2015-07-23

Raya 2015


Memandangkan sejak Selasa lepas aku aktif ber-FB disebabkan bercuti raya, sampai terlupa blog tak update. Sebab hari-hari pun update FB, so macam malas la pulak nak cerita kat blog sebab FB status aku pun dah macam satu entry blog jugak.

Ok cerita raya 2015.
Tapi sebelum tu, nak bagitau yang aku dah pun launched E-Slim Burner Weight Loss Capsule kat website www.fleurbymrshim.com.



Produk ni sebenarnya aku park under XZIZ Biotech Sdn Bhd sebab ini RnD product.
Tapi sebab ni product untuk orang awam, aku pun dah jadi confuse kat mana sebenarnya aku nak letak product ni. The best is, letakkan kat website ni dulu. Sesiapa yang berminat boleh order kat situ. Aku takleh cerita panjang pasal produk ni kat sini, kena cerita kat entry yang lain.

Klik sini untuk order.

Ok, raya.

Kitorang balik Selasa lepas, pukul 3pm macam tu gerak dari rumah.
Plan asal nak balik lepas berbuka, tapi aku hasut En Wan ambik half day sebab kalau balik lepas berbuka jawabnya letih dan sleepy.
Nanti bila dah mengantuk, mula lah Hamba Allah tu speed macam nak gila sebab nak cepat sampai rumah. Nama dia nak benti memang tak la. So, aku paksa dia ambik half day.

Mujur la jugak gerak siang, rupanya ramai yang stuck dalam jem bila balik lepas berbuka, termasuklah adik aku, Ibal.
Bukan la kata jem tak bergerak, tapi slow traffic.
Itupun siang hari tu sampai kat Gombak dah slow. Smart Tag pun queue okeh.
Traffic banyak sehingga exit Bentong, pastu baru En Wan speed 160 all the way.
Wah, kemain tekan lagi laki aku bawak kereta, macam nak tembus pedal tu dia henyak.
Bila aku suruh slow sikit, dia kata ni tengah naik bukit la, kereta belakang laju la, jalan lurus la, macam-macam kepandaian dia.
Kita tunggu je la saman hujung bulan kan.
Nanti time aku bagitau ada saman, time tu la penyakit pekak dia sampai. Dia wat dekkkk je.



Sempat sampai sebelum berbuka!

Zasssss pergi town Manir.
Orang punyalah ramai kat Pasar Ramadhan ni. Well, Manir. Mana pernah takde orang.
Yang aku heran tu, kalau bukan musim raya pun pasar Manir sentiasa ada orang. Sesak pulak tu.
En Wan kata orang Manir semua dah jadi pemalas masak.

Bukan aku yang cakap ya, En Wan yang cakap.

Ikan tilapia yang kitorang beli ni boleh dikatakan murah.
Besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tapi harga cuma RM12 je.
2 kali kitorang pi beli ikan bakar kat sini. Sedap pun sedap.



Tak sah masuk Manir tak beli ayam golek.
Orang kata ayam golek Manir paling sedap. Tapi aku tasa biasa je. Maybe aku ni bangsa apa pun sebat. Yang klaka tu cara dia grading-kan ayam tu special - Ayam Bapok (bapak ya, bukan bapuk), Ayam Mok, Ayam Tok'Ki. Ayam Awang ngan Ayam Mek je belum ada lagi.


3 hari berturut-turut beli ABC ni.
Special, dalam bekas plastik terus.


ABC akak ni tak lokek lansung.
Susu manis cukup, sirap cukup, gula kabung banyak, sagu, jelly, jagung semua banyak.
Siap ada 2 scoop eskrim and choc rice.
Satu bekas tupperware.
Cuma RM5!
Aku macam nak je tanya "Ni buleh untung ke tak ni letak RM5?"
Macam murah nau. Tak sampai hati aku nak mintak tawar.
Memang tetiap hari laki aku pi beli. Puas hati!


Padahal dah makan nasik, ayam golek, ikan bakor, ABC semua cukup, tapi lepas isyak aku ajak ajak En Wan gi AnW.
Perut lembu pun surrender ngan aku.
Aku tak tau la apesal, kat Subang Jaya tu ada je AnW, tapi tak pernah teringin nak pi cari.
Asal balik Tganu je, mesti aku nak pi AnW. Padahal AnW ni jauh dari rumah mak aku okeh.

Macam biasa, 2 hotdog with cheese, and large Root Beer with double scoop ice cream.
Tu bukan share ya, tu aku punya sorang.
Kau nak, kau order lain.
Konsep dia gitu kalau masuk AnW.



Duyung jantan.
Spesis tua.
Berminat?

Lepas AnW, gi lepak kedai Kak Long jap.
Kak Long suruh datang ambik daging la apa la untuk bawak balik ke mak for masak-masak malam raya.
Aku up gambar ni kat FB, ada orang tanya apa benda yang dalam bekas kaler-kaler tu.
Yang tu sabun basuh ala-ala Dynamo.
Kat KL pun ada jual tapi aku tak pernah ambik tau pun. Ni pun Kak Long yang bagitau. Kak Long reseller kat KT, so dia bagi aku satu try. Ada aku bawak balik, kaler oren.
Mak kata wangi, entah, aku pun tak try lagi. Tapi murah. Boleh la, try dulu. Kalau ok, boleh la sambung beli. 

Kak Long En Wan bukak kedai baju budak-budak.
Bukan baju branded, just baju-baju biasa je. Boleh la nak pakai basahan duduk rumah.
Ada yang cantik boleh juga kalau nak bawak berjalan-jalan.
Dia pemborong bahagian Pantai Timur, so market dia lebih kepada wholesale, cuma kalau nak beli retail pun boleh.
Tak mahal mana, average dalam RM6-9 sehelai.



Misi sebenor-benornya adelah ini. Beli kipas.
Tganu gila bapak punya panas berdenting!
Tu cara-cara aku tidur bilik bawah. Kalau tido bilik En Wan mampus garing aku dalam bilik.
Mak mertua aku siap letakkan 2 bijik kipas lagi dalam bilik pun cannot gi also.
Kipas pun kipas lama kan, jarang guna pulak tu, so dia punya speed tu pun takat hembus-hembus je.
Kalau takat sejuk hembus-hembus ni jawabnya berlendir la aku tido malam.
So aku ajak En Wan carik kipas malam tu gak.
Nak beli air cooler macam melampau sangat. Tak payah nak feeling Kate Middleton sangat ya. Kipas je cukup.

Malam tu dapatlah jugak aku tido nyenyak. Boleh tahan sejuk.
Tu pun aku talakan kipas tu betul-betul depan muka.



Esoknya, Rabu, teman En Wan nak carik songkok.
Tapi masuk Mydin dulu, sebab aku nak carik makanan kerana aku dah raya pagi tu.
Aku ni dah banyak tahun asik la raya awal.

Baru aku tau dalam Mydin Gong Badak tu pun ada AnW, Ok pasni takyah masuk town dah. Masuk Mydin je.
Sempat la timbang berat badan, 49kg.
Finally, after so many years barulah berjaya cecah 49kg. Tu pun tak dapat cecah berat asal. Tapi takpelah, umur pun dah 38, metabolisme memang dah kelaut. Mencekik kemain laju, pastu ada hati nak body cam Fazura. Lempang mau?

Kalau nak kata adekah aku berjaya kecikkan sikit badan sebab makan E-Slim Burner, aku rasa yes.
Sebab aku tak exercise pun, apetah lagi diet.
Pernah tak aku cerita aku berdiet? Tak pernah kan?
Hari-hari aku cerita kat FB aku mentekedarah macam-macam kan?
Alhamdulillah la, nampaknya pill ni berkesan kat aku. Kat orang lain wallahualam, boleh la try kalau nak.
Cuma proses aku nak mengecut tu lambat sikit sebab aku tak benti-benti dengan makan.
Kalau orang yang rajin diet maybe proses pengecutan tu laju sikit.

Jeans yang aku pakai dalam gamba ni adelah jeans lama aku, Giordano, size 25.
One thing about E-Slim Burner ni yang aku perasan, dia tak bagi kau kurus lembik.
Maksudnya kau jangan expect kau jadi skinny.
Tapi dia lebih kepada kikis lemak-lemak di kawasan yang obvious.
Macam aku, kaki aku maintain, tak mengecut pun.
Tapi pinggang aku kurang 2 inch.
Muka pun dah tak berapa nak loyang sangat macam dulu. Ada la sikit-sikit lagi. Takpelah, tu trademark. Biarkan.

Tapi taknak cerita panjang kat sini la, nanti aku buat entry lain pasal ni.




Kids and bungapi memang takleh dipisahkan.
Tahun ni En Wan sponsor bungapi.
Memang dia la yang kena sponsor kan sebab anak dia je yang masih main bungapi.
Anak orang lain semua dah besar.
Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai tu yang kecik ke, yang besar ke, semua pun sama naik main bungapi. Kecik besor kecik besor je aku tengokkan. Nak lagi sebab main tepi kereta aku.

Kitorang spent RM100 untuk bungapi.
Sampai sekarang ada lagi tak abis-abis.
Sambung main time Deepavali sok.







Rabu malam, kitorang buka puasa ramai-ramai. Penuh rumah mak dengan anak-anak dah balik, pastu panggil mak nombor 2 join sekali. Aku to the left to the left la kan, takkan nak join sekali. Kau bukannya puasa. Makan kendian-kendian sudeyyy.

Paling best balik raya kali ni adelah apabila Astro takleh guna!!!
Memang feel gila okeh. Sampai sangap aku dibuatnya dek kerana terlampau feel.
Dah la internet kelajuannya menyamai kuasa siput babi, Astro lak takleh guna.
Outdoor and indoor aerial pun out!
Gila punya malapetaka hoih.

So nak buat apa skarang ni?
Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau.

Seb baik En Wan bawak balik DVD player. Nak dijadikan cerita, kat Pasar Ramadhan ada orang jual DVD lak tu. Belasah la beli cerita apa pun janji tak sangap malam raya.

Petang tengok Manisnya Cinta di Capocodea (bedal lah tajuk apa pun, malas aku nak gugel).
Sweetttttt cerita dia.
Angau kejap aku ngan Shaheizy Sam.
Malam raya pasang Pilot Cafe.
Ok yang ni memang menyesal aku tengok! Menyesal gila! And aku taknak ulang tengok dah citer ni.
Sebab sad ending.
Dah la malam raya, sekali tengok cerita sedih. Punah semangat raya aku.
Terus takleh tido, maka aku menggosok baju dan melangut sampai 2 pagi.

Series citer Pilot Cafe tu sedih la.
Aku pantang betul kalau hero hensem tak dapat kawen ngan awek.
Kalau nak buat ending macam ni tolong la pakai hero yang tak hensem.
Pastu kau nak matikan hero pun lantaklah, aku tak kisah.
Ni tak.
Dah la kau letak hero hensem, tapi sad ending.
Ya, aku tau muka hensem tak semestinya bahagia selalu tapi pi mampus la kan, aku tak kira, Hero hensem mesti happy ending!.
Farkyew.






Menu pagi raya tahun ni - pulut kuning, rendang daging, lemang, serunding, and ketupat palas berinti sambal ikan. Untuk tekak jawa macam aku, makanan ni semua kurang feel-nya. Tapi nasib baik jugak tekak aku ni bangsa bedal apa pun janji sedap, so takde masalah. Cuma kalau dapat lodeh ngan ketupat nasik memang lagi heaven la kan.

Masing-masing masa ni saling meng-whatsapp gamba menu pagi raya.
Mak Aji whatsapp gamba ketupat nasik, lodeh, rendang, kuah kacang.
Ibal whatsapp nasik dagang.
Aku whatsapp nasik kunyit ni.
Ima je tak whatsapp sebab dia tengah blow kat Senggarang, rupanya banyak parts of Johor takde air raya pertama eh? Hahahahahaha. Eh.


 Dia sorang je ada gambar berdua ngan nenek. Orang lain takde.
Nampak nau harta nenek esok dapat kat sape. Mbahahahahaha.



Dalam pada aku memekak takde baju raya tu kan, rupanya ada jugak baju kurung lama ni dalam lemari, yang ada tempias watrna teal. Boleh la, sarung je la kan, janji ada sikit sama kaler.
Pastu every rumah aku pergi semua tegur baju aku "Eh cantiknya kaler baju".
Oh really? Hahahha.

Ada hikmah rupanya baju raya tak siap.
Rupanya baju ni lebih sesuai dipakai time raya.
Maka, raya tahun ni paling lejen.
Baju raya tahun lepas punya.
Shawl pulak dibeli 2-3 tahun lepas.
Takde orang perasan. Ok settle.
Tahun depan boleh buat gini lagi. Jimat.