2015-09-13

Aku budak wardrobe.


Semalam aku keje dari pagi sampai pagi.
Guard depan rumah aku pun keje ada shift okeh?

Tapi takpe, aku seronok sebab malam semalam aku keje lihat-lihat wanita cantik.
First time shooting dibuat malam.
Sebab studio takde slot untuk siang.
Takpelah, janji keje settle.

Semalam kitorang buat fotoshoot collection terbaru Fleur by Mrs Him.
Kali ni takde jubah or kurung sempena Hari Raya Haji sebab aku pun jenis tak pernah beli baju raya untuk raya haji, so orang lain pun takyah beli gak. Boleh?

Insyallah, next week kita release.



Kali ni kita buat blouse.
Our very first blouse.
Takde blouse yang ketat-ketat berlekuk-lekuk ya, semua cutting lurus saje.

Sepatutnya semalam shoot sekali seluar tapi seluar yang aku bawak untuk shooting size kecik nau untuk this model. Mujur la aku angkut seluar putih aku sekali, last-last pakai seluar aku je untuk matchkan dengan blouse. Jadi, seluar kendian la kita release, aku nak kena shoot lain.



Nak jadi model memang dari jauh pun dah tak layak lagikan dari dekat.
Kita jadik budak wardrobe je lah.
Nak tengok aku lipat kain pun masa ni je lah, sebab kat rumah 6 bulan sekali baru aku lipat kain baju.



Tapi yang ni aku muskil nau.
Tak penah-penah hayat lipat kain, eh tau-tau kat studio kemain pandaiiiiiiii melipat.
Mentang-mentang la ada anak dara kat depan tu kan.
Cantik pulak tu dia melipat.
Aku yang tido sekatil ni pun tak pernah tau dia boleh lipat kain.
Magik kan laki aku?
Aku pun ada magik gak banggggg.
Tetiba je aku boleh bukak silat lipat nama dia.
Tapi takpelah, buat masa sekarang aku simpan dulu magik tu.
Kalau keadaan memaksa baru aku tunjuk.

Tak sempat sampai rumah, dalam kereta lagi aku dah padam.
Tu pun En Wan yang paksa aku tido sebab dia kata esok aku ada banyak benda nak kena buat.
Bagus laki aku ni.
Engineer pun dia, driver pun dia, budak delivery pun kadang-kadang dia, budak wardrobe pun boleh, and now jadi PA aku pulak bacakan jadual aku untuk next day.
Seb baik dia lelaki tau.
Kalau dia pompuan, tak mampu aku nak bayor hantaran dia ni. Mau dia tekan sampai patplohpat ribu.

Tadi siang aku dah update nama-nama agen GreenAard kat website www.fleurbymrshim.com.
Produk ni baru je launch Selasa, jadi belum ada dealer di seluruh negara.
Insyallah, slowly ya.

Ada yang berminat nak jadi dealer and stokist tanya adekah HQ akan jual direct kepada customer lagi sekiranya dah ada agen?

Like apa yang pernah aku tulis kat blog dulu, buat masa sekarang ni, agen pun belum ramai.
Of cos HQ akan cover.
Kalau dah ramai dealer esok, customer sendiri akan cari you all.
Jangan terlampau berharap pada online customer HQ. Customer yang beli direct from us sometimes nak datang sendiri collect di rumah, ada yang nak pakejkan dengan barang-barang lain.
Agen mesti ada inisiatif sama untuk cari new customer.
Tapi, kalau dah ada stokist, dealer boleh ambik dari stokist.
Setiap negeri tak ramai stokist, aku letak fdalam 3-4 je each state, so dealer boleh pilih nak ambik dari stokist mana. 



Boleh klik pada tab OUR AGENT and check ada tak agen berhampiran.
Kalau ada, boleh call them.
Kalau takde, beli direct dengan HQ.


Petang tadi lepas habis settle semua keje, barulah nak lunch, pada pukul 6pm kalau tak salah.
Lapar gila.
Nasib baik Famous Thai ni takde orang.
Dulu aku rasa Famous Thai ni sedap.
Bila asik keluar masuk Thai Absolute, aku dah rasa tak sedap pulak tomyam kat Famous Thai ni.


Aku rasa tomyam ni ok, cuma kalah jauh berbatu-batu dengan tomyam Absolute Thai.


Nampak tak ke-insecure-an seorang isteri?
Entah sape la nak cilok gamba laki dia sampaikan letak watermark kat lengan!


En Wan nak makan kerapu pulak kali ni.
Aku tak berapa suka makan kerapu sebab isi dia tak selembut siakap.
Tapi kalau kerapu goreng macam ni, memang krup krap krup krap sampai tulang pun kunyah.


My feveret butter prawn.
Ok tang ni memang Famous Thai menang banding ngan Thai Absolute.
Thai Absolute punya butter prawn kelaut.

Tapi Famous Thai mahal kedaung.
Hari tu masa besday Redza makan 8 orang dengan 9 lauk with air baru RM490 kat Absolute Thai.
Tadi aku makan kat Thai Famous 2 orang je with 3 jenis lauk yang semuanya small serving RM220 dia tekan! Gila mahal nak mampus. Air oren charge sampai RM10. Jilake.
Kalau aku tau  tadi, ais-ais dia sekali aku telan.


Mengubati kehampaan makanan mahal tapi tomyam tak sedap, terus singgah Baskin.
Beli 1 Quart choc chip eskrim. Senang nak ulang-ulang makan.
Sebab Baskin jauh dari rumah aku.


Aku penat tak cukup rest, jadi aku malas nak menjerit dalam kedai orang.
Kang kalau aku pekik, ada jugak customer yang tercekik sudu eskrim.
Jadi aku biorkan je.