice.
Facilities dalam bilik tip top. Cuma takde Astro.
Kalau duduk kat The Lights Seberang Jaya tu ada Astro :)
Tapi tang toilet and bilik air dia aku tak berapa berkenan.
Sebab dia takde bilik shower.
Bathtub and ruangan shower satu lantai yang sama. Aku tak berapa berkenan sangat lantai basah-basah ni. Rasa licin semacam je.
Tapi Lexis ni aku tak berkenan cermin depan bathtub ni (gambar).
Memang ada blind.
Tapi kalau tutup blind tetap orang luar boleh nampak kau tengah mandi kat dalam sebab shower dia kat tepi.
kalau shower dia bersetentang dengan blind takpela jugak.
Jadi, sepanjang aku kat sana aku mandi pakai baju. Sebab takut budak-budak nampak maknya bulat je telanjang mandi kat dalam.
Body kalau macam Cate Blanchet takpelah jugak kan.
Apa-apa pun kena order makanan dulu.
Memang tebiat aku kalau masuk mana-mana hotel mesti nak rasa club sandwich dia dulu.
Dah alang-alang tu, orderkan semua sekali sebab kebetulan semua pun belum lunch lagi time ni.
Kang lepas berendam mesti masing-masing menggelepar kebulur.
Jadi aku order kan peperoni cheese pizza (gila sedapppp!!!), kueytiaw goreng (ada 2 udang kara yang bapak besar!), nasik goreng ayam rempah and club sandwich yang 2 ketul je tapi kenyang gila babs.
Kira makanan setakat ni lulus la tekak aku.
Tapi satu yang kau dapat kat sini - ketenangan.
Jauh sangat dari hiruk-pikuk.
Bawah tu perkampungan nelayan.
Maybe sebab tu la kot kawasan ni tak berapa ada elemen tarikan pelancong. Cuma hote- semata-mata. Sebab takde ruang untuk wujudkan tourist attraction element kat sini.
Malam. En Wan ajak pi makan pasemboq kat Gurney Drive.
Oh syurga dunia okeh! Sangat aku tak tolak. Memang teringin nau nau dah tekak ni.
Tapi aku macam pelik apesal gerai melayu kat Gurney Drive ni makin lama makin ke hujung and makin sikit pilihan dia eh?
Aku rasa dulu aku gi sana, takde la tempat dia hujung nau macam sekarang.
Tapi biasa la kan bawak budak-budak pi melepak kat warung memang aku hangin betul.
Yang sorang tumpah air, yang sorang tak tau nak makan apa. Aku nak melepak lama-lama pun mati feel.
Kalau pergi berdua ngan En Wan mahu aku melantak 3 jam tak abis-abis.
En Wan punya.
Aku punya pasemboq.
Ye, aku punya pasemboq rupa dia memang hidup segan mati tak mahu.
Takde sayur, takde kuah yang bergelimpangan.
Hanya telur, tauhu and sotong.
Kuah tu pun aku yang bubuh sendiri. Kalau dia yang bubuh sire dia lambakkan kat tengah-tengah.
Aku tak suka makan rojak kuah berlambak.
Tapi, kureng sedap lah.
Aku rasa sotong ni bukan baru goreng.
Tapi yang stok perangat 2 hari lepas punya sebab keras.
Memang kurang lah feel hari tu. Tapi habis. Better makan kat Padang Kota kot.
Padang Kota banyak sikit pilihan kan? Biaq la cekik darah harga sembelih pun janji puas makan.
Aku datang jauh okeh bayar tol berpuluh ringgit, setakat pasemboq harga RM50 aku tak kisah dah.
Dari makan pasemboq murah tapi sotong keras :(
Korang kalau datang dari jauh nak makan pasemboq, cariklah pasemboq yang senonoh sikit. Biar la mahal pun janji tak menyesal. Penat tau drive jauh kalau tak kena ngan tekak.
Dulu mamak ni jugak la yang aku beli.
Tapi sotong dia fresh-fresh. Kali ni kureng sangat.
Mamak tu pun dah tak menari dah. Faktor usia agaknya.
Ini pun kurengggggggggggggggggg!
Sedap lagi kat Padang Kota punya ABC.
Jauh sangat la weii dengan yang ni.
Frust pulak aku.
Nak kena repeat gamaknya ni.
Dari dulu sampai sekarang tempat ni macam ni jugak la rupanya.
Takde pembaharuan.
Tunggang langgang aku tengok.
Tapi manusia tetap ramai.
Char kueytiaw ni En Wan punya.
Boleh tahan cuma dia kata lagi sedap char kueytiaw Pulau Mutiara kat pasar malam Bangi.
Pagi esoknya, jenuh mikir nak breakfast kat mana sebab En Wan sengaja taknak ambik pakej with breakfast sebab nak try breakfast kat warung-warung.
Tapi no idea nak makan mana.
Aku tanya kawan aku, dia suggest pi Taman Sardon Pasar.
Memang pasar betul style dia.
Lama aku tak jumpa port makan macam ni.
Nasib baik meja besar ada.
Follower FB pesan try kuih serabai.
Tu first time nama kuih tu.
Nampak macam sedap.
Tapi tekak aku memang takleh terima kuih pagi-pagi.
Kepala aku dah tune kalau kuih tu hanya untuk minum petang.
Kalau pagi-pagi ni pekena nasik lemak atau roti telo lebih afdal untuk perut aku.
Ni keadaan Taman sardon Pasar.
Very santai untuk breakfast.
Lepas breakfast En Wan ajak pi Muzium 3D.
Seronok jugak muzium 3D kat Penang ni, lain dari 3D muzium yang pernah aku pegi.
Dia ada set kedai runcit, set wayang opera cina, set kedai gunting rambut...
Macam real tengah gunting rambut kan?
Padahal Rayyan berdiri je tu.
Lama tak masuk kedai runcit macam ni.
Jual buah.
Laki aku takde keje buat muka macam Jackie Chan.
Ni tahan lagi ni.
Ni tahan lagi ni.
Yang ni memang takleh blah.
Ntah hape la perasaan dia buat muka macam Mr Bean.
Nak jumpa muka aku kat stadium tengok bola, memang jangan harap la.
Jadi nak feel-feel gi stadium tengok bola, boleh la tadah muka kau kat sini pastu pilih nak bendera apa, nanti otomatically muka kau berconteng.
Yang ni, bila kau kayuh beca tu, screen tu moving as if kau memang tengah mengayuh beca satu town.
Siapa spesies pentakut naik roller coaster macam aku, boleh la try 3D coaster ni.
Macam real je kau tengah naik roller coaster. Aku tengok tak sampai 5 minit dah terpekik.
Tapi pening sikit la.
Macam real je si jendul tu panjat tangga.
Just Married pun Just Married lah, nek.
Kat sini tak banyak tempat untuk mak mertua aku bergambar sama.
Ni je ada. Jadiklah.
Yang ni sebenarnya kau ambik gamba pastu rotate gambar 180 degree, dapatlah rupa camni.
Jadiklah ada satu gamba aku kat sini melayan karenah bapaknya yang terlebih seronok banding anak-anak.
Gambar aku kat Penang ada yang aku up kat IG, jadi ada la yang bertanya kenapa aku asyik berjubah hitam.
Aku dah pernah explain dah pasal ni kat entry yang lepas-lepas.
Jangan terperanjat la aku pakai macam Darth Vader ni.
And jangan ingat aku tak pakai baju berwarna.
Masa anak sedara En Wan bertunang bulan Jan lepas, aku pakai jubah biru sebab tema klorga semua pakai biru.
So, takde maknanya aku tolak warna lain. Raya tahun ni pun aku takkan pakai black sefamily.
Cuma hari-hari biasa ni selesa pakai jubah abaya solat-ready warna hitam. Kalau ambik wuduk tu tak nampak basah sangat.
Cuma hari-hari biasa ni selesa pakai jubah abaya solat-ready warna hitam. Kalau ambik wuduk tu tak nampak basah sangat.
One thing yang aku nampak bila aku berjubah hitam macam ni, orang tak pandang aku bila aku berjalan.
Dulu, walaupun bertudung, berseluar panjang, berkemeja lengan panjang, tetap akan ada orang menoleh nak-nak lagi bila pergi jumpa customer kat universiti. Stress je. Tetap ada customer yang try-try walau se-profesional mana aku buat.
Bila aku berjubah hitam ni, aku nampak bezanya.
From there aku realized, di zaman sekarang kebanyakkan yang bertudung atau tak bertudung kelihatan sama di mata orang lelaki (especially). Takde beza. Yang membezakan cuma kepala bertutup.
Aku bercakap sebab aku pernah melaluinya.
Dulu aku bertudung tapi aku pakai seluar jeans yang agak ketat.
Kadang tu pakai blouse longgar tapi cuba nak pakai tali pinggang nak bagi nampak body yang tak berapa nak hour-glass ni.
Kadang aku pakai baju kurung moden, nampak jugak lekuk pinggang and bontot.
So aku rasa maybe sebab tu lah ada lelaki-lelaki yang masih berani dan kurang rasa hormat walau kita bertudung.
Tak semua, tapi some of them ada yang macam tu.
Bila berjubah longgar macam ni, kadang aku perasan bila lalu depan kedai makan, lelaki-lelaki yang dok kat meja luar tu otomatik tunduk pandang meja atau pandang tempat lain.
Maybe dorang segan, atau hormat.
Now baru aku faham maksud "tundukkanlah pandangan mu".
Walaupun ayat tu untuk kaum lelaki, tapi kalau kita help them untuk tundukkan pandangan, itu lebih baik kot.
Itu pandangan peribadi aku lah.
And yang paling best bila En Wan kata kat Redza "Mama lepas balik umrah ni nampak cantik je duduk rumah kan?"
Redza pun kata macam tu.
Sebenarnya tak cantik pun.
Cuma bila kat rumah takkan nak berjubah, so aku pakai lah seluar jeans and 3/4 sleeve blouse.
Kadang pakai seluar slack.
Kadang pakai long skirt.
Biasa je, but dorang nampak macam aku always bercantik-cantik at home.
Sebenarnya sebab kat luar aku pakai 'uniform' yang sama.
Bila at home nampak aku pakai lain, kaler lain sikit, mata tu nampak lah macam cantik. Padahal itu jugak rupanya.
Now aku tau, sebenarnya "bercantik untuk suami" tu bukan suruh kita pakai lawa-lawa benar bila duduk rumah. Apetah lagi pakai mekap duduk rumah.
Dulu aku cuba gak nak bercantik-cantik at home tapi rimas kot sebab time keje pakai blouse, takkan kat rumah pakai blouse gak.
Kat luar pakai jeans, takkan kat rumah pakai seluar jeans jugak.
Penyudahnya kat rumah aku pakai singlet and short. Kadang-kadang sarung kaftan.
Memang selebet gila.
Now bila sepanjang hari kat luar berjubah hitam, bila balik rumah pakai warna lain terasa jelita pulak. Kah Kah Kah.
Now bila sepanjang hari kat luar berjubah hitam, bila balik rumah pakai warna lain terasa jelita pulak. Kah Kah Kah.
Doakan aku istiqomah ya.
Ok sambung cerita.
Tempat-tempat macam ni memang jelas lagi bersuluh bapaknya yang over.
Biar gamba yang berkata-kata.
Percubaan dari Rayyan.
Jadiklah...
Ni Padaiyappa kalau tengok ekspresi muka laki time melibas kain ni konfem dia takleh carik makan.
Muka cam real.
Nyampah pulak aku.
See?? See??
Sape yang over skarang ni ko cakap.
Tak berapa nak jadik aksi ni, tapi kira halal lah.
Dulu puas aku mikir camne sorang boleh jadi besar sorang boleh jadi kecik.
Rupanya memang lantai ni tinggi and rendah sebelah pun tapi kedudukan kamera tu yang kena adjust.
Pandai Rayyan buat muka.
Dia ni apa pun pandaiiii.
Ok nanti sambung kat entry lain pulak.
Banyak gambar lagi ni.
Tak larat aku nak perabiskan.
Promo Ephyra ni LAST DAY TODAY.
Sehingga 11.59 malam ni je.
KLIK SINI UNTUK ORDER
Ok ni perhatian untuk pengguna GreenAard.
Esok sehingga Ahad booth kitorang ada di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam.
ESOK START.
Harga kat booth macam biasa, RM78/botol.
Kalau beli 2 baru dapat pedometer.
Tapi untuk esok.
ESOK SAHAJA.
RM78 sebotol WITH pedometer.
ESOK SAJA.
Sabtu Ahad tak valid.
Hari Sabtu and Ahad price masih RM78 tapi beli 2 botol baru dapat pedometer.
JOM!
SHAH ALAM PEACE YOLLLLL!