walk on wings, tread in air: Kenangan sebuah jamban <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kenangan sebuah jamban
2014-08-01

Raya kedua around 9.30pm kitorang gerak ke JB.
Nak tinggalkan rumah cukup seriau kali ni. Nak pulak ni time raya. Kiri kanan depan belakang semua jiran balik raya. Kalau ikut plan asal nak gerak lepas Subuh raya ketiga, tapi En Wan kata takut tak sempat. Dibuatnya jem kang, ada yang tak jadi bertunang hari tu. Dah la orang kuat majlis tu En Wan sendiri. Dah kalau orang kuatnya pun takde, guaneeeeeeeee.

Alhamdulillah, malam tu jalan smooth je.
Kul 1am dah sampai Pasir Gudang. Lepak homestay, anak sedara En Wan dah booked siap-siap.
Aku memang takde la nak bersembang ke apa ke, terus tido.
Kul 6am terjaga, lapar.
Tu je la keje aku. Asal bangun makan. Asal nak makan je bangun.

Nikmat betul pagi-pagi raya ketiga dah pekena roti canai kat mamak.
Terasa kembali bernyawa. Dah tak lalu nak hadap nasi impit ngan rendang. Time-time macam ni kalau breakfast biskut lutut cicah sardin pun on. But rendang, sorry. Dah sampai limit dah ni.
Lepas breakfast, siap-siap semua terus ke rumah keluarga perempuan.




Rombongan Tganu.
Warna tema hantaran adelah "sukati mokciklah".
Sebab aku yang gubah, jadi kaler ikut selera tekak aku nak bubuh kaler apa pun. Nasib kau lah.


Ketua rombongang tak laing tak bukang, En Wang.




Kemain beria En Wan menggoreng.
Siap berpantun bagai. Tapi sebelum dia bagi pantun dia dah cakap siang-siang "Ni saya nak bagi pantun ni, tapi takyah lah balas. Sebab kalau balas saya tak reti nak jawab".

Group Johor berderet 'orang-orang lama'. Yang grup Tganu, En Wan tu je la 'paling lama' yang kitorang boleh jumpa. Memang takde dah yang boleh diharapkan untuk jadi wakil bercakap pihak lelaki. Tu pun mujur menjak kawen ngan aku dah pandai nak bersembang sikit. Kalau dulu awal-awal kenal, memang senyap dan sunyi hanya kedengaran bunyi unggas semata. Dia yang ajak dating tapi dia yang senyap. Macam aku lak yang menggelenyar ajak dia merendek.

Boleh tahan berani jugak En Wan at the age of 38 dah jadi wakil meminang anak dara orang. Selalunya orang tua-tua punya keje ni. Seb baik aku still sweet 37.




Kak Long and bakal menantu.
Dasyat betul orang sekarang bertunang, siap pelamin bagai.
Aku dulu bertunang duduk atas kerusi meja solek Mak Aji je. Mekap sendiri. Bayangkan aku mekap sendiri. Kulit dah la gelap, pi tenyeh foundation tak kisah apa kaler janji foundation. Terus jadi kelabu muka aku. Mak mertua aku rilek je menonggeng sarungkan cincin. Takde hal. Hahaha.
Memang boleh buat duit sangat orang yang bisnes wedding and event.
Merisik pun dah pakai mini pelamin, bertunang pun dah pakai pelamin nikah. No wonder la pelamin bersanding now paling cikai pun RM10K.

Ni Ibal esok ni aku nak suggest bersanding pakai kerusi plastik je la sudah.
Kerusi plastik sekarang pun dah berpuluh ringgit sekali sewa. Adeh.


Adik-beradik, makcik and nenek (mak mertua aku) from Tganu


Pihak perempuan bagi tema purple.
Yang combination pink and turquoise tu pihak kitorang (lelaki)


Ni gamba immediate family pihak lelaki.
Gamba aku memang takde dalam trip ni. Sebab aku berkejar-kejaran ngan anak-anak aku. Mesra gitu.



Kejap je kitorang kat majlis tu.
Sebab takde apa nak bincang sangat pun, everything dah discuss time merisik tu hari.
Bertunang ni just nak cukupkan syarat je.

Dalam kul 1.30pm kitorang gerak balik KL.
Kebetulan hari yang sama Mak Aji, Pak Aji and Ibal balik Tampin and terus ke Muar balik jumpa sedara-mara Pak Aji. Ibal whatsapp aku :



Lama gila aku tak balik Muar.
Menjak nenek aku (mak Pak Aji) dah duduk ngan Mak Usu kat Bangi, lagi la tak nampak bayang aku kat Muar tu. Seingat aku, sejak Redza lahir, baru sekali aku jejak Muar. Rayyan lansung belum sampai lagi. Insyallah one day aku nak bawak Rayyan balik kampung. Now belum boleh lagi. Tak sanggup aku nak tengok dia memanjat turun-naik tangga. Kang abis anak ayam nenek aku semua dia kokak.

Jamban itu.
Menjadi kenangan....ngeri.
Hahahhah.



Sape follow blog ni dari awal mesti ingat entry yang atas ni.
Aku cerita kes aku terberak-berak kat Muar, jamban masa tu kat belakang rumah.

Actually jamban nenek aku ada 2.
Mula-mula satu je. Bila anak cucu dah besar, asal balik kampung je semua berebut nak masuk jamban, jadi nenek aku buatkan satu lagi bilik air and jamban kat depan rumah pulak.
Jamban depan rumah ni ada kenangan pahit untuk aku telan yang menjadikan aku troma terus nak balik Muar.

Biasa la kan, dah kalau nama jamban kat depan rumah, seumpama jamban tu dah jadi macam public toilet. Sesape datang beraya terus je masuk jamban kat depan tu. Takyah mintak-mintak izin tuan rumah dah. Kalau dah ramai-ramai tu memang ada la sekor dua yang macam batak. Mangkuk jamban tu elok je tersergam indah, dia nak jugak melabur atas lantai betul-betul depan pintu jamban. Tak ke musibat tu? Time tu pulak kitorang balik Muar bawak anak sedara Mak Aji dari Singapore balik beraya sekali sebab aunty aku bercuti ke USA. Time tu anak-anak dia baya Rayyan. Sekali anak dia nak terberak. Aku pun teman masuk jamban depan. Elok je aku masuk terus terpijak ntah sape punya taik cirit bersepah atas lantai. Memang sepanjang malam aku memaki hamun. Dia punya troma tu membawak sampai ke tua ni.

Rupanya jamban tu ada lagi sampai sekarang tapi dah jadi stor la kot.
Yang lagi satu kejadian berlaku kat jamban belakang rumah pulak.
Yang ni kes yang aku cerita dalam entry atas tu.
Satu rumah cirit-birit okeh. Aku tak sure if masa tu jamban depan masih berfungsi ke tak. Yang aku tau aku keluar masuk jamban belakang rumah je. Time ni dah kawen. Aku ngan En Wan tido kat bilik belakang, kat dapur. Pakcik aku (adik bongsu Pak Aji) ni ada hawa-hawa McGyver gak. Dia pandai bertukang. Tapi tu la, McGyver la katakan. Bertukang asal jadik je.

Aku tak tau rupanya tombol pintu bilik yang aku tido tu dipasang terbalik.


*gambar digugel*


Tombol macam ni kalau secara normalnya kita tekan ke bawah untuk bukak kan.
Tapi pakcik aku pi pasang terbalik. Jadi kalau nak bukak pintu kau kena pulas ke atas.
Kau just imagine pagi-pagi buta, dalam keadaan gelap, perut pulak membuak-buak memulas, otak aku dah takleh pikir apa dah. Pikir jamban je. Masa aku pulas tombol tu kebawah, dia stuck. Aku ingat ada orang kunci kitorang dari luar. Lansung tak terpikir tombol tu kena pulas ke atas. Sape la yang nak terpikir bendalah tu kena pulas ke atas kan. Terpekik-terlolong aku mintak tolong. Series, aku mintak tolong. Sampai ke malam raya baru ni dorang bukak balik cerita ni, mak aku masih lagi gelak sampai keluar air mata. Aku memang pekik "Tolong!!! Tolonggggg!". Cara aku pekik tu memang orang akan ingat bilik aku tu dah terbakar. Padahal aku tengah bertarung nyawa menahan dari terkencet.

Yang En Wan boleh bantai membuta. Bini dah separuh nyawa berpeluh-peluh tahan berak, dia hanya tersedar bila perut sendiri memulas. Kesian En Wan, dia mana la pernah berak kat jamban luar rumah. Kawen ngan aku baru merasa jamban kat luar. Dah la jamban kat luar tu semata-mata jamban je. Air ko kena angkut dari dalam. Mana nak terkencet, mana nak tadah air lagi. Air paip waktu tu pulak bangsa keluar pun meleleh je. Baik aku tadah air kencing aku. Lagi laju.

Bertolak-tolak aku ngan En Wan nak masuk jamban. Rasa macam nak berak berjemaah. Berak kul 2-3 pagi dah tak rasa apa. Kalau langsuir melintas pun aku sergah agaknya. Takyah nak munculkan diri time-time kritikal macam ni ya. Aku takde selera nak takut.
Memang malam tu kitorang lagi banyak spend dalam jamban dari atas katil. Esok balik ke Subang bawak keta pun layu je muka memasing. First nite pun tak letih macam ni wehh. Aku syak malam tu je aku dah turun 3 kilo. Apa taknya, maraton mengangkut air malam-malam buta. Hoih!



posted by aveo757 @ 1:09 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER