Dalam setahun, akan ada 1 hari di mana segala-galanya tak menjadi.
Tiba-tiba semua benda huru-hara serentak.
Aku punya hari, adelah hari ni.
Start dari pukul 730am dah nampak bunga-bunga huru-hara.
Mula-mula dapat tau yang shipment E-Slim Burner delay tapi takde ETA bila nak sampai.
Payahnya sebab waktu sana and sini berbeza, jadi nak tak nak kena tunggu jugak balasan email dari dorang. Sebab aku hantar whatsapp tak berespond. Aku syak consolidate shipment sebab selalunya kit-kit aku pun kalau delay masalahnya memang gini jugak la.
Pastu stok Ephyra yang patut sampai hari ni, tak sampai-sampai.
Dah la aku launch promo, sampai kering stok kat tangan aku.
Last delivery katanya pukul 7pm, sampai ke 10pm tak nampak kelibat lori pun.
Esok aku ke Jakarta, hari ni nak tukar duit.
Gi Summit, sekali money changer tutup, boleh?
Dalam banyak-banyak hari, kenapa kau nak kena tutup hari ni??
Nak meredakan ketegangan, pi makan Sushi King.
Kepala dah tune nak makan Tori Karage, Ebi Sushi, Golden Ball and Chicken Cheese Roll.
Tunggu punya tunggu, bendalah yang aku nak tak muncul-muncul kat belt.
Tanya waitress, dia kata jap lagi dorang siapkan.
Hampeh! Sampai ke sudah takde pun. Yang ada Edameme.
Kunyah la Edameme 2 plate.
Macam bangang pulak rasanya masuk Sushi King semata-mata nak kunyah kacang.
Pastu gi carik new Dot Matrix Printer.
Dah semakin banyak delivery, tak mampu nak tulis tangan dah. Kena pakai dot matrix printer.
Kalau boleh guna kaki, dah lama aku guna kaki.
Sekali accessories Dot Matrix tak lengkap pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
Fuhhhh!
Bersabar...sabarrr...sabarrrr.
Agaknya DIA suruh aku berhenti buat keje kot.
Balik rumah, lepas Asar, tolak semua keje, turun dapur, masak.
Segala benda aku nak masak sampai mak mertua aku cakap "Jadi jadi la Diana, nok buat mende masok banyok ngatttt".
Mesti dia panik tengok aku macam nak masak kenduri dia punya level kerajinan.
Ok pastu dah lega.
Now aku tengah menaip sambil makan Twisties.
Relax.
Ni kira ok lagi.
Dulu pernah sekali keadaan macam ni terjadi, aku punya kecewa tu sampai tak boleh keluar airmata, tetiba aku gelak.
Tiba-tiba rasa kelakar semua benda jadi tak betul dengan serentak.
Macam semua benda nak kenakan aku.
Benda tu dibagi kat kita bertubi-tubi sampai kita surrender dan taknak fikir apa dah, terus pi buat keje lain.
Macam tadi bila 'serangan' datang bertubi-tubi, aku usaha sedaya yang boleh untuk selesaikan apa yang boleh diselesaikan.
Tapi memang tak boleh selesai jugak.
Jadi, aku pilih untuk balik awal, mandi, masak. Dah tak kuasa nak pikir and usaha dah. Aku anggap itu semua memang dah ditakdirkan jadi macam tu. Kau cuba ikut mana pun, dia tetap tak berubah.
Dan selalunya, ada perkara baik yang tak disangka-sangka akan datang kepada kita selepas tu.
Selepas kita redha dan berserah.
Betapa Allah nak tunjuk kat kita, setiap perkara yang hebat dan 'mahal' itu ada harga yang ditetapkan oleh penjualnya.
Kalau ikut hukum manusia pun mana lojiknya kita suka-suka hati bayar dengan harga rendah untuk dapatkan sesuatu yang mahal, betul tak?
Tu baru sikit. Tapi tu pun aku dah menghempas-hempas. Apa nak jadik la...astaghfirullahalazim.
Ni masalah yang paling aku takut sekali, E-Slim Burner.
Kepada yang dah buat payment, aku dah ready email untuk di blast esok, baca dan fahamkan ya.
Cuma aku nak mintak, tolong lah stop bayar untuk E-Slim Burner ni.
Padahal aku dah disable order, tapi ada jugak yang tau nombor akaun terus masukkan payment.
Aduiii, pening aku.
Bukan apa, barangnya takde dikkkk.
Jangan lah buat aku gelabah beruk. Beruk pun tak gelabah macam ni.
E-Slim Burner ni aku start publish on 22 July, malam.
On 24th aku dah terpaksa disable order sebab stok dah memang habis.
Sejak 14 hari lepas, cuma 2 hari je aku enable order E-Slim Burner tapi sebanyak 1002 order paid. Tu tak kira ada yang order 3-4 botol sekaligus. Mujur tak crash website aku. Kalau tak, satu hal.
Padahal aku bawak masuk stok 1000 botol tapi datang in batches.
Boleh imagine tak berapa ratus order sedang queue now?
Kang kalau aku cakap kang orang kata aku berdalih-dalih, ni meh aku tunjuk rekod terus.
Pastu bila aku bukak pre-order, mencanak-canak buat payment.
Lagi la aku huru-hara.
Aku disable order bukan sebab aku jaki korang order, tapi sebab aku taknak bila jadi kes-kes shipment sangkut macam ni, kang korang gak kejar aku.
Kalau customer Biotech aku tu lain.
Kalaupun order dia nilai RM100K delay sampai 3 bulan, takde hal. Sebab customer cuma sorang. Senang nak handle.
E-Slim Burner ni customernya ramai.
Jenuh aku nak menjawab nanti.
Esok ya, aku blast email.
Baca.
Dah, nak pack baju.