2015-12-07

Astaka Morocco



Sabtu lepas final shooting untuk jubah baru Fleur by Mrs Him.

First stage shooting kat Istanbul under Nabil Nadir.
Second stage shooting product catalogue kat studio.
And final stage product outdoor (all) with concept theme also aku ambik Nabil Nadir.

Kitorang buat kat Moroccan Pavillion Putrajaya.
First time aku buat kat sini. Hari yang aku pergi tu jugak la first time aku sampai sana.
Tak pernah tau Putrajaya ada tempat macam ni.
Nak masuk sana free.
Tapi kalau nak buat fotoshoot, kena bayar RM150/hour.
Aku buat 3 jam je sebab hari yang sama cousin aku kawen jadi nak tak nak kena siapkan dalam masa 3 jam gak.
Nasib baik cuaca baik.
Model-model semua bagi kerjasama yang baik.
Nama pun profesional model kan, so dah biasa ngan hujan panas, dorang takde hal.

RM150 tu mahal jugak la untuk 1 jam sebab tempat dia bukan besar sangat, harap kat artwork dia je yang cantik untuk shooting.
Tapi sebab nak pi Morocco lagi banyak pakai duit kan, jadi kita ber-morocco kat sini sudeyyy.



Tak sangka ramai rupanya yang respond kat FB status aku mencari 4 orang yang berminat nak join projek khas Fleur by Mrs Him.
Tapi, aku terpaksa pilih 4 orang saja yang can fit labuh jubah 57".
Saiz takde hal sangat sebab jubah ni memang range dari S to XXL.
Tapi bab tinggi tu yang aku kena pastikan sebab jubah ni labuh (untuk orang pendek macam aku), jadi aku nak biar pemakai tu nampak cantik bila ketinggian tu sesuai dengan labuh jubah.
Yang tak terpilih jangan kecik ati, insyallah ada rezeki aku buat lagi.

4 orang ni pun bagi kerjasama yang baik walaupun panas memang terik.
Kesian pulak aku tengok dorang.
Dan aku pun terpaksa la bertindak menjadi budak suruhan, berlari-lari bawak tisu untuk bagi model lap peluh, berlari-lari bawak air untuk model. Merasa la aku kan. Kalau tak selama ni main order je. Sesekali apa salahnya.
Tapi macam nak rebah jugak la sebab panas gila weiii.
Walaupun ai hitam, tapi kehitaman ai ni sejak azali ya, bukan sebab main panas.



Macam ni la keadaan set shooting hari tu.
Penat tapi seronok.
Sesekali keje outdoor kan.
Dulu aku akan hire orang handle aktiviti shooting, tapi menjak dua menjak ni seronok pulak buat sendiri. 
Maybe lepas ni kalau aku perlukan extra helper untuk buat aktiviti outdoor, aku up status kat FB ya.
Silakan follow FB aku. Hehe.




Ni model utama hari tu.
Patutnya lepas sesi shooting dia, En Wan hantar dia balik.
Tapi sebab dia pun macam enjoy je lepak situ takde masalah nak baring di mana-mana, aku biarkan je.
Yang kat keher dia tu 'iPhone' berharga RM16.
Sebenarnya yang tu kipas.
Sebab tu dia letakkan kat tepi muka.
Bersantai dengan kehariran angin sepoi-sepoi tepi telinga.
Memang membantu jugak la bendalah ni, sebab aku pun tumpang sekaki.
Aku cuma bekalkan 7 kipas tangan untuk sesape yang nak guna especially nak mengipas model takut dorang berpeluh. Lepas ni aku rasa aku perlu angkut kipas letrik terus.



Seronoknya bila bekerja dengan fotografer profesional, kau letak la dia kat tepi dinding toilet awam sekalipun, insyallah gambar yang terhasil cantik. Biar la mahal pun, janji cantik sebab aim aku adalah gambar tu.

Kalau nak gunakan khidmat Nabil, 014-2358446, @nabil_nadir - ini IG dia. 



Masa aku produce jubah ni, aku rasa macam kelabuhan jubah ni tak lojik sampai 57"-59".
Tapi hakikatnya memang itulah pun standard jubah-jubah sekarang.
Tapi bila model-model ni pakai, barulah terasa aku sebenarnya yang pendek.



Model-model yang sudah berpunya semuanya ya.
Dimekap oleh favourite MUA aku - Sukma (019-2655884).
Dan model semua tengah pakai shawl Hannah Denim Fleur by Mrs Him.
Cantik kan shawl tu? Mbahahaha.



Bukan saja pendek malah muka berlengas juga.
Takyah dua kali pandang lah. Sekali pandang pun tau mana satu model mana satu amah kutip baju.
Muka semua besor-besor ibu jari aku je. Sikit punya berani aku bergamba sebelah dorang, dah macam pinggan muka aku banding ngan dorang.

Kat bawah ni aku nak announce winners untuk SHAWL 



WINNERS SHAWL KRISTALLI




WINNERS SHAWL HANNAH DENIM


Nanti email fleurcloset[at]xzizbiotech[dot]com ya.
Kita perlukan alamat and contact number untuk kita poskan hadiah.

Oh btw, yang hantar iklan-iklan untuk aku letak kat blog, aku akan letak every Tuesday. Esok kita mula ya?