2015-12-10

Bangunan




Rumah aku ni dah berzaman guna Astro Beyond tapi baru bulan ni aku tau camana nak guna button Record tu. Menjak dah tau guna, semua movie aku nak record. Bila free, aku tengok.
Hari tu, aku record dokumentari Bangunan.
Sepatutnya Bangunan ni jadi filem, tapi lepas the crew berdepan sendiri dengan benda-benda pelik masa nak buat research tentang satu bangunan ni, terus dorang tak jadi continue. Dan filem ni akhirnya dijadikan dokumentari, guna balik bahan-bahan yang dorang dah shoot. Tak salah aku Bangunan ni sepatutnya diarahkan oleh Khir Rahman.

Aku memang sedia maklum penakut tapi kalau cerita based on true story ni aku suka tengok.
Nak pulak ada Khir Rahman, memang wajib tengok.

Aku tak sure if salah satu video dari CCTV yang dorang guna untuk dokumentari ni pernah viral kat FB satu masa dulu. Not sure if it went viral disebabkan cerita ni atau video yang viral tu yang menyebabkan dokumentari ni terhasil. Tapi memang aku pernah tengok video tu kat FB (ada dipaparkan dalam video atas).

Mula-mula aku ingatkan bangunan tu bangunan tinggal.
Rupanya bangunan pejabat yang masih lagi berfungsi.
And kalau tengok design bangunan, macam pejabat kerajaan tapi tak sure kat mana.
Tapi biarlah aku tak tau, kang dibuatnya one day aku kena pi keje kat sana satu hal pulak nak carik alasan taknak pegi.

Korang tengok lah sendiri video tu.

Berbelah bagi pulak pasni aku nak stay lama-lama kat opis.
Walaupun opis tu belum ada tanda-tanda pelik, tapi kadang-kadang bila kita dah tengok macam-macam cerita seram, tetiba je nanti ada bunyik pelik-pelik muncul. Padahal dulu takde pun.

Sang Nila Utama cerita kat aku, opis dia pernah ada benda pelik jadi.
Dia ni pun bangsa suka stay back kat opis sampai malam.
Dia cakap satu hari tu senja, dia memang dah nak balik tapi nak fotostat dokumen kat depan.
Staff dia semua dah balik.
Tengah-tengah fotostate sekali salah satu replica kereta dia berbunyi.
Memang replika tu boleh bunyi pun cuma kalau tetiba kau bunyi, ai is dont like.
So dia pi kat replika tu and check button kat bawah if ter-set on.
Memang on pun.
So dia rasa okeh la, agaknya memang dari tadi dah on cuma bateri on-off jadi kejap bunyik kejap tak bunyik. So dia off that button dan keluar dari bilik.
Tak sampai beberapa langkah replika tu bunyik lagi.
Kalau aku dah terpekik terus berambus.
Dia boleh pulak patah balik and check semula button tu on ke off.
Button tu dah set ke off!
Camne boleh bunyik?

Pastu you buat apa?
Balik?

Aku tanya.

Dia jawab "Balik la. Tapi I Maghrib dulu kat opis".

Aku dengar macam... eh boleh kau Maghrib dulu kat opis????
Kalau aku konfem tahiyat akhir baca Al-Fatihah ni. Gila punya tak khusyuk.
Baik aku blah, gi solat kat mana-mana tempat lain yang ramai orang daripada aku solat kat opis yang dah sah-sah macam-macam bunyik dengar.

So far, kat mana-mana aku keje, walaupun ada macam-macam cerita pelik tentang bangunan/ofis yang aku pegi tu, belum pernah lagi rasanya aku jumpa atau alami gangguan pelik.
Kecuali 2 kali.
Satu kat hotel kat Langkawi dengan bos aku.
Satu lagi kat pondok telefon blok perempuan di kampus sementara UNIMAS.
Yang tu memang pernah nampak real cuma dalam keadaan aku blur-blur. Selepas tu baru aku tau apa yang aku nampak tu memang bukan manusia. Tak sempat nak takut. Eloklah macam tu, daripada aku nampak depan-depan.

Tapi masa aku keje kat Kelana Jaya, aku pernah berada dalam satu lift dengan sorang pompuan.
Ofis aku atas sekali, tingkat 10. Dia memang dah ada dalam lift masa lift tu terbukak. Tapi dia tak keluar. Dia nak pi mana sebenarnya?
Pastu aku pelik sebab dia halakan badan dia ke arah bucu dinding.
Aku park keta kat basement.
Bila lift dah sampai basement, dia tak keluar-keluar gak.
Masih lagi badan mengadap bucu dinding lift tu.
Kiranya dia membelakangkan aku.
Aku pun tak kuasa nak tanya "Are u ok?"
Kang dia toleh kang, aku yang KO.

Tak sure la apa yang aku nampak dalam lift tu.
Jangan kau ikut aku balik dah.




Khir Rahman plan nak buat Bangunan2 kalau ada kes-kes baru.
So kalau korang ada kejadian-kejadian pelik di ofis masing-masing, hantarlah cerita kat dorang.
Tapi pastikan ada bukti-buktinya la, jangan mereka-reka lak.