2015-03-14
Kenduri
Cuti sekolah datang lagi, dan kita akan pi kenduri lagi, macam biasalah. Cuti sekolah orang buat kenduri kahwin, walaupun tak semestinya macam tu. Malah elok jugak keluar daripada musim cuti sekolah saja sebab lazimnya ramai yang buat kenduri, carilah cuti lain yang jugak bersesuaian. Sama jugak musim qurban kita buat aqiqah, kenduri qurban pun berderet kita selit lagi kenduri aqiqah, Malah berganda-gandalah kenduri tu.
Gemukla kita.
Kenduri ni satu ibadah.
Memberi orang makan sangat besar pahalanya. Kita tak nampak besarnya sebab kita tak nampak pahala tu. Tapi kita yakin perkara itu.
Tapi kenduri juga boleh jadi satu dosa kalau batas-batas kenduri dan tatacara tak diikut. Mohon dijauhkan.
Bagi kita yang menghadiri kenduri atas jemputan, hormatilah tuan rumah.
Antara perkara mudah yang boleh kita buat ialah, jangan membazir.
Ambillah setakat mana yang nak dimakan oleh kita, elakkan ambil untuk orang lain dalam kumpulan yang mai sekali dengan kita tu, sebab apa yang kita ambil belum tentu dia suka.
Bertenanglah ketika ambil makanan, lebih-lebih lagi buffet style. Janganlah gelojoh semua benda nak ambik, tak cukup satu pinggan bawak sekali 2 pinggan dua-dua tangan, penuh makanan dan semuanya pulun sebakui, kerana tamak dan rasa boleh dihabiskan.
Nak melayan 2 nafsu, satu nafsu makan, satu lagi nafsu muzmai'innah, nafsu jahat yang nak menuju ke arah pembaziran.
Perut kita ni bukan besaq mana, yang nampak buncit tu bukan perut, tapi lemak kat abdomen.
Makan sikit pun boleh kenyang kalau berencana, membuat perancangan untuk makan, kata orang tua, "pandai makan".
Ni nak ajaq bagi. Mana tau satgi hangpa ada kenduri.
1) Sampai di tempat kenduri, cari tuan rumah, nak salam kosong ka, nak salam isi ka, yang tu tak ada masalah. Tuan rumah tu pun panggil kita suruh makan kenduri, bukan suruh share kenduri. Tapi patut-padanlah, apa salahnya dihuloq selai dua note merah, ikut adat yang baik. Selain daripada adab bertandang. Tapi lebih baik bawak sesuatu sebagai hadiah, itu adat dan adab yang lebih tepat.
2) Cari tempat duduk, yang ni kena strategi. Lebih-lebih lagi kalau nak menyusun rombongan kita tempat duduk dan keadaan yang full house. Buatlah sendiri.
3) Bertenang dan ambil makanan setakat yang diperlukan. Mulakan dengan minum air, dan makan buah-buahan dulu.
4) Kemudian makanlah dengan tenang dan beradap. Macam kitalah pengantin tu.
5) Dah habis makan bawak pinggan kita ke tempat buang, kalau licin makan tadi senanglah nak buang, tu yang kata jangan ambik lebih, nanti tak abis. Bila tak abis maka sisa makanan tu akan dibuang, membazir.
6) Lebih-lebih lagi yg bawak anak kecik (5 tahun ke bawah), jangan boh makanan kat dia mcm yang nak makan tu 25 tahun. Siap semua sekali penuh pinggan. Budak tu kalau mai bawak mainan atau dapat goodie bag satgi sebelum makan, langsung tak disentuh pinggan makanan tu. Abis sapa nak makan? Maka ke tong sampah jugak semuanya.
Pernah pi majlis kenduri besar sebelum ini, ada sekeluarga 6 beranak happy makan macam baru keluaq sebagai mangsa tebusan, punya pelahap + pembaziran + pengtak kisah + pemukatakdemasalah.
Menyampah betui.
Sekali ambik buboq item 6 mangkuk, ambik bihun sup 6 mangkuk, nasik tadi masing-masing ambik dah sorang satu, ambik ABC 6 mangkuk, ambik laksa 6 mangkuk.
Mangkuk betui.
Akhirnya, 5 mangkuk masuk tong sampah.
1 mangkuk ja habis.
Saya tau tuan puan jugak pernah menghadap situasi tu.
Tak pun tuan-puan jugak macam tu?
Tuhan ni, Allah, Tuhan kita, tetap merekod perbuatan kita di tempat kenduri tu.
Apa yang kita buat semua Dia catat.
Termasuk mengutip sebutir nasik yang jatuh ke atas meja dan masuk kembali ke dalam pinggan kita. Itupun adab ketika makan.
Dah tua-tua ni, kita boleh kenal peribadi orang dengan melihat bagaimana dia mengatur atau merancang untuk makan makanan dia.
Tu dia baq hang.
Sekian, wassalam.
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.