2015-06-18

Kes bully or sindrom malas?


Selamat berpuasa to all readers and frens!

Hari ni aku bersilat sorang-sorang kat dapur sebab mak mertua aku ke Kota Kinabalu jenguk cucu.
Everytime mak mertua aku takde, ni la yang paling aku risau - Rayyan akan demam.
Ni pun dah hawa-hawa dedar je badan dia.
Ada harapan esok aku tersadai kat rumah takleh gi mana-mana ni.

Bibik?

Eh, aku mana ada bibik.
Aku dah 3 bulan tak pakai bibik menjak bibik aku tak dapat balik Malaysia sebab permit takleh buat.
Kan bibik aku balik Jakarta bulan Feb hari tu.
Sebab ada benda nak settle ngan laki dia.
Apa ntah masalahnya, aku pun tak faham sangat. Kalau En Wan tu lebih faham kot sebab dia yang uruskan semua. Lepas 2 minggu bibik tu nak datang balik macam plan asal tapi permit takleh buat. Mana-mana pun sekarang ada masalah permit maid.
Kesian dia tak dapat datang. Dah la konfiden je dia tinggalkan banyak baju-baju dia kat sini. Dah satu hal aku takleh kemas bilik bawah tu sebab penuh ngan barang-barang dia je. Luckily ada bibik jiran aku yang sekampung ngan dia nak balik raya, bibik tu la jadi mangsa kena bawak balik barang bibik aku ni.

Alhamdulillah, setelah terbiasa dengan bibik sejak Redza umur 40 hari, aku boleh survive rupanya hidup tanpa bibik. Unsangkarable!
Tapi takle 100% bebas dari bantuan maid.
Aku ambik weekly maid, tiap hari Jemahat, weekly maid akan datang kemas-kemas, mop, vacuum, mengelap tingkap, kipas, cabinet, basuh porch, cuci toilet, trim pokok pun boleh.
Jadi, keje aku cuma kemas-kemas lebih kurang and memasak.
Mak tolong basuhkan baju and melipat sebab dia bosan takde buat apa.

Hari-hari biasa tu takde banyak beza sebab selama ni pun memang aku yang masak.
Tapi Ramadhan pertama ni memang bersilat jugak la.
Kalau bulan tak puasa tu, boleh gak masak kul 6.30pm, makan pukul 8.30pm pun ok lagi.
Tapi hari ni aku balik pukul 3pm, punyalah takut tak sempat masak.
Tapi bila sampai rumah, eh macam awal sangat pulak. Tido dulu sampai pukul 4pm.
Padahal nak masak nasik ayam je pun, glabah lebih.

Ok, ni aku nak tanya korang.
Korang pernah tak berdepan dengan masalah tetiba anak korang taknak gi skolah.
Dah 3 hari ni Rayyan menangis-nangis bila nak pakaikan baju sekolah.
Berjurai-jurai airmata. Pelik. Sebab selama ni takde masalah, dia suka sangat pegi skolah. Enjoy je.
Aku dah perasan lama dah, menjak belum cuti sekolah lagi dia dah start merengek taknak pi skolah.
Bila tanya apesal taknak pegi, dia jawab "Adik taknak kawan.."
Bila tanya taknak kawan sape, dia cakap "Adik taknak kawan.."
Rayyan ni cakap masih bersepah lagi.
Aku tak sure dia maksudkan dia taknak berkawan, atau orang taknak kawan dia, atau adik takde kawan.
Tapi mustahil pulak dia takde kawan sebab selama ni kemain lagi dia sebut nama kawan-kawan dia.
Aida taknak kawan dia kot.
Broken-hearted agaknya. Gitu.

Mak mertua aku emosi bab cucu kesayangan dia ni.
Dia syak Rayyan ni kena ejek-ejek at school sebab aku tau dulu cikgu-cikgu panggil dia Baby sebab dia macam manja sikit.
Terus aku terbayang anak aku kena ejek "Eiii..baby! Eiiiii...macam baby!"
Tapi aku and En Wan masih lagi tak ambik port sangat. Biasa la tu kot budak-budak.
Aku pun dulu selalu kena ejek. Siap ejek nama bapak lagi. Tapi aku boleh tahan kental. Kau cakap la apa pun, aku wat dek je.
Redza macam aku. Aku tau dia pernah kena ejek sebab dia pernah bagitau tapi aku suruh dia buat bodoh je. Luckily dia pun macam aku, mampu buat dek.
Tapi Rayyan ni...hmmm...tak sampai ati pulak aku mikirkan.
But masih lagi aku malas nak ambik pusing sangat.
Aku taknak manjakan diri sendiri sebenarnya. Kadang mak-mak ni emosi lebih. Nak pulak anak bongsu, nak beranak lagi dah tak boleh, jadi perasaan nak protect tu ada sikit extra.
Kang anak tak apa-apa, mak yang lebih.
Ni pun dia dah bagitau esok taknak sekolah.

Adekah ini salah satu sindrom kemalasan?
Atau bully? (budak umur 5 tahun dah pandai bully ke?)

Tadi aku whatsapp teacher dia, teacher dia cakap dia ada tanya Rayyan kenapa.
Dia cakap Rayyan diam, mata dia bergenang je.
Kes berat eh?

Aku harap bukan kes bully, sebab kalau betul kes bully, ok ni bulldog nak mai.


Nak order? Di akhir entry ni nanti ada gambar flyer Ephyra, klik situ ok?


Ada yang tak percaya bila entry yang lepas aku offer 20 sachet free Ephyra untuk promo bulan ni.
Jangan lah tak percaya. Percayalah. Kalau tak percaya, aku tarik balik offer ni kanggg.

Sebenarnya aku tak plan pun nak bagi offer hilang akal sebegini.
Tapi hujung bulan April, aku sembang ngan customer aku.
Sembang punya sembang dia bagitau 'sakitnya' bukan July (eh ke Ogos) sebab penjawat awam akan dapat gaji lambat.
Terus aku dapat idea nak buat promosi Ephyra RUNTUH LAGI 4.0.
Agak sakit jugak kalau kena survive hidup tanpa gaji selama lebih sebulan.
Aku pulak kalau boleh taknak itu penyebabnya korang terpaksa stop Ephyra. Tak berbaloi okeh dah ambik Ephyra berbulan-bulan tetiba stop sebulan, then kena repeat balik.
Jadi, aku datangkan offer ni. Cukup lah kot 50 sachet kan, tahan sampai 50 hari.

Pastu tadi pagi aku check system, amboiiii, ada yang cheating nampak??
Guna nama berlainan, tapi delivery address semua ke tempat yang sama. Hahahaha. Kantoi kan, tapi takpelah.
Bukan aku tak kasik beli banyak.
Tapi, korang nak buat apa beli banyak. Aku kan kejap-kejap buat promo. Mana tau bulan depan aku dapat idea lain pulak? So, korang peruntukkan RM197 je untuk bulan ni cukuplah, duit lebih tu kan aku dah cakap, berbuih-buih mulut aku pesan duit lebih nanti buat beli baju raya Fleur by Mrs Him.
Tak paham-paham lagi? Ni yang aku mendidih ni.






Raya 2015

Ephyra Free 20 sachets