2015-01-29
Waktu lunch untuk lunch. Waktu solat 'pinjam' waktu keje.
Kelmarin aku gi satu tempat ni, nak check pending payment.
Aku sampai sana pukul 2.30pm. Sengaja aku taknak masuk pejabat pukul 2pm sebab selalunya pukul 2pm ni staff tak semua ada, ada yang belum balik dari lunch lagi. Padahal aku dah ada dalam kereta sejak 1.45pm lagi. Kalau 2.30pm tu secara lojik, patutnya semua staff sedang bekerja.
Malangnya orang yang aku nak jumpa, takde.
Dia meeting.
Ok takpe. Aku sebut nak jumpa orang yang kedua pulak.
Pun takde.
Gi surau.
Surau.
Pukul 2.30pm.
Aku taknak cerita pasal ni.
Tapi benda ni mengingatkan aku zaman aku kejer kat satu company ni, tahun 2003.
Lunch hour kitorang sejam.
Tak kisah kau keluar pukul berapa, yang penting tempoh kau rehat hanya sejam.
Kalau kata kau ambik early lunch at 12, kau kena masuk kul 1pm.
Dan waktu sejam ni bukan hanya untuk kau makan, tapi untuk kau solat sekali.
Selepas sejam, kalau supervisor kau perasan kau tak muncul atau kau tetiba hilang meruyup tak tau mana pergi, memang siap la. Nak taknak, kau kena ganti balik waktu yang kau hilang tadi.
Mula-mula aku pun tak tau yang waktu sejam tu termasuklah waktu bersolat.
Sebab masa aku keje kat MOSTI dulu, sejam waktu lunch tu memang betul-betul lunch.
Lepas masuk kul 2pm, baru solat kat surau. Itu standard la. Sebab apa standard pun aku tak tau. Maybe sebab semua orang pun buat kot.
Kat company yang aku keje tu, satu hari aku dengar staff belakang workstation aku marah anak buah dia. Dia tanya :
Lelaki : Tadi you pegi mana?
Anak buah : Solat.
Lelaki : Pukul 12 tadi you pergi mana?
Anak buah : Pukul 12 tu waktu lunch.
Lelaki : So maknanya you ada 2 kali waktu rehat la? Satu for lunch, satu lagi for solat? Tapi gaji you sama macam orang yang hanya ada 1 kali waktu rehat je kan? You think that's fair?
Kasar.
Tapi kalau fikir balik betul-betul, lojik jugak.
Oh, jangan salah sangka. Yang lelaki tu adalah orang Islam jugak.
Tapi dia memang sangat menjaga masa.
Aku tak pernah tengok dia balik tepat-tepat 5.30pm.
Paling awal dia balik 6.00pm.
Aku pernah tanya dia "You balik lambat tak takut ke komuter penuh?" (sebab dia ngan aku sama-sama naik komuter).
Dia jawab "I ganti waktu Asar I"
Disebabkan dia stop keje kejap for Asar, maka dia balik lambat sebab nak replace waktu solat yang dia ambik tadi. And yang buat aku terperanjat tu, manager aku cakap memang dari hari interview lagi staff lelaki ni dah bagitau kalau dia diterima bekerja, dia perlu ambik masa 15-20 minit untuk solat Asar tapi dia akan balik lewat everyday.
Malu aku.
Sebab masa aku keje kat company tu aku masih terbawa-bawa dengan standard "waktu lunch untuk makan, waktu solat pukul 2.30pm".
Kadang-kadang 3.30pm.
Paling bangsat aku pernah buat dulu, pukul 4.15pm baru Zohor biar sekali harung tunggu Asar.
Sekali jalan ambik wuduk.
Takyah ambik wuduk 2 kali kekdahnya.
Imagine la kan pompuan kalau bersolat, dengan nak basih mekap, pakai telekung, pastu nak pakai tudung semula (dulu kat kompeni ni aku gi keje je pakai tudung), adjust tudung lagi. Ambik masa setengah jam jugak la.
Dah la dulu aku balik nak sharp aje.
5.30pm kalau boleh dah ada depan pintu tengah pegang swipe kad.
Ntah berkat ke tak rezeki aku agaknya :(
Masa bulan puasa pulak aku ada pengalaman gak.
Aku pegi satu U ni, nak jumpa pegawai kat Bendahari.
Aku datang pukul 1.30pm, sebab aku ingatkan bulan-bulan puasa ni sebab tak makan, selalunya untuk orang Islam tak ada waktu rehat. Lagipun waktu balik dicepatkan sejam.
Tapi satu kelibat pun takde.
Pastu ada 2 bijik lampu je nyala, yang lain tutup.
Ofis macam malap sikit waktu tu.
Aku pelik, dorang ni tido ke?
Takpelah, maybe dorang masih guna waktu sejam lunch ni tapi untuk berehat je kot.
So, aku pun tunggu sambil belek-belek henfon.
Pukul 2pm, baru lampu semua menyala.
Tapi pegawai yang aku nak jumpa tu takde jugak kat meja dia. Lepas 20 minit aku fedap, aku gi tanya staff-staff kat situ mana pegawainya ni.
Staff cakap "Dia solat"
Aku macam huh?????
Bulan puasa kottt. Kalau bulan tak puasa tu aku tahan la lagi sebab aku pun paham memang dah standard solat lepas waktu lunch. Ni bulan puasa baii.
Yang tadi waktu sejam malap tu korang tak ambik masa untuk solat ke?
Gunakan sejam tu untuk tido kaw-kaw?
Aku tunggu pegawai tu dari 1.30pm sampai 2.45pm.
Benda ni dah tak jadi kesalahan pun.
Sebab dah jadi kebiasaan.
Semorang pun buat.
Aku pun pernah buat masa keje ngan MOSTI dulu.
Sebab selalunya kebanyakkan yang kerja kerajaan ni terdiri dari orang-orang kita yang selalunya boleh faham situasi and kesempitan kita.
Selalunya memang ada budi bicara dari big boss.
Tapi kita yang dok 'pinjam' masa ni takkan replace balik waktu yang kita 'pinjam' tadi, kan?
Waktu balik tetap sharp.
Salah satu company yang aku penah keje dulu suruh semua staff punch card setiap kali keluar masuk opis, tak kira kau gi makan, kau balik, kau jumpa client.
Hujung bulan dia akan calculate semua siap interview kau sekian-sekian waktu kau pegi mana.
Sakit jiwa aku.
Setiap kali kau keluar masuk opis akan direkodkan.
Kalau waktu kejer kau tak cukup, gaji tolak okeh!
Tapi at the same time tiap kali dapat gaji terasa yang gaji aku halal. Sebab semuanya dia tolak kira campur kaw-kaw. Hahahaha.
Aku terfikirkan isu solat di luar waktu rehat ni bukan nak kondem sesape.
Ni bukan kondem gov or private sector.
Sebab aku pun salah sorang yang buat macam tu jugak waktu makan gaji dulu.
Cuma aku terfikir bila aku baca printscreen ni.
Aku ada tengok iklan Al-Kulliyah ni, memang ustaz tu ada cakap pasal ni. Tapi aku tak dapat tengok penuh. Ni baca printscreen ni buatkan aku terfikir sesuatu.
Betul jugak kata ustaz ni.
Tapi biasa la, akan ada orang yang cakap "Company dapat duit bayar bil pun dari hasil keje aku. Kalau aku tak bawak masuk sales, mana kau nak cekau duit bayar bil?"
Pun betul jugak tu.
Memang ada lojik.
Kalau aku sebagai pekerja makan gaji pun mesti aku akan rasa macam tu.
Sebab kita pedulik apa sape yang kena bayar bil syarikat kan.
Kita cuma pedulik kalau gaji ngan bonus tak dapat.
Tapi tunggu lah one fine day bila kita diberi peluang untuk ada company sendiri, kena bayar sewa premis, ada staff yang pelbagai karenah cuti nak panjang, makan nak lama-lama tapi sales target tak hit-hit tapi mileage claim kemain. Tu belum lagi staff yang kejap-kejap cuti sakit, belum lagi yang manjang EL, MC, and "saya keluar kejap bos".
Mungkin nanti kita akan ada pandangan yang berbeza.
Takpelah. Nak tunggu semua orang bukak kompeni sendiri, ada staff sendiri, lambat sangat kot.
Ace try pasang wifi kat rumah dulu.
Pastu rasa camne tetiba line kau lembab sebab ada orang 'pinjam' wifi.
Kau rasa?
*entry untuk diri sendiri*