Mula-mula aku nak say sorry on behalf of Health (Ephyra) and Fleur by Mrs Him sebab rupanya since Sunday email XZIZ Biotech ada problem. Hanya boleh receive message je, takleh send.
Dan semua email yang kitorang dah hantar rupanya still sitting in the outbox folder sampai malam semalam baru aku perasan. Disebabkan nak mengemail semula tracking number kat semua akan ambik masa 2-3 jam, aku decided untuk up-kan entry (semalam) sesiapa yang tak terima tracking number, email direct to yahoomail aku, which pagi ni ramai yang email.
Ntah apa la masalahnya, tapi lepas report kat provider, alhamdulillah, dah ok dah.
Rasanya akan ada orang yang terima 2-3 email yang sama. Jangan annoyed ya. Tabahkan je lah hati.
Aku pun dah terbakor-bakor dari semalam bila tau email ada problem.
Bila email semua dah ok dah boleh send, tetiba yahoomail aku macam mencibang buat hal.
See??
Tak tau hujung pangkal tetiba email ofis aku masuk yahoo.
Dah la email 2-3 tahun lepas pulak tu. Kejadahnya jadi macam ni tak tau la.
Aku tak kuasa nak pikir, janji masalah email yang sangkut semalam dah selesai.
Ok cerita Bandung.
Nak ke Bandung ni pun dok contemplating nak kat 2 minggu.
Nak pegi ke tak nak pegi ke tak nak pegi ke tak...last-last Jumaat malam, baru datang kekuatan untuk bagi confirmation kat En Wan untuk pegi. En Wan wajib jadi peneman mana-mana aku pegi sebab aku takut tido sorang kat hotel. Tu je sebabnya.
Disebabkan pegi Bandung atas urusan keje, jadi semuanya company la tanggung.
Malam tu masa nak book hotel and flight tix, aku transferkan duit dari company's account ke savings account aku cukup-cukup je.
Pastu esok pagi (Sabtu) lepas buat calculation semua, baru aku dapat figure berapa aku perlukan untuk beli barang-barang kat Bandung.
Aku pun cucuklah token CIMB Biz Channel, untuk transfer duit company.
Sekali takleh access!!
Gila tak gabra kau??
Esok pagi subuh-subuh dah bertolak, sekali duit takde kat tangan.
Aku pegi 26 April beb.
Dah 26th dah pun. Duit kat bank aku pun ada takat 2-3K je lagi. Company aku gaji every 27th. Mana sompek nak tunggu duit gaji.
Berpeluh kejap aku dok cucuk token setengah hari still takleh access.
Call CIMB, dorang kata dorang leh access dari sana, so aku syak token aku ada problem.
Masa ni aku dah buntu gila camana nak dapatkan amount yang aku nak tu dalam masa yang suntuk.
Dah la Sabtu.
Aku nak keluarkan ASB takleh, Tabung Haji pun takleh. Semua tutup.
Nak minjam orang, bak kata aku tadi la, dah 26th. Tak semua orang ada duit dah hujung-hujung bulan ni. Kalau ada pun kat ASB. Sama gak la, mana boleh bawak keluar.
Maka aku call la Mak Aji, Pak Aji, anak sedara mana yang ada la, kalau ada cash tolong la cucuk kat ATM. Keluarkan la mana-mana yang dapat, aku terus issue cheque right away.
Ni la untungnya ada ramai member kat FB.
Bila aku up status tu, rupanya baru aku tau boleh keluarkan duit Tabung Haji kat ATM MBB.
Selama ni memang aku simpan duit Tabung Haji transfer terus dari M2U, cuma tak pernah terfikir lak boleh keluarkan duit Tabung Haji dari ATM.
Terus aku keluarkan duit aku and duit En Wan, buat tambah-tambah.
Fuhh, lega!
Esok pagi flight aku pukul berapa ntah, lupa tapi pagi la.
Masa tu la bermulanya kekecutan.
Semalam tu berani sangat buat decision nak pi Bandung.
Kecutnya nak naik flight sampai cirit-birit aku pagi tu.
Tapi alhamdulillah, Tuhan tau aku penakut agaknya.
Flight sangat sangat sangat tenang.
Even masa pilot cakap akan ada 'goncangan-goncangan kecil' sebab keadaan awan, ia tak berlaku lansung. Amazing kan?
En Wan tau aku penakut, bila kapal terbang nak masuk dalam awan dia tutupkan tingkap.
Jangan tengok dia kata.
Aku lelapkan mata sepanjang perjalanan dengan harapan tidolah hendaknya tapi nan ado.
Tau-tau je dah ada announcement untuk landing.
3 kali aku naik flight yang dihandle oleh Air Asia Indonesia, ketiga-tiganya smooth landing, alhamdulillah.
Aku pun takde keje kan, tulis 'thank you. very smooth landing' kat namecard and mintak stewardess pass kat pilot.
Gitu....kapten respond.
Sape nak feeling-feeling boifren macam Zul Ariffin Rindu 200%, buat baik dengan aku. Nanti aku bagi nombor. Hahaha.
Apa-apa hal sapedek dulu depan airport sebab pasni aku terus nak cari bahan kat Pasar Baru.
Ada yang tanya mana aku beli seluar palazzo ni.
Seluar ni Zolace (www.zolace.com) bagi kat aku 3 bulan lepas.
Dia mintak aku buatkan entry untuk promote Zolace (macam Lazada, Zawara gak Zolace ni).
Tapi aku peram sampai sekarang. Tak pakai and tak buat-buat pun entry.
Sebab tu aku cakap aku takde masa nak buat review now sebab review banyak makan masa.
Bila orang dah amanahkan kita untuk buat, kita kena buat betul-betul.
Nak buat betul-betul tu consume masa aku sebab nak kena ikut guideline orang.
Aku nak update blog sendiri pun takleh hari-hari, lagikan nak buat entry orang lain.
Tu pasal aku tolak semua jenis iklan be it Nuffnang, Zolace, atau readers, melainkan nak tepek logo kat sidebar je.
Sesape berminat nak beli seluar ni boleh check kat Zolace ya.
Ni kalau gamba cenggini aku letak kat entry Zolace mau siang-siang kena rejek.
Tapi pose sebegini perlu sebenarnya untuk menunjukkan betapa lebarnya seluar ni, kau nak masukkan badan ikut hujung seluar pun boleh. Ni kalau seluar ni dapat kat Rayyan memang macam-macam inovasi dia buat.
Ok yang tanya mana kasut pengawas aku (sebab aku up gamba ni kat FB), kasut pengawas ada. Tapi aku tak pakai time ni sebab aku tau aku nak meredah lautan manusia and nak angkut banyak barang so kasut biar flat supaya tak terpeleot.
Tapi pose sebegini perlu sebenarnya untuk menunjukkan betapa lebarnya seluar ni, kau nak masukkan badan ikut hujung seluar pun boleh. Ni kalau seluar ni dapat kat Rayyan memang macam-macam inovasi dia buat.
Ok yang tanya mana kasut pengawas aku (sebab aku up gamba ni kat FB), kasut pengawas ada. Tapi aku tak pakai time ni sebab aku tau aku nak meredah lautan manusia and nak angkut banyak barang so kasut biar flat supaya tak terpeleot.
Kitorang duduk kat Grand Royal Panghegar.
Cantik hotel dia, lagi cantik dari Hilton Bandung.
Reason duduk sini sebab bilik dia ada wifi. Kat Hilton takde okeh! Padahal dulu aku duduk kat executive suite pun takde. Kena melepak kat executive lounge sepanjang malam semata-mata nak guna wifi.
Korang yang plan nak ke Bandung, boleh la consider Grand Royal Panghegar. Dekat pun dekat ngan Pasar Baru.
Hah, sebut pasal dekat ni nak cerita, sampai-sampai je kat Bandung hari tu laki aku dah nak bergadung ngan bapak taxi yang kitorang ambik kat airport.
Lepas makan kat depan airport, cadangnya nak ke hotel ambik taxi Blue Bird. Yang ni dipercayai sikit sebab guna meter. Tapi ada sorang bapak tu dok la follow kitorang offer naik taxi dia. Kira macam ulat taxi la. Tapi dia pakai Toyota apa ntah yang macam SUV tu, kira nice jugak la, senonoh and bersih, boleh angkut banyak barang. Kitorang pun ambik je la dia.
Dari airport ke hotel IDR30,000.
Pastu lepas check in kitorang mintak dia hantar ke Pasar Baru.
Sebelum tu En Wan dah tanya berapa harga dari hotel ke Pasar Baru, dia kata "dua lima".
Jarak dari hotel ke Pasar Baru just 500m, lojik la harga tu walaupun airport ke hotel baru IDR30,000.
Takpela, kitorang cakap agaknya sebab dia tunggu kitorang check in sekejap so mahal la sikit.
Dah sampai Pasar Baru En Wan bayar dia kata tak cukup.
Dia cakap rate dari hotel ke Pasar Baru IDR250,000!
RM47 untuk 500meter!
Dia ingat kitorang baru first time sampai Bandung kot.
En Wan melenting la. Aku dah cuak. Kau nak melenting pun biar la ada kawan. Ni kau sorang tapi ada hati nak melenting. En Wan cakap "150 ribu?? Airport ke hotel pun baru tiga puluh ribu. Bapak jangan tipu ya. Saya report polisi!"
Pastu terus keluar.
Ya Allah, aku takut gila!
Laki aku ni kalau mengamuk dia bukan kira dia kat tempat orang ke apa ke, dia belasah amuk je.
Tapi bapak tu pun cekik darah. Aku sewa taxi seharian sampai ke malam jalan-jalan pusing town pun baru IDR400,000 (RM126).
Aku pilih Executive Condotel Suite sebab Executive Suite semua penuh.
Grand Royal ni antara hotel yang dipilih untuk delegasi KAA (Asian African Conference) Jumaat lepas, some of the delegasi and kuncu-kuncunya masih menginap kat situ.
Not bad jugak Exceutive Condotel Suite dia, ada kitchenette and dining table for 3.
Harga pun RM350/nite. Sama je harga ngan Equatorial Bangi bilik deluxe.
Kalau pergi atas urusan kerja, aku suka pilih executive suite sebab boleh discuss kat executive lounge (sky lounge), best sikit, sebab tak ramai orang, santai ada sofa-sofa di samping boleh makan-makan sambil menikmati pemandangan town Bandung, ewahh.
Tapi ingatkan executive lounge dia 24 hours macam Hilton. Rupanya tutup pukul 10pm. Ciss.
Terpaksa aku jumpa orang kat lobby gak.
Oh tapi executive lounge Grand Royal Panghegar tak macam Hilton.
Hilton punya executive lounge sentiasa ada kudap-kudapan and boleh order beverages, juices and soft drinks for FREE.
Tapi kat Royal, cuma tea and coffee je free.
Setahun aku tak datang Bandung sejak May tahun lepas.
Disebabkan KAA agaknya, town dia penuh dengan monumen-monumen baru.
Kebetulan aku sampai hari tu Ahad, gila sesakkkkkkkk!
Ramai sangat rakyat dia keluar ambik gamba kat monumen sempena KAA.
Ni pun dulu takde, now ada. Aku tak sure ni apa.
Maybe ada kaitan dengan sejarah.
Ala-ala Turki gitu, hanging colorful umbrella.
Cuma dah banyak payung dia hilang. Aku syak malam-malam ada orang panjat curik.
Setelah urusan membeli bahan-bahan kat Pasar Baru selesai, barulah aku carik barang aku pulak.
Kedai yang aku aim nak pergi lagi - MENARA.
Last year aku pegi beli italian silk kat sini terus tempah sebab nak pakai raya.
Tahun ni aku beli je, dengan harapan esok lusa nak pi carik tempat nak tempah. Kot ada la yang terima lagi. Kalau takde aku peram je la pakai raya haji.
Hanya rembat 4 pasang sebab aku bawak balik banyak bahan.
Kitorang securekan 80kg utk bawak barang balik.
Jadi, barang sendiri jangan nak lebih-lebih sangat ya.
Sampai kat airport hari tu nampak ada highlite new textile centre nama D'Fashion.
Asalnya di Pasar Baru, tapi dia berpindah.
Kitorang try pegi.
Sesape nak carik fabric chiffon plain, sini banyak jenis chiffon plain.
Harga mahal sikit dari Pasar Baru tapi murah banyak dari Jakel.
Tempat pun selesa sikit sebab dia ala-ala Gulatis, jadi tak ramai orang.
Siap ada TV kat lantai. Motif tak tau.
Suka aku monumen ni, sempena KAA.
Kalau la traffic tak busy, lama dah aku terjun taxi ambik gamba kat tengah-tengah ni.
Muka kepenatan. Dah tak mampu nak senyum dah.
Balik dari Pasar baru dengan bahan muatan berkilo-kilo, dah too tired untuk keluar dinner.
Aku terbayang bantal je time ni.
Meeting aku start 8pm.
Kalau keluar makan kang takut rush sangat nak balik sebab town dia congested, jem di mana-mana serupa KL dah aku tengok.
Aku ajak En Wan makan kat hotel je.
Memang kitorang dua orang je la ada dalam ni.
Dah la dia pasang lagu-lagu klasik gamelan, sikittt lagi nak mata aku nak tertutup. Memang mengundang lena okeh.
Penyakit laki aku kalau duduk hotel.
Nak bawak selipar malas, harap kat selipar hotel je la.
Sakai betul ke hulu hilir dengan selipar besar.
Bila dah penat, menu yang best pun jadi tak berapa selera.
Tapi order jugak la nak alas perut.
Aku order Es Campur.
Badan dah penat, mata mengantuk, kepala pun takleh nak pikir banyak.
Masa aku order ni, kepala aku dok imagine ABC.
Sekali bila sampai, eh?? Amende ni? Aku order ni ke tadi?
Rupanya inilah dia Es Campur - Nangka, sago, labu and santan. Takde gula merah. Dia pakai gula biasa agaknya. Manis and sejuk.
Boleh tahan sedap tapi bila kepala dah tune ABC, sekali yang sampainya benda lain, terus tekak aku rejek.
Maka, Es Campur ni dapat kat En Wan.
Appetizer la konon.
Fried spring roll with prawn and chicken dia kata.
Ok, aku imagine Spring Roll Secret Recipe.
Sekali datang lain.
Rupanya ini macam karipap tapi dalam bentuk popia.
Kalau popia kita bersayur and udang seketul-seketul kan?
Yang ni macam inti karipap, semua diblend menjadi satu, tapi digulung dengan kulit popia.
Boleh tahan. Selamat gak la 3 bijik aku bedal.
En Wan punya.
Nasik apa ntah aku tak tau, tapi disumbat dalam buluh.
Dimakan dengan sapi goreng (daging lembu yang diketuk), ayam goreng, tauhu goreng, tempe goreng and sayur asem.
Tauhu ngan tempe aku rembat.
En Wan kata nasik dia sedap sangat.
Presentation sangat menarik.
Ni aku punya.
Nasik putih with ikan bawal bercili pedas kaw.
Boleh tahan. Cuma aku tak berapa suka ikan bawal. Tapi habis jugak.
Malam, aku try naik executive lounge kejap untuk tengok tempat so boleh pilih seat for meeting, time tu la baru aku tau dorang tak operate 24 hours. Jadi, aku turun je la kat lobby.
Tapi boleh tahan aman jugak la lobby ni sebab lobby dorang sangat huge and sofa bersusun-susun.
Memang dorang adakan ruangan ni untuk berdiskusi kot.
Lagipun coffee house bukak 24 hours, so berdiskusilah aku kat situ sampai 1am local time.
Memang drain gila aku hari tu.
Dah la pagi tu aku bangun kul 430am, meeting kat sana habis kul 1am, gitu gini gitu gini aku tido kul 2am which kalau waktu Malaysia dah 3 pagi. 23 jam berjaga. Esok paginya, bangun terus muntah. Mabuk tak cukup rest.
Sambil diskusi-diskusi, sambil order pisang goreng cheese.
Besar-besar pisang dia. Bulat-bulat.
En Wan takde keje pi order kopi luwak (kopi taik musang).
Pastu takleh tido menyusahkan aku nak layan dia bersembang tengah-tengah malam.
Esok 30 April 2015 last day offer Ephyra with free 10 sachets :