2015-09-05

Nak berjaya kena BANGUN!


Hepi Saturday!

Aku sebenarnya dah draft entry lain menjak semalam, tapi terpaksa naikkan entry yang ni dulu sebab aku taknak menaip benda yang sama berulang kali kat email.

Sejak 2 hari lepas aku dok men-reply email readers/followers yang berminat nak jadi dealer Auraherbs.

Tapi 1/3 orang email aku dengan soalan yang sama.
Jadi sebelum 1/3 ni bertukar menjadi 2/3, maka adelah lebih baik aku tulis terus kat sini, lepas ni kalau ada yang tanya, aku bagi link entry ni je terus. Aci kan?

Bagus ramai yang minat nak jadi dealer and stokist Auraherbs.
Bagus bila ramai yang minat nak cuba-cuba berniaga.
Insyallah, aku boleh bantu sesiapa yang nak berniaga.
Sebab memang itulah keje aku pun dari mula aku join sales and marketing.
Mula-mula sendiri buat sales, lama-lama bila dah ada anak buah, aku guide dorang pulak untuk buat sales.
Aku tak pakar, tapi insyallah pengalaman aku selama beberapa tahun dalam sales & marketing boleh membantu sikit-sikit.

1/3 yang berminat nak jadi dealer and stokist ni soalan dia lebih kurang sama je :

"Kalau saya jadi stokist, berapa banyak dealer yang Kak Di ada di negeri saya ni?"

"Ramai tak customer Kak Di kat area saya ni? Kalau ramai, saya nak jadi dealer".

Bukan macam tu konsepnya.
Tanggapan tu salah.
Konsep jadi stokist and dealer bukan sit down and wait for customer datang beli barang.
Kalau kerja strokist and dealer hanya tunggu customer datang, semua orang nak jadi stokist. Semua orang nak jadi dealer.

Company aku juga adalah dealer (distributor) untuk satu DNA kit USA brand.
Cara aku jadi dealer tu bukan tunggu USA bagi aku lead.
Aku yang kena cari lead.
USA sendiri tak carik aku untuk jadi dealer dia.
Tapi aku berebut buat proprosal, fight dengan dealer-dealer lain untuk dapatkan tittle sole-distributor di Malaysia.
Aku tau that product boleh dijual, tapi aku belum ada pembeli lagi.
Tapi tu belakang cerita, yang penting dapatkan hak mengedar dulu.

Bila aku berjaya dapatkan distributorship, baru aku cari customer.
Baru aku plan marketing.
Baru aku promote sana sini.
Kalaulah jadi dealer tu hanya duduk tunggu principal bagi lead, apa perlunya kejap-kejap aku naik USM, naik UMT, pergi VRI, pergi UMK, every week balik-balik muka aku je kat UPM tu.
Apa perlunya aku join exhibition bukak booth sana sini untuk perkenalkan DNA kit aku?
For what?
Baik aku duduk je opis tunggu customer call nak beli barang.
Minyak keta pun jimat takyah hari-hari keluar.
Badan pun tak penat kejap-kejap nak kena pi appointment sana sini.
Pegi opis tunggu orang datang beli barang, hujung bulan kira untung.

Nak jadi usahawan ke, nak jadi stokist ke, nak jadi dealer ke, nak jadi dropshipper ke, semuanya kita sendiri kena usaha cari customer.

The way stokist, dealer and dropshipper bekerja adelah sama,
Bezanya cuma modal.

Siapa yang ada modal besar and crowd besar, go for stokist.
Disebabkan stokist kena ambik kuantiti yang agak banyak, maka sebagai 'hadiah', stokist akan dapat harga yang lebih rendah dari dealer.

Selalunya yang jadi stokist ni untung.
Disebabkan harga yang dia dapat dari produk owner lebih murah, maka margin mereka lebih tinggi.

Typical stokist akan harapkan untung yang besar dari margin ni tadi.
Let say harga jual kepada customer adalah RM100, stokist dapat harga beli RM50.
Stokist yang 'biasa-biasa' akan aim for keuntungan RM50 solid.

Tetapi stokist yang LUAR BIASA, akan gunakan margin besar ni untuk create demand supaya lebih banyak customer terpikat nak beli dari dia.
Stokist yang LUAR BIASA akan gunakan margin RM50 tadi untuk tambah nilai pada produk jualan.
Katakanlah produk yang dijual tu adelah tudung.
Stokist yang LUAR BIASA akan gunakan margin RM50 tadi untuk bagi hijab pin contohnya.
Atau dia akan bagi anak tudung.
Instead of untung RM50, dia kurangkan keuntungan dia kepada mungkin RM40 saja sebab RM10 dia jadikan modal untuk beli barang tambah nilai.
Walaupun untung dia hanya RM40, tapi kerana produk jualannya ada tambah nilai, kebarangkalian untuk dia mendapat crowd adelah lebih tinggi.

Macam kita nak beli ubat gigi Colgate, sekali tengok Darlie buat pakej free berus gigi.
Mesti kita berbelah bagi nak beli Colgate ke nak beli Darlie.
Kalau orang yang jenis tak kisah brand macam laki aku, konfem dia capai Darlie.
"Ubat gigi je pun...sama je. Baik ambik Darlie, Dapat free berus gigi", dia kata.

Itu cara-cara brand yang berlainan.
Apetah lagi kalau brand yang sama.
Lagi senang nak menang customer kalau buat tambah nilai macam tu.

Atas sebab itulah selalunya stokist dapat harga beli yang jauh lebih rendah.
Itu tujuannya.
Bukan tujuan ambik stok banyak-banyak dengan harapan produk owner akan carikkan dealer untuk kita.
Kalau macam tu, baik produk owner jual direct to customer. Lagi untung besor.

Dealer pulak dapat harga beli yang rendah sikit dari stokist.
Kerana selalunya dealer ni kelompok yang belum ada crowd yang besar.
Bukan sebab takde modal.
Some dealer ada modal tapi dia belum ada crowd yang besar lagi.
Role dealer sama je macam stokist.
Selalunya dealer dinasihatkan ambik barang dari stokist berhampiran melainkan area tu takde stokist maka dealer boleh ambik direct dengan product owner.
Tujuan kenapa kita suggest dealer ambik dengan stokist adelah supaya stokist ada rasa tanggungjawab untuk membantu bisnes dealer-dealer bawahan dia.
Barulah tak terjadi persaingan.

Ada reader yang tanya aku macamana kalau nanti stokist jual dengan harga yang murah?

That's why kita suggest dealer ambik stok dengan stokist.
Stokist konfem akan jaga kepentingan dealer-dealer.
Sebab stokist pun nak ada kelansungan dalam bisnes.
Stokist pun nak dealer jual barang dengan cepat dan boleh cepat-cepat continue ambik stok dari dia lagi.
Mana mungkin stokist nak cantas dealer dia.

Stokist yang bijak akan gunakan kelebihan margin yang dia ada untuk bantu dealer bekerja.
Stokist A ada marketing strategi lain.
Stokist B ada marketing plan lain.

Contohnya company aku distribute DNA kit.
Dalam Malaysia ada 3 lagi company lain yang distribute produk yang sama, brand yang sama.
So adekah aku kena tunggu principal di USA bagi customer lead kat aku?
Kalau nak tunggu dia bagi, maknanya aku kena berperang dengan 2 competitor untuk rebut 1 customer?
Oiii, letih la macam tu kalau nak duduk je tunggu lead.
Letrik nak kena bayar.
Keta nak kena bayar.
Gaji staff nak kena bayar.
Pastu nak kena berebut customer lagi.

So, what did i do??

Bangun and keluar cari customer!!

Buat demo.
Bagi free kit.
Bagi package deal.
Bagi free gift.
Bagi discount voucher.
Bagi free training.

Semua tu bukan principal USA yang provide.
Takde maknanya dia nak tolong kita jual.
Dia provide technical support and bagi distributor price je. Itu je yang dia mampu tolong.
Sebenarnya itu pun dah lebih dari baik sebab kalau nak harap ilmu biotek aku, tinggi mana sangat.
Kalau nak harap modal sendiri nak keluarkan DNA kit sendiri, berapa juta aku nak labur?

Semua atas inisiatif sendiri.
Tugas product owner adelah jual product pada distributor.
From time to time dia akan guide how to sell, how to close deal, sometimes dia bagi diskaun (selalunya time Xmast la).
Kalau nak tunggu semuanya product owner bagi kat kita, bila tahun kita nak kaya?
That's why kita pun kena tau role kita.



Ini antara inisiatif aku sendiri untuk bagi pada customer Ephyra.
Aku pernah bagi shopping bag, cosmetic bag, toiletries bag, MP4 player, MP3 player, power bank, and entah apa-apa lagi aku pun dah lupa.

Pegilah tanya founder Ephyra, dia terlibat ke tak dalam semua gift-gift yang aku bagi ni?
Pernah tak dia bagi customer kat aku?

Alangkan masa dia mintak aku try and promote Ephyra, the brand masih unknown.
Aku gamble je pakai the product.
And masa tu aku tak charge apa-apa pun untuk promote the product sebab aku tak tau if the product bagus ke tak.
Tapi sebab aku pakai, and aku nampak kesannya pada aku, maka aku promote.

Dulu, founder dia kata, nak jual sekotak seminggu pun susah. Seksa.
Pergi kedai-kedai jamu untuk letak stok pun orang taknak ambik.
Kalau nak ambik pun dorang nak hutang dulu.
Dorang tak berani ambik stok.

Dia cakap masa hari pertama aku promote kat blog, 15 kotak terjual.
Masa tu aku tak handle Ephyra, aku mintak email sendiri ke HQ kalau nak beli.
They were so happy dengan that 15 kotak tu.
Siapa sangka now, beratus orang mintak nak jadi dealer Ephyra. Rezeki dorang.

Aku bukan nak berlagak.
Ni bukan cerita pasal berlagak.
Tapi aku nak tunjuk, apa-apa produk pun, walaupun tak dikenali, tapi kalau dimarketkan dengan betul, insyallah takde sebab Allah tak tolong.

Kalau customer Ephyra perasan, banyak promo yang Ephyra HQ lancarkan aku tak follow.
Contohnya Raya Promo, Merdeka Promo, YES promo, aku tak follow pun.
Aku cuma take note je.
Bukan sebab sombong, bukan sebab berlagak.
Orang BIASA-BIASA akan buat asumption macam tu - "Berlagak, kerek, nak buat promosi sendiri".
It's not about berlagak.

Bayangkan, berapa ramai dealer Ephyra dalam Malaysia ni?

And dalam Malaysia ni berapa ramai yang pakai Ephyra pun?

Berapa banyak pulak produk dari brand-brand lain yang compete dengan Ephyra?

Kalau 100% dealer Ephyra menggunakan promosi yang sama yang HQ lancarkan, maka apa potensinya untuk stok kau habis terjual?
Sebab tu kadang-kadang aku buat promotion sendiri.

Tak kira la kau dealer kecil-kecilan, atau hanya dropshipper, atau apa saje pun, bila kau buat bisnes, mesti ada marketing plan.
Bukan soal ada modal atau takde modal.
Soalnya nak buat keje atau taknak?

Look.
Semua orang kena faham.
Takde produk owner yang akan pilih-pilih dealer.
Sebab dia nak pastikan semua dealer boleh promote their product.
Dia nak pastikan semua dealer boleh jual their product.
Mana mungkin dia pilih bulu.
Tapi kalau dah dealer A jual sampai 100 carton sebulan, of cos mana-mana product owner akan dahulukan penghantaran stok ke dealer A berbanding yang lain sebab dealer A dah ada beratus customer yang buat payment dan sedang menunggu product.

Sorry lah, aku bukan nak bragging.
Aku tau ramai lagi yang pandai buat bisnes dari aku.
Aku cuma nak tunjukkan salah satu contoh how you can market your product, tu je.
Kalau rasa manfaat, ambik.
Kalau rasa tak manfaat, tak perlu ambik.
Aku harap Allah jauhkan aku dari bunga-bunga riak.



Ni pun salah satu gift yang aku bagi pada customer Ephyra.
Yang ni aku ambik dari member aku.
Dia jual barang-barang dari USA, so satu hari tu aku whatsapp dia nak tanya camana nak tau if Victoria Secret tu ori ke tak sebab aku nak bagi pada customer Ephyra.
Dia tanya aku berapa aku dapat from supplier.
Then dia counter "What if aku bagi kau sekian sekian price? Kau boleh campur-campur, takde minimum kuantiti".

Why not???

Dah tentu-tentu member aku ambik barang dari US, konfem ori.
Pulak tu boleh mix order. Takde minimun kuantiti lak tu.

This is a great deal.
Walaupun harga dia mahal sikit tapi aku boleh ambik kuantiti kurang dari what other supplier tetapkan.
Aku leh campur-campur nak shampoo, nak lotion, nak shower bath.

This is one of marketing strategy yang bagus juga.
Dia tau dia takleh lawan price orang lain, tapi dia counter offer dengan perkara-perkara yang boleh tambah nilai.
Kerana tak semua orang nak diskaun.
Ada orang yang nak added value pada produk.



Ni pun salah satu marketing strategy aku.
Yang ni aku prepare sendiri.
Stok kit yang aku beli dari principal, aku re-pack dalam tube-tube kecik ni untuk dijadikan trial pack.
Kalau aku merayap jumpa customer, aku akan bawak apa-apa je trial pack supaya ada 'reason' untuk aku berjumpa dengan customer.

Sometimes, ada orang tak tau apa yang dia perlukan sehinggalah kita datang kepada dia and tunjukkan satu produk.

Ada juga orang yang dia tak sedar sebenarnya dia amat memerlukan produk tu, dan bila kita tunjukkan pada dia that product barulah dia "Ah! I think I need this".

Customer aku selalu macam tu.

Bila aku tunjuk trial pack ni barulah dia teringat macam-macam "Eh, Diana, kejap I call my student. Ada sorang student I tengah buat genomic study, nanti I call dia suruh datang sini jumpa you"

Sebab itu nak berbisnes, kau kena BANGUN and CARI CUSTOMER.

Customer takkan cari kau.
Not yet.
Sehinggalah kau dikenali, produk kau dikenali, baru kau boleh duduk.
Tu pun bukan duduk sesaje ya but continue create demand and make your product warm in the market.

Dropshipper adelah paling takde risiko.
Sebab kau tak payah keluar modal and kau tak payah simpan stok.
Dan kau juga takde masalah customer tak jadi beli.
Sebab kau cuma promotekan that product.

Dropshipper ni sama macam part time sales person yang aku letak kat some universiti.
Mereka terdiri dari studemt-student sendiri yang nak cari extra income.
Dorang guna product aku and menjadikan diri sendiri sebagi testimoni.
Pastu dia akan promote kawan-kawan lain pakai produt yang sama kerana dia sendiri dah guna.
Dan tunggu sales komisyen.
Simple.

Yang taknak ambik risiko boleh la try jadi dropshipper.
Tapi bak kata pakar-pakar motivasi, THINK BIG, AIM BIG.
Perkara yang berisiko besar, kalau ditangani dengan betul akan menjanjikan pulangan yang besar juga.
Ada orang takut risiko besar sebab terlampau fokus risiko, tidak pada pulangannya.
Sebab tu selalu ada rasa takut untuk mencuba.
It's ok kalau takut pada awalnya.
Tapi jangan takut forever.

Kepada yang interested nak jadi stokist, dealer or dropshipper Auraherbs, fahamkan entry aku ni betul-betul.

Kalau aku pentingkan diri sendiri, aku pedulik apa kau boleh jual ke tak, janji kau beli dari aku.
Aku create entry ni sebab aku takut expectation korang.
Sebab ramai yang nak jadi stokist berbanding dealer.
Aku taknak korang mengharapkan semuanya aku yang provide.
Kalau semuanya aku provide, customer pun aku yang bagi, untunglah sape jadi stokist and dealer aku, sebab takyah buat keje, aku carikkan customer.
Buat apa ada dealer/stokist kalau macam tu kan.

Tujuan mencari stokist adelah untuk meluaskan lagi pasaran.
Kalau customer korang adelah customer aku, maksudnya product tu tak berkembang.
Sedangkan tujuan ada stokist/dealer adelah untuk mengembangkan lagi pasaran produk sebab tak semua baca blog aku. Tak semua ada FB. Tak semua celik IT. Tak semua ada smartphone.
Tak semua suka beli secara online.

Kalau customer tu kebetulan ada di area korang, aku akan direct them to dealer berhampiran.
Kalau takde dealer, aku mintak dia pi beli ngan stokist berhampiran.
Kalau betul-betul takde agen baru aku accept beli direct dengan aku.
Ini pun dah ada dealer yang buat payment, kebetulan ada stokist di area yang sama.
Nanti Isnin, aku transfer duit dealer ke stokist tersebut pastu dealer nanti pi ambik barang ngan stokist.

Stokist and dealer, please work together.
Sebab bila korang dah beli that product, itu dah dikira sebagai your bisnes.
I will guide you.
My promise.

Kalau dah fikir and confirm nak join boleh email aku semula : diana[at]xzizbiotech[dot]com