walk on wings, tread in air: After 13 years, masih tak puas hati lagi dengan majlis kawen sendiri. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

After 13 years, masih tak puas hati lagi dengan majlis kawen sendiri.
2015-01-28

Semalam aku melayan Rayyan nak tengok gamba kawen Acu dia.
Belek belek belek, aku cakap kat En Wan "If only kita boleh bersanding lagi kan?"

En Wan jawab "Dah la Di....kita dah ok dah ni. Nak bersanding apa lagi. Baik gi melancong"

En Wan malas layan.
Dia tau dah kalau dia melayan topik ni, sure akan pergi sampai 3 jam.

Everytime aku gi wedding sesiapa pun, aku mesti akan bandingkan dengan majlis aku dulu.
Bukan aku regret.
Sebenarnya aku tak kisah pun, jauh lagi nak mendengki dengan majlis orang.
Tapi lebih kepada rasa "kalau lah dulu aku ada duit..".
Macam tak puas sebab hati tu nak buat macam-macam, tapi duit takdo.

Tapi aku bersyukur jugak sebab majlis aku bukannya koboi sangat.
Cuma macam ada banyak benda yang aku tak dapat buat sebab takde duit.
Angan-angan tu besar, tapi habis kat angan-angan je la.
Tahun 2001 dah datang pesen khemah beropol, dah sampai pesen kek 3-4 tingkat, dah ramai orang buat flower girl dulang girl semua.
Tapi aku takde duit.

Apa-apa pun kitorang adik-beradik beruntung sebab Mak Aji ngan Pak Aji jenis yang tak mintak kitorang sediakan semua benda untuk kenduri. Dorang cuma tak pegang urusan hantaran and baju je. Kenduri nikah, kenduri bersanding, kad kawen, door gift, pelamin, gedebak gedebuk semua dorang bayar. Sampaikan katil pengantin pun dorang belikan.
Kitorang adik-beradik memang betul-betul kumpul duit untuk beli barang hantaran dengan sewa/tempah baju pengantin and mekap je.
Tapi tu la kan, bila diorang yang sponsor banyak benda, aku pun jadi tak berani nak mintak lebih-lebih.
Nak sebut warna tema pun tersekat kat kerongkong.
Maka penyudahnya, tema majlis aku ikut kaler bendera Malaysia.
Tema sukati-la-kaler-apa-pun-janji-aku-kawen.

Walaupun aku keluarkan duit cuma untuk baju pengantin and barang hantaran, tetappppp sakit poket guwe. Maklum la masa tu baru setahun keje. Gaji pun masa tu lepas tolak semua benda dapalah dalam RM1200.
Mana nak spend untuk turun naik komuter gi keje, mana nak belanja makan, mana nak beli barang-barang untuk diri sendiri.
Tu pun cara-cara aku tak pakai henfon tak pakai kredit kad, tak bayar duit kereta.
Dah besar rahmat dah aku pi keje lenjan baju kurung and tudung bawal Mak Aji. Besar pun besar lah baju tu, aku pedulik apa. Janji aku boleh jimat. Series tak tipu, baju kurung aku dulu besar-besar. Tapi sebab nama pun baju kurung, kalau besar sikit pun takpelah kan.
Dapat la sebulan simpan RM500 untuk kawen.

Segan pulak semua benda Mak Aji bayarkan, aku cakap takpela bunga telur aku nak buat sendiri.
Jadi bunga telur 2 pahar aku keluar duit sendiri.
Walaupun 2 pahar je tapi banyak gak pakai duit tu.
Aku nak buat style yang beriben-riben, pakai satin. Mahal jugak modalnya.
Padahal takde duit. Tapi eksen nak buat bunga telur mahal. Amekaw.

Pastu aku teringin nak buat kad kawen sendiri untuk kawan-kawan. So aku buat 100 keping je.
Tak larat aku nak buatkan semua kad kawen oi. Masa aku kawen Pak Aji and Mak Aji masih lagi bekerja. Pak Aji tu dah la keje kat Jabatan Pendidikan Selangor. Dia tu Pegawai Disiplin pulak tu. Sekolah mana yang takde masalah disiplin kau cakap kat aku?
Sah-sah Semua Pengetua, HEM and Cikgu PRS seluruh Selangor kenal Pak Aji.
Kau just berapa banyak kad jemputan untuk kawan Pak Aji alone?
Belum campur Mak Aji punya geng-geng satu UKM.
Tu tak campur lagi geng Kampung Sarang Buaya dengan Kampung Tanjong Rimau.
Bankrup aku kalau nak cover kad kawen untuk kawan-kawan dorang. Kawan-kawan aku 100 tak sampai.



Orang lain punya kad semua "...ke majlis puteri kami..."
Aku punya kad "..ke majlis perkahwinan kami..."
Kelas tak kelasnya pengantin jemput sendiri. Mbahahaha.
Tapi yang paling best sekali, aku tempah kad kawen ni tanpa En Wan.
Macam aku syok sendiri je nak kawen.
Kad tempah sendiri, baju gi fitting sendiri, color baju pun aku tentukan sendiri, beli set katil pun aku pilih sorang-sorang....orang pun heran kau ni sebenarnya nak kawen ngan sape?

Pastu aku teringin nak berinai ganti-ganti baju.
Dulu kan Kuch Kuch Hota Hai tengah in, aku pun sama menggedik nak pakai baju ala-ala Kajol.
Maka sewa la ngan Mak Andam satu persalinan baju Kajol.
Macam nak terkojol aku pakai baju India ni. Gila sarat okeh.
Macam-macam lapis aku pakai. Belum lagi dengan aksesori. Macam nak rebeh hidung aku kena sepit.



Biru kelopak mata ku okeh!
Cuba kau tengok aksesori cincin aku pakai tu. Nangis Dato Vida tengok jari aku.
Sebenarnya ni berinai on the day aku bersanding. Satu baju je.
Baju-baju lain dah berinai before nikah lagi.
Baju satu ni je yang berinai pagi hari bersanding sebab baju ni aku ambik dari Mak Andam yang mekapkan aku time resepsi.

Bunga telur kaler merah hati tu la yang aku buat sendiri.
Siang malam pagi petang aku menggentel riben nak buatkan 50 tangkai.
Sampai orang yang dah biasa naik satu komuter ngan aku pun boleh cam dah. Asal aku masuk je coach tu mesti keluarkan riben menggentel dari stesen Seri Kembangan sampailah stesen UKM.
Tahun 2001 bunga telur pesen yang aku buat tu memang tengah in sangat-sangat.


 Tajuk dia "Menunggu mapley masuk beradu".

Aishwarya kena kawen paksa ngan Ajay Devgan dalam Hum Dil De Chuke Sanam macam ni la gaya dia. Kah Kah Kah.



Ni request dari En Wan.
Dia nak aku pakai satu kimono untuk berinai.
Aku layan kan je la. Walaupun kulit tak berapa nak macam Geisha, seb baik flash kamera banyak membantu. Tapi aku bukan nak tunjuk gamba pakai kimono ni. Sebenarnya aku nak tunjuk kipas tangan aku tu. Kau nampak tak kipas tu berlubang?

Series aku tak paham butik pengantin yang aku ambik ni.
Dia dah tau kipas tu berlubang, tapi dia masih sewakan jugak.
Kimono ni aku tak sewa, ni memang Mak Aji punya. Turun temurun.
Malam berinai aku tempah mekap and sewa kipas je kat satu butik ni.
Sekali dia bagi aku kipas ni. kalau FOC takpelah jugak. Ni bayor okeh. Baik aku pakai kipas satey kalau camni gayanya. Lagi senonoh.

Tapi yang sedih tak berkesudahan bila tengok balik album kawen adelah sebab gamba tak cantik.
Aku takde bajet nak pakai profesional photografer.
Masa tu RM1500 dorang caj pun aku dah rasa mahal nak mampus.
So aku harap kat sedara-mara je tolong ambikkan gamba.
Bila dah 14 tahun kawen, rasa menyesal pulak tak hire profesional phorografer.
Korang yang belum kawen ni tolong lah simpan duit untuk ambik photografer biar gamba kawen tu semenggah sikit. Bukan apa, majlis ni berlansung sehari dua je. Tapi kenangan tu simpan sampai ke mati. Gamba biar cantik.


Pelamin Ibal.
Buat kat dewan.


Pelamin Ima.
Also buat kat dewan.
Ima lagi handal. Dia punya wedding planner Man Kajang okeh. 
Taraf-taraf Che Ta adik aku ni.

Masa ni Mak Aji dah learnt from a lesson.
Dia taknak semakkan rumah dia. Jadi dia buat kat hall.
Nikah je buat kat rumah. Tu pun dah kecah.
Tapi tak se-kecah majlis aku la. Sebab time kau kawen kitorang bersanding kat rumah, pastu keje gotong-royong pulak. Tak pakai catering. Seminggu seblom kawen lagi dah berkecah rumah Mak Aji dengan bawang, kentang, beras berkampit-kampit, tong-tong air. Sebab tu pelamin aku pun kecik. Sebab tak tau mana nak letak banyak sangat barang.



Pelamin aku. Ni lepas nikah.
Buat kat rumah je.
Dah la pelamin pun secotet.
Gamba senget pulak tu. .
Belasah laaaa. Janji muka aku masuk gamba.
Merah ada, kuning ada, biru ada. putih pun ada. Kan betul aku cakap pelamin aku macam kaler bendera Malaysia.

Pelamin aku ni punya la kecik sampai pengapit pun takde space nak selit.
Penyudahnya aku ngan En Wan dua orang je bersanding atas pelamin tu. Pengapit aku duduk kat lantai kipas dari bawah je. Orang nak naik bergamba atas pelamin ni pun takut sebab tukang buat pelamin dah pesan jangan naik ramai-ramai. Boleh?
Ko tengok pakcik aku rela duduk bersila depan pelamin. Bayangkan kalau dorang berdiri sebelah aku atas pelamin? Konfem roboh. Dan pastu akulah pengantin pertama kat Bangi yang bersanding tertonggeng.



Ni besoknya, bersanding.
Nampak tak baju En Wan rebeh kat bahu. Pastu kat ketiak besar gila. Nampak?
Ni la jadiknya kalau aku sorang je pi fitting. Dia balik dari Jepun hari ni, next week dah start keje. Pastu belum dapat gaji pertama, dah kawen. Memang tak sempat nak pi fitting. Redha je la pakai apa pun. Besar ke, kecik ke. Masa ni tak rasa apa sangat sebab masing-masing gatal nak kawen kan. Lepas 13 tahun tengok balik gamba ni alahaiiiiii....mesti ada yang gelak tengok pengantin. Baju dah la besar. Sampin pun dah macam skirt Pandu Puteri je aku tengok.

Takde khemah ropol.
Takde kek pengantin.
Takde profesional photografer.
Takde dulang girl.
Takde flower girl.
Takde button badges.
Takde bunting.

Yang ter-best sekali, takde gamba pengantin with keluarga.

Sorang pun tak teringat nak panggil Mak Aji Pak Aji ngan adik beradik aku bergamba ngan pengantin atas pelamin.
Jangankan kata family aku, family En Wan pun tak bergamba ngan kitorang.

Tu pasal la agaknya aku dok teringat-ingat majlis aku everytime attend wedding orang.
Nasib baik aku dapat fulfilled impian aku kat wedding Ibal. Sampai warna tema pun aku balun ikut taste aku. Ibal pulak jenis tak kisah. Sukati kau la kak dia kata. Dia pun macam aku gak - "janji aku kawen".




posted by aveo757 @ 5:24 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER