Kagum aku dengan kakak ni punya badan.
Nampaknya dia lebih serasi dengan Auraherbs Garcinia Plus berbanding aku.
3 hari guna trial pack dah turun 1 kg.
Aku telan 3-4 botol and after 4 months baru kurang 7kg.
Betapa degilnya lemak aku.
Tak semua boleh nampak kesan turun berat badan secepat akak ni.
Aku dalam kategori susah nak turun berat badan jugak.
Apetah lagi kalau BMI kau dah dalam range ideal BMI, proses nak turun berat tu dah jadi lebih slow sebab sebenarnya BMI kau dah ideal.
Ada orang bila sebut perkataan kurus je, terbayang badan macam Sharifah Amani and Lucy Liu (Charlie's Angel).
Itu bukan kurus ya, itu namanya kecut.
Victoria Beckham is kurus, tapi kurus kering, dah macam sakit je aku tengok muka berpetak jadiknya abis rahang-rahang semua terkeluar.
That is not kurus yang kita sepatutnya aim.
Hari tu masa tak sihat aku jumpa dokter.
Lepas timbang berat, aku tanya "Dokter, saya ni kategori berisi ke tak?"
Sebab bila aku duduk, perut aku masih aku terasa berlipat.
Pastu dokter tu explain yang macam aku explain tadi la.
Dia kata orang Malaysia ni kalau sebut nak kurus je imagine pinggang secekak.
Sebab masing-masing dok aim untuk dapat balik berat badan time anak dara.
Padahal it is not kurus yang perlu di-aim, tapi ideal weight.
Masa aku matrik, aku pernah berat sehingga 55kg.
Kalau nak ikutkan, dengan ketinggian aku, berat ideal aku takleh lebih dari 54kg.
Baru terbabas 1 kilo je tapi disebabkan kawan-kawan aku zaman anak dara semuanya kering-kering, jadi aku telah dipengaruhi oleh persekitaran.
Nak jugak kurus.
Memang aku berjaya turunkan berat badan dari 54kg ke 41kg dalam masa 3 bulan.
Tapi hazabnya Tuhan je yang tahu.
Selama 3 bulan tu aku just ambik biskut patsegi cecah teh O.
Asal terasa lapar je memang itu je sumber makanan aku.
Tak sentuh nasik lansung.
Sampaikan bila naik semester, orang cakap "Eh, tak sangka Diana kurus".
Tapi kurus kering.
Bila aku kelebet gamba kawen, alahaiii, apa dah macam jerangkung sangat muka kau ni?
Tapi dulu aku perasan cantik lah berat 41kg.
Bila bogel depan cermin nampak tulang kat dada timbul, bangga.
Tulang timbul petanda kurus konon.
Lama-lama aku realized yang aku cepat pitam.
Macam tak cukup zat je.
Sikit-sikit rebah, sikit-sikit rebah.
Lepas tu muka aku macam orang sakit.
Bukan kurus sihat tapi kurus sakit.
Victoria Beckham tu salah satu yang aku nampak macam kurus sakit.
Cengkung mengkung muka dia.
Badan pun dah naik melengkung.
Kalau kau nak kurus melengkung dalam masa yang singkat, jangan ambik Auraherbs Garcinia Plus.
Auraherbs Garcinia Plus helps you to kurangkan rasa lapar and block pembentukan new fat.
Supaya badan 'selesa' bekerja mengurangkan existing fat yang ada dalam badan tanpa gangguan pertambahan new fat.
Dan proses pecahkan lemak-lemak tepu ni akan berlansung seiring dengan bertambahnya metabolisme badan.
Kalau kau makan Auraherbs 4 biji pastu sepanjang hari duduk mengadap laptop, dia punya turun tu takde la laju mana.
Kalau nak laju, kena buat pergerakan. Exercise regularly.
Tak payah banyak, 10 minit pun dah ok, tapi konsisten sebab kita nak panaskan badan biar metabolisme meningkat.
Jadi bila metabolisme laju, ditambah dengan Auraherbs yang blok new fat, insyallah lebih senang berat nak turun.
Kalau taknak exercise terpulang, tapi kena start plan diet.
Bila sebut diet, mesti semua terbayang berlapar...menggigil-gigil tahan lapar...kebulur sepanjang hari.
Bukan macam tu.
Makan tetap makan.
Tapi makan yang macamana?
Meh aku share diet aku kalau ada sesape nak ikut lah.
1. Sebelum start makan nasik, aku akan makan buah dulu. Aku cuma pilih tembikai je sebab itu je yang paling senang aku nak telan. Lagipun, kaya dengan jus. Selalunya aku hadap semangkuk.
2. Setiap meal aku akan ada sup. Tak kira sup daging, sup sayur, sup apa-apa je lah janji sup. Sup and buah akan bagi kau rasa kenyang sikit dan mengelakkan kau makan nasik dengan banyak. Aku try ni semenjak aku makan pil kurus ni. It works. Memang by the time sup aku habis, aku dah sendawa. Tapi sebab tekak melayu, aku bedak gak nasik tapi dapat 4-5 suap je, terus kenyang.
3. Bergerak dengan banyak. Banyak. Banyak. Banyak.
4. Kurangkan makan processed food like maggi, burger, nugget, frozen food. Banyakkan makan fresh cooked meal sebab non-processed food ni lebih susah nak di-digest. Jadi secara tak lansung meningkatkan metabolisme badan untuk digest the food.
Tu je yang aku buat selama ni. Tapi kadang-kadang aku bedal gak burger.
Aku pun bukannya rajin nau nak exercise.
Takde masa.
Kejer aku ni pun kejap appointment sana, kejap appointmnet sini, aku rasa jumlah kalori aku bergerak sehari dah sama banyak dengan orang buat brisk walking.
So kalau korang pun sepesen macam aku, malas exercise, please alter your diet.
Auraherbs bukan bagi kau kurus sekelip mata.
Dia tahan penghasilan lemak baru supaya badan akan start bakar lemak-lemak yang tertinggal.
Key to weight loss sebenarnya adelah makan dengan bijak.
Bukan tak makan-makan.
Auraherbs Garcinia Pill membantu kau kurang rasa lapar.
Bukan bagi kau makan 2 minggu, esok pagi terus kurus.
Kurus tu akan berlaku secara tidak lansung (kalau kau malas sangat nak exercise) sebab bila Auraherbs block fat, dia kurangkan rasa lapar, maka kau akan kurang makan.
Bila kurang makan, badan akan dapatkan tenaga dari lemak-lemak yang ada dalam badan.
Itu fungsi Garcinia Cambogia.
Cuma Auraherbs memang ada beberapa ingredient rahsia untuk lajukan proses bakar lemak and detox. Sebab tu lawatan ke jamban memang laju.
Ada yang tanya aku boleh tak beli Auraherbs untuk turunkan berat 49kg ke 45kg - TAK PAYAH!
Jangan nak ngada-ngada.
Takyah nak jadi kurus sangat. Tinggi 155cm, berat 49kg dah ok dah tu.
Tak payah nak jadi kering sangat. Kang mati aku pulak nak kena jawab.
Please, sesape nak ambik Auraherbs, aku nasihatkan, check your BMI and aim for ideal BMI.
Bukan aim for nak pakai jeans size 24.
Tu salah.
Sesape yang makan E Slim Burner first batch dari oversea, aku jamin memang akan rasa lapar sikit sebab dalam tu ada L-Carnitine.
L-Carnitine ni memang bagus untuk tingkatkan metabolisme, tapi at the same time kau akan rasa lapar.
Dalam Auraherbs, aku request buang L-Carnitine and gantikan dengan herbs yang kurangkan rasa lapar.
So yang dapat Auraherbs, you will feel less hunger.
Lagipun sebab Auraherbs punya lawatan ke jamban lebih laju, jadi otomatik kau pun kurang makan sebab letih ulang-alik pi jamban.
Yang email tentang stok, memang stok dah habis.
Insyallah dalam plannya Selasa depan sampai.
Aku plan nak release stok ke dealer dulu supaya by the time aku open order, dealer pun dah ada stok.
Insyallah Rabu ya.
Dah ada yang bayar untuk jadi dealer and stokis.
Thank you.
Selagi dealer belum ada di seluruh negara, aku tetap akan terima order secara direct di website.
At the same time aku akan highlite nama dealer di website/blog.
Sekiranya dealer mencukupi, stokist pun cukup, aku takkan terima any order melalui websire KECUALI nak COD sendiri di rumah aku atau nak beli sekali dengan product lain.
Sebab aku nak be fair to dealer and stokist.
Tak aci la pulak kan, dah ada dealer, dah ada stokist tapi aku pun nak jual sekali.
Tapi janji buat la keje betul-betul ok?
Sesape yang nak details tentang cara nak jadi stokist/dealer, boleh email direct kepada aku diana[at]xzizbiotech[dot]com
p/s : Ephyra dah kembali kepada free 5 sachet. Free 10 sachet dah habis ya.