Kelmarin Rayyan buat eksperimen, bergerak secara solo tetapi rawak.
Dia ikut En Wan pi opis aku sebab opis ada buat renovation sikit.
Tetiba kul 6pm En Wan call :
En Wan : Tau tak abang kat mana?
Aku : Mana?
En Wan : Abang kat klinik.
Aku tengah baring baca buku, terus terbangun.
Berderau darah.
Dah la opis renovate, aku terbayang dia terpijak paku ke, jatuh tangga ke..
En Wan : Ntah apa yang anak awak masukkan dalam hidung dia, tersumbat takleh keluar.
Ya ampunnnnnn.
Aku tak tau la nak marah ke nak gelak.
Tapi En Wan kata Rayyan tak nangis.
Agaknya bila dia realized menatang yang dia masukkan dalam hidung tu takleh keluar, dia pi kat bapak dia "Pa, tolong keluarkan". Rilek je. Sardin.
Hidung kecik, jari bapak besor, camne nak korek.
Seb baik dokter ada lagi kul 6pm.
Dapat gak keluarkan.
Rupanya dia masukkan penutup vial dalam hidung.
Yang aku tak paham tu, eksperimen apa yang ko nak buktikan ni?
Tapi kalau baca komen-komen dorang kat bawah ni, aku rasa, ni memang penyakit budak-budak :
Aku rasa belum pernah lagi Mak Aji bagitau aku buat benda-benda pelik macam ni time kecik.
Benda paling pelik yang aku buat pun bercakap sorang-sorang.
Hat tu, memang dari kecik sampailah ke tua ni, kekal lagi dengan perangai suka cakap sorang-sorang.
Tu je la pun perangai pelik aku penah buat.
Tapi kalau kata nak sumbat biji saga ke, buah getah dalam hidung, belum gamak lagi.
Habis kuat pun sumbat pil demam dalam bontot sendiri. Tu pun kejap-kejap terkeluar, kejap-kejap terkeluar.
Kira anak aku terer la dia leh masukkan dan tak keluar-keluar.
Aku rasa mungkin itulah objektif ekspserimen dorang sebenarnya.
Untuk memastikan size lubang hidung adalah bertepatan dengan size penutup vial.
Tapi betul lah kata sorang follower kat atas.
Anak lelaki kalau tak buat perangai pelik-pelik macam ni, bukan anak lelaki namanya.
Redza takde lagi buat benda-benda macam ni, tapi setakat ni dia sorang je lah berjahit kepala 2 kali.
Cukuplah, jangan tambah.
Aku kalau dok bayangkan Reza dulu berjahit kat dahi dengan darah memancut-mancut keluar, naik troma.
Tu cara-cara dahi lebar 2 jari.
Ni kalau si Rayyan dengan dahi yang luas jendul tu, alahaiiii...mintak jauhlah.