2015-09-10

UPSR



Siapa yang follow FB aku mesti perasan aku dah start tulis kat ruangan Note.
Tapi apa yang aku tulis semuanya aku dah pernah tulis kat blog, jadi takde yang special.
Cuma reason aku tulis di ruangan Note sebab permintaan reader blog.
Katanya opis dorang dah block semua blog so kalau update kat Note, dorang leh baca sebab FB boleh access.
Tapi aku tak tulis latest entry kat Note sebab boring, jadi aku archive je la entry-entry lama.
Cuma lepas ni entry Sang Nila Utama aku akan letak kat Note je.
Kalau sesape nak baca entry Sang Nila Utama pasti, boleh baca kat Note aku.

UPSR.

Esok last kan?

Seronok tengok newsfeed mak-mak meng-update anak masing-masing ambik UPSR.
Aku yang baca status mak-mak ni pun dah jadi sama nervous.
Bila toleh kat Redza yang tengah telentang main iPad lagiiiiiiiii aku nervous. Haih!

Bila ingat-ingat balik, time sekolah rendah dulu, aku blaja sendiri-sendiri.
Kalau nak bertanya apa-apa yang aku tak faham tentang pelajaran, aku akan tanya time tusyen.
Sebab kat rumah aku takut nak tanya.
Pak Aji tu ada la jugak membagi jawapan kalau aku bertanya soklan-soklan berkaitan subjek yang aku belajar.
Tapi Mak Aji sorry lah aku nak tanya.
Kalau aku tanya "Ma, camne nak jawab soalan ni?".
Konfem dia sembur aku balik "Kau pegi skolah kau buat apa??".
Lagi susah nak jawab soklan dia dari soklan dalam buku okeh.
Baik aku jangan tanya.
Kang, dah la tak dapat jawab, dapat pulak lempang sedas. Bertambah bangang lah aku jadiknya.

Untung anak-anak sekarang.
Anak nak UPSR, mak bapak cuti.
Dulu aku UPSR, takde pulak aku nampak mak bapak datang sekolah bersidai tunggu anak abis exam kat kantin skolah.
Agaknya trend mak bapak dulu "Pandai-pandai kau lah. Aku dah bagi kau blaja, dah bagi kau tusyen".

Memang berbeza zaman dulu and sekarang.
Mak bapak sekarang lebih concern dengan akademik anak-anak.
Bayangkan sekarang Darjah 3 dah ada tusyen class.
Dulu sape ajelah yang nak buat tusyen untuk budak Darjah 3?

Aku pun dah berjangkit ni, sibuk nak ambik extra class untuk Rayyan supaya dia boleh membaca dengan lebih cepat.
Sebab compare dengan Redza, Rayyan lambat sikit.
Redza laju segala-galanya.
Tapi En Wan tak kasik. Dia cakap aku mengada-ngada nak hantar Rayyan extra kelas.
Maybe kot. Aku mengada.
Tapi sebenarnya aku takut.
Bukan takut anak aku bodoh, sebab aku tau dia tak bodoh.
Tapi aku takut dia dimalukan kat sekolah kalau dia tak 'selaju' orang lain.
Sebab aku pernah jadi mangsa bully at school, aku takut anak aku tak kuat kalau dia kena bully.

Kadang-kadang kesian aku tengok Redza.
Aku rasa budak-budak lain pun sama kot.
Lepas balik sekolah, petang kelas KAFA sampai petang.
Balik sekolah buat homework.
8 malam, tusyen until 10pm.
11pm dah kena kerah masuk tido.
Sabtu pun ada tusyen.
Yang betul-betul free pun Ahad.
By the time nak sampai ke Ahad, dia pun dah lemau.
Sebab tu Redza tak berapa suka nak ikut kitorang berjalan on weekend, dia selesa duduk rumah.
Walaupun kitorang umpan dia makan sedap-sedap pun tak jalan.
Dia rela makan biskut je kat rumah. Sebab dia dah 'kepenatan' berada di luar rumah sepanjang minggu. Full dengan sekolah, tusyen, and KAFA.
Tu pun aku dah stop drawing class, soccer class and taekwando.
Kalau tak, lagi padat jadual dia.

Aku kata En Wan kejam paksa anak blaja siang ke malam.
En Wan pulak kata aku rileks sangat bila sentuh bab akademik anak-anak.

Entahlah.

Maybe sebab aku pun bukannya datang dari background family yang beria sangat bab blaja.
Kitorang adik-beradik memang blaja sendiri.
Kalau tak tau buat homework, tanya kawan-kawan, tanya cikgu tusyen.
Sebab kat rumah memang takde sape aku nak tanya.
Jadi kebiasaan tu buatkan aku pun lebih rileks dengan anak-anak.
Bukan tak ambik port lansung, cuma tak beria sangat. Aku takut anak-anak stress. Kang dia stress aku pun stress.
Agaknya sebab tu mak bapak aku excited bila kitorang adik-beradik dapat masuk skolah asrama penuh lepas UPSR.
Sebab macam tak sangka kot. Sebab dorang tak berapa involve sangat dalam study.

Macam En Wan lain.
Bangsa kecik-kecik gi skolah driver hantar. Anak orang kaya katakan.
Bahan bacaan pun banyak.
Bapak dia masukkan tusyen kat tusyen centre yang the best.
Nak tusyen kat mana je bapak dia masukkan.
Kak Ngah, Kak Long dia semua universiti.
Jadi, dia memang dari latar belakang keluarga yang ada dorongan ke arah tu.

Macam aku pulak takde sape dalam keluarga yang aku nak jadikan contoh.
Aku anak paling tua.
Di kalangan cucu pun aku antara yang tua. Cousin-cousin semua kecik lagi.
Dorongan tu datang dari cerita-cerita Mak Aji and Pak Aji tentang anak kawan-kawan dia.
Ntah ye ntah tidak. Entah-entah reka je saje nak saiko aku blaja.

"Anak kawan papa masuk MCKK!"
"Anak kawan mama buat A Level!"

Padahal A level pun aku tak tau menatang apa.
Masa tu aku pikir wuiii jauh lagi aku nak abis blaja ni.
Nak kena ambik A level. Tu baru A. Jenuh nak cukupkan sampai level Z.

Boleh tahan bangang gak aku pikir macam tu.

Kiranya aku kumpul semangat nak blaja tu atas kesedaran sendiri and melalui pembacaan.
Baca buku cerita pasal masuk U.
Baca buku cerita pasal berjaya jadi dokter.
Pastu dengar cerita kawan-kawan gi melawat kakak kat skolah asrama.
Semangat nak blaja tu datang dari cerita-cerita macam tu.

Darjah 5 aku mintak nak tusyen kat sebelah kedai Kak Milah pusat tusyen dia.
Takut nak mintak kat Mak Aji. Sebab gaji dorang memang tak besar mana.
Nak kata mewah tu memang tak la.
Seperti yang aku jangka, bila aku mintak, Mak Aji cakap "Cuba jangan pentingkan diri sendiri. Nanti adik-adik pun nak blaja jugak".
Aku rasa kalau mak bapak aku berduit, mesti dia bagi.
Tapi sebab duit yang ada pun tak berapa nak cukup, so dorang berharap aku dapat pendidikan tu dari sekolah je. Tusyen-tusyen tak payah.

Darjah 6 aku mintak lagi sekali nak tusyen. Dapat.
Agaknya mak bapak aku dah naik gaji sikit kot time ni.
Nak mintak pun takut-takut.
Mak Aji pulak suka letakkan syarat dalam apa jugak yang dia bagi.
Kiranya kitorang takkan dapat anything for free. Mesti ada balasan.
Berkira kan dia? Hahaha.

"Ni dah tusyen ni kalau kau tak dapat 5A, siap!"

Tak ke menggelabah kau study?
Study bukan sebab nak dapat 5A, tapi sebab takut dapat 'buah tangan' Mak Aji.

Dulu masa aku kecik, orang kata kalau nak berjaya kena blaja pandai-pandai.
Kalau dapat masuk U, dapat keje besar, gaji besar.
Kalau dapat pegi blaja overseas maksudnya cream.
Balik nanti senang dapat keje.

Now bila aku dah besar, aku tak nampak apa yang orang dulu-dulu kata tu 100% benar.

Hakikatnya sekarang, ada surirumah kelulusan setakat SPM, jadi jutawan dengan online bisnes from home.
Hakikatnya ada engineer kelulusan overseas 8 tahun keje pun tak cecah lagi gaji 20K sebulan.
Ada doctor yang sanggup resign sebab join insurans company yang menjanjikan income lebih tinggi.
Ada lawyer yang seronok buat online business sebab pulangan yang lebih lumayan.

Ujung-ujung semua pikir hanya nak jadi kaya.
Walaupun keje tu tak memerlukan pun gelaran dan akademik cert yang hebat.
Janji dapat duit.

Bila tengok zaman sekarang, anak-anak disumbatkan dengan macam-macam kelas semata-mata supaya lulus cemerlang exam, aku tak sure if ini memang kemestian zaman sekarang atau sebab mak bapak takut diri sendiri malu bila anak kurang cemerlang.

Ahkak konfius dik.


I have worked with kids for almost 16 years and there are a few things that I’ve noticed children are becoming worse and worse at. 

No.1. Children find it very difficult to be bored! There constantly needs to be something going on. Please stop spoiling and servicing your children. It’s not dangerous for them to be bored sometimes. 

No 2. I’ve met many parents who are soooo proud that their kids can read and count before starting preschool. Well, I hate to break it to you, but reading and counting, they’ll learn soon enough. Teach them instead to play, to be a good friend, and to share. 

My third point is that many children find it difficult to show gratitude to both other kids and adults. Can they get an “extra” one is unfortunately often a first question. 

“We only get one!?” is a common complaint I hear. 

What happened PLEASE!? 
And thanks for dinner, and thanks for the ride, and so on? 

I have no children yet, but if I do sometime in the future I will teach them to play, to be a good friend, to show gratitude and to be bored from time to time. When they learn those things, then will I teach them to read and count:) I think we are doing them a disservice. Children have plenty of imagination and we mustn’t destroy it by constantly feeding them with ideas of things to do.

Sumber : http://www.newsner.com/en/2015/09/his-message-to-parents-spoiling-their-kids-is-going-viral-and-its-not-hard-to-understand-why/