2015-12-09

Bridesmaid



Mengimpikan wedding yang grand memang impian semua orang.
Tapi tak semua orang akhirnya dapat buat majlis kawen yang dia impikan.
Macam aku lah.
Berangan taknak sikit-sikit.
Mula-mula berangan nak kawen ngan anak raja.
Entah anak raja mana yang nak kat aku tak tau lah. Tapi takpe, yang penting berangan dulu. Dapat tak dapat kendian pikir.

Memang tak dapat.

Pastu berangan nak kawen ngan orang kaya.
Terbayang-bayang menjalar 14 bijik kereta sport depan porch.
Ntah apa aku nak buat dengan kereta banyak-banyak tak tau lah.
Tapi berangan tetap berangan.

Berangan lelaki tu akan lamar aku kat hotel 6 star dengan 89 kuntum bunga rose.
Cincin diamond besor ibu jari disarung kat aku.

Harammmm.
Dilamarnya aku kat stesen komuter Bangi je sambil hulur kepok lekor.

Hmm..boleh lah. Daripada takde.

Berangan sok honeymoon kat overseas.
Padahal takut naik kapal terbang.
Takpelah, berangan je dulu.

Tak dapat gak.
Bukan tak dapat pi honeymoon oversea.
Memang takde honeymoon lansung pun! Mbahahahahahah *gelakkan diri sendiri*

Berangan pulak nak buat majlis kawen grand kat hotel.
Penuh fresh flower dari depan pintu sampai ke pelamin.
Kek tak cukup 8 tingkat tak sah.
Flower girls 18 orang.
Ada tari-menari bagai.
Baju tempah khas Rizalman.
Veil panjang ala-ala Princess Diana.
Last-last semua pun tak dapat.
Nama Diana je aku dapat.

Ujung-ujung kawen jugak.
Dengan orang biasa-biasa saja.
Buat majlis pun tengah jalan.
Khemah takat kanopi belang-belang putih biru.
Kek jangan kata 8 tingkat, bayang kek pun tak nampak.
Flower girl? Apa tu? Hahahaha.

Semua pun takde.
Nak kata sedih tak jugak.
Sebab at least aku dapat gak kawen ngan boifren sendiri. Bukan kawen paksa.
Yang lain-lain tu kira cincai lah, janji kawen.

Itu dulu.
Zaman belum ada desakan dan pengaruh melampau.
Now, apa yang aku impikan dulu tu dah macam satu benda yang mesti ada.
Nak kata wajib ada bukan, tapi kalau tak ada seolah-olah majlis tu nampak cincai sangat.
Dan disebabkan tu lah ramai yang terpaksa berhutang, ambik loan, ikat perut semata-mata nak adakan segalanya.
Walaupun tak se-gah orang yang buat di hotel mewah, tapi setidak-tidaknya dia pun ada. Biarlah bajet kecik pun.

Orang mewah kek 18 tingkat.
Kita kek setingkat pun jadiklah.
Janji kau ada kek kawen, aku pun ada.

Orang mewah ada door gift, aku pun ada.
Walaupun gift dorr kau isi cekelat Godiva, door gift aku isi Cloud 9.
Janji kau ada, aku pun ada.

Orang mewah hantaran 24 dulang, aku hantaran 7 dulang.
Yang penting kau ada hantaran, aku pun ada.

Kalau boleh semua pun nak buat benda yang sama.
Biarpun dengan bajet sederhana.

Salah?
Tak salah.
Asal jangan mencekik leher sendiri sudah.

Aku nak bagi hadiah kawen untuk sesiapa yang nak kawen dan belum ada baju untuk flower girls/dulang girls.

Aku nak bagi OMPEK helai.

Tapi hadiah ni empat helai je, dan akan dibagi kepada sepasang bakal pengantin.
So, kena compete lah kalau nak hadiah ni.
Tak susah pun, senang je.

1. Copy gambar ni dan share di FB masing-masing (FB ONLY).

2. Tag FB Fleur by Mrs Him (korang kena LIKE dulu baru boleh tag).

3. Dan lepas tu emailkan pada kami gambar pertunangan anda serta...

4. Dalam bentuk kolaj, gambarkan impian perkahwinan anda.

5. Tarikh tutup penyertaan 20 Disember 2015.

6. Emailkan ke fleurcloset[at]xzizbiotech[dot]com