2015-12-04

Fazura and KimK




Disebabkan gosip terbaru Fazura and KimK tu aku baru la tau rupanya dia and Shaheizy Sam pernah couple, eh?
Kenapa macam aku tak penah dengar pun selama ni?
Ke memang semua orang pun tak tau?

Kesian jugak aku tengok Fazura kena bash teruk dengan haters.
Kalau ikut kronologi-nya, dia salah faham je dengan statement followers dia tu.
Tapi sebab dia pi highlite budak tu tanpa dia sedar budak tu maksudkan lain, tu yang jadi punca kes ni.

Kalau nak ikut lojik, itu masalah antara dia dan budak tu.
Tapi kan, dah kenapa pulak yang takde kena-mengena menggelepar lebih ya?
Selalunya macam tu lah. Dalam perbalahan antara 2 orang, mesti ada 2000 orang yang takde kena-mengena akan panas bontot lebih-lebih. Pelik gila.
Seolah-olah yang 2000 tu sebenarnya tumpang peluang untuk melepaskan hajat nak mengutuk yang dah disimpan sekian lama.

Atau maybe aku sorang je yang kurang sensitif dan kurang deria sentap bila orang free hair kritik wanita bertudung.
Sebab masa aku belum bertudung, aku pun selalu kena bash dengan set-set bertudung lagak alim ni.
Yang kononnya berpesan-pesan atas nama kebaikkan walhal sebenarnya ada penyakit jiwa.
Jadi, bila ada orang free hair pulak kritik orang bertudung, aku kurang nak rasa sentap sebab aku rasa benda ni tindakbalas yang normal antara 2 kelompok yang berbeza pendirian.

Benda ni sangat mudah nak settle - MINTA MAAF.

Tapi samada orang tu nak minta maaf atau nak memaafkan, itu bukan hak kita yang takde kena-mengena ni.

Dan selalunya benda macam ni takkan habis kat sini.

Bila orang yang bersalah dah minta maaf, yang 2000 orang ni nanti akan kondem.

"Macam tu je? As simple as that? Kau dah malukan dia, pastu senang-senang nak minta maaf?"

Kalau the other party dah maafkan pun, benda ni tetap akan continue.

"Saman malu je! Saman! Saman!"

Perasan tak benda-benda macam tu selalu sangat berlaku?
Nampak sangat yang 2000 orang ni tadi bukan ikhlas pun nak orang tu minta maaf.
Sebab tiba-tiba rasa cam tak best pulak kalau dah ada adegan minta maaf sebab nanti dorang takde bahan nak mengutuk. Macam sekejap sangat peluang kutuk berjemaah ni.

Macam kes Neelofa ngan Anzalna dulu.
Hamba Allah tu dah buat permohonan maaf, eh ada jugakkk yang api-api kan lagi.
Manusia jenis hape ntah aku tak paham.

Bila dah jadi macam ni barulah nampak betapa ramai haters Fazura yang selama ni stalk dalam diam tunggu masa je nak bash.
Nak bash sorang-sorang tak berani sebab takut kena bash balik dengan followers.
Mesti dorang tunggu-tunggu je jadi kes macam ni, time ni la baru best mem-bash berjemaah.
Terkabul jugak hajat masing-masing nak membambu Fazura.

Sila..sila...esok kat sana ambik bahagian sorang sikit.
Jangan buat-buat lupa lak.

Ada satu komen anonymous tu "Sekurang-kurangnya yg berhijab tu perkara asas dah tertunai. Yang awak tu miss fazura, masih bertelanjang! Kasihan, semoga hidayah milik awak satu hari nanti"

Inilah yang aku katakan tadi.
Alim taik kucing.
Kononnya berdakwah tapi tak berhikmah lansung.

"...Kasihan, semoga hidayah milik awak satu hari nanti..."

Aku tak sure dia maksudkan Fazura atau diri dia sendiri.

Sedih okeh bila orang yang nak memberi nasihat menggunakan bahasa yang kasar dan memalukan orang yang dinasihatinya. Lansung tak mencerminkan kredibiliti diri kau sebagai penasihat. Mesej kau takkan sampai bila kau nasihatkan orang dengan cara tu. Let alone dapat merubah dia.

Tak kira lah baik Fazura, baik sesiapa saja, baik diri aku sekalipun, Islam mengajarkan kepada kita untuk takde sangka buruk dengan orang lain. Tapi, tak bermakna Islam melarang kita untuk bersikap waspada atau berhati-hati dalam memahami situasi.

Contohnya, kalau ada yang ketuk pintu rumah dan kita yakin yang mengetuk tu adalah saudara kita yang baik akhlaknya, kenapa mesti kita halang dia dari masuk ke rumah kan?
Begitu jugak sebaliknya.
Kalau lingkungan sekitar kita terkenal dengan kejahatan, maka sebaiknya kita berwaspada segala bentuk situasi yang ada.
Mungkin atas dasar itulah Fazura bertindak macam tu.

Dalam satu keadaan yang lain, bersikap hati-hati itu perlu, tapi tak bermaksud kita harus sentiasa berburuk sangka pada orang di sekitar kita pulak sehingga menimbulkan masalah lain.

Fazura ni satu je yang aku jeles.
Aku jeles ngan gigi dia sebab gigi dia cantik.
Kalau muka tu aku takde hal sangat sebab tak jauh beza ngan muka aku.