2014-11-06

Terima kasih.



Application untuk pencarian model next shawl Fleur by Mrs Him berakhir today 6 Nov 2014.
Tapi kalau ada yang rasa nak hantar gamba, silakan.

Terima kasih banyak-banyak.
Tak sangka ramai yang hantar. Ada yang siap hantar dengan resume and CV.
Ada yang siap bagi portfolio pernah menang pencarian model tudung Fareeda and buat TVC.
Aduiiii naik segan aku.
Label akak ni bawah sikit dari buku lali dik, belum tinggi lagi. Tapi yang hantar resume macamkan Fleur by Mrs Him ni setaraf brand Kimora Lee gitu.
Anyways, thank you thank you thank you.
Terima kasih jugak pada yang tolong share pada kawan-kawan.
Sebolehnya aku taknak kecewakan semua orang. Label aku ni bukannya gah mana pun, jadi aku tak memilih sangat. Janji tak kejung depan kamera sudah.

Thank you again pada MUA yang nak sponsor mekap.
Disebabkan boleh tahan juga yang menyerah diri, aku kena pikirkan camana aku nak susun and create konsep. Aku and team Fleur akan start buat pemilihan next Monday. Apa-apa hal aku akan announce kat blog sekiranya pemilihan dah dibuat dan diberitau melalui email. Setakat ni MUA je yang aku respond dulu.

Oh lagi satu, ada yang konfius ingat pencarian model ni untuk LAZADA.
Nehi Nehi Nehi.
Pencarian model ni bukan untuk LAZADA. Akak tak keje dengan LAZADA dik.
Tapi muka-muka yang terpilih memang konfem masuk LAZADA. Disebabkan requirement LAZADA ni high la maka akak kena cari model. Kalau requirement dia suam-suam, akak tadah muka sendiri je.


Sejak isnin lepas aku dok perati je right column FB mesti naik muka dak ni. (yang aku kotakkan tu).
Dasyat betul Lazada buat promo. 
Sepatutnya ada promosi this week, tapi Lazada anjakkan ke 11 November.


Ingat, 11 November 2014 adalah Sale of the Year Lazada.
Boleh serang hendap.



Lagi satu pasal henbeg.
Nampak tu? Tinggal 2 bijik tu je la. Yang lain semua dah selamat dirembat oleh mereka-mereka yang berminat. Ada tinggal 3 bijik lagi. Lady Dior ni aku bagi bakal adik ipar. LV si Ima nak. Coach aku bagi mak mertua. Yang the rest dah pun ada tuannya. Minta maaf sebab aku tak dapat nak reply to all email yang bertanyakan beg-beg ni semua. Beg aku pun tak banyak mana. Yang mintak Longchamp aku beli kat Osaka tu ari, tu minta maaf. Sebab aku memang pakai beg tu. Yang tu memang aku tak sampai ati nak let go sebab hari tu cop company terbukak, dah bercop-cop dalam tu dengan dakwat biru. Biar la aku je lenjan sampai rabak.

Rupanya ada lagi henbeg aku yang kena rembat tu ari.
Lacoste, Burberry, Chanel and Panarea.
Ompek ketul semuanya. Takpela, kau ingat kau sorang je pegi keje nak pakai henbeg? Pencuri pun nak bergaya jugak nokkkk.



Aku terima ni today.

Perlu difahami, tak semua yang bertittle tu begitu perangainya.
Macam yang aku tulis semalam, kes-kes macam ni ada. Ramai. Tapi tak semua.
Experience sendiri dari zaman student sampai keje, aku 'bergaul' dengan orang-orang yang ada academic tittle. Some memang kerek sebab dia memandang kelompok aku ni sebagai 'jual barang'.
Ada yang lebih kerek bila dia tengok kita carry brand yang belum dikenali.
Kita bagi free trial pack pun dia taknak. Brand tak standard katanya.
Takde reference.
Sebab takde reference la maka aku provide trial kit. Kalau dah bersepah reference buat apa aku nak bagi kau free sample. Aku nak bagi kau try. Pastu kau bagi lah feedback.

Benda ni selalunya berlaku bila dia jumpa kita pertama kali.
Dan selalunya, persepsi ni akan berubah bila kita organize workshop. Bila dia sendiri nampak kita conduct the workshop/talk, baru la persepsi tu berubah. Tapi sebelum persepsi tu dapat diconvertkan, memang kau tahan je la menggelegak dalam hati. Sebab aku suka apa yang aku buat, jadi aku tebalkan je la muka.

Nak ubah orang lain memang susah.
Yang senangnya adalah ubah diri sendiri.
Sebab tu kalau aku face situasi macam tu, aku akan ubah diri aku until one day dia ikut rentak aku pulak. Sebab tu aku banyak organize workshop awal-awal nak promote produk. Dorang cuma bayar khidmat speaker je, kit-kit semua aku bagi FREE. Bayangkan kalau sampai 40 orang attend workshop, berapa banyak kit aku supply secara FOC? Duit keluar macam air je aku rasa time ni.
Tapi aku takde choice, aku terpaksa buat untuk build reputation. Sebab tak semua orang boleh bersikap menerima. Alhamdulillah, formula tu menjadi.

Macam tu la susahnya manusia. Tapi takpe, biarkan.
Takpelah, dah dorang rasa dorang ada hak nak gunakan hak tu sepenuhnya, nak buat camana.
Yang ada tittle nak gunakan sepenuhnya kuasa tittle.
Yang berduit nak gunakan sepenuhnya kuasa berduit.
Mungkin jalan untuk dorang sampai ke tahap tu tak mudah.
Lojik alam kehidupan.
Jika kita susah nak dapatkan sesuatu, maka tak perlulah kita mudahkan orang lain. Jarang manusia nak memudahkan orang lain. Begitulah agaknya.

To this reader, nasihat aku - continue study kalau mampu. Mampu dari segi kewangan, mampu dari segi semangat, mampu dari segi masa.
Jangan jadikan pengalaman kita berdepan dengan orang-orang macam tu buatkan kita rasa muak nak sambung study. Don't.
Kita boleh ubah situasi tu dengan izin Allah.