walk on wings, tread in air: Lotus Desaru Beach Resort <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Lotus Desaru Beach Resort
2015-09-02

Hari ni aku berjaya update entry blog kat NOTE FB.

Puncanya, ada reader mintak aku update entry kat ruangan Note sebab opis dorang dah block semua blog.
Aku rasa dari block blog, baik block FB kot.
Lagi banyak bidaah kat FB banding ngan blog.
Tapi takpelah, at least aku blaja gak cara-cara nak update Note.
Kalau tak sampai ke sudah tak tau.

Yang belum tau, tengok komen di bawah :



Mula-mula aku takleh tulis apa-apa pun kat body note tu.
Sebab aku pakai Chrome. Bila tukar ke Mozilla baru boleh update.
Silakan try. Insyallah boleh.
Nanti aku kelebet entry-entry lama yang dirasakan ada manfaat untuk aku share kat Note.
Yang pastinya entry bergambar aku takkan letak kat Note. Malas.

Ok, weekend punya cerita.

Sabtu lepas aku ke Kota Tinggi, cousin aku kawen (anak sedara Pak Aji).
Kat Felda Simpang Waha.
The last time aku jejak sini was ..... hmm....sekolah rendah kot.
Masa tu jalan pun tanah merah lagi.

Kitorang gerak 7.15am, punyalah takut jalan jem.
Biasa la kan, Malaysia ni pantang cuti lama sikit, hiway konfem sesak punya.
Hajat hati nak stop breakfast kat Ayer Keroh, tapi RnR tutup untuk kerja-kerja cleaning.
Restoran jejantas Ayer Keroh tu bukak, tapi takkan nak makan KFC pagi-pagi kot. Tak lalu kat tekak aku pagi-pagi makan ayam.

So kitorang teruskan je lah perjalanan sampai kat Machap.
Pun RnR closed for cleaning.
Sehati sejiwa betul RnR kat Malaysia ni.
Sepakat dorang tutup.
Nasib baik kat Machap ni, toilet je tutup, kedai makan bukak.
Dapat pulak pekena soto, pehhhhhh.
Tapi lupa mintak bergedil.

Terasa jauh betul nak ke Felda Simpang Waha ni dari exit Senai.
Dari 3 lane, ke 2 lane, ke 1 lane. Tak sampai-sampai gak lagi rumah pakcik aku.
Yang si Redza asik la tanya "Lama lagi ke, Ma?". Selang 5 minit tanya soklan yang sama. Nak je aku turunkan dia tepi jalan. Nak cepat sangat? Jalan sendiri.

Masuk je Felda Simpang Waha, aku macam...wowwwwww!
Lainnya!!!
Beza betul dulu and sekarang.
Aku tak sure felda-felda lain, tapi aku rasa felda pakcik aku ni sangat sangat cantik.
Macam harmoni gila.
Terasa sangat yang komuniti dia sangat rapat.
Dah la canntik and kemas. Bersih je. Setiap rumah penuh laman ngan pokok bunga.
Laman rumah aku, toksah kata pokok bunga, serai pun taknak tumbuh. Tanah keras sangat.



Suka mak aku nampak tapai berbekas-bekas atas meja.
Dia tanya aku "Takpe ke bubuh gini (tapai)? Takde orang ambik?"

Aku jawab "Kalau letak kat meja buffet takut orang segan nak ambik, jadi sesetengah orang letak pencuci mulut atas meja. Orang nak makan pun senang dah ada atas meja takyah bangun duduk bangun duduk ambik makanan".

Mak cakap "Ni kalau kat Tganu dop leh buat gini. Orang ambik bawok balik".

Hahahah.
Bukan aku kata ya.
Mak mertua aku sendiri yang kata.



Betul-betul depan rumah Pak Ngah aku adelah tadika. Tadika Kemas.
Senonoh je aku tengok tadikanya.
Bersih satu hal, kalerful satu hal lagi.
Macam terjaga sangat.
Mujurlah dia bukak hari tu, dapat la aku perambat anak-anak aku ni pi main kat playground tadika.
Baru selesa kau nak bersembang ngan sedara-mara.

Memang tadika tu penuh ngan anak-anak aku and anak-anak Ima je.
Anak orang lain tertib je masuk kampung orang tak berani redah playground tadika.



Mesti budak-budak sana cakap "Kesian budak bandar, main gelongsor panjat kot depan. Padahal tangga ada kat belakang"

Aku rasa kalau bagi anak aku main 24 jam kat sini mampus terbalik gelongsor ni dia kejerkan.

Eh tapi aku pun dulu naik gelongsor lalu kot depan.
Tak main la lalu tangga. Berhemah sangat kalau ikut tangga. Panjat kot depan baru la nampak macam kakak kawasan sikit. Lagipun kalau ikut tangga nanti nampak spender. Budak-budak laki dulu suka sangat tunggu bawah tangga kalau perempuan naik gelongsor. Perangai macam mencibang betul sekor-sekor nak tengok spender orang.


See? Ada nampak anak orang lain tak kat dalam ni?
Takde kan?
Anak-anak aku ngan Ima je.


Pak Ngah and Mak Ngah.
Sesape kot kenal angkat tangan.


Ni gambar ngan makcik-makcik, except belah kiri sekali, wife cousin aku.
Tudung aku yang paling singkat kan? Hahahaha.



Belakang rumah pun cantik oiiiii.
Kemas je.
Ni cara-cara belakang rumah okeh.
Tersusun je pokok pisang. Lagi cantik belakang rumah Pak Ngah dari laman rumah aku.

Ni la yang bestnya kalau buat keje kawen kat kampung.
Gotong-royong.
Walaupun dah banyak kampung opt for catering, tapi kalau budaya gotong-royong ni dapat dikekalkan mesti best.
Tapi tu la kan, macam kat kampung mak mertua aku, yang tinggal pun yang memang dah tua-tua sangat.
Nak angkat periuk pun tak larat, mana lagi nak harap keje gotong-royong macam ni.
Tak ramai dah orang muda yang masih menetap kat kampung.
Keje-keje berat macam ni layak orang muda je buat sebenarnya.

Kadang tu bukannya orang kampung tak mampu tempah catering masak-memasak tapi nanti orang-orang kampung marah kalau tak rewang. Buat malu orang kampung je dia kata pakai catering ni.
Seronok ada commitee yang strong macam tu.


Yang wat peace tu cousin.
Yang awet muda belah kanan tu adik bongsu Pak Aji yang tinggal kat rumah nenek di Muar.
Hari ni pakcik aku ada kat Bangi sebab anak sulong dia daftar di UKM.
Tapi aku tak sempat pulak nak jenguk.
Baru teringat pun sekarang. Haihh.


Tengok kaler khemah pun tau ni orang Johor punya majlis.


Patriotik kan?
Tak cukup nga bendera Malaysia, dengan bendera Johor pun dia naikkan.
Siap depan rumah ada batu "1 Malaysia"
Area rumah aku sehelai bendera Malaysia pun aku tak nampak orang pasang, termasuklah rumah aku. Adehh.



Memang plan lepas gi kenduri, kitorang akan lepak Desaru satu malam.
Dah alang-alang semua pun datang kenduri, so apa salahnya kumpul satu family.
Ima suggest Lotus Desaru sebab dia penah pegi sana.

Ok jugak hotel ni.
Walaupun sebenarnya aku tak berapa selesa duduk hotel yang berasaskan theme park sebab selaluya hotek macam ni sesak ngan orang. Bingit.
Aku pulak jenis yang lepak hotel suka tido, baca buku, konon mencari ketenangan la.
Bila dah stay kat hotel yang kiri kanan orang bertempik ni, memang takde la ketenangan mana.
Tapi mikirkan budak-budak nak seronok, jadi layankan je lah duduk Lotus.

Hotel memang penuh tapi alhamdulillah kitorang dapat 2 bilik sebelah-menyebalah.
Aku sefamili satu bilik, Ima, Mak Aji and Ibal satu bilik lain.


Ni pool yang berdepan ngan building aku.
Pool ni lebih kepada pool nak swim dengan aman.
Memang tak ramai orang pun mandi kat sini.
Ada kerusi nak rilek-rilek santai-santai.
Kalau kat theme park tu jangan harap kau nak berendam macam ni. Umat punyalah ramai. Ntah berapa banyak budak mandi sambil kencing kat dalam tu agaknya.


 Kitorang mintak two bedroom hotel.
Ni bilik mak and anak-anak.
Besar.
Tak macam bilik di Bayou Melaka.
Bilik dia kecik-kecik nak solat pun takde space kena solat kat hall.
Tapi Lotus punya bilik besar-besa.
Selesa la untuk family aku 3 dewasa 2 budak.


 Ada kichenette.
Senang nak cuci botol Rayyan.
Kebetulan baru balik dari kenduri kawen kan. Mak Ngah aku bekalkan barkat nasik-nasik segala.
Masuk hotel nampak ada microwave, pinggan mangkuk semua cantik tersedia. Tak semena-mena jadi lapar. Terus panaskan nasik. 


Hall untuk 2 bedroom hotel tak besar macam hall 3 bed-room.
Tapi takde la sesak sangat sebab kitorang pun berapa kerat je.
Just nice la kalau korang 4-5 orang kalau nak duduk bilik ni.


Bilik air ada 2, yang ni bilik air master bedroom.
Bilik air lagi satu dalam bilik mak.
Kira takde la queue kalau nak pakai toilet.
Cuma yang duduk 3 bedroom memang kena queue sebab bilik air dorang pun 2 je. Satu kat master bedroom, satu lagi kalt luar. Jadi 2 bilik lain kena kongsi satu bilik air. 


Ni bilik aku.
Katil dia besar sikit dari standard queen bed, tapi kecik sikit dari king size bed.
Kalau nak tido 3 orang pun boleh ni.
Untuk 2 bedroom hotel ni harga dia RM580 termasuk breakfast and 4 pass masuk water park.



Sorry la aku nak turun ke water park petang tu dengan panas-panas berdenting macam ni.
Hitam ai nanti. Mbhahahahahahah.
Cuaca hari tu punyalah panas ya ampunnn. Aku boleh bajet ni kalau aku berjemur 5 minut je tepi kolam ni konfem pitam.
Pitam ya, bukan hitam.
Hitam tu memang dah dari azali takyah berjemur pun takpe.
Aku memang takleh lama sikit tengah panas, memang pitam punya.
Limited edition memang camni la.

Water park dia biasa-biasa je.
Kalau sesape dah penah gi Sunway Lagoon or Legoland memang terasa Lotus ni takde apa sangat.
Tapi boleh la untuk budak-budak main.
Anak orang lain tak tau la. Tapi kalau anak aku, takyah water park pun takpe. Bathtub pun jadik je, janji tempat tu takung air.


Tapi yang sorang ni memang ada masalah sikit.
Dia nak main air, tapi penakut.
Terjerit-jerit abang dia suruh turun, lepas dia turun, terus tak naik-naik dah. Lalu depan gelongsor ni pun taknak dah.


Semua sengaja melepak depan ni...


...untuk disimbah oleh menatang ni.


Termasuklah anak aku and Jannah.


Nampak tak tu?
Ciri-ciri lelaki penyayang dah nampak dah tu.
Bersifat melindungi.
Cover adik sedara dari kena simbah dek air.
Tapi kau pi bawak dia tunggu depan tu buat apa kan.
Bila kena simbah kau nak cover-cover.
Fail betul.


Macam sesak ngan mak bapak orang pulak dari anak-anak, kan?


Ni first time kitorang berkumpul sekeluarga.
Sebab Ima dok jauh, jadi jarang dapat kesempatan kumpul macam ni.
Ni seb baik Pak Ngah buat keje kawen di kala semua free.
Kalau tak, entah bila tahun nak jalan-jalan sefamili macam ni.



Amacam?
Ada gaya model tak?
Kah Kah Kah.
Kasik chan la wei. Kasut pengawas baru tu.

Time ni lepas Maghrib nak pi beli dinner.
Malam tu ada BBQ, harga murah jugak, RM58/head tapi makanan dia tak best la.
List kemain panjang lagi tapi banyak salad and sauce je.
Pandai je dia marketing list kemain panjang depan belakang kertas penuh tapi kalau perati balik semuanya salad and selection of sos.
Takyah lah. Baik aku cari makanan kat luar.

Tapiiiiiiiiiii, kat situ punyalah hazab nak carik makanan.
Kedai makan takat 1-2 je, and semuanya penuh.
Abis tu dah takde pilihan kan, jadi semua pun serbu port yang sama la.

Ada sebijik KFC kat situ.
Kemain meriah lagi dengan lampu terpasang.
Bila kitorang pegi, sekali under renovation. Kimek betul. Buang masa aku je carik parking.
Dah hilang punca nak carik port, fast food lain semua 24km dari situ.
Call Azrul kat hotel, bagitau dia yang kitorang on the way balik sebab tak jumpa makanan, so semua kena pi BBQ jugak.
Azrul kata kat Bandar Penawar ada seketul Marry Brown.
Maka kitorang dapatlah tapau Marry Brown,


 Sebenarnya nak celebrate besday Mak Aji.
27 August besday dia, so kitorang pospon nak celebrate ramai-ramai kat sini.
Kedai kek pun takde okeh kat sana.
Dapatlah jumpasatu cofee house ni beli 2 slice of cake buat syarat.
Aku rasa lagi 5 tahun mesti happening kalau pi Lotus, maybe situ dah banyak kedai makan.


 Itulah kek yang aku dapat beli.
2 slice je.


Seronok rasa dapat cuti dengan dua-dua mak sekali.
Aku dah start nak plan our next cuti ramai-ramai.
Maybe Penang?



Malam tu kitorang melepak lama gila kat bilik Ima sebab celebrate besday Mak Aji and makan-makan. Anak aku boring mak dia tak reti nak balik bilik, so dia buat perangai.
En Wan bawak dia keluar pi tengok lampu-lampu kat area hotel.
Eh tau-tau sampai kat kedai mainan.
Maka, langsailah cukai hari tu.
Dapat pistol seketul yang lepas tu aku tak nampak-nampak dah mana pegi pistol tu.


Pagi di Desaru.
Cantik.


Pagi tu gi breakfast naik shuttle.
Padahal jalan kaki pun boleh, tapi sengaja nak bagi anak-anak rasa naik bas takde dinding ni.



Masa aku nampak yang di sinilah tempat breakfastnya, terus takde mood.
Sebab selalunya tempat-tempat yang penuh macam ni, cafenya akan jadi sangat berselipat dengan makanan bersepah-sepah and bau hanyir.
Terus aku dah bersedia untuk tidak makan apa-apa.
Just like masa kitorang lepak A Famosa, ya ampunnnnnn sampai sekarang aku troma mak masuk sana lagi.
Geli okeh tengok cafe dia. Macam kandang beruk punyalah bersememeh dengan makanan berterabur. Aku rasa bagi beruk makan pun tak sepah macam tu.

Cafe Lotus memang ramai orang.
Tapi, surprisingly, tak se-sepah yang aku imagine.
Pekerja dorang ramai. Dorang kemaskan meja dengan cepat, siap ganti alas meja lagi.
Pastu food sentoasa dorang tambah. Takde la kes kita menunggu makanan tak sampai-sampai.
Disebabkan meja dikemas dengan cepat, jadi restoran tu takdelah berbau.
Aku memang penggeli sikit dengan kawasan tempat makan yang bersepah-sepah. Kembang tekak.
Aku menulis ni pun rasa loya bila terbayang balik time makan kat A Famosa dulu.




Kitorang makan kat tepi kabinet tempat letak tisu and sudu garfu.
Senang nak ambik.
Sudu sentiasa dipenuhkan. Tu yang best.

Time aku berjalan keluar dari restoran ni, ada stau meja tu pandang aku.
Pastu aku dengar dia cakap "Ala, yang blogger tu...yang blogger tu..".
Ngumpat aku ya? Aku dengar okeh.


Ni laluan nak ke cafe. Dekat dengan beach.


Lepas breakfast En Wan bawak anak-anak gi beach, aku tak ikut. Sebab panas gila!


 Sampai takleh bukak mata anak aku dek kerana panas sangat.


 Dan aku tak paham camana dorang leh berjemur tengah-tengah panas macam ni.
Bukan sikit-sikit punya panas ya.
Walaupun panas pagi, tapi panas dia menyengat.


Ni pool untuk orang luar yang datang nak mandi-mandi.
Tak penuh mana pun. Sebab pool ni takde la fun sangat, lagi fun kalau pi beach.

Kalau sesape nak pi Lotus, buat masa sekarang ni bersedia dengan pilihan untuk makan je kat hotel.
Kat sana payah sikit nak cari tempat makan. Fast food pun belum ada lagi.
Kalau nak dinner, better keluar petang boleh cari tempat makan jauh sikit.
Kalau bilik, aku rasa ok dah.
Service shuttle banyak, kau keluar je dari bilik kau tunggu tepi jalan tak sampai 5 minit dah ada shuttle sampai. Tak susah kalau kau dapat block jauh-jauh pun. Transport cepat.
At least yang ni lagi ok dari Gambang.
Dan dari segi kebersihan, boleh dikatakan bersih.
Untuk resort yang jenis ramai keluarga datang bertumpu macam ni, aku kira bersih lagi ni, kalau nak banding dengan A Famosa.

Sekian laporan.



posted by aveo757 @ 9:46 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER