2016-02-02

Pinata Party KL


Semalam petang aku ngan En Wan merayap pi cari packaging box untuk booth kat Tganu lusa nanti.
Aku kan bangsa jalan menonong-nonong.
Tetiba dengar orang panggil "Eh macam kenalllll je!"

Rupaya Diyana Yang - reader blog dan dia juga blogger jugak (blogger omputih kadang-kadang diselang-selikan dengan loghat utara dia).

This is the 3rd time aku jumpa dia.

First time, masa open house raya.
Second time masa dia ajak aku buat post pasal Ayam Penyet.
And this one 3rd time, masa tengah beli kotak.

Diyana ni buat part time bisnes Pinata.
Tapi aku rasa macam tak lama je dia buat keje ni as part time.
Entah esok lusa dah jadi full time.
Dia ni memang kreatif sangat.
Aku belum pernah lagi nampak bisnes Pinata ni kat Malaysia until dia buat this bisnes.
Aku tau pekejadahnya Pinata ni pun melalui dia la.
Baru la aku tau rupanya Pinata ni dalamnya isi candy. Kau kena pecahkan pinata tu sampai terkeluar isi perut dia baru candy-candy tu berjatuhan.

Sesape esok nak buat majlis kawen boleh la pasang Pinata.
Tabur-tabur gula-gula dah so yesterday.
Kita pakai Pinata pulak sekarang.

Diyana sangat kreatif, ko cakap je kau nak Pinata apa, nanti dia buatkan.
Rasa-rasa berbulu ngan ex boifren boleh la jugak mintak Diyana ni buatkan Pinata muka exbf kau, pastu kau hempuk Pinata tu sampai bersepai. Baru pueh hati.



Kebetulan Diyana ada shooting Pinata kat kedai ni semalam so dia bawak sekali anak-anak Pinata dia.
Memang solid. Bukan bangsa yang lembik-lembik punya Pinata ya.
Dia buat dengan paper mache je tapi sangat kukuh.
Kiranya kalau buat besday party untung, sebab semua budak-budak ada peluang nak bantai Pinata ni.
Takde la sekali bantai je dah berkecai.
Kang melopong budak-budak lain takde dapat peluang nak pukul

Cantik je Darth Vader tu.
Patutnya semalam aku yang pegang darth Vader tu baru sesuai. Mbahahahaha.


Ada banyakkkkkkkkkkk lagi Pinata yang dia pernah buat.
Pinata dia ni dah terbang ke oversea bagai.
Filipina, Australia, Singapore, Maldives.
Tak salah aku, dia ada dealer di Singapore. Ada satu kedai di sana mintak dia supply Pinata, so orang-orang Singapore boleh try jenguk kedai tu.
Tapi aku pun tak tau kat mana so kena la korang contact Diyana sendiri.

Kat bawah ni antara Pinata yang Diyana buat :




Yang ni tak salah aku 16 bijik dia buatkan sempena pembukaan IKEA Cheras.
This is series bisnes ya.
Jangan pulak ada yang mintak Pinata harga RM100. 
TAK DAPEKKK!!
Kau ingat keje senang nak siapkan Pinata ni.
Nak menggunting kertas tu lagi pastu tampal segala.
Melecet bontot duduk atas simen lama-lama okeh?









Ni Pinata paling baru untuk TM.

See?

Nampak je macam main tampal-tampal kertas but this is serious bisnes!

Berminat kalu, boleh KLIK SINI



Get ready esok semua pembelian GreenAard SEBOTOL akan dapat Pedometer.
Senang la korang nak kira steps lepas ni lepas tu boleh tahu berapa banyak kalori dah berkurang dalam sehari. Ada function watch sekali.

Esok ya, esok.

Bukan ni hari.

Orang di Terengganu pun boleh standby untuk dapat ini di booth GreenAard.