2015-09-06

Kawen di stesen komuter



Aku nampak gambar ni kat newsfeed FB last week, so aku save and peram dalam phone.

Kalau aku wajib kawen kat tempat first time jumpa En Wan maka tempat tu haruslah Stesen Komuter Bangi.

Bagus gak buat situ.
Orang turun dari komuter terus makan kenduri.
Kalah wedding Ziana Zain.
Pastu mesti komuter hari tu delay sebab driver pun turun sama makan kenduri.

Dan tetamu yang balik akan dibekalkan dengan barkat special bersempena dengan 'barkat' yang En Wan bawak first time jumpa kat stesen tu, iaitu kepok lekor.

Bila aku pikir-pikir balik En Wan jumpa aku first time bawak kepok lekor sebungkus, aku macam nak gelak pun ada.
Tapi masa tu tak sampai hati nak gelak sebab nak ambik hati kan.
Kang dia tak jadi ngorat aku kang sape nak kawen ngan aku? Mbahahahahha.

Dia bajet aku ni duduk oversea kot.
Konon macam first time jumpa pen-pal oversea la bawak kepok lekor nak memperkenalkan makanan Malaysia, padahal aku hari-hari mentekedarah kepok lekor, cuma kepok lekor kat Bangi banyak tepung dari ikan. Tapi kepok lekor la jugak namanya.

Masa first time turun dari kereta, aku nampak sorang je lelaki tengah duduk kat bench stesen.
Tapi rambut dia perang!
Betul ke tu Ridzuan?
Dah la makbapak aku ada dalam kereta ni.
Sekali dorang tengok lelaki yang aku nak jumpa ni rambut berkaler, memang sadaqallahulazim la jawabnya. Sampai di sini sajelah percintaan kita.

"Assalamualaikum.." aku bagi salam.

Dia toleh terus senyum and bangun jalan kat aku.
Tapi mata aku masih lagi tak lepas dari pandang rambut dia.
Aku macam duhhh, budak ni kaler rambut???
Feeling-feeling Jepun sangat kau ni.

"Wang bawak kepok lekor. Di kata suka makang kepok lekor kang?"

Aku macam, ok sah kau orang Tganu!
Series pekat.
Tapi sebab kau masa tu agak jambu, takpelah aku abaikan sleng kau tu.

Agak style jugak la En Wan walau blaja kat Jepun, tapi first time jumpa bawak aku kepok lekor.
At least kau bawakkan lah aku bunga sakura kering sebatang jadiklah kan sebagai tanda mata dari Jepun.

Seb baik dia cam muka aku sebab masa aku jumpa dia aku pakai tudung, time tukar-tukar gambar kat surat tak bagi gambar bertudung, biasak la tu kan. Kah Kah Kah.
Lepas intro lebih kurang aku ajak dia ikut aku masuk kereta.
En Wan plan nak ambik teksi je.
Dia ingat mak bapak aku jenis yang lepas anak keluar rumah tak berteman? Memang tak la.
First time jumpa pun kena bawak mak bapak.
Masuk kereta, terus bawak balik rumah.

Bila sampai rumah rupanya dalam paperbag dia bawak sekali, ada kuih mochi and beberapa biskut dari Jepun.
Pastu ada purse from Japan dia belikan untuk aku.
"Wang tak tau Di suka kaler apa, Wang belikan kaler hitang"

Hitang pung hitang lahhhhhh.

Dah sampai dalam rumah pun mata aku asik kejap-kejap pandang rambut dia. Tak settle lagi ni.
Gila tak puas hati betul aku mamat ni kalerkan rambut sebab aku rasa lelaki yang kalerkan rambut ni macam tak tulen.
Masa duduk kat sofa berdepan ngan Mak Aji and Pak Aji, aku biarkan dia bersembang ngan mak bapak aku sementara mata aku kejap-kejap jeling rambut dia.
Rupanya memang rambut dia perang.
Time dia besar-besar Rayyan lagi perang gila.
Tak tau la menurun dari sape.
Cuma dah tua ni dah makin hitam. Orang lain makin tua makin putih rambut, En Wan makin hitam. Elok lah.

Adik aku Ima pun kalau kena nikah kat tempat pertama kali jumpa, kat stesen komuter Kajang.
Memang kitorang dua beradik pesen jumpa laki kat stesen komuter.
Pastu semua pun kena bawak Mak Aji ngan Pak Aji sekali.
Tapi Ima lagi hardcore la.
Dah la first time jumpa, pastu terus masuk keta bawak balik Tampin sebab kebetulan Mak Aji nak balik kampung.
Yang si Azrul pun tadah je diri ikut balik Tampin. Gasak kau lah.

Tapi aku ok sikit la dari Ima.
At least sebelum jumpa En Wan, aku dah pernah tengok gamba dia.
Walaupun dalam gamba dia jauh lagi hensem dari sebenar (kah kah kah), at least aku dah kenal mukanya.
Yang si Ima time nak jumpa Azrul kat stesen tak tau mana satu orangnya.
Main agak-agak je sebab Azrul kata dia tunggu kat stesen.
Yang si Ibal (time tu Ibal sekolah menengah) turun sekali dengan Ima, tolong carikkan mana satu lah gerangannya Azrul.

Ibal kalau cerita balik kat aku part ni memang gelak terbahak-bahak.
Sebab Ibal dah nampak satu mamat ni bersandar kat tiang, rambut panjang, ikat. Gaya ranggi.
Ibal kata kat Ima "Yang tu kot orangnya".
Si Ima boleh pulak kerek "Takkan lah!"
Hahahahhahaha. Jilake punya adik.
Kau ingat kau hot nak dapat boifren cam Leslie?? Cam haram statement "Takkan lah!" Kimek.

Pastu Ibal tegur "Assalamualaikum, awak ni Azrul ke?"

"Haah, ya".

Yang tak sangka tu rupanya Azrul ni junior En Wan kat UTM.
And dorang pun sama-sama blaja kat Jepun.
Everytime kalau berjumpa, tengah-tengah sembang sama-sama tetiba dorang berdua cakap Jepun tu mesti takde lain, mengata kitorang la tu.