2015-09-15

Tak marah pun kena denda


Semalam aku nampak gambar-gambar jenis denda yang pernah kita-kita kena time sekolah dulu.
Tak salah aku ada dalam 14 gambar.
Bia aku scroll...scroll...aik?? Semua pun aku penah kena kecuali push up.
Memang sepanjang hayat aku belum penah kena push up lagi. Tercucuk wayar push up bra penah.



Junjung kerusi luar kelas.
Denda ni aku kena time Form 1.
Budak-budak dalam gambar ni takde apa sangat ni. Kira cikgu tu baik la bagi kau junjung kerusi plastik. Boleh mengadap kelas pulak tu. Dapatlah cover sikit malu tu kan.

Aku dulu kena hah kauuu...junjung kerusi lab yang kayu tu!
Dah la berat nak mampus, bukan kata mengadap kelas, dia suruhnya kitorang junjung kerusi keliling bangunan. Mana nak letak muka kau?
Mujur la aku dulu takde boifren. Takde hal kalau kena repeat 3-4 kali round pun.
Kalau nak ikutkan malu la jugak, nak-nak lagi yang ada pakwe/makwe tu kan.
Tapi kitorang buat-buat as if kitorang tengah pindah kelas.
Asal lalu depan kelas lain je buat-buat tinggikan suara cakap "Kat mana kelas PJK ni eh?".
Cewahhh. Masing-masing cover baik punya.



Sape buat salah kena denda 20 sen. Kalau kesalahan tu berat, up sikit denda 50 sen.
Kumpul-kumpul sampai bulan May, belikan hadiah Hari Guru, boleh?
Yang tak penah kena denda tu dia lak yang lelebih bab nak pass sendiri hadiah kat cikgu. Padahal kau sebenarnya tak contribute pun. Yang banyak contribute ni rilek je tak menggelabah.

Kalau denda junjung kerusi takpe.
Tapi kalau denda melibatkan duit ni aku akan cuba sehabis baik elakkan dari kena lah. Sebab duit belanja aku pun tak banyak mana. Kang kalau semuanya kena sedekah kat tabung, abis time rehat kang aku nak kedarah apa? Menganga? Banyak tu woi kalau kena denda 50 sen. Dulu 50 sen dah boleh dapat air coke dalam plastik ikat tepi. Ais lebih.

Masa Form 1 sekolah aku buat sistem merit.
Tak boleh silap sikit, ada je barua-barua yang pi report kat cikgu and pengawas.
Masing-masing nak buat baik tak reti, so pilihan yang ada cumalah carik kesalahan orang pastu report  kat cikgu dengan harapan point Hamba Allah tu berkurang.
Kalau buang sampah merata-rata tu tahan lah lagi kalau kena deduct pun.
Ini termelatah mencarut pun kena deduct! Bangkaiii.

Ada satu kali tu aku ngan member aku kena deduct point sebab kitorang check kat dictionary maksud CEBOK.
Kau just imagine, carik maksud CEBOK pun kena deduct point?
Alasannya, cebok tu adelah membasuh bontot.
Bontot adelah perkataan lucah. So?
Abis tu hari-hari aku basuh bontot kiranya aku tengah melucah lah ni?
Dah tu lepas berak takyah basuh la kan sebab takut dituduh melucah.
Nak je aku wushu sorang-sorang.



Denda tulis berulang-ulang ni zaman sekolah rendah.
Sekali kena 100 patah, 300 patah.
Tak thrill lansung tapi nangis jugak la sebab lenguh.
Selalunya page awal tu je tulisan cantik bulat-bulat, cuba kau selak page belakang tulisan dah bujur dah semua. Dah la bujur, condong lak tu. Letih okeh.

Kat sekolah kan semua pakai buku tulis. Mana ada tugasan murid pakai kertas kajang.
So bila kau masuk bilik guru bawak kertas kajang berhelai-helai, satu bilik guru tau kau kena denda.
Senyum-senyum je cikgu.
Ada satu kali tu cikgu dalam bilik guru siap tanya "Berapa ratus kena?".
Pedih saya nak jawab cikgu.



Kutip sampah lah denda yang paling best.
Bukan berat sangat pun denda ni sebab selalunya buat dalam kelompok yang ramai.
Syarat dia pengawas nak nampak kau pegang sampah je. Selalunya aku ambik satu sampah and aku bawak ke hulu-hilir, aku hanya buang bila waktu denda dah habis.
Selagi belum habis, selagi tu aku pegang je sehelai sampah tu sambil jalan beriringan sembang ngan member. Jadilah, buat syarat.

Jarang kena denda kutip sampah sebab sekolah aku bersih.
Selalunya kena bersihkan kelas masing-masing je.
Yang tu lagi aku suka.
Bukan buat apa pun. Selalunya aku betul-betulkan meja aku sendiri je. Seret meja tu gohead gostan nak bagi keluar bunyik so that orang tau aku tengah buat keje. Hahaha.



Ok yang ni memang tak sah kalau tak kena.
Nasib baik aku tak pernah dapat duduk tepi tingkap yang mengadap koridor.
Kalau duduk sebelah tingkap mesti aku dapat yang mengadap kawasan laman. Jadiklah, skodeng tukang kebun.
Selalunya yang cop duduk tepi tingkap depan koridor ni set-set yang ada balak.
Senang nak intai balak kelas bangunan sebelah. Tak pun boleh cuci-cuci mata bila orang lalu kat koridor.
Yang tak bestnya bila kena denda berdiri atas kerusi satu building sebelah boleh nampak kau.
Pastu terkial-kial masing-masing nak tutup shutter.
Kalau cikgu perasan kau tutup konfem dia bertempik "Bukak tingkap!!!".
No choice, terpaksa la berdiri sampai habis kelas sambil buat muka sardin 18 tin.

Bagi awek-awek di kelas seberang pulak, dorang suka sebenarnya bila balak kena denda.
Masa tu boleh nampak jelas muka balak. Takyah kejap-kejap bangun pi buang sampah kat belakang, kejap-kejap bangun nak pass buku kat kawan.
Konon lah.
Padahal bangun tu sebab kalau duduk tak nampak balak kat seberang pulak.
Takyah nak kencing aku la ya. Aku paham nau. Walaupun aku takde balak.



Ini pun pernah.
Kesalahan hari Isnin lupa potong kuku.
Kadang-kadang lupa kapur kasut.
Kalau yang lelaki takde lain, sebab rambut belakang cecah kolar.

Merasa la 1-2 kali tadah muka kat depan perhimpunan.
Masa ni memang malu gila.
Terasa macam semua nampak aku sebagai murid yang takde masa depan.
Padahal lupa potong kuku je.
Dah la assembly hari Isnin semua murid dibenarkan bersila. Satu jam punya assembly pulak tu.
Bayangkanlah betapa kau jadi titik tumpuan bila semua orang duduk, kau tetiba berdiri.
Of cos la bukan berdiri sorang-sorang, tapi dalam ramai-ramai yang duduk tu kau antara 15 orang yang berdiri kat depan. Tak glemer sekejapan?
Kesian Pengetua bagi speech takde orang tengok. Semua pakat tengok 'pelajar cemerlang' kat depan.

Tapi semua denda ni tak membuatkan kita bertukar jadi beruk pun kan?
Semua jadi manusia sebenar-benar manusia.
Denda tu sebenarnya 'teguran' untuk kita sedar yang kita buat silap.
Mana lah ada orang yang suka dipukul ditempeleng?
Alangkan kena pukul ngan mak pun kita sentap, apetah lagi kena pukul ngan cikgu, orang luar.
Tapi kalau tak dipukul nanti kita tak tau kita buat silap.
Jadi, caranya, denda.
So that kita berjaga-jaga untuk tak ulang kesalahan yang sama.

Aku tak pernah berdendam dengan cikgu-cikgu yang denda aku.
Ada antaranya aku buat salah, ada antaranya ada salah faham.
Takpelah, tak marah cuma malu je.
Malu tapi mahu. Mbahahhha.