2015-06-27

Acah-acah feeling ada Bodyshop


Kejap je dah masuk 10 hari puasa kan?
Tau-tau je kang tinggal lagi seminggu nak raya.
Aku bajet minggu ni orang ramai dok keluar shopping baju raya sebab semua dah gaji.
Seb baik tahun ni aku takyah beli baju raya. Semua pun aku sebat jubah label sendiri. Senang keje aku.

Kasut raya memang takyah la. Kalau beraya kat kampung tu lagi senang pakai selipar je sebab tak sempat nak sarung kasut. Ada 20 bijik rumah nak kena singgah. Kang tanggal sarung tanggal sarung, tak pasal melecet kulit kaki aku. Baik sarung selipar je. Dulu time kecik concern ni semua benda nak baru. Nak baju baru, nak kasut baru. Perasankan diri ini sentiasa diperhati. Macamkan ramai nau nak kelebet baju kasut aku segala.

Bila dah tua-tua ni, nak angkut henbeg pi beraya pun malas. Kalau tak kerana dalam henbeg tu ada sampul raya, memang aku takkan bawak henbeg. Melenggang lebih baik. Nak lagi kalau kat kampung-kampung ni kan, tak sempat de orang nak kelebet baju henbeg kasut kau. Orang kampung kalau beraya fokusnya nak jumpa sedara-mara. Takde dia kisahnya kau pakai baju merelip ke tak. Kadang-kadang kita rasa nak pakai tema merelip vogue the vass, tapi bila berada dalam kelompok mereka yang pakai biasa-biasa, kita jadi segan nak nampak outstanding. Dah macam hape je semua pakai biasa-biasa, tetiba kita sorang beria baju glamour.

Beza betul kalau beraya kat bandar, apetah lagi nak attend open house kawan-kawan.
Dah mengalahkan retis sorang-sorang punya baju.
Baju dah penuh batu delima pun rasa tak cukup merelip, terasa nak pakai crown pulak. Aduiii, takpelah, masing-masing punya citarasa.



Ni citarasa aku bulan puasa tahun ni.
Sape yang penah gi Madinah/Mekah mesti penah minum jus-jus ni.
Jus-jus ni bersepah-sepah kat Madinah and Mekah.
Aku masa pi umrah dulu kemain eksen kejap-kejap nak minum jus.
Sebab murah. Dah lah murah, sedap gila lak tu.

Ada satu kedai Arab kat Seksyen 7 Bangi jual jus ni.
Aku kirim kat Ibal belikan 5 botol untuk aku buat berbuka puasa.
Sakit ati pulak aku membayangkan beli air buah kat pasar Ramadhan. Kadang-kadang tu harapkan kaler je macam rainbow. Kemain meriah kaler. Tapi rasa dia macam air putih jugak la takde beza. Jadi, sebelum aku mencarur-carut tak tentu hala di bulan mulia, baik lah aku beli siap-siap jus yang memang sah-sah menepati selera tekak aku.

Jus ni yang paling sedap is perasa mangga.
Aku carik gak oren + carrot jus tapi takde. Maybe dah habis, or maybe memang betul-betul takde.
Murah je harga jus-jus ni, aku beli 5 botol dalam RM20 gitu.
Harga berbeza-beza, tapi murah sangat.
Yang jus epal tu abis kat Redza sorang. Now tinggal 2 botol.
Next week nak pi Bangi beli lagi.



Khamis lepas mata aku dah jadi makin teruk.
Aku dah terasa mata aku pedih menjak Selasa lagi, tapi aku ingatkan aku tak cukup tido sebab Isnin and Selasa tu aku tido pukul 1230malam, bangkit 3.30am. Siang pun tak tido. Jadi aku suspect mata aku ni sebenarnya mengantuk. Badan pun memang terasa lemau tapi sebab aku banyak sangat keje jadi aku gagahkan jugak diri.

Khamis, aku ada appointment kat lab.
Masa ni aku dah terasa mata sakit and tak boleh terkena cahaya.
Aku tak terasa ni sejenis sakit mata sebab selalunya kalau sakit mata ni ada discharge (taik mata).
Tapi aku clear, just pedih, merah and sensitif to lights.
Still, aku rasa ni punca tak cukup tido, lagipun kepala aku time ni dah weng weng sikit, meyakinkan lagi teori yang aku tak cukup tido.

Tapi takpelah, gi jugak keje.




Cantik tak botol-botol ni?
Ni catalogue botol yang lab dapat baru-baru ni.
Tak.
Aku tak buat product sendiri.
Bisnes yang aku tengah run ni pun dah tak terkejar nak handle.
Tapi aku ada dapat offer untuk siapkan product for orang lain.
Jadi hari tu kat lab aku ralit memilih botol. Cantik-cantikkkkkkk botol-botol ni.
Tapi yang cantik memang harganya pun mahal.
Botol je dah cost berbelas. Tak dapek la nak jual produk seketul RM60-70 kalau harga botol je dah mahal macam ni kan. Tapi kalau marketable, why not?

Ada sesapa berani nak mintak company aku producekan product?
Jangan risau, tak mati punya. Aku adunkan dengan kasih sayang. Mbahhahahaa.



Yes, E-Slim Burner dah sampai.
Tapi, aku perlukan sikit masa lagi sebelum aku release sebab we all nak tukar sikit sticker dia untuk sesuaikan dengan pasaran Malaysia.
Wah, suka-suka aku je kan nak tukar sticker orang.
Tapi takpe, Dr Azhar ok je ngan aku.
Yang aku kotakkan E-Slim Burner tu adelah sticker baru. Tapi sticker masih dalam proses pembikinan.
Aku tau ramai yang tunggu E-Slim Burner ni.
Insyallah, bersabar sayang. Aku tak mo rush-rush sebab ini product orang. Bila dia dah beri kepercayaan untuk aku carry his brand, aku kena buat betul-betul. Takleh tangkap muat je. Aku akan release jugak kat blog nanti, bersabar ya?

Nampak tak conical flask kat sebelah E-Slim Burner tu?
Haaaaaaa....tu namanya acah-acah habiskan masa terluang maka terhasillah objek yang dinamakan sabun. Sabun ala-ala Body Shop konsepnya - sabun aromaterapi.
Belum terfikir untuk jual, cuma nak pakai sendiri.
Sendiri buat sendiri pakai. Syok sendiri namanya ni.



Tadaa!!!!!!

Ni lah hasilnya, sabun aromaterapi.
Sebab tu aku kurang mencarut kat blog skarang sebab aku pakai sabun yang menghilangkan rasa nak mencarut. Gitu.

Yang ni agarwood (kayu gaharu).
Belum start pakai lagi.
Aku tunggu perasa Levander yang aku pakai ni habis, pastu nak try pulak kayu gaharu.

Aku berangan sebenarnya nak bukak kedai berkonsepkan BodyShop.
Cuba tengok.
BodyShop tu produk-produk dia bukannya kritikal sangat pun.
Tapi ramai je orang beli termasuklah aku.
Sebab dia punya konsep adelah wangi, colorful and semulajadi.
Orang skarang kan suka benda-benda macam ni, yang cantik, yang cute, yang wangi.
So aku pun berangan la jugak nak buat camtu. Tapi buat suka-suka je la kat lab.
Belum terfikir nak buat untuk label sendiri.



Petang tu balik rumah tengah sibuk memasak kat dapur, mata aku dah jadi makin berbisa.
Aku makin takleh mengadap cahaya.
Tapi, masih lagi takde discharge apa-apa. Wadehek kah ini???

Pink kan bibir aku?
Gunalah Ephyra.
Kah Kah Kah. Sempat lagi promo.



Kemuncaknya adelah Subuh.
Terpaksa solat dalam gelap sebab lansung takleh terkena cahaya dah.
Just imagine, pukul 545am kau solat dalam gelap hanya nampak alunan gerakkan telekung je dalam gelap tu. Dah la kulit tak berapa nak terang, kalau terang tu tahan lah lagi nampak gak warna kulit kan.

Esok pagi tu aku pegi gak appointment sebab malas nak cancel.
Bawak kereta 40km/hr okeh.
Sebab aku bukak lens belah kanan, tinggalkan belah kiri je.
Dah la power mata aku 700. Tambah lagi dengan sakit mata takleh kena cahaya, memang hazab betul bawak kereta. Rasa nak lalu kat lorong kecemasan je.

Jumpa dokter, dokter kata ni adelah sejenis sakit mata.
Cuma bukan sakit mata yang biasa tapi ni rapid stress pada mata.
Mungkin aku cuma tido 3 jam selama 3 hari berturut-turut, maksudnya aku pakai lens selama 21 jam.
Tu pasal jadi camni.
Tapi alhamdulillah, semalam jumpa dokter, dia dah bagi ubat semua, today aku dah boleh mengadap komputer dengan selesanya. Siap tulis blog bagai.
Semalam, hadap komputer dengan pakai spek itam kau. Padaiyappa tengok aku pun boleh gostan balik.




Rumah aku dah macam kilang baju.
Kotak-kotak Ephyra tu adelah kotak-kotak berisi baju kurung Koleksi Raya Fleur by Mrs Him.
En Wan dah pasrah je tengok rumah dia dah rupa kilang.
Kilang dia pun lagi senonoh dari rumah sendiri.

"Di, pi bukak kedai la Di. Kalau dah macam ni gayanya"

Tak kuasa!
Aku enjoy jual macam ni.
Nanti kalau bukak butik, nak kena bayar sewa mahal, baju pun terpaksa jadi mahal.
Tunggu la dulu. Not now.
Masih boleh handle lagi ni.
Mata aku masih larat lagi tengok lambakan baju camni.

So, kurung raya ada 6 jenis. Kali ni takde size XXL, tapi ada size XS. Jadi untuk kurung size range dari XS-XL.
Nursing frendly, wudhu' friendly.
Kain satin Roberto Cavalli with lace. Ni bukan lace keras ya, ni lace yang sangat lembutttttt. Tak caya gi tanya model ni.
Aku launch esok.
Hari ni kasik korang tengok gamba dulu. Pilih dulu.
Esok bila aku release, laju-laju order ya.





Oh yes, promosi Ephyra with 20 sachets masih berbaki 3 hari lagi. Tarikh tutup 30 June.