walk on wings, tread in air: Setem <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Setem
2014-11-17

Sabtu lepas aku balik Bangi sekali Mak Aji bawak keluar harta-benda yang tersorok selama ni. Dia pun baru jumpa setelah bertahun-tahun. Anak nak kawen kan, jadi dorang buatla gotong-royong sikit. Seb baik aku tak duduk sekali. Kalau tak ngan aku-aku sekali kena kerah. Konfem.

Aku jumpa buku setem aku masa Darjah Ompek!

Aku memang suka kumpul setem.
Cerita dia cenggini.
Mak Aji pun memang kumpul setem. Aku tak tau la sejak bila dia ada hobi ni tapi aku syak sejak dia keje kat UKM. Sebab dia keje bahagian Pejabat Pendaftar, deal dengan student-student/lecturer yang sambung blaja ke overseas. Jadi agaknya time ni la dia kumpul setem sebab dulu-dulu kan surat je la medium perhubungan yang ada. Email mana ada masa ni.

Setem Mak Aji gila banyakkkkkkkkkkkkkkkk.
Merata-raya negara ada.
Aku kagum gila time ni. Hari-hari aku selak buku setem dia.
Lama-lama aku pun nak kumpul setem gak.
Tapi, aku tak penah dapat surat. Camana nak kumpul setem oii?
Takpe..takpe..kita mulakan dengan surat-surat Pak Aji and Mak Aji dulu.
Asal surat dorang sampai je, aku koyakkan setem dulu. By the time dorang balik keje nak baca surat, kat tepi sampul dah rompong kena gunting dek aku.

Tapi lama-lama rasa tak best sebab semua setem Malaysia.
Dulu pulak setem sepesen je. Gamba kelapa sawit, gamba padi, gamba nenas. Alahaiii.
Pastu aku decide aku ambik setem yang Mak Aji dah kumpul. Aku jadikan hak aku pulak. Ala, dia bukan kisah sangat pun setem-setem ni. Sabitkan setem tu kebetulan dia dapat. Bukan orang hantar surat kat dia pun. Orang hantar kat pejabat dia je. Kah Kah Kah. *sedapkan hati sendiri*

Setem Mak Aji lawa-lawa.
Ada yang bentuk bulat, ada yang bentuk segitiga.
Pernah masa aku tusyen darjah 5, cikgu tusyen tu kata esok dia nak buat kuiz matematik. Siapa dapat jawab, hadiah dia setem. Sempoi je budak dulu-dulu kan. Cikgu nak bagi hadiah setem pun excited. Setem dah guna lak tu. Pun dah suka gila. Ce skarang kau offer anak murid kau "Dapat jawab soklan, cikgu bagi setem".
Cikgu jawab sendiri la cikgu, dia kata. Hahahahah.


Buku setem aku.
Tulisan aku.
Siap tulis 'Yang Membeli' siapa.
Bangga arwah atuk ngan arwah nenek aku kalau tau ni. 
Sampai skarang habit aku kalau beli buku, akan tulis nama, and tarikh beli. Tapi takyah la tulis sape beli kan, dah sah-sah aku je yang beli buku sendiri skarang.


First page je dah 'Negara Tak Tau'
Kau ada?

Abis tu nak wat camana kan, asik kumpul setem Malaysia je. Sampaikan aku tak tau nama negara-negara lain. Sebab tu kalau main game Nama Negara Buah Binatang, sampai bab negara tu aku senang nak kantoi. Pengetahuan tentang negara tu tak banyak. Balik-balik tu je la aku tulis.


Jepun ngan Nippon tu lain negara okehhh.
Pffttttt!


Ha ni best.
Pilipinas.
Carik la sampai jumpa.


Lady Diana aku kenal.
Negara dia aku tak kenal.


Ok, tolong ingatkan aku POSTA ni negara apa sebenarnya.


Masa Darjah 6, aku cuba nak banyakkan lagi setem.
Aku try hantar gamba kat Dewan Pelajar ruangan berkenalan. Dengan harapan dapat banyak surat.
Dapat banyak surat?
Kau rasa???
Masa tu naif sangat. Hantar gamba kat Dewan Pelajar dengan harapan dapat kenalan, boleh kumpul setem. Gamba tu tak pilih-pilih. Asal ada gamba je terus hantar. Nasib kau lah kan pastu. Memang takde yang nak kenal ngan aku pun. Mbahahaha.

Pastu dah slow sikit hobi ni sebab boring balik-balik setem Malaysia.
Tapi hobi ni berlanjutan sampai aku kenal ngan pakwe Jepun. Asal surat dia sampai je benda pertama aku kopek adelah setem dia dulu, pastu baru baca surat. Now dah tua ni, hobi pun dah bertukar ke baca buku, membuta, baca buku, membuta. Hujung minggu merayap. Tu je la.




Ni aku tepek muka aku pakai shawl Hawa pulak.
Sebab aku tengok ada warna yang kurang menyerlah bila dalam studio. Patutnya gamba studio lagi cantik. Ni aku ambik pagi tadi before gi keje, guna cahaya matahari tepi tingkap je tapi warna dia jadi sangat hampir kepada warna in realiti. Tak tau la camana model-model ni boleh tahan pakai sampai 10 helai sorang. Aku pakai 4 ni je dah penat. Boleh cuba comparekan warna shawl ni dengan warna dalam gamba entry semalam ya. KLIK SINI

Nanti esok-esok aku pakai lain color pulak.
By the way shawl ni boleh dipakai ikut style korang sendiri.
Contohnya today aku selimpangkan je ke bahu, tak lilit-lilit pun :


 Cukup labuh untuk cover dada.



posted by aveo757 @ 12:58 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER