2015-10-16

Perit 80%


Sana sini orang dok bercakap pasal tol naik.
Biasa lah, isu masih panas jadi lojik lah orang masih dok bincangkan isu ni.
Sama macam isu minyak.
Bising la jugak dalam seminggu. Now dah senyap.
Sebab ujung-ujung semua pun tak nampak apa pilihan yang ada melainkan move on.
Walaupun dengan kepayahan.

Isu tol baru-baru ni, alhamdulillah aku tak terlibat.
En Wan pun laluannya ke opis tak memerlukan tol.
Jadi, masing-masing pun senyap, takde isu.

Tapi aku paham sangat keperitannya bila tol naik sampai 80%.
Ada orang sangat terkesan dengan kenaikkan ni.
Ada yang dah tak tau nak jimat celah mana dah.
Memang ramai jugak yang merungut kat status-status FB.
Walaupun merungut tu takkan menyelesaikan masalah, tapi mungkin dapat melegakan apa yang terbuku di hati.
Tak apelah, masing-masing ada caranya.
Kalau dengan cara itu boleh merasa lebih tenang, buatlah.
Asal jangan memaki hamun melampau-lampau.
Semoga Yang Maha Melihat setiap tindak-tanduk kita, setiap bisikan hati kita, memberikan kita hidayah sehingga kita selalu ada di dalam jalan yang diredhaiNya.

Dalam menjalani hidup ni yang perlu kita hati-hati bukanlah kejadian yang menimpa diri kita.
Tapi yang perlu kita hati-hati adalah sikap kita ketika berdepan dengan kejadian tu.
Sebab, selagi kita hidup, akan ada sesuatu yang kita tak berkenan atau yang tak sesuai dengan harapan kita.
Kita takkan hidup atas dunia ni dengan segalanya menyeronokkan.
Dalam 100 kejadian, akan ada 1 kejadian yang kita tak suka.

Pepatah melayu ada sebut 'Sediakan payung sebelum hujan'.
Maksudnya, hujan ke, tak hujan ke, payung kena ready.
Secara lojiknya orang yang bawak payung akan berjalan dengan lebih tenang berbanding yang tak bawak payung. Nak beli barang pun takyah tergesa-gesa nak balik sebab kalau hujan kita ada payung nak redah.
Dalam erti kata lain, dalam hidup ni, harus bersedia menghadapi kejadian yang sesuai dan yang tak sesuai dengan kita.
Sebab hidup ni mustahil selalu sesuai dengan keinginan kita.
Kalau setiap keinginan kita Allah kabulkan, konfem hidup ni jadi huru-hara.
Jadi, harus bersedia akan segala kemungkinan kerana yang kita nak belum tentu terbaik menurut Allah.

Kalau segalanya telah kita buat, mengamuk pun dah, mengadu pun dah, berjimat pun dah, buat keje part time pun dah, tapi masih lagi tak menampakkan perubahan, jalan akhir adalah REDHA.

Redha ni memang payah nak dibuat.
Lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak naik, harga tol naik.
Mungkin ada yang rasa tak sesuai kot nak cerita pasal redha dengan isu tol naik sebab itu perbuatan manusia, bukan bencana alam like banjir yang kita nak kena redha.
Ya, aku pun pernah terfikir perkara yang sama.
Tapi, kalau kita tak redha pun, benda dah jadi.
Nak taknak kena terima jugak.

Yang terkesan dengan kenaikkan tol, ini ujiannya.
Yang tak terkesan dengan kenaikkan tol, akan ada ujian lain yang Tuhan dah spare.
Sombong namanya kalau kita rasa kita boleh pilih-pilih ujian mana satu yang kita perlu redha, ujian mana satu yang tak sesuai nak redha.
Yakinlah segala yang terjadi ada dalam kekuasaan Allah. Dia takkan tinggalkan kita dengan kesulitan tanpa jalan keluar.

Orang yang dari kecik sampai ke besar diejek Hitam Hitam Hitam Hitam, kita kata yang tu kena redha sebab itu ciptaan Tuhan.
So kalau tol naik, minyak naik, barang mentah naik, gaji tak naik, bukan urusan Tuhan lah?
Atas dunia ni kalau bukan Tuhan yang urus, siapa lagi yang urus agak-agak?

Sikap redha akan mendatangkan rasa tenang dalam jiwa.
Kerana rasa sakit yang kita rasakan ketika kita mengutuk sesuatu kejadian yang kita tak suka tu bukanlah disebabkan kejadiannya, tapi disebabkan sikap kita sendiri yang tak redha pada kejadian tu.

Dan redha pun bukanlah maknanya kena pasrah berserah macam tu je.
Redha adalah keterampilan kita untuk menerima kenyataan, at the same time berikhtiar memperbaiki diri.
Contohnya kalau sakit gigi, takkan nak redha macam tu je menahan bengkak gusi dari pagi sampai ke malam.
Apa-apa pun mula-mula kena redha terima ujian sakit gigi, dalam masa yang sama bergerak ke klinik gigi untuk ikhtiar hilangkan sakit.
Tu namanya redha.

Ustaz dalam satu ceramah yang aku attend ada bagitau, di waktu susah dan sempit, diduga dengan macam-macam perkara, sebearnya waktu inilah masa yang sesuai untuk kita evaluate diri.
Boleh jadi itu adalah cara Allah menegur kita.
Boleh jadi juga dia turunkan ujian kerana Dia nak kita meminta-minta padaNya.

Inilah masanya.