2015-08-13

Dah berusaha sehabis mungkin, tapi bisnes tetap macam tu jugak


Kadang-kadang ada juga yang katanya dah berusaha sehabis mungkin, tapi bisnes tetap macam tu jugak. Macam lambat nau nak pergi.

Sebenarnya, masalah itu bukan pada bisnesnya, tapi samada kita ditolong oleh Allah atau tidak.

So now, macamana caranya supaya kita ditolong oleh Allah?

Rasulullah saw selalu berdoa dengan doa ini :

"Wahai Allah yang Maha Hidup, Yang Maha Menguruskan segala-galanya, dengan rahmatMu, tolonglah aku. Perbaikilah semua urusanku, dan jangan serahkan kepadaku walaupun sekelip mata"

Rasulullah saw sendiri tak mahu menguruskan urusan dunianya tanpa pertolongan Allah.
Jadi, kalau kita yang serba lemah ini nak uruskan segalanya sendiri tanpa mintak tolong dari Allah, konfem hidup akan stress.
Bila stress, kita tend to menyalahkan orang lain.
Asyik nampak yang buruk je pada kejayaan dan keupayaan orang lain.
Sebab taknak mengaku diri sendiri banyak kekurangan.
Dah la tak berjaya, ego pulak tu.
Tak cukup dengan tu, pergi mengutuk kejayaan orang lain lagi.
Lepas tu tu wonder apesal bisnes kurang sambutan. Alahaiiii..

Cuba tengok cara kita menjawab azan :



Yang belah kiri azan, yang belah kanan cara kita menjawab.
Tengok yang aku kotakkan dengan kotak merah.

Bila sampai part Hayyaalassolah, kita jawab Lahaulawala kuwwataillabillahilaliyilazim.

Itu menunjukkan dengan solat saja kita tak berdaya nak buat kalau kekuatan tu Allah tak bagi.

Lepas tu Haiyaalalfalah.

Cara menjawab ini juga sama.

Itu juga menunjukkan untuk menjadi seorang yang berjaya juga kita tak mampu kalau tak ditolong Allah.

Sebenarnya, kalau ada masalah, yang pertama sekali harus diperiksa adalah hati.
Kerana kalau tiada keikhlasan, apa yang kita lakukan tidak akan jadi amal.
Orang yang hatinya ikhlas, apa juga yang dia buat, dia buat saja tanpa mengharap sesuatu yang spesifik kerana dia tahu tanggungjawabnya hanyalah berusaha sedaya upaya, hasilnya ada atau tidak itu tergantung kepada Yang Maha Memberi.
Kerana dia tau Allah Maha Melihat usahanya, Allah Maha Mengetahui niatnya, dan rezeki dari Allah itu tidak akan tertukar dengan orang lain.
Kalau dah memang haknya, pasti akan jadi haknya.

Ada juga yang pertikaikan bila celebriti berhijab.
Tak boleh brain betul bila ada yang kata "Tu pakai tudung sebab nak jual tudung la tu".
Dan kebetulan kebanyakkan celebriti yang mula berhijab akan keluarkan tudung jenama sendiri.

Senang atau susah berbisnes tidak 100% bergantung kepada samada kita terkenal atau tidak.
Ada juga artis yang keluarkan produk kecantikkan sendiri bermodalkan muka yang dah sedia cantik, tapi produknya gone macam tu je, tak kemana pun.
Ini bukan soal dikenali atau tak dikenali, tetapi apakah perbuatan kita itu menjadi ibadah atau tidak.
Dan semua ini sebenarnya berbalik kepada hati kita tadi. Niatnya bagaimana.

Bijak atau tidak kita berbisnes bukan bersandarkan kepada populariti dan kebijaksanaan dalam menguruskan perniagaan semata-mata, tetapi juga samada kita ditolong Allah atau tidak.
Ramai yang bijak dalam ilmu pengurusan perniagaan tapi tak pandai berniaga.

Jalan keluar dari permasalah (bisnes) adalah kerana taqwa, bukan kerana kita hebat, bukan kerana kita bijak menguruskan permasalahan.

Ada yang risau dengan pesaing.
Apa urusan kita dengan pesaing sampaikan kita risau?
Takut bisnes kita kurang dapat sambutan dek kerana ada pesaing?

Kalau kita berfikir dengan negatif, maka hasilnya juga negatif.
Tapi kalau kita bersangka baik, maka hasilnya insyallah baik.

Pesaing bukanlah ancaman, tetapi kurnia.
Allah beri kita pesaing supaya kita lebih berusaha.
Cuba bayangkan kita bisnes bertahun-tahun alone, tanpa pesaing.
Mana kita nak tau samada service kita bagus atau tak?
Pembeli takkan bagi negative feedback tentang service kita sebab mereka pun takde pilihan lain, kita je pilihan yang ada.
Macamana kita nak upgrade produk, atau pelbagaikan produk kalau kita takde pesaing.
20 tahun itu jugak lah sebotol produk yang kau jual. Takde tambah-tambah.
Sebab takde pesaing.
Otak pun beku, tak dapat ligat bekerja untuk upgrade diri.
Sebab tu dalam setiap negara, ada kerajaan and pembangkang, supaya ada check and balance.
Kalau tak ada pembangkang, macamana kerajaan nak tau if they are doing right?

Competitor bukan ancaman.
Allah beri kita ilmu melalui macam-macam cara.
Dan salah satu caranya adelah melalui pesaing.
Supaya kita belajar.
Mungkin management mereka lebih bagus, customer service lebih baik, SOP tersusun.
Buat apa nak berdengki dengan pesaing?
Dengki takkan mengubah nasib pesaing tapi nasib kita sendiri.
Kalau kita dah terkena penyakit dengki, tak boleh tengok orang lain lebih berjaya, itu sebenarnya Tuhan nak tunjuk yang kita ada penyakit cintakan dunia.
Kerana yang cintakan akhirat tidak akan ada penyakit dengki kerana mereka tau akhirat itu luas.
Yang didengki pun jangan pulak kau balas.
Dia nak kutuk kita, itu pilihan dia.

Sorry to say, tapi ada sesetengah peniaga always nak menang.
Nak jadi juara dalam segala hal.
Siapa lagi best, siapa lagi famous, siapa lagi laku.
Yang penting bukan jadi juara, tapi melakukan yang terbaik.
Bukan makna kat semuanya kena berserah.
Ikhtiar mesti serius. Kerana ikhtiar adalah amal soleh.
Contohnya, nak naik moto, mesti pakai helmet.
Helmet kalau boleh cari yang bagus. Jangan yang longgar.
Ikat talinya biar kuat jangan sampai terlepas.
Itu namanya ikhtiar.
Memang ajal maut ditangan Tuhan.
Urusan mati kemalangan itu urusan Allah tapi ikhtiar pakai helmet itu urusan kita.
Supaya esok bila ditanya Allah, sekurang-kurangnya kita dah sempurnakan ikhtiar.

Sebetulnya rezeki kita tu dah ada.
Tapi umpama kita naik kereta yang cerminnya kotor.
Mesti tak selesa kan? Sebab tak nampak jalan. Jalannya ada, cuma tak nampak.
So, mana yang lebih penting now, samada terus berusaha bagi nampak jugak jalan atau bersihkan cermin dulu?

Kadang-kadang, kita dah lakukan yang terdaya sedaya upaya, berhabisan duit, tapi segalanya tetap begitu.
Kadang-kadang apa yang kita buat macam tak menjadi.
Kadang tu, jualan ada tapi macam tak nampak untung. Sentiasa ada perkara yang memerlukan duit keuntungan tu dikeluarkan untuk tujuan-tujuan lain yang sebenarnya tak berapa efektif.

Bak kata seorang ustaz, adakalanya ada yang 'menghalang' kita dari pergi lebih jauh.
Mungkin kita pernah melukai hati seseorang, mungkin kita pernah buat perkara tak baik kat seseorang, mungkin ada salah kita pada ahli keluarga, mak bapak, kawan-kawan.
Sebab tu untuk orang yang berniaga especially, jauhkanlah dari sifat dengki atau suka mengutuk-ngutuk orang. Mungkin itulah yang jadi penghalang kita untuk berjaya.
Kalau rasa kita pernah melukai, mintak lah maaf. Siapa tau itulah kuncinya.