Ini keadaan rumah arwah nenek Tampin aku.
Macam ni la keadaan dalam rumah dia sekarang.
Ibal snap senyap-senyap baru-baru ni time ikut Mak Aji balik Tampin.
Last week, Mak Aji balik Muar and Tampin, balik beraya jumpa sedara-mara yang masih ada kat Muar. On the way balik Bangi, dorang singgah Tampin nak tengok kubur atuk and Pak Unggal. Lalu depan rumah ni, singgah sekali kebetulan penyewanya ada.
Dah ada peluang tu kan, apa lagi, masuk la.
Aku tak tau la apa perasaan Mak Aji masuk rumah dia tengok dalam rumah lagi teruk dari reban ayam lama nenek aku. Series, aku dulu tukang kemas reban. Reban arwah atuk dulu 2 tingkat. Tingkat atas dijadikan rumah burung merpati, tingkat bawah reban ayam. Tiap pagi and petang (kalau cuti sekolah balik kampung), aku ngan Ima akan bagi makan ayam, jadi kitorang sangat familiar dengan keadaan dalam reban. Reban memang jauh lagi bersih dari keadaan rumah nenek aku sekarang ni.
Tapi aku paham sangat la Mak Aji ngan Pak Aji jenis sangatttttttttttttttttt berbudi bahasa.
Sampaikan rumah dah jadi macam ni pun masih lagi boleh nak bersabar.
Sorry la kalau kena kat aku. Memang aku tabur cukup-cukup depan penyewa ni.
Dah macam rumah hape je aku tengok dari luar.
Yang aku pelik tu ada jugak jenis orang macam ni yang boleh selesa tinggal dalam rumah keliling penuh semak.
Hello! Beruk pun taknak tinggal dalam semak okeh.
Aku sakit hati Mak Aji and Pak Aji tak buat apa-apa.
Sorry la, kalau nak berbudi bahasa pun biarla kena pada tempatnya.
Mak bapak aku ni jenis segan ngan orang sikit, nak cakap pun tapis-tapis sangat.
Dah jadi macam ni depan mata pun masih lagi nak berbudi bahasa?
Apa ingat kita je kena berbahasa?
Jenis tak paham bahasa macam ni, bahasa paling mudah is bahasa tangan je.
Rumah ni dah la rumah lama. Bukan rumah baru.
Alangkan rumah baru pun kalau tak dijaga boleh buruk, apetah lagi rumah dah sedia lama.
Ni rumah Mak Long aku.
Rumah ni duduknya berdepan dengan rumah arwah nenek aku skarang.
Rumah Mak Long ni adelah rumah nenek Mak Aji (moyang aku).
Moyang aku ni adelah mak kepada arwah atuk.
Bila atuk pencen dari keje kat Singapore, dia balik bawak anak bini dia ke kampung, buat rumah depan rumah mak dia.
Ko leh imagine tak berapa punya lama rumah Mak Long aku ni.
Dari zaman moyang aku lagi tau tak rumah ni dah ada.
Tapi rumah ni jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi cantik dari rumah arwah nenek aku sekarang.
Mak Long aku duduk sorang. Perempuan single.
Umur tua dari Mak Aji.
Tapi kederat dia yang tua ni, lagi ok dari kederat penyewa rumah arwah nenek yang lelaki muda tu.
Dah la penyewa tu duduk berkeluarga, patutnya lagi ramai boleh tolong kemas-kemaskan rumah.
Akai ada??
Bukan nak suruh kau beli barang-barang baru untuk rumah nenek aku tu.
Kau kemas je pun dah bagus.
Lagipun kau kan duduk dalam rumah tu sendiri.
Apa yang payahnya kau nak kemas rumah sendiri?
Kalau rasa-rasa biasa duduk dalam keadaan bersepah macam tu, baik kau duduk kat tempat pembuangan sampah je. Dah tentu-tentu kau takyah berkemas.
Rumah ni dulu 'disewa' (read : mengangkang duduk free macamkan rumah tu mak bapak dia punya) oleh adik dia. Bila adik dia blah, dia masuk. So now dia tengah usaha nak settlekan hutang sewa lama adik dia.
Fine.
Tapi, apa kena-mengenanya 'tengah settlekan hutang lama adik' dengan tak boleh kemas rumah?
Ada kaitan tak ko rasa?
Kau nak settlekan hutang adik kau, kau settlelah.
Yang sampai rumah takleh berkemas ni apekejadahnya?
Takde sangkut-paut okeh.
Ni bukan apa.
Ni sebenarnya memang jenis pemalas.
Mentaliti tipikal orang menyewa.
Kalau dah nama menyewa, maknanya rumah tu bukan milik sendiri. Jadi, tak payah la jaga.
Esok-esok dah ada rumah sendiri baru jaga betul-betul.
Sorry to say la, selalunya orang jenis gini memang lambat la nak merasa duduk rumah sendiri.
Alangkan Tuhan bagi yang ni pun kau takleh jaga, apa jaminannya ada harta sendiri nanti kau akan jaga dengan baik?
Aku pun orang berniaga jugak.
Dulu before ada opis, rumah aku ni jugak la aku letak semua stok-stok kit aku.
Tapi takde pulak aku lambakkan semua stok aku tengah-tengah hall rumah, bodoh!
Aku syak dia sebenarnya perlukan stor untuk letak barang-barang niaga dia.
Orang macam ni tak perlukan rumah pun.
Dia boleh tido dalam khemah.
Objektif dia cuma nak letak barang berniaga.
Maka rumah nenek aku lah jadi mangsa.
Aku tak tau camne lagi aku nak aku racun mak bapak aku supaya halau penyewa ni dari rumah tu.
Sakit hati okeh dapat penyewa takde hati perut macam tu.
Kalau ikut mendidih aku ni, aku halau je.
Pedulik apa aku kau ada anak kecik ke apa ke, sometimes kalau nak kesiankan orang pun tengok keadaan jugak la.
Rasanya adelah lebih baik simpan sikit kesian tu untuk orang yang layak.
Jenis manusia tak tau terima kasih macam ni tak layak nak dapat kesian.
Aku just imagine satu hari nanti kalau mak bapak aku dah takde, and Ibal tetiba nak beli rumah lain pulak.
Agak-agak apa kata jiran-jiran kalau rumah Bangi tu aku sewakan kat orang tak berjenis macam tu?
"Kesian rumah Ishak ni, dulu masa orang tuanya ada lagi, tiap pagi dia sapu depan, sampai depan-depan rumah jiran pun habis dia sapunya sekali"
"Anak-anak semua keje besar, tapi rumah mak bapaknya buruk takde sape nak balik tengok-tengokkan"
Aku syak inilah jugak apa jiran-jiran kampung nenek aku dok kata.
Aku berharap Mak Aji terbukak hati untuk tukar nama rumah tu kepada nama aku secepat mungkin.
Senang sikit aku nak buat aktiviti BERSIH, TEBAS, CANTAS, CAMPAK DAN TENDANG kat rumah nenek aku tu.