Aku terima banyak respond dari reader yang baca entry Umrah Part 1. Thank you.
Ada sorang tu tanya camana nak tau if nikmat yang kita terima tu sebenarnya adalah ujian?
First of all, aku tak pandai bab-bab mengajar ni.
Tapi apa yang aku tuliskan kat sini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri.
Kalau boleh diikut, ikutlah. Kalau tak sesuai, tinggalkan.
Aku tulis semata-mata niat nak share apa yang aku lalui agar maksud sebenar penceritaan sampai.
Mohon Allah jauhkan dari rasa riak.
Ok.
Nikmat boleh jadi ujian bilamana kita dah mula leka dan semakin menjauhiNYA.
Aku bagi contoh aku sendiri.
Setiap kali lepas solat aku ajar diri aku buat satu rutin.
Everyday, lepas Subuh mesti baca Yassin.
Lepas Asar mesti baca Al-Waqiah.
Lepas Maghrib mesti baca Al-Mulk.
Seblom dan selepas solat fardhu mesti rawatib (yang muakkad sahaja).
Dan setiap kali lepas solat mesti baca Al-Fatihah, Qursi, 3 surah terakhir Al-Baqarah, dan satu set tasbih, tahlil, tahmid, takbir and istighfar 30 x each.
Baca Quran 2 muka surat.
Itu rutin yang aku wajibkan.
Aku boleh tau nikmat yang datang adalah ujian apabila aku tak sempat buat semua tu dah.
Sejak ada GreenAard aku bertambah sibuk. Dan aku mula sedar apa yang aku dapat ni bukan nikmat semata-mata tapi berserta ujian apabila lepas Subuh, aku start skip Yassin sebab nak terus buat kerja.
Lepas solat, aku skip yang lain-lain, hanya baca Al-Fatihah and Qursi je semata-mata nak kejarkan kerja.
Kadang-kadang skip rawatib, buat yang fardhu saja. Time ni mulalah hati tu berkata-kata "Takpelah, sunat je pun. Yang penting solat fardu jangan miss".
Aku mula berkira-kira nak baca Quran. Kadang-kadang nak sedapkan hati aku baca juga tapi separuh muka surat. Nak buat syarat kononnya.
Yang paling teruk, leka sangat buat keje sampai lagi 15 minit nak masuk Asar baru aku nak Zuhur.
Kadang-kadang kita rasa seronok dan ghairah bila kita banyak duit. Kita rasa kita dirahmati Allah dengan rezeki yang melimpah.
Itu betul.
Tapi kalau dengan kemewahan itu buatkan kita leka, itu adalah ujian.
Kalau sibuk dengan kerja menjadikan kita semakin menjauhiNya, itu ujian.
Kalau bahagia yang akhirnya buatkan kita leka padaNya, itu ujian.
Apetah lagi bila tengah seronok mengejar kekayaan.
Allah menguji HambaNya dalam pelbagai cara.
Hari kedua di Mekah, free activity.
Mutawwif suruh berehat je sebab umrah malam semalam tu habis lewat pagi.
Tapi terlalu excited nak ke masjid.
Sebelum ke tanah suci, aku berdoa siang malam supaya aku jadi tetamuNya yang paling istimewa.
Aku harap Dia bagi keistimewaan supaya aku dapat beribadat dengan tenang.
Sebab aku kan bawak panglima.
Aku takut nanti dek kerana anak, aku jadi berlebih kurang dengan urusan ibadah.
Sedangkan seumur hidup berapa hari sangat kita ada kat sana.
Kalau umrah ni satu-satunya peluang untuk ke sana, maknanya sepanjang 38 tahun hidup baru 20 hari dapat beribadat kat Mekah and Madinah.
Aku mintak sangat biar aku boleh tunai solat di masjid, dapat bangun malam berqiamulail, dapat khatamkan Quran sepanjang 10 hari di sana and dapat jaga hati aku.
Hati ni pengaruh dia sangat besar dalam kehidupan.
Kalau hati tu busuk, ia akan jadi punca kepada macam-macam masalah dalam kehidupan kita sendiri.
Belum lagi hubungan dengan orang lain.
Nak jaga hati ni kita perlu selalu berdamping dengan DIA.
Hati kita, kita jaga.
Hati orang, biarlah dia jaga. Kita doa je biar kita terlindung dari kejahatan hati manusia.
Uruskan hati sendiri sudah.
Jumaat lepas breakfast, around 9.30am kitorang dah ada dalam Masjidil Haram.
Spot kat mataf, pagi tu aku nak solat pandang Kaabah, bukan pandang sejadah.
Orang lain pi masjid bawak Quran, dia bawak botol susu.
Cuaca kat Mekah tak sesejuk Madinah, tapi boleh tahan lah terasa sejuknya, around 24C.
Sejuk-sejuk aircond.
Ruangan construction sebelah luar, tak kacau sangat bahagian dalam masjid.
Dalam masjid pun dah lebih selesa nak bersolat.
Ruang solat sangat banyak.
Tapi aku pelik ramai nau yang awal-awal ambik spot kat dataran lur masjid.
Padahal kat dalam memang banyak lagi.
Sometimes kita takkan dapat solat kat ruangan ber-carpet, tapi ruangan tak bercarpet masih ada.
Pada yang belum ke sana, bila ada rezeki pi sana nanti, cubalah usaha untuk solat dalam masjid jugak. Jangan solat kat luar alau boleh.
Alhamdulillah, walaupun dari 930am melapak kat sini sampai waktu solat Jumaat, Rayyan tak meragam. Maybe sebab cuaca sejuk jadi dia rasa best je. Alhamdulillah dapat solat sunat and baca Quran kat sini dengan tenang. Sesekali berhenti jap buat tawaf sunat gilir-gilir dengan En Wan. Lepas tawaf sambung baca Quran and solat lagi. Ya, Allah, seronoknya.
Ruangan kat bawah ni tak sesesak dalam masjid. Sebab kawasan yang aku duduk ni kawasan lelaki.
One thing yang aku boleh nampak kat sana (dan di Malaysia juga), dalam banyak keadaan wanita lebih beremosi dan lebih gengster. Tak kiralah kau pakai tudung labuh sampai buku lali pun, kalau dah nama pompuan, mesti emosi.
Contohnya tempat solat.
Nak bersolat pun boleh bergaduh.
Nak keluar masuk masjid pun bertolak-tolak.
Siap ada yang tak kasi orang solat sebelah dia sebab dia cop-kan untuk kawan.
Masalahnya kawan dia belum masuk masjid pun lagi kau nak cop.
Lainlah kalau kawan kau pergi toilet kejap.
Tu belum lagi kat Hajar Aswad, kat dalam Hijr Ismail, ya ampunnnnn.
Yang bergasak kat situ bukannya lelaki, tapi pompuan.
Kau tolak dia, dia tolak kau. Kau tengking dia, dia tengking kau.
Tau la Hijr Ismail tu antara tempat makbul doa. Semua nak masuk.
Tapi janganlah sampai dah nak berdoa pun kita sempat buat dosa.
Tak dinafikan Mak-Mak Arab ni perangai dia lain sikit.
Macam yang aku cakap, orang Arab ni hati dia kering.
Dia masuk masjid lambat tapi nak menyelit bersolat sebelah kita sedangkan kita dah sempit sangat nak sujud pun muat-muat dahi je.
Badan dorang ni kalau kecik-kecik kita ada ampun lagi.
Ni bangsa yang bontot boleh muat 3 orang. Camne la nak bagi space. Takkan aku nak solat atas riba kau kot kan.
Tapi, orang kita sebenarnya lagi bahaya.
Walaupun nampak macam diam and sopan, tapi bila bab orang nak selit bersolat, masing-masing akan buat pekak. Taknak berganjak. Ada tu aku perati sengaja duduk bersila besar-besar supaya nampak macam saf penuh.
Masing-masing nak bersolat dengan selesa.
Alasan, nanti tahiyat akhir terduduk atas kaki orang sebelah.
Sedangkan duduk seperti tahiyat akhir (tawarruk) tu bukan wajib. Boleh je duduk macam tahiyat awal.
Tahiyat awal tu duduknya begitu supaya permudah nak bangun sebab kita ada sambungan rakaat lain.
Tawarruk tu duduknya begitu sebab bacaan lebih panjang dan kita dah tak ada rakaat lain nak sambung. Itu saja.
Jangan sampai macam tu. Bukan kita sorang nak kumpul pahala besar. Orang lain pun nak juga.
Kalau ada ruang, bagi. Kalau betul takde ruang, dia sendiri nanti akan nampak memang takde ruang.
Beginilah keadaan ruang mataf hari Jumaat.
Sebab orang Mekah pun masuk untuk bersolat Jumaat, jadi ramai sangat orang bertawaf sunat.
Ini baru sikit.
Kat Padang Mahsyar nanti lagi ramai.
Boleh cari agak-agak?
Lepas Zuhur kitorang balik hotel and rest.
Asar selalunya terus lepas Masjid sampai Isyak.
Elok jugak, boleh aku habiskan bacaan aku.
Memandangkan panglima dengan En Wan, jadi dia la paling banyak sekali bertawaf sunat ikut apaknya.
Selalunya En Wan buat kat ring atas, tak buat kat bawah sebab bawah sesak sikit.
Ring atas tu walaupun tawafnya lebih besar (orang kata nanti lambat habis), sebenarnya lebih cepat habis berbanding tawaf kat bawah sebab ring atas tak seramai di bawah. Cuma kau kena hati-hati la dengan wheel chair. Ring atas tu sebenarnya untuk wheel chair. Yang tukang tolak ni kadang-kadang main tolak je. Nak-nak lagi yang ambik upah menolak tu. Dia main rodok je sesape kat depan.
Pun aku nampak 2-3 orang jugak bertekak kat atas tu sebab kena rodok.
Bicep En Wan berketul-ketul naik dek kerana bertawaf sambil mengangkat 'beban' ni.
Bukan calang-calang beban ni oi, 16-17kg gak.
Nak tawaf 7 round ya. Fuhh! *lap peluh*
Alhamdulillah, En Wan tak kisah pun terpaksa jaga anak.
Mula-mula tu aku kesian juga. Ye lah, aku dapat baca Quran dari Asar ke Isyak, dapat solat sunat banyak kali, tapi dia terpaksa layan anak.
Tapi En Wan kata dia maybe tak dapat bersolat macam aku, tapi dia dapat buat banyak tawaf sunat.
Hmm..betul jugak.
Kita rasa disebabkan anaklah, kita tak dapat duduk diam baca Quran dalam masjid.
Tapi tanpa kita sedar, disebabkan anak yang tak reti duduk diam tu lah maka kita akhirnya bertawaf sunat.
Allahu.
Yang ada anak-anak, jangan risau pikir camana sok nak bawak anak pi buat umrah.
Bawak je, insyallah Allah tolong.
Kan aku cakap aku banyak berdoa sebelum ke umrah biar aku dibagi kelapangan untuk beribadat sebab aku takut aku berbelah bagi nak beribadat bila bawak anak.
Di sana semuanya jadi mudah.
Pertama, mungkin doa itu makbul.
Second, ia mengajar aku kalau kita bersungguh, semua pun jadi.
Kalau mintak dengan bersungguh, lagi lah Tuhan tolong.
Bukan hanya dalam beribadat, tapi apa pun kalau kita buat dengan bersungguh mesti jadi.
Aku niat nak bangun malam sebab aku nak khatam Quran di sana.
Kalau aku banyak tido, konfem aku takkan khatam.
Ni aku bukan buat haji ada 40 hari.
Aku buat umrah je, ada 10 hari je untuk aku khatam. Jadi aku kena bersungguh.
Padahal kat rumah pun boleh je kalau nak khatam 10 hari.
Tapi liatttttt.
Nak bangun malam pun siap ada snooze 3-4 kali baru bangkit. Tu pun hazab ya ampun nak paksa diri.
Di sana sangat mudah nak bangun malam.
Tak perlu alarm. Tido lambat pun mesti senang nak terjaga.
Sebab apa?
Sebab ada kesungguhan.
Kalau tak bersungguh tu memang banyak la dolak-daliknya.
Pukul 2.30 pagi tanpa alarm, aku dah terjaga. Sabtu pagi tu aku pi masjid alone pukul 3 pagi.
First time bergerak sendiri tanpa En Wan. En Wan balik lambat malam sebelumnya, so dia bangun lewat sikit.
Gambar di atas, gambar breakfast lepas balik dari Subuh.
Le Meridien sangat best. Hotel 5 star.
Tapi kurang best la banding ngan hotel kat clock tower tu. Yang tu 6 star.
Bilik Le Meridien cantik, siap ada bathtub, makanan sedap, service bagus.
Kalau sesape ambik pakej dengan Maghfirah, go for pakej Diamond Plus.
Sebab yang ambik pakej Executive kata even dorang duduk hotel lagi best, tapi makanan tak best.
Sebenarnya bukan tak best tapi hotel yang super duper best ni selalunya ramai pak arab.
Jadi pihak hotel akan buat makanan selera Arab. Mana la sama ngan tekak kita.
Macam Le Meridien ni ramai orang Asia duduk. Indo, Malaysia and Singapore ramai kat sini.
Jadi makanan dia lebih kepada tekak kita.
Tempe berlado pun ada wei!
Keadaan kat masjid selalunya sesak time habis solat.
Semua pakat bergasak depan pintu nak keluar.
Selalunya aku akan lepak dulu sambung bacaan.
Lepas Subuh hari tu, aku lepas dalam 30 minit gak bagi clear semua baru aku balik.
Makcik kat sebelah aku tu orang Malaysia, dia tanya aku tak balik hotel ke.
Aku cakap nak balik la ni tapi tunggu pintu tu clear dulu.
Dia kata dia balik hotel sekali je, lepas Isyak.
Aku tanya nape tak balik, waktu pagi ni panjang lagi. At least balik berehat dulu, nanti datang balik untuk Zuhur pastu sambung duduk sampai Isyak.
Dia kata hotel dia jauh. Tiap kali datang kena bayar tambang teksi 20 rial.
Terperanjat aku.
Jauhnya duduk!
Dia kata "Entah lah. Hari tu masa tempah, agency cakap hotel dekat, pastu boleh duduk sebilik dengan keluarga. Tiba-tiba duduk asing-asing. Suami hotel lain, saya hotel lain. Tapi hotel memang jauh. Nak berjalan tak larat, kena ambik teksi. Ambik teksi pun sehari habis 20 riyal"
Kesian makcik tu.
Takde la makcik-makcik sangat, dalam 50an je.
Tapi paham la kan kalau dah kena berjalan jauh pergi balik masjid, memang la sakit kaki.
Terpaksa ambik teksi, tapi kena berhabis kat teksi la pulak.
Jadi sudahnya nak jimat duit teksi punya pasal, duduk la orang tua tu dari pagi sampai ke malam kat masjid.
Sebab tu la kenapa ada orang sanggup berhabis duit untuk duduk hotel mahal.
Bukan sebab nak tunjuk kaya or lawan sape paling kaya ambik pakej mahal.
Tapi sebab mengenangkan kita nak ulang-alik ke masjid biar mudah. Kalau boleh biar setuap waktu solat dalam masjid. Jadi hotel nak dekat senang nak berulang alik freshkan badan. Kalau seharian duduk dalam masjid tak mandi pun boleh mendatangkan ketakselesaan jugak time beribadat nanti.
Selalunya pakej yang mahal-mahal ni hotelnya tak jauh mana dengan masjid.
Kalau pakej exec tu duduk kat clock tower, yang tu 9K. Jarak perjalanan 70m je.
Macam aku duduk kat Le Meridien pakej Diamond Plus, 8K. Jarak perjalanan 120m. Masih dekat lagi sebenarnya. Cuma sape duduk Clock Tower lagi dekat.
Tapi kalau sampai kena menapak 500m pergi balik, memang letih.
Nak-nak lagi untuk yang berusia.
Tapi macam yang aku kata tadi.
Di sana kita kena mintak banyak-banyak biar ibadat kita dipermudahkan dan biar kita jadi bersungguh.
Sebab kadang-kadang hotel terlampau dekat dan terlampau selesa pun boleh jadi asbab untuk kita tak pergi ke masjid. Alasan, solat dalam hotel lagi selesa, takyah berebut saf, takyah bersempit. Dalam Mekah jugak whattt?
Hotel jauh pun boleh jadi asbab untuk kita tak ke Masjid.
Sebab kita rasa penat and letih nak berulang. Solat kat bilik je dah la. Tak penat.
Semoga kita semua dipermudahkan urusan ibadat tak kira kita di Tanah Haram atau Tanah Halal.
Aku taknak bagi makcik tu mengeluh, aku bagitau dia sebelum aku keluar masjid "Takpe makcik. Makcik untung. Dalam ramai-ramai tetamu Dia kat sini, Allah pilih makcik untuk beriktikaf lama dalam masjid. Hotel jauh tu asbab je makcik. Yang sebenarnya Allah nak bagi pahala free-free kat makcik".
Berubah muka makcik tu. Terus dia senyum.
"Ye lah kan. Betul cakap awak tu".
Masa aku jalan balik aku nampak makcik tu bangun ambik Al-Quran.
Semoga saya dapat pahala yang sama dengan pahala makcik.
Aku pakai sarung tangan sebab nak jaga wuduk, kang bergesel ngan pakwe aku tu kang tak pasal je.
Sebab aku malas nak turun kat masjid Ji'ranah nanti.
Dah pergi dah dulu, toilet dorang bukan macam RnR kita yang selesa.
Nanti bersampuk-haruk dengan jemaah lain kang satu hal nak beratur lagi, so better aku jaga je wuduk aku.
Seronok bila di sana kita sentiasa berwuduk.
Nak solat pun boleh terus je solat takyah sarung telekung.
Aku harap sangat aku istiqomah sehingga dapat pakai macam ni dengan selesa.
Kat sana, aku kurang sangat minum air sampai bibir aku kering menggelupas.
Kulit pun kering semacam.
Mak aku kata sebab perubahan cuaca.
Sebenarnya tak.
Dulu aku pi Jepun pun musim sejuk gak tapi takde sampai pecah-pecah bibir.
Kat Mekah aku kurang minum air sebab nak iktikaf dalam masjid.
Toilet dorang tu belah bawah and terlalu ramai orang.
Jadi nak mengelakkan dari asik terkencing, aku kurangkan minum air.
Hasilnya, muka aku berkerak.
Dah la kat sana jangan kata bedak. Krim muka pun aku tak pakai.
Bertambahlah berkeraknya.
Sabtu, ziarah ke Jabal Rahmah, Gua Tsur, Gua Hira' and Padang Arafah.
Kalau ikut hati aku, aku malas nak ikut, nak duduk masjid je.
Tapi kesian kat mak. Kang dia takde geng pulak.
Lagipun hari tu miqat di Ji'ranah untuk sesape yang nak buat badal umrah. So aku nakbuat jugak.
Ada jemaah yang buat sampai 7-8 kali umrah untuk diri sendiri.
Sebenarnya Rasulullah saw sendiri tak menyuruh para sahabat buat umrah berkali-kali dalam satu perjalanan. Rasulullah saw buat umrah 4 kali je. Dan setiap umrah tu dalam 4 trip berbeza. Maknanya setiap trip hanya 1 umrah. Berbeza sangat dengan jemaah sekarang yang rajin buat umrah siang malam. Bila kita di sana yang harus diperbanyakkan adalah tadarus, tawaf sunat dan banyakkan doa. Bukan buat umrah berkali-kali. 1 kali cukup, melainkan kita ada niat untuk buat badal.
Ini je jemaah dalam grup kitorang.
Sikit je.
Bila sikit macam ni barulah senang mutawwif nak handle.
Ziarah pun lebih banyak pengisian rohani.
Port pertama - Jabal Tsur.
Mutawwif tanya "Ada yang nak panjat?"
Takyah Jabal Tsur lah.
Tangga opis aku ni pun kalau boleh aku nak naik sekali time datang, turun kang sekali time nak balik.
Malas nak panjat memanjat tangga.
Jabal Tsur ni tinggi okeh.
Takleh aku imagine how Asma' Abu Bakar dalam keadaan sarat mengandung panjat bukit tu everyday nak hantar bekalan makanan kat bapak dia and Rasulullah.
Hebatnya iman orang Islam zaman Rasulullah.
Aku ni nak beli makanan kat bawah pun mintak orang tapaukan. Gila pemalas.
Macam biasa la, kalau bergambar memang payah nak cukup korum.
Redza pi mana ntah masa ni.
Oh yes, jangan ingat aku tengah dengar lagu Leslie ya.
Yang tu semua jemaah pakai supaya senang nak dengar mutawwif bagi tazkirah.
Jadi, tak perlulah mutawwif terpekik-pekik.
Sape hari tu masa kat Mekah ada mesej aku bagitau aku pergi ni under travel agency kawan dia, Zai.
Tu Ustazah Zai.
Jabal Rahmah, again.
Kali ni pergi dengan anak-anak.
Tapi tak naik pun kat atas tu sebab malas memanjat.
Dulu pergi ngan En Wan kitorang naik sampai atas, nak menengok apa ada atas tu.
Tapi kat atas tu dah macam khurafat pun ada.
Ada yang berdoa mengadap batu tu. Nak buat apa la berdoa hadap batu. Baik hadap Kaabah.
Pastu siap ada tulis nama bagai kat batu tu. Konon ambik berkat letak nama biar lekat jodoh.
Tapi tulis nama je. Len kali tulis la nombor telifon sekali, baru lah jodohnya tau mana nak cari. Mbahahaha.
Kali ni takyah lah naik, kang aku ke mana, anak aku ke mana.
Ramai yang ke Jabal Rahmah berdoa minta ditemukan jodoh.
Sebenarnya tempat ni tak ada apa-apa keistimewaaan melainkan 9 Zulhijjah sebab Jabal Rahmah ni letaknya di di Arafah.
9 Zulhijjah adalah Hari Arafah dan hari mustajab berdoa.
Jadi tempat ni takde apa-apa istimewa melainkan 9 Zulhijjah.
Berdoalah 9 Zulhijjah kat tempat ni, baru istimewa.
Lama gak dorang ni kat Jabal Rahmah.
Aku turun kejap je layan bergambar pastu naik bas. Lepak kat dalam sambung bacaan.
Rupanya dorang lama sebab mutawwif belanja eskrim. Cis.