2015-07-24

Raya 2015 - 2



Inilah gamba raya paling semenggah semenjak aku lahirkan Redza.
Selama ni memang tak cukup korum, kalau cukup pun, takde yang senonoh. Yang sorang menonggeng, yang sorang tertangkup, kejap lagi yang sorang buat muka mintak gena gonyoh ngan aku.
Kali ni, agaknya Redza ada mood nak bergamba, jadi segalanya menjadi cantik (agak cantik dari biasa).

Lepas salam-salam raya, semua pun keluar pi beraya,
Sorang tak teringat nak ambik gamba satu famili besar. Dah beraya 2 buah rumah baru masing-masing teringat nak ambik gamba keluarga. Jawabnya, memang tak lah!
Dengan anak-anak aku yang dah berlendir berbaju melayu setengah hari, sorry, next year je lah ya.



Rumah pertama - rumah mak nombor 2.
Rumah ni tetiap tahun menu memang sama - nasik dagang.
Sebab tu mak aku tak buat nasik dagang time raya, samada nasik minyak atau nasik apa-apa je lah janji bukan nasik dagang sebab kat rumah mak nombor 2 dah tentu-tentu kena makan nasik dagang.

Disebabkan raya jatuh hari Jumaat, jadi sempat beraya 2 rumah je pagi tu.
Aku pun suka gak sebab malam semalamnya kan aku melanguk sampai kul 2 pagi, jadi pagi raya tu aku mengantuk sangat. Pulak tu lepas pekena nasik dagang ngan lontong, memang sedap kalau dapat membuta.

Entah bila En Wan gi masjid, tau-tau aku tersedar dia dah balik dari masjid dah.
Gila lama aku membongkang dalam bilik.
Bangun-bangun, tengok rumah senyap sepi.
Tanya En Wan makan pegi yang lain? Anak-anak aku pun takde ni.
En Wan cakap dorang semua sambung beraya.
Great!
Sambung tido.


Family En Wan


Dan sehingga ke malam, begitulah saja raya pertama aku.
Dipenuhi dengan aktiviti membuta berjemaah ngan laki.
Bangun, gi dapur, sambung makan pulut kuning, pastu sambung tido balik.

Series, 1 Syawal aku marathon membuta ngan En Wan.
Qada' tido namanya.
Sejak 1 Ramadhan memang tak cukup tido. Biasa la kan, kalau bulan puasa ni jadual kita lari sikit dari biasa. Bangun awal, tido lambat.
Apa lagiiiii, hari raya kita raikanlah suasana tenang dalam rumah dengan tido sepuas-puasnya.



Raya kedua, pagi.
En Wan ajak beraya rumah member se-Jepun dia (gambar).
Pastu gi beraya ke rumah kawan-kawan sekolah menengah dia pulak.

Selama aku kawen ngan En Wan, baru tahun ni lah dia beraya ke rumah kawan-kawan skolah dia.
Selama ni kalau hari raya, hanya beraya ke rumah sedara-mara je.
Sampai aku pelik laki aku ni kera sumbang ke hape time skolah dulu. Sebab aku tak penah nampak yang dia ni ada kawan kat kampung.

Aku pun takde la beraya pun ke rumah kawan-kawan skolah aku, tapi kalau aku buat open house, kawan-kawan aku datang. Kadang tu, kalau ada sesape kawen kat Bangi, memang kitorang berjumpa, so En Wan tau aku memang ada kawan skolah.
Tapi dia, haram!

Menjak tahun ni dia berjumpa balik ngan member-member sekolah kat FB/whatsapp, barulah aku nampak yang dia ni ada kawan rupanya.



Kejap je beraya kat KT, memang selalunya, lepas Zohor raya kedua, kitorang akan gerak balik PH semula. Sebenarnya nak mengelakkan jem. Aku memang takleh tolerate ngan jem balik beraya ni. Dah la sepanjang jalan memangku Panglima ni. Kau ingat dia ni berat 7 kilo?? 17 kilo okeh.
Mujur tak jem. Kalau jem, merekah tulang tongkeng aku meriba dia ni.

Alhamdulillah jugak kali ni benti isi minyak kar RnR, tak ramai orang.
Kalau tak, memang hazab menunggu,
Yang si LPT 2 ni pun satu, patutnya bila hiway tu bukak, pastikan at least ada 1 petrol station dibukak sama. Ni tak. Kalau dari KL ke Tganu tu, last petrol station kat Gambang. Just imagine dari Gambang tu nak ke KT, takde petrol station dah. Dibuatnya jem? Minyak apa pulak aku nak sumbatkan dalam tank. Ludah boleh? Ramai-ramai diri tepi tank, ludah.

Selalunya time raya-raya ni, RnR toksah kata nak pakai toilet, nak solat pun kena beratur panjang.
Dibuatnya time tu perut aku membuak-buak, ce cite mana aku nak halakan bontot aku agak-agak?
Ni lagi ngeri okeh. Selisih.
Cukup takut aku kalau time jem time tu la bontot nak terbohoi. Memang berpeluh wei.

Gerak dari Mnair 2pm, sampai Gombak 5.30pm.
Balik rumah, basuh baju satu round dulu, simpan apa yang patut. Salin baju baru masuk dalam beg, gitu gini gitu gini, kul 930pm jugak gerak ke Bangi.
Bagus Bangi. Tak jem lansung!
Boleh main galah panjang tengah-tengah hiway.




Esok pagi, aku, Ima and Mak Aji dah bersoseh kat dapur masak sambal goreng, lodeh, nasik impit, buat nasik tomato, goreng ayam, bla bla bla...macam baru nak raya pertama!

Kesian Mak Aji, tahun ni semua anak-anak giliran balik rumah mertua, so pagi raya dia tak beria sangat sediakan makanan. Tunggu semua anak-anak balik baru dia masak.
Aku memang mintak adik-adik Mak Aji datang kumpul on 3rd raya sebab aku and Ima dah balik, so boleh kumpul sama-sama. Thats why 3rd raya kitorang dah macam malam raya. Baru nak masak semua benda.


Cousin aku punya anak, nama dia Sofea Khadija.
Tapi aku panggil dia Piah.


Nak tengok muka bapak dia?
Tu yang arwah atuk riba tu, bapak dia la tu.
Muka photostate sangat ngan anak kan?



Kitorang nak copy balik gambar time kecik tadi, tapi Ibal takde, pastu atuk pun dah takde, so buat la dengan apa yang ada je. Dah la sorang-sorang badan macam dipam-pam kan, kaki masing-masing menjulur panjangnya, dah tak muat nak cramp-kan satu sofa.


Kali ni cousin belah Mak Aji di Malaysia je. Yang Singapore tak turun KL tahun ni.


Disebabkan salam raya pada hari raya ketiga, jadi beraya ngan nenek pakai baju basahan je lah.


 Geng Vape duduk luar.


Dah macam nenek-nenek sangat aku ni pantang nampak baby nak pegang.
Nenek-nenek je perangai camni.

Raya keompek, kitorang round beraya di rumah makcik makcik yang berhampiran, sekitar Bangi and Kajang.

Rumah adik Pak Aji


Rumah adik Pak Aji


Rumah Ibu and Ayah yang jaga aku time kecik.


Amacam?

Jangan susah-susah nak pakai seluar siap bersampin bagai kalau takat nak bergambar.
Kitorang ambik gambar ni malam tau tak.
Semata-mata nak bergamba sefamili je.
En Wan pulak dah get ready nak balik PH, aku paksa dia pakai jugak baju Melayu, seluar dah masuk dalam plastik baju kotor. Jadi kita main trick je la nak bergamba punya pasal.
Terpaksa la riba aku nak kasik cover seluar 3 quarter dia tu.
Nampak ok gak buat trick camni.
Aku rasa pembaca berita kat TV tu pun buat camni kot.


Kesian Pak Aji, balik dari surau kena paksa ngan aku pakai sampin bagai.
Cam real je padahal dalam jubah tu masing-masing pakai seluar tido.



Ok ni pengumuman penting.
Aku launch E-Slim Burner ni semalam.
Dan rupanya semalam jugak stok di tangan dah habis.
Memang aku bawak masuk stok 1000 tapi principal shipped out in a few batches untuk memudahkan urusan kastam. Kalau banyak-banyak ni selalunya leceh sikit cerita dia.
Tak sangka pulak stok kat tangan tak cukup.
Jadi, ada yang dah pun dapat respond delivery the rest akan dibuat dalam masa 2 minggu, tapi aku dah cuba expedite shipment, harap-harap dalam masa seminggu sampai.
Yang dah terima tracking number, first batch delivery dah pun released pagi tadi.

Tu satu.

Yang keduanya, ramai yang masih belum dapat respond walaupun bayaran dan dibuat.
Again, aku nak bagitau, payment checking hanya aku sorang je yang authorized password token bank account syarikat, jadi aku sorang je yang akan check payment.
Harap sangat kalau korang dapat bagi aku masa untuk check semua payment, satu-satu.
Im trying my best sebab aku pun dah sama-sama cuak dah ni sebenarnya tapi cuba untuk act cool.

Admin masih lagi clearkan enquiry semalam, hari ni punya setakat 2pm tadi ada 265 masih belum start check pun sebab semalam punya tak abis lagi.
Yes, aku faham semua risau tak dapat respond sebab duit dah masuk.
Sorry sangat, aku pun tak jangka respond dia macam ni.

Cuba jugak untuk check spam folder sebab ada antaranya yang kita dah respond tapi pastu mausk balik email tanya status payment.
Please check spam folder sekali ya.

SORRY AGAIN.