2015-03-17

Apabila 2 Agamawan Berselisih


Baru-baru ini kita menyaksikan 2 orang agamawan berselisih dan berkonfrontasi. Asalnya disebabkan oleh sehelai surat yang dikatakan edaran dalaman yang akhirnya dipanjangkan secara meluas hampir semua orang tahu isinya.

Agamawan atau ulama merupakan pewaris Nabi. Tapi mereka bukanlah seperti Nabi yang maksum, mereka tetap terdedah kepada kesilapan dan kelalaian. Mereka selaku orang yang berpengetahuan agama, maka didampingi juga oleh hasutan kejahatan yang tinggi martabatnya juga. Kadang-kadang mereka juga terkena.

Bila berlaku perselisihan 2 tokoh ini, masing-masing ada pengikut dan penggemar, selalunya yang menjadi masalah adalah pengikut.

Saya amat yakin, kedua-duanya cukup hebat dan mempunyai kelebihan sendiri, saya yakin mereka boleh selesaikan masalah perselisihan tersebut berdasarkan kematangan mereka dalam hal agama dan hal konteks Malaysia.

Buktinya, tak berapa hari selepas itu mereka dah berjumpa dan duduk berdiskusi. Apa di belakang hati mereka kita semua tak tahu tapi mereka bersedia berjumpa dan berbincang. Itu tanda ada kematangan.

Jadi isu perselisihan 2 tokoh sebolehnya kita yang mengikut mereka itu, jangan terlalu masuk campur.

Hal ini kerana, akan berlaku perbalahan di peringkat pengikut dek sebaran maklumat di alam maya. Kita ni yang majoriti bukan penuntut aliran agama malah sikit sangat pengetahuan agama kita, biarkanlah mereka di atas tu (batang tubuh mereka) yang selesaikan masalah mereka sendiri.

‎Bagi saya itu lebih baik.

Dengan kes berkenaan, masing-masing ada pengajaran kepada mereka berdua. Mereka sahaja yang tahu secara terperinci sebab mereka yang melalui. Masing-masing dah belajar atas kejadian ini. Ini bakal meningkatkan kematangan mereka dan tegur-menegur antara ulama' amatlah diharapkan kerana ulama' bukan maksum.

Cuma teguran perlu beradab dan setulus ikhlas.

Dan teguran itu wajar diberi ruang untuk dibahaskan secara ilmiah untuk manafaat masyarakat. Bukan untuk mencari Hero antara tokoh.

Kita takkan faham dan tahu sepenuhnya intipati kes berkenaan sebab kita hanya membaca. Lagipun mereka tu bukan kenal kita pun.

Jadi, biarkan mereka selesaikan masalah mereka. Kalau terkena kepada kita salah seorang tokoh itu kita minati, dan kerana hal ini kita hilang respek, pergilah cari tokoh lain, ada banyak lagi ustaz di Malaysia ni, sama ada yang dan masuk TV ataupun yang masih mengajar secara terpencil.

‎Janganlah kita pula yang menjadi jurucakap dan pembela salah seorang mereka, cukuplah duduk diam dan perhatikan dari jauh bagaimana diselesaikan.

Tak sepatutnya akal kita disusahkan dengan isu yang membabitkan orang lain. Lainlah kalau melibatkan ahli keluarga terdekat kita.

Pandangan perbadi sahaja, tak setuju tak apa.

Sekian wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.