Semalam aku lemau gila the whole day. Tido pukul 4am, bangkit kul 5.30am, camana la tak lemau.
Nak marah Redza ngan Rayyan pun tak larat nak jerit. Main hempas barang je meja je nak bagi dorang tau mak dorang tengah mengamuk.
From time to time aku akan update anything tentang GreenAard Garcinia Plus kat blog ni, at the same time the same entry aku akan upload di bahagian BLOG di website www.fleurbymrshim.com untuk customer, dealers and stockist reference. Kalau ada apa-apa question, boleh email aku, insyallah aku akan jawab dalam bentuk entry (if necessary).
Kebanyakkan testimoni GreenAard yang aku terima, 99% mention kurang rasa lapar.
Yang tu memang dah dijangka.
Tak sepatutnya korang rasa lapar bila makan GreenAard sebab selepas at least 30 minit makan GreenAard, serotonin akan dihasilkan. Dan serotonin ni akan buatkan korang rasa tak lapar.
Untuk sesetangah orang, penghasilan serotonin mungkin agak slow, sebab tu aku pesan lepas makan GreenAard, please allow 30-60 minits sebelum ambil breakfast, Kita nak bagi gap yang lama sikit supaya serotonin betul-betul keluar.
Tapi kebanyakkan yang kata kurang lapar ni jugak akan kata perasaan nak mengunyah tu meluap-luap.
Itu menunjukkan habit kita selama ni.
Walaupun sebenarnya rasa lapar tu takde, tapi mulut gatal nak mengunyah. Sebab tu badan kita macam dipam-pam. Sebab mulut tak berhenti nak makan, kan?
Takpe, aku pun melalui proses yang sama. Lama-lama nanti dah terbiasa, and kau takkan ada rasa asik nak mengunyah lagi.
Macam budak yang bagi testimoni atas tu cakap, berat awal 78.5kg.
Hari ketiga dah turun ke 76.8kg. Maknanya 3 hari turun 1.7kg. Not bad.
Tapi disebabkan dia asik nak mengunyah (macam aku jugak), jadi berat badan tu jadi slow nak turun.
Itu biasa la.
Kalau kau togok GreenAard ni sampai 9 botol pun kalau mulut asik nak mengunyah, memang takkan dapat la berat yang ko nak.
Kalau ada di antara korang yang makan GreenAard tapi berat maintain (tak turun), pun jangan risau.
Dari awal lagi aku dah kata, kalau korang nak badan sekeping, jangan ambik Green Aard.
Sebab GreenAard ni aku formulakan supaya dia lebih kepada membentuk badan, bukan menjadikan kau macam bini Popeye.
Maksud membentuk badan tu adelah selain dari hilangkan lemak, at the same time akan increase lean muscle.
Hari tu sorang budak datang rumah ambik Green Aard. Dia dah jadi guinea pig 2 minggu lepas.
Dia kata berat badan dia maintain tapi bila dia sarung seluar jeans yang selama ni tak payah pakai tali pinggang, dia rasa longgar pulak and now pakai tali pinggang.
GreenAard ni akan menyebabkan lemak berkurang at the same time lean muscle increase.
Jangan risau kalau berat tak turun now, slowly memang akan turun.
Itu yang aku alami.
Jeans size 25 yang aku beli kat HK tahun 2009 dah boleh pakai balik.
Padahal tahun 2009 berat badan aku 45-46kg.
Now berat aku 50kg, but seluar tu aku dah boleh selamba sarung.
Maknanya betul la teori saintifik tentang gabungan ingredients dalam GreenAard, iaitu dia kurangkan fat at the same time increase lean muscle.
Ini gambar tahun 2009 kat Disneyland Hong Kong.
Seluar yang aku pakai tu aku beli kat sana.
Now seluar yang sama aku boleh pakai balik.
Padahal berat badan aku waktu ni 45-46kg je. Boleh nampak betapa sekeping je aku waktu tu?
Masa ni aku underweight.
Ni seluar yang sama, aku pakai semalam.
Berat badan now 50kg.
That's why aku cakap jangan menggelabah or rasa frust berat badan tak turun pun macam orang lain walau dah makan GreenAard 3-4 hari.
Badan orang lain tak sama dengan badan kita.
Aku sendiri guinea pig terawal pil ni pun tak turun 1.7kg dalam masa 3 hari.
Tapi consistency akan buatkan kau akan capai jugak berat badan ideal.
Now, aku dah tak makan GreenAard hari-hari.
Sebab aku dah capai berat badan ideal. Aku makan selang sehari supaya maintain weight.
Bila berat dah capai ideal, barulah start aim bahagian mana yang kau nak turunkan.
Now aku buat sit ups sebab aku rasa aku nak kempiskan sikit lagi perut supaya tak berlipat sangat.
Jangan torture badan kau sampai nak kena jadi sekeping.
Berat badan yang ok adalah berat badan ideal.
Boleh pakai baju size S bukan satu perkara yang patut jadi kebanggaan.
Kalau berat badan ideal kau cantik setakat size M, buat apa kau nak menyeksa diri tahan makan minum semata-mata nak tunjuk kat orang kau boleh pakai blouse size S?
Manusia ni hidupnya akan sengsara kalau selalu nak carik pujian orang.
Nak orang puji kalau dulu pakai size XL now pakai size S.
Kalau memang betul berat badan ideal kau adelah size S lain cerita.
Ni terang-terang ideal weight kau takat size M, yang kau nak pi push sampai saiz S, kau ingat cantik sangat jadi underwight ni?
Ramai underweight kat luar sana tu berhempas pulas mentekedarah macam bela saka sebab nak bagi badan voluptious semata-mata nak tetek nampak besar.
Kau badan dah ideal, lagiiii nak turunkan. Apa daaaa...
Tu video tentang bagaimana Garcinia Cambogia bertindak, untuk kasik lebih faham.
Kalau tak faham and nak penjelasan lagi, email aku.
Ada yang cakap dorang makan GreenAard kenapa tak kerap ke toilet macam orang lain?
"Saya salah cara makan ke, Kak Di?"
Bukan salah.
Kan dulu aku dah explain, aktiviti membuang-buang tu bukan kemestian, tapi salah satu side effect dalam proses turunkan berat.
Itu dinamakan detox.
Detox ni datang dalam pelbagai cara.
Ada yang kerap kencing.
Ada yang kerap membuang air besar.
Ada yang rasa badan heaty and berpeluh.
Ada yang keluar jerawat.
Kalau siapa ingat, dulu masa aku releasekan testimoni Ephyra, ada antara mereka cakap keluar jerawat kecik-kecik pada muka.
Tak semua orang keluar jerawat bila makan Ephyra. Aku sendiri pun tak.
Tapi some alaminya.
Itu namanya detox, dan tindakbalas detox pelbagai ikut badan masing-masing.
Detox ni pulak prosesnya paling cepat settle pun dalam masa 6-7 hari.
Ada yang habis lebih lambat.
Kalau korang pi Guardian, ada nampak Kinohimitsu Detox Drink.
Dia packkan siap-siap untuk 6 hari punya consumption. Kenapa 6?
Sebab memang proses detox standard selesai dalam masa 6 hari je.
Kalau badan tu ada 'banyak masalah', ia ambil masa lebih lama.
GreenAard dah ada detox ingredient kat dalam tu, jadi tak payah ambik extra detox drink.
Aku taknak korang makan GreenAard ni forever.
Cuba pasang impian untuk makan GreenAard secara konsisten sehingga capai ideal weight pastu STOP.
Kalau lepas dapat berat badan ideal nak teruskan jugak, boleh, tapi jangan ambik hari-hari.
Skip skip je. Just buat syarat untuk block new fat.
Insyallah, boleh punya.
Kalau aku boleh, apesal korang takleh?
p/s :
Admin XZIZ Biotech masih lagi terus men-extract order list and payment.
Tapi ramai yang dah dapat tracking number kan?
Yang belum dapat insyallah akan dapat, kita akan cuba cepatkan.
Sorry, sementara belum ada ramai dealer ni memang order lambat sikit extract sebab banyak.
Nanti kalau dah ada ramai dealer, korang boleh beli dengan dealer. So order akan jadi lebih cepat.
Hari ni aku akan letak nama-nama dealer and stokist yang dah confirm di website.