Kau nampak tu, bapak aku bukak kelas Jawa untuk anak-anak dia.
Umur dah 65 baru nak perturunkan bahasa Jawa kat anak-anak.
Punyalah selama ni anak-anak duduk serumah dari kecik dia taknak ajar bahasa Jawa.
Ni anak-anak masing-masing kepala dah naik benak nak terima ilmu, barulah dia nak ajar.
Tapi takpe, usaha tangga kejayaan.
Ibal cam cilaka reply "Waste my time".
Hahahaha, bangang.
Habislah Siti pasni transform jadi Jawa.
Aku rasa pasni vocab bahasa Jawa Siti lagi banyak dari aku sebab dia ada home tutor. Kah Kah Kah.
Cakap pasal Jawa ni kan, aku yakin ramai orang Jawa malu nak mengaku dia Jawa.
Tak tau lah apesal. Tapi memang aku ada pengalaman 2-3 orang kenalan aku yang cun taknak mengaku mak/bapak dia Jawa. Apa yang nak dimalukan pun aku tak paham.
Selalunya orang kata Jawa ni muka pesek-pesek.
Mata sepet, muka pun jenis benyek-benyek. Konon orang Jawa ni semua tak cantik. Mungkin tu lah sebabnya kenapa ada yang malu.
Tapi masalahnya kenalan aku ni cun kot. Kau nak malu apa? Takut orang kata kau sebenarnya gi buat muka?
Tu kira ok lagi.
Yang tak boleh blah muka dah sah-sah Jawa tapi mati-mati taknak ngaku Jawa.
Tengok nama bapak pun tau kau Jawa lagi taknak mengaku.
Ni memang aku nak bagi siku je rasa.
Yang peliknya KENAPA MALU MENGAKU JAWA?
Padahal masyarakat terbesar kat dunia kalau tak salah aku masyarakat Jawa. Cuba check population if statement aku ni masih valid.
Aku bukan 100% Jawa.
Jawa cuma belah bapak aku. Mak aku bukan Jawa.
Tapi aku paham cara hidup and kelakuan orang Jawa.
Aku pernah baca satu buku pasal sosiologi.
Kat dalam tu dia cerita banyak perkara but yang aku ingat sekali pasal Jawa.
Dia kata orang Jawa ni hidupnya berteraskan satu fahaman yang sangat jelas iaitu hidup di dunia hanya singgah sekejap seumpama hanya untuk makan dan minum. Disebabkan fahaman yang sangat jelas ni la orang Jawa sangat mementingkan hubungan dengan manusia sebab mereka sangat percaya kebaikan yang dilakukan oleh seseorang di dunia akan menghantarkan orang tersebut balik kepada Tuhan dalam keadaan yang baik seperti awalnya.
Ni pengalaman sendiri.
Kalau kebetulan tahun tu giliran hari raya pertama kat Muar (kampung Pak Aji), hari raya sebenarnya bermula pada malam raya. Bukan pagi raya.
Nak tau kenapa?
Sebab lepas je takbir kat surau, orang-orang kampung ni dah start ziarah-menziarah walaupun jam dah pukul 12 malam.
Yang bertambah aku pelik, nenek and arwah atuk aku sikit tak mengeluh walaupun dah nak dekat pukul 1pagi, dorang masih lagi layan tetamu.
Kadang-kadang tu dah pukul 1130pm pun kalau ada orang datang rumah, boleh lagi nenek aku nak hidang nasik bagai ajak makan. Hoih! Gila tak kuasa aku okeh.
Dalam hati aku macam nak kata je ko ni dah kenapa malam-malam buta bertandang rumah orang, kau takde rumah?
Macam takde common sense dah waktu tido tapi kau still lagi merayap kat rumah orang tak reti nak balik-balik.
Padahal semua anak cucuk dah bentang tilam ni, tapi semua terpaksa duduk bersimpuh bersengkang mata sebab tetamu belum balik.
Kalau ikut aku, aku tido je. Lantak kau la kalau aku tido terkangkang tersiat nampak spender. Sape suruh kau datang time orang dah tido.
Tapi itulah perangai orang Jawa.
Dorang sangat menjaga hubungan dengan manusia.
Kau datanglah pukul berapa pun, dengan muka manisnya dia pelawa kau masuk, siap bagi makan lagi.
Macam nenek aku kan, syarat dia bangun pagi kena masak nasik dulu.
Dia cakap apa-apa hal nasik kena ada.
Kalau tiba-tiba orang datang, kalaupun lauk belum masak, boleh buat nasik goreng dulu.
Ya ampunnnnn. Tak kuasa aku asal bangun pagi je nak memikir apa nak bagi orang makan. Baik aku pikir aku nak makan apa.
Seboleh-bolehnya, setiap tetamu yang datang tu dihidangkan dengan makanan berat.
Kalau boleh hidang nasi. Tak main la simpan stok biskut kat rumah.
Kalau rumah aku ni memang banyak je stok kepok lekor, stok karipap frozen, stok keropok keping.
Ni untuk tetamu yang datang mengejut. At least ada la jugak benda nak dihidang kan?
Tapi, orang Jawa, NO!
Kau tetamu mengejut ke, kau tetamu tak mengejut ke, semua nak dibaginya nasi.
Walaupun pada waktu kau datang tu dia cuma ada telur mata ngan sambal belacan, tetap dia mati-mati pelawa kau makan jugak.
Kalau macam kita, takde lauk nak hidang, malu nak ajak orang makan sekali kan?
Tapi orang Jawa punya konsep, lauk cerita nombor dua, yang penting tetamu balik rumah dalam keadaan kenyang.
Tu malam raya punya cerita.
Belum pagi raya lagi.
Pagi raya pun orang yang sama datang beraya jugak. Tapi kali ni datang beraya official sebab nak bersalam.
Rasanya semua tau camana orang Jawa kalau bersalam.
Sampai skarang aku belum boleh celen cara orang Jawa bersalam raya.
Gila lama dorang bersalam. Dah la lama, senyap sunyi pulak tu.
Tah hape yang dia cakap aku tak tau tapi yang disalam tu kemain lagi mengangguk. Macamkan ye ye je dengar. Padahal aku kat tepi pun tak dengar camana yang disalam ni boleh dengar?
Dah la senyap, lama pulak tu bersalamnya. Banyak nau dosa gamaknya.
Even until now pun kalau Pak Aji salam ngan nenek, memang lama.
Aku pulak takleh salam lama-lama nanti penyudahnya menangis je.
Bila kitorang pegi beraya rumah orang pulak, tak kira la sedara dekat ke, jauh ke, baru first time datang beraya ke, layanannya sama, tak banyak beza.
Pernah satu time dulu masa kecik, Pak Aji nak mencari rumah sedara, waktu tu dah malam.
Mata pun tak berapa jelas if rumah tu betul ke tak.
Tuan rumah keluar, and borak lebih kurang ngan Pak Aji.
Aku ingatkan dah jumpa dah rumahnya, rupanya bukan.
Tapi tuan rumah tu beria suruh kitorang masuk jugak rumah dia.
Dia cakap "Kan ke ni raya...apa salahnya masuk beraya dulu".
Ya Allah, mulianya la pakcik tu.
Honestly kalau orang ketuk pintu rumah aku and ternyata orang tu salah rumah, aku tak ajak masuk weh.
Lagi pulak dengan keadaan zaman sekarang yang susah nak percaya orang.
Sedara-mara sendiri pun kadang kita tak kenal lagi perangainya camne, inikan strangers. Memang takde la aku pelawa masuk.
Tu time beraya.
Ni time balik pulak.
Kebanyakkan rumah-rumah orang Jawa yang aku pergi, everytime tetamu nak balik, dia akan tapaukan barkat.
Dah la tadi dia sumbat kita dengan segala macam makanan, bila kita nak balik dia tapaukan lagi dengan macam-macam makanan.
Dengan tempeyek, kerepek pisang, bahulu gulung bagai.
Cara dia tapaukan makanan tu bukan sikit-sikit ya. Dia tapau macamkan kita tak pernah makan kerepek pisang seumur hidup.
Nah, kau kerepek pisang sepeket besar.
Nah, ambik tempeyek sebalang.
Memang lepas tu konfem tiap-tiap tahun makcik tu akan nampak muka aku datang beraya. Hehe.
Lagi satu yang aku perasan orang Jawa ni kuat cari sedara.
Sampaikan kalau kat majlis kawen, penuh dengan sedara mara dia je.
Tetamu jemputan tak ramai mana pun.
Contoh paling dekat bapak aku lah.
Time Ibal kawen hari tu, dari 1000 keping kad, 400 untuk sedara Pak Aji je.
Belum masuk sedara Mak Aji, jiran, kawan-kawan Ibal, opis mate Ibal, kawan-kawan Mak Aji and Pak Aji.
Sampai aku pelik ni sape yang nak kawen sebenornya?
Sampai 400 kad hanya untuk sedara! Sedara dia sorang lak tu. Kalau campur ngan sedara Mak Aji tahanlah lagi.
Bila aku check-check nama entah nama saper-saper je lah yang bapak aku jemput.
Ada yang aku tak pernah dengar pun.
Bila tanya Pak Aji, ni saper?
Dia cakap "Ni sedara tapi 5 tahun tak sekali berjumpa".
Aku macam huh???
Nampak sangat itu sedara jauh. Ntah dia ingat lagi ke tak. Takyah la jemput pakai kad. Save the kad untuk orang lain. Jemput je la dengan call.
Tapi Pak Aji punya konsep pulak "Takpela, setidak-tidaknya bila dia dapat kad dia tau yang kita masih ingat dia".
Hmm..ok lah.
Disebabkan faktor kuat cari sedara la maka kalau balik beraya kat Muar, satu kampung tu aku kena ikut Pak Aji beraya sebab semuanya dah kategori sedara, walaupun tuan rumah tu adelah nenek sedara punya biras. Tetap masuk beraya. Tuan rumah tu pun dah blur-blur ni sape la yang datang ni. Kena habiskan 10 minit terawal untuk explain salasilah keluarga barulah tuan rumah ingat ni anak kepada sape. Aduii, satu hal.
Tapi that is the beauty of orang Jawa.
Mungkin elemen ni ada pada masyarakat selain Jawa, tapi berdasarkan pemerhatian, macam tu la keluarga Jawa dalam family aku, yang aku kenal.
Aku ni darah je Jawa, tapi cakap Jawa pun tak pandai.
Nasib baik makan tempe pandai.