2015-01-16

Mimpi


Korang pernah tak mimpi yang sama berulang kali dalam jangka masa yang panjang?
Mimpi makan tahun namanya ni.

Aku pernah.
Tak selalu, tapi pernah mimpi yang sama banyak kali.
Ada yang berdasarkan kisah benar - yang sangat mentromakan.
Ada tu yang macam dejavu.

Mimpi yang selalu datang berulang kali ada 2 :

1. Mimpi aku masih berada kat skolah asrama.

2. Mimpi masih bercouple dengan exbf ATAU mimpi melarikan diri dari exbf.


Dua benda ni perkara paling aku benci pernah berlaku kat diri aku.
Sebab dua-dua ni sangat menakutkan lagi menyampahkan.

First, aku terlampau tak suka tak suka tak suka duduk asrama, especially masa aku kat TKC.
Maahad Hamidiah tu seminggu je, tak sempat nak rasa menyampah sangat.
Tapi TKC tu setengah tahun jugak, cukup lama untuk develop rasa menyampah.

Sebenarnya bukan skolah tu yang aku menyampahkan.
Tapi aku tak suka sistem skolah berasrama.
Hidup aku dikongkong - blaja ikut masa, tido ikut masa, nak keluar pun jalan tunggu hujung minggu, nak keluar kena bagi reason kat warden, makan kena tunggu senior kunyah nasik baru kau start kunyah.

Benda-benda macam ni lah yang buat aku troma sampai skarang.
Sebenarnya apa yang dorang terapkan tu bagus untuk mendisiplinkan pelajar.
Nak pulak bila duduk asrama, sebahagian besar waktu pelajar adalah bersama kawan. Paham-paham je la kan pengaruh kawan macamana.
Jadi memang patut pun segalanya kena minta kebenaran warden.
Cuma aku je yang tak berkenan cara ni. Sebab adakalanya macam tak lojik je kena ada alasan kukuh baru boleh outing. Kalau last week dah balik rumah, minggu ni tak boleh, melainkan ada alasan kukuh. Like wadehel bladihelllll. Aku nak balik rumah aku kot, mak bapak aku datang jemput. Bukan nak merendek. Aku jenis yang suka bebas sebab aku rasa aku akan menjadi semakin bengap bila dipaksa-paksa.

Lagipun biasa la adat duduk asrama, tak banyak sikit mesti kau kena ragging punya.
Ragging kat skolah tu takde la sampai bantai-membantai.
Tapi aku tak suka orang kurang ajar, tak kisah la kau lagi tua dari aku pun.
Aku tak rasa manusia tu wajar dihormati hanya kerana dia lebih tua.
Kalau kau biadap dengan aku, kau tak layak dapat respek. Paling-paling pun aku buat dek je dengan arahan kau.

Stress jugak bila time nak rendam baju tengok baldi aku hilang.
Time tu semua baldi kena letak kat satu bilik khas, dalam bilik tu semua letak baldi and toiletries.
Bila aku nak ambik baldi, tengok baldi aku takde.
Rupanya selamba tapir akak-akak senior ambik baldi aku untuk bancuh air sebab dorang ada match bola keranjang. Macam tapir perangai. Takde adab lansung ambik barang orang. Mentang-mentang kau senior.

Asal angkat baju, sepit baju aku mesti hilang separuh.
Bila check rupanya ada binawe ambik sepit baju aku yang dah bertulis nama, pi sepit baju dia pulak.
Gila pailang konon sepit dah ada nama pun berani pakai.

Benda-benda macam ni simple je sebenarnya, tapi sorry la aku memang cukup tak berkenan perangai macam ni.
Bukan setakat tak suka lagi dah tapi BENCI sampaikan membawak kepada mimpi yang berpanjangan.
Imagine, dari saat aku quit dari TKC tahun 1990 sampai skarang aku masih lagi bermimpi aku ada dalam kawasan asrama. Gila.
Cuma mimpi ni tak sekerap awal-awal dulu.
Masa awal-awal aku quit, memang kerap sangat mimpi ni.
Kejap-kejap aku mimpi bangun pukul 4 pagi nak cop shower, pastu mimpi duduk kat sickbay, mimpi cubaan lari dari asrama.
Yang pelik tu aku mimpi semua perkara yang dah pernah aku lalui. Dalam mimpi tu seolah-olah aku nak perbaiki semula perkara yang aku nak buat tapi tak kesampaian.
Contohnya, berapa kali aku mimpi aku nak lari dari asrama tapi sangkut kat gate.
Memang in realiti aku pernah buat macam tu pun. Aku pernah cuba nak fly malam tapi pak guard terjaga. Tak cukup tanah aku lari.
Disebabkan aku bengang perkara (fly) tu tak menjadi, sampai skarang aku dok mimpi benda yang sama.

Masa aku dapat UNIMAS, Mak Aji ngan Pak Aji dah cuak.
Dorang syak aku akan 'buat hal', kali ni lari dari universiti pulak. Dorang takut aku homesick lagi.
Sebenarnya homesick tu memang la homesick. Tapi yang buatkan aku quit TKC dulu bukan sebab homesick 100%. Dah setengah tahun kot, takkan homesick lagi kan. Homesick memang ada tapi yang mempengaruhi tindakan aku nak lari dari asrama sebab aku tak suka situasi di situ. Macam yang aku cakap tadi la, kena ragging tak tentu pasal, biadap ambik barang orang tak mintak izin, pastu sentiasa dalam ketakutan je sebab ada sorang dua akak senior yang kejenya nak meroyan tak tentu arah. Pelik gila perangai. Nak kata dia stress sebab SPM, macam la dia je yang ambik SPM. Aku tengok akak-akak lain ok je.

Tapi alhamdulillah, kat UNIMAS aku ok.
Homesick la jugak seminggu dua. Tapi pastu ok.
Maybe sebab aku dah dewasa, dah boleh pikir panjang.
Ataupun sebab sistem di UNIMAS ok, lagipun takde ragging-ragging ni semua.
Padahal kalau nak ikutkan keadaan UNIMAS waktu tu, aku wajar jadi homesick sehomesick-homesicknya sebab keadaan UNIMAS yang aku duduk dulu sangat la kurang serba serbi.
Dengan air yang takde, cuma bilik air bawah je boleh guna.
Pastu kawasan terpencil. Makan memang harap kat kantin je. Sedap tak sedap jangan banyak bunyik. Kau kena makan je.
Library takde. Public phone takde. Nak call parents pinjam henfon pengetua.
Nak hantar surat payah. Nak beli apa-apa harap kat koperasi kecik dalam kolej je.
Dengan keadaan yang serba kurang, sepatutnya aku wajib homesick.
Tapi, amazing, perkara tu tak berlaku. Despite kekurangan, aku enjoy di sana.

Tapi, mimpi ni masih ok lagi kalau nak bandingkan dengan mimpi exbf.

Padahal kes aku ngan exbf dah 20 tahun berlalu kot. Tapi mimpi tu asik datang lagi.
Baru-baru ni aku mimpi exbf lagi.
Tengah-tengah malam terjaga dalam keadaan berpeluh-peluh.
Nampak orang kat sebelah, aku selak selimut nak check ni En Wan or exbf yang tido sebelah aku.
Memang takut.
Sakit hati pulak mikirkan apesal aku masih lagi takutkan dia padahal it's all over.
Nak kata move on, memang masing-masing dah move on pun.
Aku tak rasa pun dia masih ingat kat aku.
Aku lagi la, memang tak hingin nak ingat-ingat dia.
Lagi nak menjauhkan diri lagi ada.
Tapi kadang-kadang masuk jugak dia dalam mimpi.
Kalau mimpi tu kau datang cara baik takpe, ni tak. Dalam mimpi pun nak hentak aku. 
Aku tak tau la apesal.
Maybe aku masih ada dendam lagi kot, aku tak betul-betul let go perkara tu.
Aku rasa kalau aku dapat tampar dia sekali macam dia tampa aku, masa tu baru mimpi-mimpi ni semua hilang kot. Agaknya laa...

Tapi, ada satu mimpi yang agak takut sebab mimpi ni berepisod.
Mimpi ni dah lama gak, dah 5-6 tahun.
Mimpi ni berepisod sebab bila mimpi ni datang, aku boleh berkomunikasi dengan orang ni tentang apa yang kitprang bualkan dalam mimpi yang lepas. Seolah-olah macam aku kat dunia realiti. Bila dalam mimpi tu aku boleh flashback apa yang kitorang sembangkan dalam mimpi yang lepas. Tapi bila aku sedar, aku tak ingat satu apa pun yang berlaku. Jangan kata nak ingat mimpi yang lepas, mimpi yang baru kejap ni pun aku samar-samar.
One thing for sure, everytime aku mimpi dia, kitorang macam good fren. Macam close sangat.
Muka dia hensem okeh. Dan sangat lembut bila bercakap. Everytime aku mimpi dia, aku terus transform jadi ayu gitu.
Tapi bila sedar, lansung aku tak ingat sape dia.
Dalam mimpi, dia ajar aku macam-macam termasuk ayat Al-Quran.
Tapi yang paling aku ingat, ada beberapa episod mimpi ni, dia asik sebut ayat dari surah Yassin, ayat 50.

"..lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiatpun dan tidak pula dapat kembali kepada keluarganya"

Aku tak paham apa kaitannya dia asik bacakan ni kat aku.
Tapi dia suruh aku hafal ayat ni. Dia kata pendinding kalau aku diganggu dengan orang yang aku tak suka.
Huh???

Bila dah lama-lama sikit aku try la rujuk orang yang pandai tafsir.
Orang yang pandai tafsir ni kata Surah Yassin ayat 48-50 semua berkaitan dengan perihal apabila kematian dan hari kiamat datang kepada orang kafir.
But still, apa kaitannya dengan aku?? Masih tak faham.

Aku pernah cerita pasal mimpi ni kat orang yang rapat dengan aku.
Dia kata, ni jin Islam kot.
Ntah.
Tapi aku harap kalau dapat 'sambung' mimpi lagi aku nak tanya "Ko ni sape sebenarnya?"