Ni permintaan dari tokey Sambal Itam yang aku letak kat entry aku last week.
Order yang masuk selepas entry tu dah terlalu banyak, jadi harap mana-mana yang dah order kat dia tu bersabar lah ya.
Bukan apa, dia bisnes ni dah bertahun, bukan sekadar nak kejar customer saja tapi jugak nak jaga kualiti dan reputation yang dia dah bina bertahun-tahun. Kebetulan baru-baru ni memang aku perasan kat FB dia ada tunjuk tangan dia luka, jadi paham-paham la kalau tangan dah luka tu nak masak pun jadi slow. Kang kalau dipaksa-paksa kang, mau memancut darah keluar masuk sambal itam tu, tak pasal jadi raja bersiong korang nanti.
Bersabar ya masing-masing.
Dah alang-alang update ni aku nak mintak korang bersabar jugak mana yang order E-Slim Burner dari aku. Insyallah, minggu ni masuk 1 batch. Again, kepada yang nak refund, boleh email admin kat contact[at]fleurbymrshim[dot]com.
Oh lagi satu, sejak aku naikkan entry sambal itam dak Ernie ni, berjujuk masuk email mintak review.
Review aku buat, tapi ada syarat.
Email directly kepada aku untuk mengetahui syarat-syaratnya : diana[at]xzizbiotech[dot]com.
Memang ada a few reader mintak aku buat macam ni.
Gunakan platform blog/website untuk jual barang.
Tapi aku tak betul-betul pikirkan lagi. Insyallah, akan aku considerkan.
Semalam ada reader whatsapp "Kak Di tak buat open house ke tahun ni?"
Haah.
Baru terperasan dah masuk raya week 3 dah, tapi aku takde plan lagi nak buat open house.
Khamis ni aku dah gerak ke Jakarta, sampai Ahad. So minggu ni dah tentu-tentu burn, takleh buat open house.
Agak-agak kalau buat lepas raya boleh lagi kot eh?
Masa Mak Aji whatsapp gambar ni aku terperanjat apesal mak aku buat open house time aku balik Tganu?
Rupanya open house jiran sebelah.
Jiran sebelah buat open house malas sewa khemah, tumpang je porch Mak Aji.
Kalau tumpang rumah jiran untuk majlis kawen memang selalu nampak.
Tapi sampai ke open house pun tumpang rumah jiran, aku rasa terjadi kat rumah Mak Aji je. Hahaha.
Mak bapak aku tu pulak asal boleh je, semua benda pun boleh, tak kisah.
Sanggup dia jemur kereta dia tengah-tengah panas tepi jalan semata-mata nak bagi space letak meja open house jiran.
Sanggup dia basuh porch, bangun pagi sapu laman semua, tak basuh baju on that day sebab nak kosongkan ampaian, nanti tak manis tetamu jiran datang makan kat porch nampak baju bergantung.
Dia punya bersungguh mengemas tu macamkan rumah dia yang buat makan-makan.
Aku tak tau la kejadian ni yang pelik atau mak bapak aku yang pelik.
Tapi kalau area rumah Mak Aji ni kalau bab majlis kawen, memang dorang sangat helpful.
Kalau sorang jiran sambut menantu, macam satu row tu sambut menantu sekali.
Pernah terjadi salah sorang jiran kawenkan anak, sekali nasik habis.
Pastu khemah tak cukup (dia ambik khemah sikit sangat sedangkan tetamu ramai).
The wanita-wanita semua balik rumah masing-masing masak nasik 1 pot.
The nasik yang dah masak tu semua bawak ke khemah untuk jamu orang.
Pastu Pak Aji and the geng berkejar ke mamak berhampiran, borong semua ayam goreng mamak tu buat tambah lauk.
2-3 buah rumah yang dekat ngan khemah kosongkan porch masing-masing, bawak keluar meja makan untuk jamu tetamu yang datang, makan kat porch jiran-jiran.
Area rumah Mak Aji ni komuniti dia sangat strong.
Tapi tak tau la pulak aku sampai ke majlis open house pun masing-masing takyah order khemah, tumpang aje porch orang.
Setakat ni kalau open house, memang Mak Aji je yang nampaknya wakafkan porch dia. Orang lain aku tak nampak lagi.
Lepas ni bisnes khemah kat area rumah mak aku konfem tak berapa nak laku sebab masing-masing willing wakafkan porch masing-masing.
Yang best tu bila kitorang tanya Mak Aji "Ni open house rumah En Samad ke? (jiran belah kanan)"
Mak Aji cakap "Bukan, ni open house rumah peguam (jiran belah kiri). En Samad punya open house next week, dia pakai porch kita gak".
Adehhh.
Dah boleh buat sewa tapak porch camni gayanya.
Apa-apa je lah mak oii, janji bahagia.
Kalau raya kat bandor ni (atau di sesetengah penempatan) memang tak lari la dari open house.
Bukan taknak wujudkan semangat beraya macam kat kampung.
Kalau kat kampung, open house raya dah jadi sangat pelik dipandang orang.
Dorang lebih suka beraya sendiri-sendiri, lebih tenang nak berbual, lebih proper nak bermaafan.
Memang kalau beraya style open house ni nak bermaafan tu macam dah kurang proper, sometimes tak teringat pun nak bermaafan. Masuk rumah, salam, makan, pastu salam nak balik.
Kalau teringat nak bermaafan pun sekadar cakap skrip default "Tima kasih ya jemput kami datang, maaf zahir batin".
Aku pun macam tu gak.
Ada setengah penempatan, kebanyakkan penghuninya suri rumah atau dah pencen.
Masalah masa tu kurang berbanding those yang masih lagi bekerja.
Selalunya lepas isyak, dorang dapat gi beraya rumah jiran-jiran.
Badan tak letih, larat la nak berjalan raya.
Ada sesetengah penempatan yang jiran-jirannya balik rumah pun dah pukul 8 malam.
Walaupun kita yang duduk kat sebelah rumah ni balik pukul 3pm, dah berehat tido segala, kita masih perlu consider jiran yang kepenatan baru balik keje.
Kadang tu bukan dorang tak terima kunjungan, tapi kita pun bekerja jugak, jadi kita faham kepenatan orang bekerja.
Nak lagi kalau kita tau jiran kita tu takde maid.
Entah malam-malam ni la masa dia nak lipat kain, nak basuh baju, nak menyapu, eh tetiba kau datang beraya. Kesian dia.
Hujung minggu, masing-masing pun takde kat rumah.
Dorang pun ada aktiviti lain bersama anak-anak, tak pun gi open house invitation.
So, bila kalanya kita nak berjumpa jiran?
Maka open house lah cara paling sesuai.
Memang lah open house ni nampaknya lebih kepada menjamu orang datang makan je, bukan medium untuk bermaaafan. Tapi sekurang-kurangnya kita bersilaturrahim. Jangan sampai tak kenal jiran.
Ada sesetengah orang anti dengan open house.
Katanya open house ni dah jauh meninggalkan konsep beraya dan bermaafan yang sebenar.
Open house dah macam sambut menantu dengan khemah merelip, dengan ada candy booth, dengan ada door gift.
Diepersoalkan kenapa tak diwujudkan semula beraya macam style kat kampung-kampung, raya dari rumah ke rumah.
Bukan tak boleh.
Boleh sangat.
Kau start la dulu, apesal nak tunggu orang?
Kalau dah nampak trend beraya di bandar tak sama macam di kampung di mana trendnya lebih kepada jemputan open house, maka apa salahnya kita follow the trend?
Takkan la semata-mata nak pertahankan trend beraya yang lama maka kita sanggup tak bersilaturrahim sampai bila-bila?
Nak buat open house ni bukan makna kata kena sewa 3 bijik khemah, pakai catering, kena ada kambing golek segala.
Kita niat nak jamu orang kan.
Kita buat style kita sudah la.
Goreng mihun, buat sandwich, goreng nugget pun namanya open house.
Bukan susah pun sampai nak kena masak nasik impit kuah lodeh bagai.
Kebanyakkan orang lebih prefer buat open house sebab penatnya sekali.
Kadang tu kawan call kata nak datang, kawan ni call kata nak datang, okeh apa dah alang-alang ramai yang acll kata nak datang ni kita buat makan-makan sekaligus. Boleh jemput ramai orang sikit, boleh masak extra sedap sikit.
Cuma kalau buat open house tu nak bersembang ngan tetamu terhad.
Sebab yang datang rumah kita of cos nak jumpa tuan rumah.
Bila dah ramai-ramai tu, tuan rumah pun jadi kalut and serba salah tak dapat layan bersembang dengan semua.
Aku selalu ada perasaan macam ni.
Bila dah selesai open house, aku rasa terkilan pulak tak dapat nak duduk semeja bersembang lama-lama dengan tetamu.
Ye lah kan, tetamu make effort untuk datang.
Ada tu reader yang tak pernah jumpa, datang dari jauh, tiba-tiba datang dapat sembang 10 minit je.
Nasib baik la semua yang pernah datang pun faham keadaan aku yang sibuk melayan tetamu.
Jadi, aku tengah pikirkan, apekah cara paling efektif untuk buat open house dan boleh bersembang ngan semua tetamu.
Sempena August yang special ini, aku lancarkan promo FREE 10 SACHET untk setiap pembelian 1 kotak Ephyra (30 sachet). Harga masih RM197 sekotak tapi dapat extra 10 sachet.
Promo berakhir 31 August 2015.
While stock last.