2015-09-07

Every 3rd September


3 September lepas, Khamis, birthday Redza yang ke 11.
Dah bujang anak aku.
Tak sangka dah 11 tahun dah.
Tapi tak reti-reti gak nak tido sendiri.
Sampai aku dah jual katil dia sebab katil tu pun fedap beli buat perhiasan semata-mata.

Tahun-tahun sudah Redza tak berapa kisah sangat dengan birthday dia.
Tapi tahun ni 2-3 hari sebelum birthday, dia dah hint-hint aku.

"Ma, 3 haribulan ni ada apa?"

"Ma, another 2 days...."

"Ma, esok nak celebrate kat mana?"

Kesian pulak dok hari-hari bagi hint.
Tapi sebab hari jadi dia jatuh on weekdays, mana je la aku boleh bawak dia.
Balik keje masing-masing dah lemau.
Aku nak tengok TV pun tunggu dah malam-malam pukul 11pm baru la pegang remote.
Jadi, kitorang pi makan-makan je la.
Nasib baik jugak Redza ni jenis tak memintak macam-macam.
Asalkan celebrate besday dia.
Agaknya seronok la bila semua ingat besday dia.



Mall paling dekat ngan rumah adelah Main Place USJ.
Nasib jugak Main Place ni jenis mall yang 'bernyawa'.
Kalau OneCity tu lansung takde apa yang menarik minat. Padahal sepelaung je dari rumah aku.
Aku mintak Ibal and nenek dia datang join makan-makan, baru best.

Ibal ye ye menggelabah "Apesal ko tak cakap awal-awal, kak? Aku berlenggang je datang ni. Tak sempat nak belikan hadiah".

Jangan risau.
Restoran yang aku nak pegi ni sebelah je ngan Toys R Us.
ATM pun tak jauh.
Sila silakan.


Macam biasa la, kalau masuk Main Place ni takde tempat lain yang lagi best dari Absolute Thai,
Tapi kali ni kitorang ambik room.
Supaya kalau panglima tu berpencak takde la riuh sangat kat depan.


Ibal dah macam shogun rambut siap ikat.
Black Shogun. Eh.


"Mok nak minum apa, Mok?" gitu pertanyaan menantu hantu.


Like mother like son.
Redza ni kalau aku pakaikan tudung mesti sebijik jadi aku.



Aku tak plan pun nak beli kek sebab selalunya kalau beli kek besor-besor ni konfem tak makan. Buat memenuhkan esbok aku je.
Tapi En Wan bijaksana.
Dia buat surprise belikan eskrim kek.
Yang best tu surprise tu bukan untuk Redza tapi untuk aku.
Sebab kek eskrim yang dia beli adelah memenuhi citarasa tekak aku.

Lagipun 2-3 hari sebelum tu aku asik sebut-sebut nak makan eskrim choc chip Baskin.
Tapi port paling dekat pun kat USJ.
Nak pegi USJ tempuh sesak semata-mata nak beli eskrim Baskin dengan payah nak dapat parking segala, memang tak berbaloi.
Kalau nak pegi Baskin Puchong boleh tapi lagi tak berbaloi.
Nak pi sana je kena bayar tol.
Bayar tol pegi balik dah half dari harga eskrim aku.
Sebab tu En Wan buat bodo je bila aku request nak eskrim Baskin.

Dan malam tu, orang lain yang punya besday, tapi kek aku punya.





Family aku ni kalau nak diajak makan-makan, dorang tak berapa suka sangat western food.
Sebab tu aku tak pernah bawak Pak Aji makan TGI ke, Chillis ke, Victoria ke, sebab Pak Aji especially tak berapa suka makanan omputih. Mana pegi mesti carik nasik jugak. Restoran western pilihan nasi tak banyak.
Sebab tu aku risau kalau Pak Aji join kitorang travel overseas, sebab nanti kesian dia berlapar.
Kitorang ni maggi pun belasah takde hal.

Ibal pun sama. Camana makan western pun, balik rumah carik nasik gak.
En Wan lagi la. Makan KFC pun ngan nasik putih.
Laki aku ni memang sehabis mungkin akan reject western food. Tak lalu kat tekak dia kata.
Jadinya, kalau buat family gathering makan-makan gini, Thai food je la option yang paling best.


Appetizer.
Aku suka nau ngan fish cake Thai.
Sebab pedas and bau serai. Wangi je.
Sekarang ni aku dah terer sikit makan pedas.


Feveret! Feveret!!
Kerabu Glass noodle.


Siakap 3 rasa.


Siakap stim Khamis malam Jemahat.


Ayan Pandang kata En Wan.
(ayam pandan)


Crispy squid ni aku order 2 plate sebab satu serving ada dalam 9-10 potong je.


Butter prawn apa pesen pun aku tak tau.
Aku dok imagine yang ada sarang telur tu.
Tapi yang ni pun sedap jugak cuma cepat muak.
Yang ni pun order 2 servings sebab satu plate ada 6 ekor je.


Tomyam satu serving untuk 4 orang, jadi order 2 pot.
Tomyam Absolute Thai memang power.
Best gilaaaa.


Kangkung goreng belacan untuk mak mertua.
Mak mertua aku ada gout sikit, jadi dia kontrol makan.
Kalau kat rumah ni aku sampai tak tau nak masak apa sebab ayam dia taknak makan, daging taknak, seafood lagi la. Tapi kalau ikan-ikan tu boleh. But sayur memang dia makan banyak. 
Sebab tu selim mak mertua ai.


It's makan time!!!


Sedap weii kek dia.
Dia punya coklat bintang and sarang atas kek tu dark coklat.
Aku ni kalau dark coklat boleh pulak makan.
Dasar tekak mengada-ngada.

Cuma aku tak paham konsep kek ni, ntah menatang apa bentuknya aku tak tau.
Nak kata sarang burung (sebab dalam sarang tu ada telur yang berwarna-warni), tapi sarang ni duduk atas apa? Busut?

Ye la kot agaknya, kek sarang burung di atas busut namanya,


Hadiah dari Acu kepada Redza.
Bukan kepada Rayyan.
Tapi bila sampai rumah, servis bertukar tangan. Dia pulak yang punyakan.
Padahal nak angkat senapang tu pun mintak tolong aku tapi ada hati nak berebut ngan abang.


Ok ni nak tepek sikit testimoni pengguna GreenAard : AURAherbs Garcinia Plus.
Pengguna di bawah adelah sejenis Guinea Pig jantan.
Dia try trial pack untuk penggunaan 10 hari.






Ini pun salah satu badan yag serasi dengan cepat bila ambik Auraherbs Garcinia Plus.
Sehari turun 1.4kg.
Aku tak tanya pulak berapa BMI ideal budak ni.
Kalau BMI ideal masih jauh, insyallah proses nak turun tu lebih cepat.

Aku tak bagi banyak untuk those yang jadi guinea pig Auraherbs.
Aku bagi 40 kapsul je untuk penggunaan 10 hari.
Tak semua akan dapat turun berat dalam masa 10 hari.
Tapi kalau dalam masa 10 hari tu korang dapat effect seperti yang aku dapat, maknanya that pil sedang menjalankan fungsinya.
Sesetengah orang kena continue untuk tempoh yang lebih panjang.

Macam yang aku cakap sebelum ni, kalau dah dapat ideal weight, boleh stop terus Auraherbs atau boleh skip-skip (untuk maintain weight). Kalau dah cecah BMI ideal, badan akan payah nak kurus walaupun kau togok 44 botol Auraherbs pun, melainkan kau sekat makan atau buat extreme work out.
So kalau dah cecah BMI, cukup.

Ada reader tanya boleh tak ambil Auraherbs kalau nak kempiskan perut sebab berat badan memang dah ideal.

Yes, boleh ambik sebab dia bantu block new fat and increase metabolisme.

TAPI, kalau aim nak kecikkan body parts tertentu, buat work out yang sesuai untuk hilangkan lemak on that part.
Contoh kalau kat perut, buatlah sit ups.
Maknanya kita target kat mana kita nak kurangkan.

Insyallah Auraherbs kita open order semula di website bermula esok.