Salah satu ujian dalam perniagaan adalah ujian kedengkian.
Especially those yang berniaga berdekatan atau yang berniaga produk yang sama (ataupun yang tak jauh beza produknya).
Berniaga berdekatan ni macam berniaga kedai sebelah-menyebelah, ataupun sama-sama berniaga kat opis.
Berniaga produk yang sama pulak persaingan antara agen yang jual produk yang 100% sama dari segi kualiti dan jenama ataupun jual 2 produk yang berlainan brand tapi tujuan yang sama (contoh jual sambal itam).
Tu semua contoh saja.
Tak semua orang mampu berdepan dengan persaingan.
Jangankan kata persaingan berniaga.
Zaman sekarang ni semua benda nak bersaing.
Kalau dah takde harta sangat nak disaingkan pun, bersaing siapa paling ramai followers pun jadik!
Janji namanya bersaing.
Persaingan ni kalau disingkapi dengan hati yang terbuka, akan jadi ibadah.
Tapi kalau persaingan dihadapi dengan hati yang berkeladak bak kata Prof Muhaya, memang merana.
Merana dalam diam.
Dan seterusnya akan jadi musuh berpanjangan.
Orang yang merasakan gagal dalam bisnes adelah berpunca dari persaingan sebenarnya adalah orang yang sombong.
Sebab dalam pada tak sedar dia sedang mengakui kehebatannya berniaga.
Bila dah seronok berniaga, seronok kira untung, adakalanya kita terlupa setiap orang yang berniaga tu dilahirkan dengan satu pakej rezeki masing-masing.
Kalaupun dia tak berniaga, kalau dah rezekinya memang ditakdirkan jadi jutawan, tetap jadi jutawan.
Contohnya pakcik-makcik Felda yang tiba-tiba jadi jutawan. Adekah dorang berniaga? Tak pun.
Tapi kalau dah kata rezekinya jutawan, duduk rumah jaga anak 24 jam pun tetap boleh jadi kaya.
Jadi jangan sombong merasakan kita kaya kerana usaha kita.
Kita tak payah usaha apa-apa pun boleh jugak Allah bagi kaya kalau Dia nak bagi.
Nak baca hikmah disebalik persaingan perniagaan pun bukannya senang.
Untuk orang yang iman tak berapa nak tinggi macam aku ni, memang makan masa nak baca hikmah.
Tapi satu benda yang aku perasan bila kita ada competitor dalam bisnes, hikmahnya adalah kita lebih banyak belajar.
Setiap hari dalam setiap solat, kita berdoa untuk diberikan petunjuk dalam setiap hal yang kita nak buat.
Dan Allah kabulkan.
Tapi Allah tak bagi pentunjuk secara lansung macam cikgu mengajar kita kat sekolah. Nah! Ambik kau ni petunjuk.
Tapi petunjuk itu datang secara tak lansung.
Contohnya, dari persaingain perniagaan.
Dah elok-elok kita berniaga sorang bertahun-tahun, tetiba ada pulak orang sewa kedai sebelah jual benda yang sama lak tu.
Macam Pizza Hut kat Putra Heights.
Elok je dia bukak kedai sebelah Dominos Pizza.
Gila selamba.
Apa la agaknya manager Dominos cakap?
Tapi sebenarnya itulah pelajaran dan pentunjuk yang Allah nak bagi.
Mungkin itu 'teguran' Allah supaya kita perbaiki cara kita berniaga.
Bertahun-tahun berniaga takde persaing, takde sape buat check and balance.
Tanpa pesaing kita takkan tahu samada produk kita masih relevan atau tak dengan perkembangan semasa.
Mungkin juga dalam tak sedar rasa ujub timbul bila kita rasa kita mampu mempertahankan bisnes.
Apetah lagi bila kita satu-satunya yang berniaga produk tu, kita rasa kita hebat.
The one and only!
Pioneer!
Atas sebab itu Allah datang 'menyelamatkan' kita supaya kita belajar memperbaiki cara berniaga dan belajar untuk turunkan sikit rasa sombong tadi.
Pesaing hadir bukan bertujuan untuk mendatangkan perasaan tak suka apetah lagi bila pesaing lebih berjaya dari kita.
Pendengki memang sifatnya susah melihat orang lain senang, dan senang melihat orang lain susah.
Rasa dengki ni lah selalunya yang membuatkan kita mula mencipta macam-macam reason kenapa bisnes kurang laku.
Sebenarnya kita yang sombong taknak belajar mencari hikmah disebalik kegagalan.
Kalaupun nanti competitor kita lebih berjaya, itu bukan masalah kita. Itu memang rezeki dia.
Kita ni yang sepatutnya belajar cara mana boleh berjaya seperti dia. Share experience. Bukannya berdengki dan membuat fitnah macam-macam.
Satu perkara yang kita kena ingat, kedengkian kita pada orang lain takkan mengubah takdir Allah kepada orang tersebut.
Kalau dah memang Allah nak bagi rezeki kepada seseorang, pasti sampai.
Macam tu gak kisahnya kalau Allah nak bagi rezeki kepada kita, sure sampai pada kita.
Walaupun jin dan manusia bersatu nak halang rezeki kita, kalau Allah tak izinkan, ia takkan berlaku.
Jadi jangan bersusah-payah.
Orang yang beriman, takkan kotorkan dirinya dengan berdengki dalam berniaga.
Luruskan niat dalam berniaga. Selalu bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita.
Dan, happy bila senang melihat orang lain dapat rezeki dari Allah.
Mungkin belum masanya kita dapat keuntungan yang besar, tapi setiap hal kecil yang kita lalui dalam perniagaan haruslah menjadi amal soleh, agar bernilai ibadah dalam penilaian Allah.