Now kalau diajak berjalan, memang Rayyan sorang je nak join. Redza betul-betul bujang sebelum waktu. Asik nak duduk rumah je. Aku umpan dengan makan sushi pun dia tak heran. Rela dia makan telur mata ngan nasik putih letak kicap je kat rumah. Nama dia nak bersiap join berjalan, memang tak. Melainkan kalau pegi bercuti. Itu memang terpaksa ikut. Sebab tu aku kena rajin keluar bercuti, kalau tak lama-lama anak laki aku transform jadi anaki dara.
Sabtu lepas, aku nak carik pants. Preferably wide leg pants. Aku ada nampak satu kat FashionValet - brand Mizz Nina. Dalam RM170. Tapi tu la, kalau bab seluar ni aku risau je tak muat. Kalau baju tu aku bantai je pilih size L, besar pun takpe. Kalau seluar ni besar salah, kecik lagi la salah. So Sabtu malam aku ajak En Wan check apa ada kat IOI Mall. Padahal dah tau dah takde apa sangat kat sana, tapi nak jugak pegi, mana la tau kan. Tapi memang takde pun.
Aku gi Nichii.
Seluar memang banyak. Tapi semua jenis yang keding-keding and pattern macam orang sekarang suka pakai. Jenis senteng kat buku lali tu. Cantik gak. En Wan suruh beli buat pakai kat rumah. Aku rasa cam jadahnya la aku nak pakai seluar panjang kat rumah. Kalau boleh nak pakai spender je kehulu-hilir dalam rumah. Lapang berangin je rasa. Nak kencing pun senang. Tapi lagi best masa aku kena ITU hari tu. Lansung tak pakai spender. Sebab kejap-kejap nak kencing jadi aku malas. Tapi takleh buat selalu-selalu nak nak lagi time En Wan ada rumah. Eh.
Nichii ni dah macam best je aku tengok sekarang.
Tahun 2006-2007 dulu aku pi Nichii nampak baju-baju dia cikai nau. Macam baju-baju kat Guangzhou je rasa. Now dah best pulak aku tengok. Harga pun murah je kalau blouse tu dalam RM80-RM100 je. Less than that pun ada. Tapi satu je Nichii ni baju dia banyak yang see thru. 90% kot. So agak leceh kat situ sebab kena pakai inner. Kalau dulu memang aku suka sangat la baju-baju see thru ni. Lagi see thru lagi bagus. Ngahahha.
Ni la kenapa aku menyampah shopping. Barang yang dicarik memang takde, tetappppp nak beli jugak barang yang tak berapa nak dipakai. Hari tu rembat 3 blouse. Tak tau la nak pakai masa bila.
Kaki silang okeh.
Bagi nampak efek kurus orang kata.
Nampak tak baju kat belakang Rayyan tu?
Sikit tak cantik baju tu aku tengok hari tu. Dengan renyuknya lagi.
Bila tengok kat Zalora, eh lawa pulak.
This is why aku suka online shopping sebab ada gamba model yang gayakan.
Sebab tu baju-baju baju-baju yang dipakaikan kat patung semua lawa-lawa tapi bila tengok kat hanger alahaiii...cam harem. Kebanyakkan baju kalau tengok kat hanger-hanger ni semua cam brengset dia punya renyuk. Tapi bila kena kat badan orang yang pakai, eh lawa pulokkkkk.
Maksudnya kat sini, baju ni sebenarnya semua lawa. Cuma kena ada orang gayakan baru kita boleh nampak camana rupa baju tu secara keseluruhannya bila diletak kat badan. Kalau just sangkut kat hanger macam kat dalam gambar tu gila selekeh. Jadi, jom la beli je online.
Tapi satu hal kalau beli online ni cuma takut size lari. Tu yang aku malas tu.
Aku ingat lagi time meeting ngan Lazada dulu, vendor manager tu bagitau aku jual baju online paling senang. Just carik model yang badannya cantik, otomatik baju akan jadi cantik. Pastu dia kata paling paling senang sekali jual tudung/shawl. Muka model kena cun, pastu pandai lilit tudung. Otomatik shawl jadi lawa. Bila aku pikir-pikir balik, eh betul jugak. Mawar tu pakai tudung Fareeda kemain cantik aku tengok. Aku pakai Fareeda nampak cam mak nenek.
Wearing Aleesya Plain Emerald Green from Fleur by Mrs Him.
Satu lagi masalah kalau bawak panglima ni pi makan - menu book tolong bagi 3 ya.
Kalau tak, aku ngan En Wan kena share menu book. Menu book tu penting bagi dia sebab dia harus dilayan seperti orang dewasa. Kerana dia juga adelah customer!
Yang best tu bila waiter datang bawak menu, dia dah hulur tangan siap-siap mintak menu. Macamkan dia lak yang nak belanja makan.
Sebenarnya hari tu tekak aku nak makan sushi. Tapi biasa la kan IOI Mall ni Sushi King memang kena buat bangunan sendiri aku rasa. Manjang je penuh. Aku dah siap round beli Baju kat Nichi sejam patah balik pun masih ada yang queue tak dapat tempat duduk. Tak kuasa la aku, terus pi TGI.
TGI macam biasa, kids eat free.
Pilihkan dia chicken finger.
Rayyan punya.
Chicken finger with fries and cheese
Aku punya, ntah hapa nama menu ni tapi harga sampai RM69.
Tak sedap. Yang sedap cuma mashed potato je.
Yang sedap cuma En Wan punya - Lamb Grill.
Pose-pose dari seorang panglima.
Gambar 1st : Muka seksi
Gambar 2nd : Senyuman meleret
Gambar 3rd : Senyuman Colgate.
Dia sebenarnya buat baik dengan aku sebab nak Lego kat depan tu.
Pandai dia ni membodek aku. Apa aku mintak dia buat hari tu semua dia turutkan.
Aku pun cam heran apesal dia mendengar kata sangat ni.
Pastu dengar dia kata "Ma, adik punya Legi dah habis (dah rosak)"
Ohhhh patut la kau meleseh-leseh sangat tepi aku.
Jangan harap!
Ni la dia budak yang dulunya membesar dalam balang, now jadi sangattttttttttttttttt lah pandai auta.
Cuti sekolah kali ni maknya busy campur baru lepas sembuh UTI, jadi kali ni semua tak gi jalan.
Jumaat lepas baru lah masing-masing sibuk nak check hotel mana yang kosong, dapat stay 2 malam jadikla sementara sekolah blom bukak. Nan ado! Semua fully booked. Takpelah, selamat duit aku.
Now kan, asal cuti sekolah je aku serba salah nak pi bercuti.
Nak cuti naik kapalterbang, takut.
Nak cuti naik kereta, jalan jem.
Ujung-ujung duduk rumah jugak best.
Semalam, jangankan tidak En Wan nak bagi jugak Redza 'bercuti', dia angkut anak-anak dia pegi Shah Alam, tiga beranak. Aku tak ikut. Aku tak tau apa nama tempat ni and kat mana. Yang aku tau dorang dah 3 kali pi sini and tiga-tiga kali aku tak ikut sebab aku malas nak join mandi tempat-tempat gini. Kalau aku pegi selalunya aku tukang hulur towel and kutip spender basah. Eh tak kuasa la aku.
Ok ni dia yang aku nak bagitau.
Happy Hour Ephyra. Blog aku ni je ada Happy Hour.
Sila tunggu Rabu ni ya.
Payment yang diterima dalam tempoh sejam tu saje akan kita accept.
Yang sebelum mahupun yang selepas, tidak akan mendapat Happy Hour price dan akan direturn duitnya. Ganas kan promo ni? Main pulang-pulang duit lagik.
So, Rabu 11am, cepat-cepat bukak blog ni.