2016-03-23

Khalifa & Laurel : Kalau nak gojes di pagi raya.



Thank you so much kepada yang dah pun dapatkan kurta modern Khalifa kat website and FB Fleur by Mrs Him.
Tak sempat nak naikkan kat blog. Selalunya blog yang aku naikkan dulu.
Seb baik FB page berfungsi, jadi kita jalankan kat FB page je la dulu. Kalau nak tunggu aku up kat blog mau berkepam stok ni dalam stor.

Alhamdulillah, after almost 5 years running Fleur by Mrs Him, berkat membawa masuk seorang lelaki ke dalam bidang fashion ni akhirnya terhasillah Fleur MEN.

Tak pernah terfikir lansung one day aku akan keluarkan baju lelaki.
Dulu pernah sorang reader lelaki tanya tak terfikir ke nak keluarkan men punya produk, aku dengan konfiden dan pantasnya menjawab "Malas".

Tapi perancangan Tuhan is always the best.
Selalunya yang tak pernah terfikir tu la yang akan jadi.
Hikmah En Wan join the company.
Padahal aku bawak dia masuk join XZIZ Biotech.
Tetiba dia naik syeh pulak nak kontrol semua.
Biorkan, janji dia happy.

Khalifa ni dari design, pemilihan fabrik, pemilihan warna semua dari En Wan sendiri.
Dan sebagai seorang engineer (bekas), memang cerewet gila!
Segala benda dia kelebet.
Nak cari warna coklat, beza warna hanya 1 tone pun dia reject.
Kat mata aku macam takde beza pun antara 2 warna tu tapi dia punya cerewet ya ampunnnnnn.
Seb baik tailor aku pun bangsa yang sama-sama cerewet macam dia gak so hanya mereka-mereka saja memahami kenapa nak kena cerewet.
Aku sampai tertido-tido dalam kedai kain nak menunggu dia pilih warna okeh.
Seb baik la beli banyak, tokey kedai kain tu sanggup call warehouse mintak orang hantarakan contoh warna yang En Wan nak jam-jam tu jugak sebab En Wan taknak tengok gambar, dia nak tengok real depan mata.
Bukan sekali ya. Sampai tiga kali hamba Allah tu ulang alik warehouse mengangkut warna kain yang dia nak.
Warehouse tu lebih kurang 30 minit naik moto.
Sampai nak terbelahak aku duduk dalam kedai dek kerana boring mengadap kain.

Pastu pilih kain tenun pulak.
Taknak tenun lukis. Tak ori katanya. Nak tenun asli.
Habis semua kain yang ada tenun Makassar ni aku terjah dengan tailor.
One thing yang best about tenun Makassar ni, kau kena beli satu kayu satu kayu. Dia tak bagi beli sikit-sikit.
Sebab setiap tenun dibuat sekali saja melainkan kau nak repeat the same design so kau kena tempah direct dengan pusat tenunan. Dan kalau kau larat nak tunggu tenunan satu kayu tu siap kau tunggu lah.
Insyallah, kalau kau pakai Khalifa, kau takkan jumpa tenunan yang sama, melainkan orang tu sama-sama beli baju Khalifa jugak.

En Wan dengan bangganya bagitau aku, Fleur up gamba dia modelkan baju Khalifa ni pun dah ramai beli. Takyah pakai profesional model pun.

Memang la ramai beli sebab muka dia dah di-cropkan.
Ce kalau letak ngan muka sekali. Konfem hancus baju aku.

Baju dah available kat website.
Harga RM119/pc.
Sehingga 31 March ni kita bagi FREE POS.
Dan baju ni available esok sehingga Sabtu di TiMOR FEST 4.0 Terengganu Trade Centre.

Boleh klik sini untuk beli ya : KLIK SINI UNTUK BELI KHALIFA









Jubah kat bawah ni pun antara collection untuk raya 2016.
Kali ni aku gunakan kain jenis Maxmara yang premium.
It's about time untuk aku gunakan material macam ni untuk koleksi Fleur.
Dulu aku gunakan material Roberto Cavalli.
Material ni tebal, tak jarang and jatuh cantik. Dia akan-akan dull satin.
Tapi after so many years aku rasa tahun ni aku beranikan diri guna Maxmara material.

Maxmara ni mahal sikit tapi very premium kualiti.
Dia sejenis dengan material Roberto Cavalli tapi lebih bagus especially kalau kau nak buat telekung sebab bahan dia jenis yang jatuh dan halus macam sutera. Kita panggil satin silk.
Maxmara ni guna teknik serat filamen yang menjadikan hasilnya berkilat.
Disebabkan potongan jubah aku semuanya abaya, untuk solat-ready, jadi sebab tu aku pilih Maxmara material yang sesuai and selesa untuk dibawa bersolat.

Kali ni aku buat design belakang baju pulak.
Biar depan nampak polos and plain saja.
Tapi kat hujungan tangan tu aku letakkan riben.
Sweet je riben dia tau.
Tak caya tengok kat bawah ni.






Laurel pun dah available kat website.
Boleh klik sini : KLIK SINI UNTUK BELI LAUREL .
Dan available juga di TiMOR FEST 4.0 esok.

Harga kat website RM175/pc.

Tapi harga special di TiMOR FEST 4.0 esok sehingga Sabtu is RM154 only :)

Boleh klik link kat atas tu kalau nak tengok size ya.

Oh yes, tudung macam model pakai pun available, kalau berminat nak beli one set, boleh :

1. PM Page Fleur, OR
2. Email fleurcloset[at[xzizbiotech[dot]com, OR
3. Whatsapp 012-7728976 (Intan)

Kita boleh bagi harga combo price.

Atau kalau nak datang tengok dan rasa sendiri, boleh datang showroom kita di :

18-1 Putra Mahkota 7/7A
Putra Heights, Subang Jaya.
Selangor.

TAPI SHOWROOM TUTUP SEHINGGA NEXT MONDAY SEBAB SEMUA KAT TiMOR FEST 4.0.

However, delivery untuk online purchase akan berjalan seperti biasa.



Esok ya, ESOK.

GreenAard buat LUCKY DRAW.

SEMUA yang datang beli GreenAard akan dapat diskaun paling kurang pun RM12.

Kitorang dah siapkan diskaun up to RM30 untuk sebotol.

Kalau beli tiga botol, boleh draw sampai 3 kali. So kalau first draw dapat diskaun RM15, 2nd draw dapat RM20 and 3rd draw dapat RM25, kan ke dah jimat tu.

Duit belen tu beli baju aku pulak ok?

Bagusssss.