walk on wings, tread in air: Nyaris kereta aku hilang! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Nyaris kereta aku hilang!
2015-09-14

Semalam aku lagi sekali merajinkan diri pi hantar stok GreenAard kat dealer and stokis.
Maklumlah cuti kan.
Dapat gak kenal-kenal sape orangnya yang baca blog aku.
Salah sorangnya stokis di Selangor kat bawah ni :



Dia ni stok belum sampai tapi dealer dah menunggu.
Bukan dealer yang baca blog aku tapi dealer yang dia cari sendiri.
Kesian dia, mintak jugak aku hantar stok secepat mungkin sebab dah ada dealer nak beli.
Mujur la cuti, and kebetulan En Wan cukup rajin bab-bab tolong hantar barang, so dapatlah aku ikut sekali.

Lepas tu aku ada jemputan kawen kat UNITEN.
Budak yang kawen ni penah whatsapp aku rupanya mintak alamat tapi sebab aku memang payah nak ingat reader, bila aku tengok balik kad kawen eh sape lah yang jemput aku ni.
Dah la 2 pengantin sekaligus, dah mana satu reader aku pun aku tak tau.
Selalunya yang kawen 1 pengantin je so aku boleh la buat-buat macam kenal. Hahahahah.
Yela kan, dah sah-sah yang kawen tu sorang, memang la aku tau mana satu reader.

Bila aku try sms, sekali keluar nama dia.
Baru ingat balik mana satu orangnya.
Yang best tu, masa aku gi salam dia kat meja pengantin, benda pertama dia cakap "Alaa....lupa nak mintak bawakkan Ephyra".

Tengah kawen pun ingat Ephyra lagi.
Kau kawen je lah dulu, kendian nanti aku pos.


Wedding buat kat Masjid UNITEN



Resepsi tu dibuat kat dewan masjid jadi haruslah kena tanggalkan kasut.
Boleh imagine la betapa banyaknya kasut kat depan dewan tu kan, dah nama pun kenduri kawen.
Aku letak kasut aku tinggi-tinggi.
Pastu En Wan gelakkan aku "Takyah letak tinggi-tinggi sangat. Kasut BATA je pun, takde sape nak curik lah!"

Kuang ajaqqq betul.
Apa ingat kasut BATA takde orang minat ke.
Kasut camni la lagi senang nak kena curi sebab pencuri tau kita tak kisah kalau kena curi sebab kasut murah, boleh beli lagi.


Pengantin lom sampai lagi masa ni.
Bagus.
Bagi aku makan dulu.


Ni dia pengantin dan juga reader, Emy.
Dia ni pernah datang open house rumah aku bawak mak dia rasanya.
Duluuuuuuu, year 2012 kalau tak salah.


Ini perkara biasa terjadi.
Dah tak tau nak buat apa, nak sembang ngan orang pun tak kenal, so kita perabis bateri henfon je lah.
Selfie.


Emy and husband







Semalam lepas balik dari wedding Emy, kitorang singgah rumah Mak Aji untuk zohor.
Kejap je timggalkan kereta kat luar, tak sampai sejam, sebab kitorang nak ke Nilai pulak lepas tu.
Padahal ada je orang dok bersembang kat hall.

Mak Aji nampak ada orang lalu, 2 orang.
Ingatkan orang jual-jual barang, tapi dia pelik apesal tak tekan loceng, jadi dia ingatkan orang hantar flyers je.

Masa En Wan nak bukak pintu kereta kat driver seat, pintu tu stuck takleh bukak.
Padahal aku punya pintu ok je.
Dia ingatkan dia tutup tak rapat tadi tapi pelik apesal masa lock kereta sebelum masuk rumah tadi takde warning.
Bila dia peratikan balik, memang sah lock kat pintu tu dah hilang kena umpil.
Musibat.
Siang-siang hari buat keje.

Agaknya dia tak bajet kitorang keluar dari rumah secepat tu.
Kalau lambat sikit entah-entah kereta aku gone.
Now aku dah cuak pulak nak park kereta jauh-jauh.
Alangkan park betul-betul depan rumah Mak Aji pun dia boleh selamba buat keje. Mangkak betul lah.
Now modus operandi penyangak ni semua memang mencuri waktu siang, waktu hujan, waktu buka puasa, waktu orang semua tengah tido siang.
Bijak kepala otak dorang ni semua.
Seb baik tak dapat tangkap. Kalau dapat, meh aku pijak-pijak kepala yang bijak tu.



Semalam aku update testimoni GreenAard dalam website www.fleurbymrshim.com.
Agen yang perlukan testimoni, atau sesiapa saja yang nak baca testimoni, boleh ke tab BLOG ya.
Actually testimoni kat sana sama je dengan kat blog aku ni, cuma aku extract supaya di blog sana hanya cerita tentang testimoni je.
Sebab dalam blog aku ni kadang-kadang aku sekalikan dengan cerita pasal benda lain.

Agen yang ada IG, please guna #GreenAard #GreenAardGarciniaPlus ya,
Product flyers is in the making, once dah siap kita bagi.

Ada agen yang mintak aku up-kan gamba before and after.
Minta maaf, kalau aku ada gamba before and after pun, ia mungkin takkan nampak begitu obvious kekurusannya sebab aku masih pakai baju longgar lagi.
Cuma size baju dah start beli yang size kecil tapi tidaklah membungkus badan semata-mata nak tunjuk aku dah kecik sikit.
Jadi apa yang aku boleh provide untuk tolong agen sell product, aku akan buat.


Gamba ni gambar tahun lepas, time anak sedara En Wan bertunang.
Kemain gebu lagi aku.
Masa ni rasanya 56+kg.





Sekian testi saya.





posted by aveo757 @ 12:55 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER